Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,733
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 25 B ; Sim memasak untuk berbuka

Sim sampai dirumahnya pada pukul 3 petang.. Sim melihat Ani sedang mengambil baju yang kering dia  basuh pagi tadi di ampaian. Sim membawa barang yang dibelinya  tadi ke dapur. Ani menegurnya ;

“Banyak barang awak beli. Awak hendak masak ker?.”

“Yelah... asyik makan luar jer. Bosan gak.... sesekali nak jugak rasa orang rumah masak” perli Sim.

“Awak nak suruh saya masak? Saya ni masak air pun malas. Apatah lagi nak memasak. Awak boleh masak ker?.”

“Tengok orangla... dulu saya dok bujang saya kadang-kadang masak. Tapi masak yang ringkas-ringkas jer. Goreng atau merebus... tomyam pun saya boleh masak taw... tapi pakai perencahla.”

“Awak nak masak per?.”

“Saya ingat nak masak ikan bawal masak 3 rasa dengan sayur campur tiram”.

“Perghhhh sedap tu... selamat memasak” Sim masuk ke bilik untuk tidur sebentar. Lepas mandi dan solat asar nanti baru aku mula memasak. Mudah je masak sekarang ni sebab ada bahan-bahan perasa yang sudah siap. Contohnya ikan masak 3 rasa, perencah 3 rasa sudah ada. Goreng ikan pastu letak sambal peket. Tambah la tomato ker.. atau bawang besar dipotong besar untuk menambahkan umphhhhhhhh........

{{{{{{{{{{{{{{{

Sim mula memasak pada pukul 5.30 petang dan tamat sejam kemudian. Ani tidak membantu Sim pun... leka main game jer. Siot tul... Pukul 7.15 Sim dan Ani sudah berada di meja makan, tidak berapa lama lagi azan akan berkumandang. Ani hanya membuat milo ais jer satu jag ( itupun 3 in 1 ).

“Wah... nampak sedapla ikan awak ni. Macam kat restoran” pujinya.

“Mestila... saya dulu nak bercita-cita jadi Chef Wan tau. Sayangnya cita-cita tak kesampaian. Ini ada 2 ekor ikan. Sekor lagi ada dalam peti sejuk untuk sahur.. nanti saya panaskan dalam oven. Nak harapkan awak ke laut la.”

“Amboi! Sempat pulak perli saya? Saya buat Milo ni taw” sambil mengangkat jag yang berisi air Milo.

“Ala... setakat milo 3 in 1 apalah sangat... pastu tambah susu pekat. Budak tadika pun boleh buat” perli Sim.

“Eiiiii geramnya saya... bukannya nak berterima kasih... kutuk kita ada lagi. Lain kali awat buat air awak sendiri” azan berkumbang.

“Dah... jom berbuka” Sim membaca doa berbuka puasa dan terus berbuka.

“Sedapnya awak masak..... Macam mak saya masakla. Kalau boleh hari-harila awak masak yer?.”

“Banyak cantek, habis awak buat apa kat rumah ni?.”

“Saya tukang makan jela.”

“Sedapnya awak tukang makan je yer... nanti gemuk padan muka. Awak nak ikut saya terawih tak di surau taman?.”

“Kalau gemuk saya main futsallah.. jogging ker. Taknak la... saya ada kerja la nak dibuat. Awak pergi jelah seorang.”

“Main game???” agak Sim.

“Betul... saya kena buat tutorial ni. Besok nak hantar”.

“Ok”.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.