Masuk sahaja di dalam bilik Sim melihat
Ani sedang memasukkan baju-bajunya ke dalam beg pakaian. Sim menutup pintu bilik ;
“Tengah
mengemas ker?” tegur Sim.
“Takla
saya tengah memasak ni” Ani meloyar buruk.
“Amboi
awak... loyar buruk nampak.”
“Awak tak nampak ker apa
yang saya tengah buat ni? Tentulah tengah mengemas. Memasukkan baju ke dalam
beg. Ni saya ada satu perkara nak cakap dengan awak.”
“Apa
dia?” tanya Sim.
“Nanti bila kita dah
duduk rumah kat Bangi... saya nak awak duduk bilik lain. Saya duduk bilik lain.
Saya taknak berkongsi bilik macam sekarang. Rimas saya.. tak selesa.”
“Apa nanti orang kata tengok
laki bini tido asing-asing?.”
“Masa orang ada kita
berlakonla dok bersama. Apala awak ni... macam tak biasa. Seperti yang kita
buat sekarang ni... tido sebilik tapi awak tidur bawah... saya tidur atas katil.
”
“Saya
tak setuju” Sim membantah cadangan Ani.
“Awak tak setuju? Kalau
gitu saya dok rumah lain... saya keluar. Awak duduklah rumah itu seorang.
Lagilah pulak orang mengata kita... saya peduli hapa” Ani mengugut. Sim terdiam
sejenak... kalau Ani keluar rumah lagi haru.
“Oklah...
tapi awak kena berjanji dengan saya jangan berpindah rumah lain . Duduklah di rumah itu” Sim terpaksa
menerima cadangan Ani walaupun dia tak merelakannya.
“Iye.
Saya duduk rumah tu. Saya tak pergi mana-mana.”
“Awak taknak tolong kemas
ker baju saya ni? Tolong lipat dan masukkan ke dalam beg?” saja Sim hendak mengusik Ani.
“Tolong sikit... kemas
sendiri yer. Saya pun kemas sendiri... banyak cantik nak kemas awak punya
pulak. Baju saya pun saya malas nak kemas... inikan pulak baju orang lain.
Kalau awak nak tahu, gosok baju pun mak saya yang buat tau.. jadi jangan
mengharaplah awak nak suruh saya gosok baju awak... saya tak reti. Ok?.”
“Amboi... sampai gosok
baju pun mak awak buatkan. Manjanya awak. Awak... sampai bila kita nak macamni
wak?.”
“Selagi
kita kahwin... selagi itu la saya macamni.”
“Apa yang awak benci
sangat dengan saya ni. Hendak kata tak hensem.... ramai yang puji dan komen
dalam FB awak tu yang saya ni hensem. Spesis yang serupa dengan awak pun nak
kenal dengan saya. Awak je kata saya ni tak hensem.”
“Sebab awak saya terpaksa
kahwin tau.... habis kebebasan saya... saya ni muda lagi. Tak sempat nak
menikmati zaman remaja saya. Tak nak saya masa remaja saya dihabiskan dengan
menjaga anak, mengemas rumah dan memasak.. oh pliz. Ini zaman milinieum...
bukan perempuan jer buat kerja rumah..”.
“Remaja? Awak tu dah umur
22 tahun.. remaja apanya. Habis awak taknak kahwin? Taknak anak? Taknak rasa
mencintai dan menyayangi? Habis kalau orang perempuan taknak buat kerja rumah..
siapa nak buat?” tanya Sim bertalu-talu.
“Mestilah nak. Tapi bukan
sekarang ok. Tunggulah saya habis belajar dan bekerja setahun dua... barulah
saya memikirkan tentang kahwin. Eh! Ambillah pembantu rumah... saya malasla
nak basuh baju, kemas rumah atau memasak... not my taste ok” Sim terdiam mendengar kata-kata Ani.
“Ooooooooo.. gitula yer.
Nanti maid awak kebas laki awak baru tahu.”
“Lagi bagus... saya nak
bebas. Sebut pasal kebebasan... awak jangan nak berani-berani halang saya buat
apa yang saya suka. Saya nak main futsal ker, tengok bola kat kedai mamak ker,
merempit ker... awak jangan halang ok. Itu adalah kebiasaan saya... saya
pantang orang tegur saya buat benda-benda yang saya minat... mak bapak saya pun
tak menegur saya apa yang saya buat” katanya tegas.
“Tapi awak mesti beritahu
saya kemana awak pergi. Boleh? Mesej jer pun tak per. Sekurang-kurangnya saya
tahu mana awak pergi” Ani mengangguk bersetuju.
“Satu lagi saya ulangi...
kerja-kerja pompuan kat rumah saya malas nak buat. Pandai-pandai awaklah...
mengemas rumah ker, membasuh ker, memasak ker atau mencuci ker. Saya taknak...
saya kalau baju hantar dobi jer. Itu kerja suri rumah sepenuh masa” Sim hanya
terdiam.
“Baik... kalau begitu
syarat awak saya setuju... tapi awak kena jugak ikut syarat saya... baru
adilkan. Tak adillah syarat awak jer saya nak ikut. Perlu ada situasi
menang-menang” Ani membulatkan mata.
“Syarat apa pulak?.”
“Keluar rumah awak mesti
memakai skaf atau tudung... saya tak mau awak berambut pendek dan menampakkan
rambut. Saya yang menanggung dosa kering awak nanti” taknak Sim tanggung dosa
kering dia ;
“What! Awak ni biar
betul” Ani membeliakkan mata.
“Saya bersetuju dengan
syarat awak yang banyak tu... takkan satu syarat ini tidak boleh? Hanya memakai
tudung sahaja” Ani mendiamkan diri.
“Boleh ke tak boleh? Saya
tak suruh pun awak pakai tudung labuh... cukuplah hanya skarf” Sim mengulangi
pertanyaan aku tadi.
“Kalau tak boleh... saya
tidak setuju dengan syarat yang awak cakap tadi” tanya Ani.
“Saya pun tak setujulah
dengan semua syarat awak buat tadi” kata Sim mengugut.
“Pandai ye awak.... ok.
Saya setuju.. tapi pakai skaf jer tahu.. bukan tudung” Sim bangun lalu ke bilik
air. Tapi Sim mula perasaan Ani mula menggunakan kata ganti saya dan awak dari
kau dan aku. Alhamdullilah....