Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,365
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 29 B ; Pertama beraya sebagai suami isteri

Pukul 6.30 pagi Sim sudah bangun ( penat... terbabas sikit.. sudah kunci jam pukul 6 pagi ) dan beliau terus mandi, solat dan memakai Baju Melayu raya sedondon yang di beli di Masjid India. Ani tidak memakai baju kurung lagi kerana dia perlu membantu emaknya di dapur dahulu ( katanya takut baju kotor dan berpeluh.. nanati Sim balik dari solat sunat Raya baru dia pakai ). 7.30 pagi Sim turun ke bawah.... ayah, abang dan kakak iparku yang sulong sudah menunggu untuk ke masjid bersama... mereka semua menaiki MPV abang ipar sulong Sin. Mereka semua akan solat sunat Raya di Masjid Negeri yang hanya mengambil masa 10 minit perjalanan dari rumah. Sampai di masjid  orang sudah ramai... Sim  mendapat duduk di belakang sekali dengan abang-abang iparnya ( nasib baik bukan sembahyang luar ). Bapa mertuanya pula menunggu di luar untuk menanti ketibaan Menteri Besar dan pemangku Sultan Kedah ( kerana Sultan Kedah telah dilantik menjadi Agong di Kuala Lumpur... jadi dia bersolat Aidilfitri di KL ).

Selepas solat Sim dan keluarganya terus duduk dahulu di Masjid kerana menunggu ayah yang sedang mengiringi pemangku Sultan dan Menteri Besar serta pegawai kanan kerajaan negeri balik. Hampir setengah jam barulah selesai dan  terus pulang ke rumah. Masuk ke rumah Sim terkesima... melihat Ani yang cun melecun memakai baju kurung Kedah. Malah rambutnya yang sudah panjang dan dilepaskan menambahkan lagi kecantikkannya. Sim pergi ke arah Ani yang sedang menyusun lauk pauk ;

“Cantik awak harini?” katanya berbisik.

“Cantek ker? Habis selama ni tak cantik?.”

“Selama ni tak nampak. Yang saya nampak Ari.. bukan Ani.. heheheeheehehe. Awakkan pakai seluar jeans dengan t shirt jer. Hari cantik awak berbaju kurung... untung saya dapat isteri macam awak” puji Sim.

“Ngade... da pi duduk sana... kacau jer. Saya nak susun lauk ni. Nanti tetamu datang senang” Sim berlalu dan duduk di sofa. Kejap lagi sesi bermaafan dan bergambar serta sesi memberi duit raya. Ayah pertama yang kami salam, dikuti mak Adah, kemudian abang ipar dan isteri mereka dan akhir sekali antara kami berdua ;

“Maafkan Ani jika selama ini.. Ani sakitkan hati abang.. halalkam makan minum” Lalu Ani mencium tangan Sim. Aku lelaki yang paling bahagia waktu ni. Ye abang maafkan Ani... walaupun Ani buat macam-macam kat abang... takpelah ;

“Abang maafkan ayang... sama jugak.. maafkan abang jika ada salah dan silap. Terima kasih melayan abang selama ini dengan baik” Sim terus mengucup dahinya.... sempat lagi Sim memperli Ani... menjaga aku dengan baik? Yang ado. Kemudian tibalah sesi bergambar... bermula sesi mengambil gambar bersama semua keluarga besar dan sesi bergambar dengan keluarga masing-masing. Selepas selesai mereka sekeluarga mula sarapan pagi dengan lauk yang dimasak semalam. Kemudian selepas sarapan bapa mertua Sim meminta diri untuk ke Istana Negeri dan ke rumah Menteri Besar untuk menghadiri rumah terbuka di sana. Mak Adah tidak ikut sama kerana katanya rimas dengan protokol.

Dalam pukul 12 tengahari bermulalah budak-budak taman dan kampung sebelah taman ini datang beraya ( bukan nak datang makan pun... minum air... pastu jalan.. nak duit raya jer ). Mereka sekeluarga tidak pergi berjalan raya kerana tiada saudara mara di sini... semua pakcik dan makcik ada di Sabak. Hari ketiga baru kami akan balik ke kampung di Sabak. Cuma Abang ipar dan keluarga nombor dua telah pergi rumah makcik sebelah isterinya di Arau Perlis. Sim hanya duduk sahaja di rumah dan menonton TV. Sambil-sambil itu melayan tetamu yang datang ke rumah.

