Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi..... Ani baru sahaja selesai membaca
majalah Wisel, sebuah majalah yang membicarakan mengenai bolasepak terutama
pasukan liga Perdana Inggeris. Dia melihat Sim enak dibuai mimpi.... tenang. Boleh pulak kau tidur dengan tangan berbalut
macam tu... siap berdengkur lak tu. Ani mencapai laptopnya pula dan menekan
butang buka. Ani tidak boleh tidur kerana beliau merasa tidak selesa dengan
keadaan tangannya. Ikutkan hati aku, mahu
jer aku bukak.. buang benda alah ni. Tapi tak cantik pulak... bising pulak mak
aku nanti... kena buat sekali lagi... taknak aku... biarlah seksa sekejap.
Setelah laptop dibuka beliau membuka internet dan seterusnya memasuki akaun Facebooknya.
Beliau lihat banyak komen-komen gambar yang baru diletakkan sebentar tadi.
Beliau melihat komen bagi
gambar pertama pernikahan dia dengan Sim. Antara komen yang diletakkan oleh
kawan-kawannya ;
Wah! Tak sangka ko diam-diam dah berkahwin... anyway tahniah -
kawan universiti aku semua memberikan ucapan tahniah. Mesti
terkejut beruk diorang tahu aku dah berkahwin.
Hulamak lu
bro... lu insaf ka? Alhamdullilah.... hensem gak suami lu...leh kenal ? nama
kau sebenarnya Ariani Suzana
yek... baru wa tahu– Yu... kawan pengkidku
di Universiti. Nama sebenarnya Rahayu..
tapi disuruhnya kawan-kawan seuniversiti memanggilnya Yu... Ani sering mengejeknya ikan Yu.
Cantikla ko
pakai tudung.... lepas ni teruskan la memakai tudung... anyway tahniah Ariani
Suzana - Zaiza... bekas teman sebilik Ani pada tahun
pertama... memang islamik sikit. Dahulu semasa duduk sebilik dengan Ani, setiap hari-hari kena ceramah pasal tudung.
Mana ko
jumpa mamat ni? Tahniah Ari.... lepas ni takleh panggil Ari dah. Kena panggil
Su atau Ani. Hahahahahahahaha... juz
joke – Azman kawan lelaki di universiti yang sering menemani Ani bermain futsal atau menonton perlawanan bola... sampai
jelesla makwe Azman.
Wah ko...
diam-diam kahwin... tak bagitahu. Senyap jer..... macamana ko kenal mamat
hensem ni? Nanti ko cerita la kat
universiti... lepas ni aku takdela aku geng sekepala dalam bilik. Nak keluar pun kenalah ko mintak izin suami ye
tak. Tahniah Bro.hahahahahahahahaha- cis.... teman sebilik Ani yang juga tomboi memperlinya... nama panggilannya Khai.
Tapi nama sebenar Khairiah...
Ayulah kau pakai baju nikah dengan
bertudung... macam Fiza elite masa muda. Sama cantik sama padan. Dalam diam-diam yer....
honeymoon kat mana- Ana... teman sekuliah Ani.
Ani merenung gambar
pernikahannya. Hensem gak
mamat ni bila berbaju melayu.. hmmmm... cantik jugak aku pakai tudungkan...
betullah kata mak andam tu... bagai pinang dibelah dua... tapi sayangnya aku
masih lagi belum menerima Sim dalam hidupku... aku dah biasa hidup begini...
lagipun aku belum bersedia menjadi isteri. Sim membalas komen mereka yang
kebanyakkannya ucapkan terima kasih dan mendoakan kebahagian mereka berdua. Kemudian Ani melihat foto percutian di Pulau pinang, gambar mereka berdua di Padang Kota Lama, di Fort
CornWallis, Hotel dan sebagainya. Paling Ani suka gambar aku dengan Sim di tepi
laut padang Kota Lama. Sim memegang pinggangnya.... Ani merasa debar setiap kali Sim memegang dan merangkul pinggangnya. Arghhhh apa yang jiwang sangat ni... Ani lantas membaca komen yang dihantar oleh kawan-kawannya ;
Wah... gambar pra honeymoon... so sweet – Ana kawan
sekuliah Ani.
Aku ingat ko kahwin dengan perempuan
gak... akhirnya kawin jugak ko dengan lelakikan.. tapi ko dorang ni sweetla... jeles aku –Komen Azman... hampeh tul ko
Man.
Baguslah ko dah berkahwin... boleh
mengelakkan maksiat – kata bekas teman sebilik Ani yang islamik tu.
Pergghh... romantiknya korang
berdua. Ari... selama ini ko ganaskan
macam lelaki... layu juga dalam
pelukan lelaki – Kata Khai teman sebiliknya.
Cepat-cepat dapat baby... aku nak
tengok anak kau lelaki ke perempuan.... sweet la – pala otak... tido bersama pun tak pernah... nak
dapat baby macamana.
Itu antara komen yang Ani sempat baca....
matanya sudah mengantuk. Lantas Ani keluar dari facebook dan menutup komputer. Ani rendahkan kerusi lantas menutup lampu bacaan. Sebelum tidur dia menoleh ke arah Sim.... Ani tersenyum melihat Sim