BAB 14
Persiapan
Perkahwinan Dan Menghadiri Perbicaraan
Ada 3 minggu lagi sebelum majlis pernikahan Sim dan Ani berlangsung. mereka dan
keluarga Ani sibuk membuat persiapan perkahwinan. Dari mencari baju pengantin, mencari katering,
membuat kad jemputan, memanggil jemputan lagi, mencari kompang, mak andam serta
cenderahati dan macam-macam lagi barang atau peralatan yang akan digunakan
semasa majlis itu nanti. 3 minggu Sebelum majlis persandingan, perkara
yang emak mertua Sim lakukan dahulu adalah mencari pakaian untuk majlis bersanding.
Setelah 2-3 kedai Datin mencari akhirnya Sim dan ANi bersetuju untuk memilih kedai pengantin milik
seorang bapok pertengahan umur. Namanya auntie Su... nama sebenarnya Suhaidi.
Kami juga akan mengambil Auntie Su sebagai mak andam.... menurut kawan-kawan
mak Adah, auntie Datin berkenaan dengan cara Sue mengandam dan menghias pengantin.... persis Nurul Shukor jurumekap Siti
Nurhaliza tu... bayarannya pun tidaklah mahal.. siap pelamin, andam dan sewa baju hanyalah 1,500... Sim mengikut sahaja... janji dia Vogue waktu persandingan nanti. Hari ini tibalah masanya untuk kami mencuba baju. Sedang Sim mencuba kot
untuk digunakan dalam majlis memotong kek ;
“Adui mak… hensemnya
menantu Datin. Tergoda I. Macam Remy Ishak” kata bapok Sue. Sim sebenarnya baru
memotong rambut dan telah membuat rawatan muka bagi nampak hensem sikit masa
persandingan nanti. Sim juga diakui mempunyai badan yang agak berketul sikit.... Remy Ishak
ker muka aku ni?
“Dah.. kau jangan nak
tergoda lak Su. Tu laki orang tu. Bininya ada dalam bilik persalinan. Dengar kat
bininya, mengamuk bininya tu nanti” Datin Adah memberi amaran kepada bapok itu
tadi.
“Hahahahahahahaha. Gurau
jela Datin. Janganlah ambil hati... saja nak menceriakan suasana. Macamana baju
Cik Kassim? Ok?” tanya bapok tu kepada Sim.... aduh patahnya bapok ni... geli aku
;
“Seluar ni agak longgar sikit.
Sama dengan kat bahu ni. Kalau boleh ketatkan sikit Suhaidi” kata Sim lagi...
“Ala you ni.. panggil I
Su la. Panggil Suhaidi pulak. Meh sini I ukur” lalu Su mengukur pinggang dan
bahu Sim
“Ok! Dah... longgar sikit
jer. Nanti Su betulkan” habis jer Su berkata begitu... Ani keluar dari ruang
persalinan. Sim terkesima. Ani keluar memakai baju pengantin dan bertudung.
Pertama kali aku melihat bentuk badannya.
“Wah. Cantiknya kau Ani.
Manis, comel dan bergetah... selalu la pakai baju macamni. Ini tadi datang
pakai Jeans dan t shirt serta kasut. Pakai macamni barulah nampak keayuannya”
gomel mak andam tu... Sim bersetuju dengan kata mak andam tu... Ani cantik dan ayu
berpakaian begini.
“Tolong sikit. Ni pun aku
pakai sebab nak bersanding jer. Aku manalah biasa pakai baju macamni. Rimas tahu
tak... panas. Kulit aku pun gatal-gatal.”
“Betul cakap Su tu. Pakai
macamnikan lawa. Kau tu ada laki dah, tunjuklah keperempuan kau tu. Betul tak
Kassim” Datin menanyakan Sim.... Sim hanya tersenyum.
“Meh sini duduk
rapat-rapat” Su menarik tangan Ani di sebelah Sim.
“Ya ampun! Bagai pinang
dibelah dua. Betul tak Datin?.”
“Betul. Memang sama
cantik dan sama padan.”
“Ini kalau ada anak ni
mesti comel giler.”
“Hahahahahahahahaha”
gelak Datin. Sim dan Ani hanya tersenyum sahaja. Selepas itu kami mencuba
beberapa jenis baju yang bersesuaian untuk majlis. Hampir 3 jam lah mereka bertiga berada
di situ untuk mencuba baju. Sim dan Ani bersetuju untuk menyewa 3 pasang
baju... satu digunakan untuk bersanding.. satu semasa majlis memotong kek dan
satu lagi sebagai baju semasa mengambil gambar kahwin di pelamin.