Dalam pukul 2.30 petang baru mula rakan sekerja bapa mertuaku datang... kami melayannya sebaik mungkin kerana ayah masih belum pulang dari beraya. Pukul 3 petang barulah bapa mertua Sim balik ke rumah. Dia pula mengambil alih untuk melayan tetamu yang datang pula. Sim naik ke atas untuk berbaring sebentar. Baju Melayu  disangkutkan di dinding, Sim solat dan terus tertidur selepas solat. Pukul 5 petang Sim tersedar apabila Ani masuk ke bilik. Sim bangun ;

“Ramai ke orang datang lagi?.’

“Ramai.. tak putus-putus. Lauk pun nak habis. Mak kata goreng mi dan ayam je untuk tetamu malam ni. Kat bawah pun ada dekat sepuluh orang yang ada beraya.”

“Biasalah. Bapa ada pangkat. Ramailah orang datang.”

“Kemain awak tadi yer. Cium dahi saya... salam udahla” Ani memarah Sim pasal perlakuannya  pagi tadi.

“Ala... benda halalkan . Lagipun raya” Sim memberi alasan.

“Apa kena mengena Raya dengan cium dahi?.”

“Ayah awak dan abang sulong kan cium dahi pasangan masing-masing. Saya pun ngikutla.”

“Ada je alasan awak kan. Da pi mandi.. saya nak tidur atas katil ni pulak.”

“Jangan tidur selepas Asar.. tak elokla. Nanti cepat jadi nyanyuk.”

“Eeeeeeee... saya letihla. Awak tu tahu apa... dia dah tidur bolehlah cakap macam tu. Pi mandi lah” Sim ketawa. Selepas mandi dan solat, Sim turun ke bawah. Ada 5 orang tetamu yang dia rasa semua baru habis kerja kerana beruniform. Bapa mertua Sim mengenalkan mereka kepadanya.  Pukul 6.30 petang barulah tetamu semua beransur pulang. Sim mengambil kek dan menemani ayah mertuanya yang sedang minum kopi panas ;

“Ramai betul orang datang rumah bapa ini... kalau saya dari pagi ke malam tak larat de nak melayan orang.”

“Biasalah. Tiap-tahun macamni.... lauk pun nak habis. Bapak suruh Abang long kau pi beli barang kat Tesco. Masak apa yang patut.. asyik makan nasi impit dan rendang muak bapak. Nak nasi jugak... telur pun jadila.”

“Kalau mak sibuk... saya boleh tolongkan masak” Sim menghulurkan bantuan.. kesian tengok mak mertuanya bertungkus lumus menyiapkan hidangan dari semalam sampailah harini.. tak berhenti-henti.

“Betul ke ni? Takpelah. Biar menantu perempuan yang masak. Kau masak ke kat rumah?” kantoi!

“Eh! Takla bapak... lagipun saya takde masa pak. Malam-malam baru balik kerja. Hari minggu je saya kadang-kadang masak... masak yang ringkas-ringkas... janji kenyang.”

“Ani takde masak?.”

“Dia pun sibuk bapa... maklumlah tahun akhir. Kejar sana kejar sini. Tak sampai hati saya suruh dia masak. Penat.... lagipun beli untuk makan berdua jer. Kalau masak pun tak berbaloi.”

“Takpelah kalau kau kata gitu. Ini... sebut pasal kerja. Dato Khaidir cakap dengan bapak.. dia puas hati dengan hasil kerja kau. Kamu pun bagi idea yang bagus untuk mengembangkan perniagaannya ke USIM dan Nilai. Tahniah! Tak sia-sia bapak kenalkan kau padanya.”

“Takdelah bapa... saya cuma bagi idea jer. Lagipun saya kenalah cari duit lebih. Saya ni dah kahwin. Nak harapkan gaji saya.... manalah cukup” kata Sim jujur.

“Bagaimana dengan projek jual jersi tu?” bapa mertuanya tahu tentang projek tersebut....

“Insya Allah 50% laman web sudah siap. Stok pun akan sampai minggu satu lagi. Mungkin 2 minggu lagi saya akan mula bisnes. Bapa jangan bagitahu Ani tau... saya nak bagi kejutan.”

“Iye... bapa tak beritahu Ani. Kan Kassim dah bagitahu bapak haritu. Bapak berpegang pada janji. Modal cukup?.”

“Cukup pak... saya kongsi dengan Mid”.

“Kalau tak cukup bagitahu. Bapak boleh pinjamkan.”

“Bapak dah banyak tolong saya. Belanja kahwin pun saya belum bayar lagi. Segan saya.”

