Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,453
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 6 ; berterus terang

BAB 6

Berterus-terang

Sampai di rumah Dato Malek, Sim ditempatkan di bilik bawah iaitu di bilik tetamu. Sim diberi baju kepunyaan abang Ari. Boleh pakai tapi besar sikit. Setelah mandi, Sim berbaring sambil termenung di dalam bilik. Tadi beliau sudah minum pagi bersama  Dato Malek. Sim perasaan bahawa Datin macam tak suka bermenantukannya. Di meja makan, Datin hanya berbual dengan Dato dan anaknya, Sim merasakan beliau seperti tunggul  dibuatnya... seolah-olah  tidak wujud. Sim bermonolog sendirian ;

“Lepas Asar aku nak kena kahwin dengan Ari. Adoi... rasa kahwin dengan jantan la pulak. Rambut pendek, kasar... pakai cam lelaki. Mak dia tu pun macam taknak terima aku..... macam aku ni musuh dia pulak. Taulah aku ni takde duit. Dato pulak ayahnya nak tembak aku kalau aku tak kahwin... perghhhh. Kacau-kacau” Sim memeluk bantal dan menyambung monolog ;

“Tapi elok jugak kahwin dengan anak pegawai kanan polis. Abang Ali dan geng tentu tak berani kacau aku lagi. Menantu Polis.... lagipun boleh bersihkan nama aku. Bukan aku yang songlap duit dorang. Lagipun aku dah lama jadi penyangak, tiba masa untuk aku cuci tangan dan cari rezeki halal. Tapi nak ker si Ari ni terima aku. Silap-silap diteranjangnya aku pada malam pertama. Hhahahahahahahaha” Sim tergelak sendirian sambil mengenangkan bagaimana Ari nak menerajangnya dari katil. Sim terus dan terus termenung mengenangkan masa depan yang tidak pasti ;

“Nampaknya selepas ini aku kena cari kerja la pulak. Setakat ada PMR apa aku boleh buat. Kerja buruh bolehlah... nanti. Baru aku teringat... aku ada sedikit simpanan. Boleh la buat modal berniaga... berniaga burger ker? Tapi berapa sen sangat aku boleh dapat. Arghhh! Nanti aku pikirlah hal ni. Lagipun Ani tu masih belajar lagi. Dia ada duit sendiri....” Sim terus bermonolog....

Sementara di bilik kelamin, Dato Malek sedang mengosok baju dan sepatunya. Manakala Datin pula mengosok baju yang bakal dipakai oleh menantunya pada hari pernikahan petang nanti. Baju itu adalah baju pernikahan anak lelaki yang kedua yang masih disimpan di bilik anaknya itu. Digunakan balik kerana itula pilihan yang ada untuk dipakai Sim nanti. Di saat akhir ini mana nak cari baju nikah. Baju Dato Malek semuanya besar-besar belaka ;

“Abang... abang nekad ker nak kahwinkan anak kita ni?” tanya Datin Saadah yang masih ragu-ragu dengan keputusan suaminya.

“Entahla Adah. Tapi itu jer pilihan yang abang ada....” jawab Dato Malek.

“Tapi bang..... si Kassim tu baru buang kerja. Macamana nak cekau duit bagi nafkah anak kita. Si Ani tu tahu je lah. Barang nak branded jer, makan pun tempat-tempat mahal... ada class. Mampu ker menantu kita tu?” Datin Adah bimbang.

“Sebenarnya semua ni salah kita Adah. Kita terlalu manjakan sangat Ani tu. Maklumlah anak perempuan seorang. Bagilah dia rasa tanggungjawab dan kesusahan sedikit. Pasal Kassim tu, nanti abang tanyakan kawan abang samada ada peluang kerja kat Bangi tempat Ani belajar. Dia kena dekat dengan Kassim. Tak boleh seorang duduk kat Kedah, seorang lagi kat Selangor. Dah kahwin tak boleh gitu. Macam kita... mana abang bertugas abang bawa Adah dengan anak-anak. Walaupun kat Sabah” Dato Malek mengimbau kenangan lalu.

“Kassim tu anak siapa bang... siapa keluarganya? Tah-tah anak gangster mana... abang kena siasat dulu bang... jangan main suka jer kahwinkan anak kita dengan orang yang kita tidak tahu asal-usulnya” mak Adah masih lagi membantah keputusan suaminya.

“Jap lagi abang tanya asal-usulnya. Abang tadi sudah telefon anak-anak kita along dan angah supaya balik secepat mungkin. Abang dah terang dan jelaskan semuanya kepada mereka... Insya Allah sebelum Asar sampailah diorang tu.”

“Apa kata anak-anak kita tu bang?” tanya Datin Adah.

“Diorang terperanjat pada mulanya... tapi diorang dapat menerima. Diorang akan balik secepat mungkin.”

“Abang... boleh ke Ani jadi seorang isteri?” Datin Saadah menyuarakan kebimbangannya.

“Itu kita berdua bertanggungjawab untuk membimbingnya. Adah ajarkan dia tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ajar masak ker, kemas rumah. Ani manja dengan Adah. Mesti dia akan dengar cakap Adah. Abang akan nasihatkan Kassim dengan Ani. Membimbing mereka menjadi suami isteri yang bertanggungjawab” Dato Malek bangun dari kerusi malasnya.

“Awak pulak janganlah sisih menantu kita tu. Saya tengok tadi masa sarapan awak buat dek sahaja dengan menantu kita. Nanti dia terasa pulak..... dia menantu kita.. layan secara adil seperti mana Adah layan menantu-menatu kita yang lain” sambung Dato Malek lagi

“Sakit hati saya bang buat anak kita macamni.”

“Alah. Baik buruk pun menantu kita jugak. Dia tu takde mak bapak. Dahla saya nak keluar ni” Dato Malek bangun dari kerusi malasnya.

“Ha... abang nak kemana pulak tu” tanya Datin Saadah.

“Abang nak jumpa bakal menantu kita. Nak bincang sikit-sikit pasal petang ni. Baju nikah tu dah siap gosok ke belum?” tanya Dato Malek.

“Dah bang... nah bagilah baju ni kat Kassim” Datin Saadah menghulurkan baju tersebut kepada Dato lalu Dato Malek pun mengambil dan terus keluar dari bilik. Datin Saadah mengeluh....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.