Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,701
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 21 ; anak jiran sebelah

Pada pukul 2 petang lori yang membawa perabot yang dipesan sampai. Sim hanya membeli satu set perabot untuk bilik tidur utama yang merangkumi katil queen saiz, almari baju dan meja solek. Selain itu satu set almari dapur dan satu set almari yang digunakan untuk meletakkan TV. Duit Sim hangus dekat RM 2,000 membeli perabut ini... sekarang duit yang tinggal di dalam akaunnya kira-kira 25,000 ringgit. Inilah wang yang Sim akan gunakan untuk memulakan perniagaan  bersama Mid. Mereka telah berjanji untuk memulakan perniagaan dan berkongsi modal bersama-sama.

Semasa sedang memunggah perabot, jiran sebelah datang untuk berkenal-kenalan dengan kami. Jiran sebelah rumah kanan adalah pasangan warga emas yang merupakan penghuni asal rumah ini sejak 20 tahun yang lalu. Nama si suami Haji Hassan, berumur 55 tahun dan bekerja sebagai ketua kerani di UKM. Manakala isterinya Hajjah Rohani seorang pembantu makmal juga bekerja di UKM dan berusia 50 tahun. Mempunyai 3 orang anak dimana seorang telah berkahwin dan dua lagi sedang belajar di universiti.

Jiran di sebelah kiri rumah Sim pula merupakan pasangan penyewa seperti mereka juga. Masih muda lagi tapi tua dua tahun dari Sim. Kedua-duanya adalah kerani di Kolej Teknologi Politek Mara Bangi. Si suami berusia 25 tahun bernama Sazali manakala isterinya berumur juga 25 tahun bernama Saadiah. Sudah dikurniakan anak perempuan berusia setahun ( Ani sangat suka bermain dengan anak pasangan ini... malah siap dukung sekali... tak menangis pulak budak tu ). Mereka berdua bertanyakan apa pekerjaan Sim dan dia menjawab baru berhenti bekerja di Kedah dan sedang mencari kerja di sini. Setelah mereka pulang dan perabot sudah siap dipasang, Sim rehat seketika di sofa duduk bersebelahan Ani ;

“Kemain suka awak main dengan anak sebelah” tanya Sim memancing sesuatu.

“Anak dia comella... geram saya tengok. Montel pulak tu”.

“Kalau kita ada anak... lagi comelkan” kata Sim. Terus Ani menumbuk bahunya.

“Sakitla! Kau ni bila marah je tumbuk bahu aku. Dahla kuat kau tumbuk. Cubalah kalau marah tu peluk aku ker.... masak nasi ker.”

“Padan ngan muka kau... sapa suruh cakap benda yang mengarut?.”

“Habis tu kau taknak anak?.”

“Boleh tak kau jangan tanya soalan ni lagi?.”

“Ok... ok” 

"Tadi masa jiran tanya kau kerja apa kat kedah... kenapa tak cakap kau kerja penyangak jer?" tanya Ani.

"Aku bukan penyangak ok. memang masa dulu aku ni kerja yang bukan-bukan. tapi bukanlah aku ni samseng. kau nak aku malukan kau jugak ker cakap aku ni mengutip duit pelabur. lagipun aku dah berjanji dengan ayah kau nak cari kerja yang halal."

"Kau ni bukan ada SPM pun"

"Ya... aku memang takde SPM. Aku bukan macam kau.... masuk Universiti. Aku sedar diri aku... tapi ramai orang berjaya bukan sebab ada ijazah.. berapa ramai yang ada ijazah menganggur... bergantung kerja kerajaan. Insya Allah... aku akan cuba berniaga kalau aku tak dapt kerja" tekad Sim.

"Berniaga pasar malam ker"

"Janji aku dapat rezeki yang halal walaupun berniaga pasar malam. Aku bukan macam kau... nak minta duit mak bapak" kata Sim.... Ani memandangnya dengan wajah yang geram.... Sim kemudian masuk ke dalam bilik untuk baring sebentar... penat yang amat.... malas hendak bergaduh dengan Ani. 

Pukul 5 petang orang Astro datang nak memasang dekoder. Wah! Astro HD tu... mentang-mentangla TV yang dihadiahkan tu 42 inci full HD. Memang cantik gambar TV ni... nampaknya takde can la aku nak merasa tengok TV kalau dia ada. Pasukan bola yang mereka berdua sokong pun berlainan. Ani Belanda manakala Sim pula menyokong pasukan German. Masa Belanda kalah ketiga-tiga perlawanan euro lalu teruk Ani kena kutuk dengan Sim. Pasukan Epl pilihan Sim pulak Manchester United dia pulak Liverpool. Tahu je la kan kedua-dua pasukan saling kutuk-mengutuk. Nanti lepas olimpik ni EPL mula balik. Mungkin mereka akan bergaduh pasal bola pulak. Tapi Sim suka mengusik dan bergaduh dengan dia ni. Kiutla dia bila marah....

{{{{{{{{{{{{{{{{

Maka selama 2 hari mereka berdua  sibuk mengemas dan menyusun barang. Hari Ahad keluarga mertua Sim datang untuk melawa. Ayah mertuanya bercuti pada hari Ahad ( Kedah hari ahad adalah hari bekerja ). Mereka membawa makanan yang dimasak dari rumah abang ipar im yang sulung. Mereka memuji dekorasi rumah... tengoklah siapa yang menghiasnya... nak harapkan Ani.... sampai kiamatla tak sudah. Ayah berbangga bila Sim meletakkan fotonya di dinding. Sim mengatakan dengan nada bergurau, kalau perompak nak merompak tentu takut... menantu pegawai kanan polis tu. Selepas makan tengahari keluarga mertua Sim mula balik ke rumah masing-masing. Dato Malek terus balik ke Kedah kerana esoknya dia sudah mula bekerja. Mulalah kehidupan Sim dan Ani sebagai suami isteri jauh dari keluarga. Sim mendoakan agar semuanya selamat......

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.