“Kau tu belum steady lagi. Apa salahnya bapak tolong. Lagipun kau tu menantu bapak. Anak yatim pulak tu. Kau takde tempat bergantung... siapa pulak nak bantu kau kalau bukan bapak” Sim mula mengalirkan air mata... terharu

“Apa lak kau sedih pulak ni?.”

“Saya ni tak pernah ada bapa. Bila bapak beri kasih sayang begini... barulah saya dapat kasih bapa. Kasih mak. Saya gembira dalam kesedihan. Ini pun kali pertama saya dapat merasa beraya bersama keluarga. Kalau tak beraya lah saya dengan Mid jer berdua.”

“Dah la tu.... jangan sedih lagi. Raya ni... Raya kita mesti bergembira, bukan sedih-sedih. Bapak masuk dalam rumah dulu. Nak mandi.... nak solat.. malam nanti ramai lagi tetamu nak datang” Sim mengesat air mata. Kemudian Sim masuk ke dalam rumah dan membuka lampu kelip-kelip. Sim menutup pintu dan masuk ke dalam bilik. Di bilik, Ani masih lagi tidur... penat sangat gamaknya ;

“Ani... bangun ni... sudah nak Maghrib ni” Sim mengoncangkan bahu Ani. Dia mengeliat.....

“Dah pukul berapa awak” tanyanya dengan mata separuh buka.

“Pukul 7.05 malam.. bangunlah.. solat. Kejap lagi nak tolong mak masak kat dapur” pujuk Sim.

“Penatnya awak.”

“Pi la mandi dulu. Nanti segarlah badan awak tu. Saya dah mandi” Ani bangun dan mengambil tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Selepas solat Sim terus turun ke bawah untuk membantu apa yang patut. Mereka memasak mi goreng dan mengoreng ayam. Nasi juga dimasak dengan lauk masak asam singgang. Dikatakan Ketua Polis Negeri akan datang selepas solat Isyak nanti ( Ketua Polis sangat suka masak singgang air tangan mak Adah dengan ulam dan belacan ). Sim juga menolong menggoreng ayam. Pukul 9.00 malam tetamu mula datang ke rumah..... kami memberi mereka makan rendang nasi impit atau kuah kacang yang masih berbaki serta Mi dan ayam juga dihidangkan. Lauk belum siap masak lagi... memang khas untuk Ketua Polis dan keluarga Sim. Pukul 10.00 malam barulah ketua Polis datang ke rumah... nasib baik tiada tetamu yang datang bertandang ke rumah. Sim terus menghidangkan nasi dengan lauk untuk dijamu oleh Ketua Polis. Ketua Polis amat ramah orangnya dan berborak dengan slanga utara yang pekat( maklumlah orang sini jugak ). Dia memuji Ani dengan berkata ;

“Ha... macam ni la ang pakai... baru macam betina. Dulu aku mula datang Dato... aku ingat anak ang ni jantan.... dengan pakai seluaq pendek... rambut pendek.... rupanya pompuan. Baguih dok ada” Sim tergelak.. Pukul 10.40 malam Dato KP minta diri beredar. Mak Adah membungkuskan lauk untuk dibawa pulang untuk keluarga Dato KP. Selepas Dato pulang Sim membantu mengemas rumah seperti menyapu dah membasuh. Pukul 12 tengah malam baru dapat dia masuk tidur.

{{{{{{{{{{{{{{{

Besoknya, tetamu masih ramai datang lagi ke rumah... kebanyakkan orang politik dan pegawai-pegawai polis. Harini MAk Adah memasak lontong dan kuah lodeh. Pada mulanya Dato bercadang untuk balik ke Sabak pada pukul 2 petang...tetapi pukul 5 petang baru kami dapat bergerak kerana menunggu tetamu terakhir balik. Mereka sekeluarga sampai di rumah kampung Sabak dalam pukul 11.30 malam. Borak-borak sekejap kemudian terus masuk tidur.

Pada Hari Raya yang ketiga pada pukul 9.00 pagi mereka sekeluarga terus berkonvoi untuk beraya di rumah sanak saudara. Sim dan Ani beraya mana yang sempat sahaja ( kerana aku perlu bekerja esok ). Mereka sekeluarga pergi mana rumah yang penting dahulu terutama rumah pakcik dan makcik sebelah kedua-dua mertuanya. Pukul 9.00 malam Sim  balik ke rumah di Bangi seorang diri, Ani tinggal di sini untuk beraya lagi. Aduyai, besok kerja pulak.... tak syok betulla.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.