BAB
33
Bermulanya
krisis
Bulan sepuluh tahun 2012, genap 3 bulan Sim berkahwin dengan Ani. Mereka berdua masih berfungsi seolah-olah sebagai seorang kawan.. bukan lagi sebagai sepasang
suami isteri. Ani lebih mementingkan kawannya daripada Sim... keluar malam...
balik pagi. Tapi kesibukan mereka berdua menyebabkan Sim tidak berapa kisah
dengan statusnya kini. Boleh dikatakan setiap hari Sim balik lewat ke rumah kerana
menguruskan perniagaan dan pekerjaannya sekaligus. Selepas waktu bekerja, Sim selalunya akan singgah di
stor untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menguruskan barang..
selalunya Sim akan menulis kepala surat penghantaran cepat sebelum dihantar
kepada ejen kutipan. Pukul 10 malam kadang-kadang Sim baru balik ke rumah... apabila Sim balik, Ani samada tiada di rumah atau jika dia ada di rumah, Ani hanya memerap
dalam bilik. Katanya dia sedang melukis pelan atau lukisan kejuruteraan atauoun sibuk membuat tesis.
Ani ada jugak tanya
kepada Sim kenapa Sim selalu balik lambat ... Sim memberi alasan kepada Ani bahawa dia sibuk sikit
dengan kerja dan banyak juga kertas erja yang perlu disiapkan untuk membuka stesen layan diri yang baru ( aku masih tidak mahu memberitahu Ani perniagaan
dalam talianku ). Ayah pula telah berpindah ke rumah teresnya di Bukit Sentosa Hulu
Selangor. Kini dia bertugas sebagai Timbalan Pengarah ibu pejabat Polis Trafik
Bukit Aman. Mertuaku gembira terutama mak Adah kerana dekat dengan anak dan
cucu-cucunya. Aku pernah melahirkan kekecewaan aku pada Ani yang selalu sahaja
tiada di rumah... hanya menganggap rumah ini sebagai hotel... tempat tidur dan
mandi sahaja. Lepas tu selalu keluar entah ke mana );
“Awak... awak ni selalu
tak lekat kat rumah kebelakangan ini. Kenapa?” tanya Sim kepada Ani yang sedang
leka bermain PS 3 di ruang tamu di satu pagi hari minggu.
“Kang saya sibuk buat
tesis. Lagipun saya selalu keluar main futsal atau tengok bola dengan
kawan-kawan. Release tensen” jawabnya.
“Awak tu isteri orang..
tak boleh ke duduk rumah ni? Main la game tu untuk release tensen... Astro pun
dah ada. Habis tu wat pe pasang Astro tu? Kata dulu pasang Astro nak tengok
bola. Ini asyik keluar dengan kawan awak terutama si Azman tu.”
“Mana awak tahu?” Ani
memandang Sim.
“Bukan awak selalu mesej
mintak izin keluar dari rumah dengan geng awak termasuklah si Azman tu. Semalam
saya terserempak awak dan Azman keluar dari 7 eleven. Berdua sahaja yer? Mesra
nampak... siap suap-suap slurrp Ice. Romantiknya.. saya pun awak tak pernah
suapkan” kata Sim.
“La... kami beli air je
la. Lagipun Azman tu satu kumpulan dengan kami. Kami baru balik diskuss.. pasal
semalam tu, saya nak rasa Ice dia punya.. saya punya berry.. dia punya strawberri”
jelasnya.. Sim masih tidak berpuas hati dengan jawapannya.
“Kenapa dia naik kereta
awak? Tak boleh ke dia nak motor cabuk tu... dia tu macam minat jer dengan awak.
Asyik nak berkepit dengan awak 24 jam” tanya Sim.
“Yang awak nak jeles tak
tentu pasal ni kenapa? Dia tu cuma kawan saya je la... tahu tak.. kawan. Saya
takde apa-apalah dengan dia... lagipun dia tu dah awekla” katanya tegas.
“habistu? Kenapa dia tak
boleh keluar dengan aweknya? Awak ingat.... awak tu isteri orang. Tak baik
berdua-duaan dengan lelaki lain. Nanti boleh menimbulkan fitnah. Saya taknak
orang lain mengatakan isteri saya keluar dengan lelaki lain... saya buat tak
tahu jer. Nanti dituduhnya saya ini dayus” kata Sim memberi peringatan.
“Yela-yela... lain kali
saya keluar dengan dia berteman” Ani lantas masuk ke dalam biliknya. Sim terasa
hati dengan sikapnya.