Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,766
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 31 B ; makan malam dengan Ani

Isnin keesokan harinya pula, Sim dipanggil oleh Dato Khaidir ke pejabatnya....

“Assalaimuailaikum... ada apa Dato?” Sim menegur Dato Khaidir.

“Ha! Kassim... ni aku ada benda nak diskus. Duduklah kejap” Dato Khaidir berhenti menulis.

“Pertama sekali... minggu ni kita sudah mulamemasang mesin dobi dan mesin layan diri jual topup serta air dekat Kolej Nilai... kemudian mungkin  minggu hadapan kita akan mula memasang mesin di USIM seperti yang dirancangkan. Jadi selepas siap pasang dan beroperasi... kawasan kutipan kamu akan diperluaskan ke sana” Sim mengangguk.

“Ok... no problem Dato.”

“Kemudian.... ini cek bagi bayaran pertama komisen kamu di Kolej Nilai tu” Dato Khaidir menghulurkan sekeping cek kepada Sim.

“Kita dibenarkan memasang 10 unit dobi layan diri di kemudahan penginapannya dan 6 mesin layan diri. Jadi semuanya 16 unit. Komisyen kamu 2,400 ringgit. Betul?.”

“Betul Dato” alhamdullilah.

“Ini cek pertama kamu” Dato Khaidir menghulurkan sekeping cek. Sim melihatnya sebentar,,, tertera angka dengan nilai 2,400 ringgit.. syukur.

“Terima kasih Dato” itu sahaja perkataan yang mampu Sim ungkapkan.

“Kat USIM lagi banyak... saya dengar dekat 30 mesin layan diri telah diluluskan untuk dipasang. Disebabkan kita ni syarikat bumi... senanglah masuk ke premis kerajaan... mungkin dua minggu lagi kamu dapatlah cek kamu yang kedua... nilainya 2 kali ganda dari cek ini. Kertas kerja kamu mengenai cadangan untuk memasang mesin tersebut di beberapa buah kilang dan di hospital swasta akan dipanjangkan ke pihak terlibat. Mungkin sebulan lagi kita menerima respon positif. Tahniah Kassim, kamu telah berjaya mengembangkan perniagaan saya. Kamu memang berbakat dalam bidang perniagaan. Kamu mengingatkan saya semasa saya mula membangunkan perniagaan ini... bersemangat dan penuh dengan idea. Good Job!” Dato Khaidir memuji Sim.

“Takde apa-apa Dato... cuma saya belajar dari pengalaman masa lalu. Lagipun saya memang perlu wang tambahan. Maklumlah isteri saya tidak bekerja.. banyak nak pakai duit” kata Sim berterus-terang.

“Satu lagi... mulai besok Adi akan bertugas di bahagian pemasangan dan pembaikan mesin secara sepenuhnya. Banyak mesin yang kita kena pasang... bahagian tu tak cukup orang. Dia akan digantikan oleh Tasya.... junior... tapi kami sudah melatihnya. Dulu dia bekerja di KL.... sekarang ni saya masukkan Tasya ke dalam team kamu. Harap kamu boleh beri tunjuk ajar.”

“Insya Allah.”

“Saya rasa takde apa-apa lagi... bolehlah Kassim mula bekerja” Sim berjabat tangan dengan Dato Khaidir dan keluar dari bilik Dato... Sim berfikir-fikir apa dia hendak buat untuk meraikan kejayaannya. Akhirnya Sim menelefon Ani untuk mengajaknya makan malam ;

“Salam.. Ani boleh saya bercakap sebentar.”

“Boleh... ada apa awak?.”

“Malam ni saya nak ajak awak makan malam kat restoran seafoodla. Lagipun dah lama kita tak makan samakan.”

“Boleh jugak ... saya pun baru balik JB... harini kelas dibatalkan” kemudian Sim menamatkan panggilan. Sim terus turun ke bawah kerana Ghana dan Adi sudah menunggunya untuk mula membuat kutipan wang. Hari ini mereka akan mengutip wang di sekitar Kajang dan Semenyih. Di dalam Van masing-masing gembira kerana telah mendapat cek komisen. Adi belanja mereka semua makan tengahari kerana hari ini adalah hari terakhir beliau bersama kumpulan Sim.  Walaupun Adi sekejap sahaja bersama Sim iaitu selama sebulan... tapi banyak perkara yang Sim belajar daripadanya terutamanya hal berkaitan mesin. Adi ini gila-gila sikit kepalanya... walau tengah tensen dia akan menghiburkan kami. Lepas ini Juruteknik perempuan pula, tak bolehlah cakap lepas sebarangan... adoyai... skemalah kerja dengan perempuan.

{{{{{{{{{{{{{{{

Sim dan ANi sampai di restoran kira-kira pukul 9.30 malam... ramai orang malam ini kerana kedai makan ini terkenal dengan kesedapan ikan bakarnya. Sim memesan siakap dan ikan keli bakar... dan semangkuk tomyam campur. Air jus buah tembikai satu jag, selepas mengambil pesanan ;

“Apa mimpi awak belanja saya harini makan luar ni?” tanya Ani kehairanan.

“Saja jer. Lagipun saya baru dapat komisen... nak merayakan dengan awakla. Lagipun kita dah lama tak makan bersamakan. Awak asyik sibuk buat kerja lapangan sahaja... selalu saya makan seorang di rumah” kata Sim seolah merajuk

“Ala-ala-ala comel.... merajuk ker? Saya sibuklah.. bukannya saya sengaja. Ha ni saya teman awak makan ni. Owh! Kertas cadangan awak tu dah diluluskan lah yer. Tahniah la awak... sori la. Saya sibuk sikit. Maklumlah tahun akhir. Banyak perbincangan kena saya lakukan.. malah banyak juga kerja lapangan yang saya kena buat, sori.”

“Takpe... saya paham. Ni macamana dengan tesis awak. Pergi semalam pergi Johor ok? Dapat banyak maklumat?.”

“Ok jer.... tesis saya dalam 40% siap... harap penyelia  taklah bangang sangat nak mencantas tesis saya.. nanti nak kena edit balik. Pening oooo nak buat pembetulan semula. Tapi nasib baiklah ada cina seorang dalam kumpulan kami.. nak harapkan Azman.. yang Ado. Jejalan kat luar nak... tapi time buat kerja yang Ado” Sim tersenyum.... Azman lagi... entah mengapa jika Ani menyebut nama mamat tu.. darah Sim macam hendak menyirap .... sabar Sim sabar. Kemudian pelayan membawa air jus tembikai satu jag. Sim menuangkan air ke cawan Ani dan cawannyasendiri. Sim minum air seteguk dua... kemudian mereka menyambung perbualan ;

“Semalam saya jumpa ayah kamu yang berkursus di Nilai. Dia kirim salam.”

“Really... rindunya saya pada mak dan bapak... awak hujung minggu jom balik. Tidur semalam. Lamakan kita tak balik” Sim memikir sejenak. Boleh jugak... Isnin aku ambil cuti. Penat juga bekerja.

“Ok” kemudian makanan yang dipesan mereka sampai... Sim dan Ani terus berbual-bual pelbagai perkara semasa makan... maklumlah sudah lama tidak berbual.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.