Isnin keesokan harinya pula, Sim dipanggil oleh Dato Khaidir ke pejabatnya....
“Assalaimuailaikum...
ada apa Dato?” Sim menegur Dato Khaidir.
“Ha! Kassim... ni aku ada
benda nak diskus. Duduklah kejap” Dato Khaidir berhenti menulis.
“Pertama sekali... minggu
ni kita sudah mulamemasang mesin dobi dan mesin layan diri jual topup serta air
dekat Kolej Nilai... kemudian mungkin minggu hadapan kita akan mula
memasang mesin di USIM seperti yang dirancangkan. Jadi selepas siap pasang dan
beroperasi... kawasan kutipan kamu akan diperluaskan ke sana” Sim mengangguk.
“Ok...
no problem Dato.”
“Kemudian.... ini cek
bagi bayaran pertama komisen kamu di Kolej Nilai tu” Dato Khaidir menghulurkan
sekeping cek kepada Sim.
“Kita
dibenarkan memasang 10 unit dobi layan diri di kemudahan penginapannya dan 6
mesin layan diri. Jadi semuanya 16 unit. Komisyen kamu 2,400 ringgit. Betul?.”
“Betul
Dato” alhamdullilah.
“Ini
cek pertama kamu” Dato Khaidir menghulurkan sekeping cek. Sim melihatnya
sebentar,,, tertera angka dengan nilai 2,400 ringgit.. syukur.
“Terima
kasih Dato” itu sahaja perkataan yang mampu Sim ungkapkan.
“Kat USIM lagi banyak...
saya dengar dekat 30 mesin layan diri telah diluluskan untuk dipasang. Disebabkan
kita ni syarikat bumi... senanglah masuk ke premis kerajaan... mungkin dua
minggu lagi kamu dapatlah cek kamu yang kedua... nilainya 2 kali ganda dari cek
ini. Kertas kerja kamu mengenai cadangan untuk memasang mesin tersebut di
beberapa buah kilang dan di hospital swasta akan dipanjangkan ke pihak
terlibat. Mungkin sebulan lagi kita menerima respon positif. Tahniah Kassim,
kamu telah berjaya mengembangkan perniagaan saya. Kamu memang berbakat dalam
bidang perniagaan. Kamu mengingatkan saya semasa saya mula membangunkan
perniagaan ini... bersemangat dan penuh dengan idea. Good Job!” Dato Khaidir
memuji Sim.
“Takde apa-apa Dato... cuma
saya belajar dari pengalaman masa lalu. Lagipun saya memang perlu wang
tambahan. Maklumlah isteri saya tidak bekerja.. banyak nak pakai duit” kata Sim berterus-terang.
“Satu lagi... mulai besok
Adi akan bertugas di bahagian pemasangan dan pembaikan mesin secara sepenuhnya.
Banyak mesin yang kita kena pasang... bahagian tu tak cukup orang. Dia akan
digantikan oleh Tasya.... junior... tapi kami sudah melatihnya. Dulu dia bekerja di
KL.... sekarang ni saya masukkan Tasya ke dalam team kamu. Harap kamu boleh
beri tunjuk ajar.”
“Insya Allah.”
“Saya rasa takde apa-apa
lagi... bolehlah Kassim mula bekerja” Sim berjabat tangan dengan Dato Khaidir dan keluar dari bilik Dato... Sim berfikir-fikir apa dia hendak buat untuk meraikan kejayaannya. Akhirnya Sim menelefon Ani untuk mengajaknya makan malam ;
“Salam.. Ani boleh saya
bercakap sebentar.”
“Boleh... ada apa awak?.”
“Malam ni saya nak ajak
awak makan malam kat restoran seafoodla. Lagipun dah lama kita tak makan
samakan.”
“Boleh jugak ... saya pun
baru balik JB... harini kelas dibatalkan” kemudian Sim menamatkan panggilan. Sim terus turun ke bawah kerana Ghana dan Adi sudah menunggunya untuk mula
membuat kutipan wang. Hari ini mereka akan mengutip wang di sekitar Kajang dan
Semenyih. Di dalam Van masing-masing gembira kerana telah mendapat cek komisen.
Adi belanja mereka semua makan tengahari kerana hari ini adalah hari terakhir
beliau bersama kumpulan Sim. Walaupun Adi sekejap sahaja bersama Sim iaitu selama sebulan... tapi banyak perkara yang Sim belajar daripadanya
terutamanya hal berkaitan mesin. Adi ini gila-gila sikit kepalanya...
walau tengah tensen dia akan menghiburkan kami. Lepas ini Juruteknik perempuan
pula, tak bolehlah cakap lepas sebarangan... adoyai... skemalah kerja dengan
perempuan.
{{{{{{{{{{{{{{{
Sim dan ANi sampai di restoran kira-kira pukul 9.30 malam... ramai orang malam
ini kerana kedai makan ini terkenal dengan kesedapan ikan bakarnya. Sim memesan siakap dan ikan keli bakar... dan semangkuk tomyam campur. Air jus buah
tembikai satu jag, selepas mengambil pesanan ;
“Apa mimpi awak belanja
saya harini makan luar ni?” tanya Ani kehairanan.
“Saja jer. Lagipun saya
baru dapat komisen... nak merayakan dengan awakla. Lagipun kita dah lama tak
makan bersamakan. Awak asyik sibuk buat kerja lapangan sahaja... selalu saya
makan seorang di rumah” kata Sim seolah merajuk
“Ala-ala-ala comel....
merajuk ker? Saya sibuklah.. bukannya saya sengaja. Ha ni saya teman awak makan
ni. Owh! Kertas cadangan awak tu dah diluluskan lah yer. Tahniah la awak...
sori la. Saya sibuk sikit. Maklumlah tahun akhir. Banyak perbincangan kena saya
lakukan.. malah banyak juga kerja lapangan yang saya kena buat, sori.”
“Takpe... saya paham. Ni
macamana dengan tesis awak. Pergi semalam pergi Johor ok? Dapat banyak
maklumat?.”
“Ok jer.... tesis saya
dalam 40% siap... harap penyelia taklah bangang sangat nak mencantas
tesis saya.. nanti nak kena edit balik. Pening oooo nak buat pembetulan semula.
Tapi nasib baiklah ada cina seorang dalam kumpulan kami.. nak harapkan Azman..
yang Ado. Jejalan kat luar nak... tapi time buat kerja yang Ado” Sim tersenyum....
Azman lagi... entah mengapa jika Ani menyebut nama mamat tu.. darah Sim macam hendak menyirap .... sabar Sim sabar. Kemudian pelayan membawa air jus tembikai satu
jag. Sim menuangkan air ke cawan Ani dan cawannyasendiri. Sim minum air
seteguk dua... kemudian mereka menyambung perbualan ;
“Semalam saya jumpa ayah
kamu yang berkursus di Nilai. Dia kirim salam.”
“Really... rindunya saya
pada mak dan bapak... awak hujung minggu jom balik. Tidur semalam. Lamakan kita
tak balik” Sim memikir sejenak. Boleh jugak... Isnin aku ambil cuti. Penat juga bekerja.
“Ok” kemudian makanan yang dipesan mereka sampai... Sim dan Ani terus berbual-bual pelbagai perkara semasa makan...
maklumlah sudah lama tidak berbual.