Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,454
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 11 B ; Ani pulak tidur bawah... hehehe

Pukul 9.00 malam selepas makan dan melihat berita perdana Sim masuk ke dalam biliknya. Sim mahu  mengemas pakaiannya yang masih berada di dalam beg. Sim membuka laptop dan memasang pilihan lagu-lagu rock kapok. Sambil mengemas sambil mendengar lagu.... Sim akan menyanyi sama lagu-lagu kegemarannya terutama dari kumpulan Medicine. Sim adalah peminat tegar rock kapok walaupun sepatutnya pendengar seusianya lebih suka memilih irama K-Pop, underground atau pilihan lagu-lagu seberang. Malah semasa Sim bekerja mencuci kereta atau menjual CD haram dahulu, Sim akan memasang lagu ini kuat-kuat supaya dia  bersemangat sedikit membuat kerja. Tapi di dalam rumah ini tak bolehlah Sim memasang lagu kuat-kuat. Setakat hanya boleh didengari oleh telinganya sahaja. Kalau Sim pasang kuat-kuat... mahunya disembur oleh Ari nanti. Di dalam keretanya penuh dengan CD lagu kumpulan Rock kapok.

Aku merasakan lagu rock kapak ni ada jiwalah... tidak seperti lagu-lagu sekarang yang tah apa-apa. Baru setahun keluar lagu dah tak popular. Tengok lagu rock kapak.... walaupun dah 30 tahun berlalu, lagunya masih lagi bertahan.. lirik ada makna... lagu ada jiwa... ada maksud yang mendalam..... monolog Sim di dalam hati. Sedang Sim  asyik menyusun baju di dalam almari pakaian milik Ani, Beliau tersentuh sesuatu ;

“Mak Ai. Besarnya mamat ni punya. Hahahahahahahahaahahaha” lantas menyimpan kembali baju dalam kepunyaan Ani ke tempat asalnya. Sim melihat baju Ani yang terdapat di dalam almari, kebanyakkannya terdiri daripada Jeans, T Shirt dan seluar pendek malah boxer pun ada. Baju-baju perempuan hanya sedikit sahaja. Itupun baju kurung atau baby T.

“Aku ni kahwin dengan perempuan ke lelaki? Jangan aku salah pakai baju atau seluar jeans dia sudah. Haru nanti” kata Sim mengelengkan kepala. Kemudian terdengar pintunya diketuk. Ani masuk, dia hanya memakai track suit dan T shirt ;

“Oi! Apahal kau buka almari aku?” Kata Ani perlahan.

“Abih tu aku nak letak  dekat mana baju ni? Nak letak kat almari bilik Ibubapa kau? Dalam bilik ni almari ni je yang adakan. Mana ada tempat lain nak simpan baju. aku simpanlah sini” terang Sim.

“Itu kawasan peribadi aku tahu tak? Kau kena mintak izin aku dulu” Ani marah Sim melanggar kawasan peribadinya.

“Kalau aku mintak izin kau... sampai kiamat pun baju aku dalam beg ni. Eh! Apa kau nak kecoh sangat ni? Aku ni laki kau.... laki bini kena la berkongsi” Sim mengenyit mata. Ani menjengilkan matanya.

“Takpe.... ok sekarang aku bagi kau letak baju. Dah duduk rumah sendiri nanti. Kau jangan harap nak masuk bilik aku. Apa yang kau nak bincangkan sangat ni. Ini apa lagu rock kapok yang aku dengar ni? Lagu ganas tapi jiwang. Loya aku” sambil Ani membuat tangan di dada dan mata ke atas... comel ;

“Begini, Majlis persandingan kita lagi sebulan. So, kenalah rancang acara persandingan kita dari sekarang. Apa yang nak dibeli, tema, majlis resepsi, hantaran, kad dan macam-macam lagila. Eh! Aku punya pasalla ndak dengar lagu apa... rock kapok ke, jiwang ke, Pop Yeh Yeh ker, hip hop... telinga aku... bukan telinga engkau” Ani duduk di atas kerusi malas.

“Kau ni ada duit ker nak beli tu semua? Kenduri semalam pun ayah aku yang keluarkan duit taw. Pasal mak andam, kad, katering, majlis persandingan dan baju.... kau jangan risau. Mak aku akan uruskan” perghhhhh... berlagak gila... ingat aku ni sengkek sangat ker? Duit aku ada 35,000 la dalam Bank.

“Cantek! Sekarang ni kita pergi beli hantaran. Mana kita nak pergi beli?” aku meminta pendapat Ani.

“Cantek? Tolong sikit.... bayar ye duit hantaran. Takkan semua nak free jer. Lepas tangan yek kau. Aku ni belajar mana ada duit nak beli. Taknak aku pergi ngan kau de.”

“Ye.... lusa aku masukkan separuh dari jumlah hantaran... 5 ribu ok. Aku bank in... kau jangan joli katak pulak. Itu duit aku kumpul masa kerja dulu. Puas aku menyimpannya tu.... jangan nak senang-senang joli katak duit orang. Habis tu kau nak pergi dengan siapa?.”

“Aku nak pergi dengan mak la” jawab Ani.

“Kau ni tak kesiankan mak kau ker? Dahla mak kau sibuk nak panggil jemputan, nak cari katering, andam, cenderahati. Lagipun kita dah kahwin... pergi asing-asing, apa pandangan jiran-jiran, abang-abang awak dan orang nanti? Kau tak malu?” psiko Sim.

“Heeeeeeeeeee! Kau ni.... ada jela nak spin aku. Yela... yela. Aku ikut. Kau nak pergi mana?” akhirnya Ani setuju.

“Ha... macam tu la. Aku ingat nak pi Penang. Banyak sikit pilihan.... kita pi lusa. Tido semalam” Sim mengutarakan cadangannya.

“Asal tido semalam pulak? Takleh balik hari?” Ani tidak bersetuju dengan cadangan Sim.

“Inilah mini honeymoon kita... aku pun nak jalan-jalan Penang. Dok umah bosan gila.... lagi pulak menghadap kau.”

“Wah! Menghadap aku bosan gila yer. Habis tu? Kau ingat aku suka menghadap kau... bau busuk! Bilik asing-asing... aku tak mahu kongsi bilik dengan kau” kata Ani memberi syarat kepada Sim.

“Okla... janji depa ikut mamu noooo. Lagi satu aku nak bincang pasal kau masa balik Bangi nanti. 2 minggu selepas pernikahan kita.”

“Kenapa? Kau pun ikut jugak?.”

“Ikutlah.... tempat isterikan di sisi suami. Takkanlah seorang duk Kedah.. sorang dok Selangor. Nanti apa kata orang. Aku cari rumah dan keja kat sana. Kau tak payah nak mengatal duduk-duduk Kolej kediaman... kau dah ada suami. Bukan bujang lagi macam dulu.”

“Apa kerja yang kau boleh buat oleh penyangak macam kau ni? Tah-tah SPM pun tak lulus” Ani memperlekehkan Sim.

“Wah! ini sudah lebih.... pandang rendah kat aku nooooo. Sat nanti hang taula. Waktu tu terbeliak mata ang. Macam ni” Sim membuat mata juling.

“Masa tu lah hang mai kat aku na. Abang Kassim... abang Kassim. Ani nak Habib Jewel... Ani nak kereta baru... Ani nak tu... Ani nak ni. Masa tu aku buat sombong kat hang. Hang taw dak.”

“Tak heran pun. Kalau aku nak benda, aku kol je bapak aku.. besoknya masuklah duit. Kereta kau tu... kau rompak kat mana?,”

“Wah ! senang-senang cakap aku rompak. Aku beli la weh.... walaupun secondhand tapi aku dah modify dekat 10 ribu taw... enjin semua aku tukar baru... aku masuk turbo... supercharge... aku mekap dalam baik punya. Semua pakai duit sendiri la, tak macam kau pakai duit mak bapak... pastu eksen dalam kampus.”

“Aku belajar lagi la!” bentak Ani.

“Belajar tu buat cara belajar... ini gaya hidup mengalahkan orang dah bekerja. Pakai kereta... beli PS3... beli barang mahal-mahal... kalau belajar kau dah dimanjakan macamtu. Agaknya macamana kau dah kerjakan. Mesti gaji kau tak cukup. Nak mintak dengan ayah lagi ker?.”

“Sukahati akula. Janji aku belajar tip top... aku tak leka apa yang aku ada... kau jangan nak sibuk-sibuklah.”

“Satu lagi... ni masa persandingan kita... aku taknak kau buat rambut pendek macamni.... biarkan panjang. Nanti orang ingat aku kahwin dengan lelaki lak... begitu juga masa kita pi Penang nanti atau jejalan berdua dekat luar... selagi rambut kau tu pendek... pakai tudung ok.”

“Heeeeee... geramnya aku dengan mamat ni. Apa lagi kau nak?”.

“Ada lagi satu. Aku nak tidur dengan kau malam ni boleh?” Ani bangun lantas menuju ke pintu dan membukanya... sebelum menutup ;

“Bwek.... tak boleh. Tidur bawah ye cik abang” sambil menjelir lidah. Kiut jugak kau ni buat muka macam tu.... kau jelir lidah kat aku yer...nanti kau... siap kau kejap lagi. Sim melihat jam... sudah pukul 11.15 malam. lantas Sim menutup laptop dan menyimpan beg ke tepi dan terus tidur di atas katil... apa nak jadi jadilah.... asyik aku je kena tidur bawah.... mana ci. Sejam kemudian Ani masuk ke bilik dan terkejut melihat Sim tidur dengan lena di atas katilnya. Tak guna punya jantan..... tidur atas katil aku.... bantal peluk aku dengan bantal kepala habis ko sapu.... eiiii... mesti ada air liur basi tu....

“Oi bangunla!... asal kau tido tempat aku ni” Sim mengesat-ngesat matanya.

“Apahal kau ni? Kacau je aku nak tido. Aku dah cop tempat tido ni dulu la” kata Sim dengan mata yang separuh terbuka.

“Apa plak? Ini katil aku la bangang. Suka hati kau je nak tidur atas katil orang”.

“Katil kita berdua ok. Takde cop pun yang mengatakan katil ni kau punya. Yang beli pun bapak kau.. bukan kau. Marilah sayang... marilah sini.... tidur dengan abang.... abang rindu dengan sayang........ummmmmmmmm” Sim membuat muka gatal dan seolah-olah hendak mencium Ani. Ani membalasnya dengan menolak dahi Sim ke belakang ;

“Kau ni gatal ehh. Sorila aku nak layan kau ni. Jantan sanggap” lalu Ani mengambil bantal dan cadar untuk tidur di bawah. Sim hanya ketawa.......

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.