BAB
9
Hamid
atau Mid
Keesokan paginya Sim bangun pada pukul 7.00 pagi.... itupun Ani kejutkan.
Hendak tahu macamana dia kejutkan?. Dia kuis-kuisnya kaki Sim... bila Sim tiada respon... dibaling bantal ke muka Sim. Terkejutlah Sim, Siot betul Ani.... kasar betul kau ni... gumam Sim dalam hati. Sim lekas bangun dan mandi. Pukul lapan pagi baru dia turun bersarapan. Sim bersarapan bersama-sama dengan anak-anak buahnya kerana yang lain sudah sarapan pukul
7.00 pagi tadi. Siot tul.... mungkin mereka menganggap malam tadi aku
‘bersama’Ani melayari bahtera... padahal aku tidur bawah lantai. Sebab itu Sim lambat turun... Indahnya malam pertama aku rasakan. Ayah mertua Sim pula
awal-awal pagi lagi sudah pergi kerja.... Selepas sarapan Sim mencapai telefon bimbit dan keluar
dari rumah dan menelefon Hamid ;
“Salam....
Mid. Kau tidak bangun tidur lagi ker?” Sim tahu feel Mid ni, 2-3 kali aku telefon tak dia jawab maka tengah membuta lagilah jawabnya.
“Biasala geng. Tak kerja
lagi harini. Asal kau telefon aku ni? Semalam aku telefon asal kau tak angkat...
pagi-pagi aku kol kau.. risaulah aku. Aku ingat nak cari kau kat taman tu. Tapi
aku tak beranilah. Takut geng tu ada kat situ. Kau selamat ker?” tanya Mid
separuh sedar.
“Aku senyapkan kol... ada
benda yang terjadi. Aku selamat. Kau?.”
“Aku masih ada di rumah
kawan aku ni... tapi aku rasa sudah setel down kot. Takde pulak dorang tepon
aku lagi. Kalau tidak, tidak putus-putus diorang memanggil. Patutlah aku kol
tak jawab.. rupanya kau senyapkan telefon. Kenapa?.”
“Aku hendak balik
rumah... mahu mengambil baju dan kereta. Aku mahu berpindah rumah. Nanti aku
cerita... ok” aku menjelaskan tujuan aku menelefonnya.
“Kau berkemas-kemas hendak balik KL ker? Aku
ikut.”
“Tidaklah... aku
sebenarnya ada hal mahu cerita kat kau ni... nanti kita jumpa kat rumah kita
pukul 11 pagi. Aku ceritakan semuanya kat engkau.. dalam telefon ni susah
sikit.”
“Ok... pukul 11 pagi
ha... aku mandi dulu dan sarapan.”
“Ok... chow” Sim menamatkan talian. Mesti Mid tak percaya Sim dah kahwin sekarang ini. Mesti terkejut
beruk punyalah... ujurnya di dalam hati. Kemudian Sim masuk ke dalam rumah dan
berbual dengan abang-abang iparnya. Pukul 10 pagi dia meminta diri untuk keluar
sebentar. Sim berjumpa dengan Ani di tingkat atas dengan niat untuk meminjam keretanya.
“Apa yang kau mahu? Tak
nampak ke aku tengah sibuk ni?” Ani yang sedang bermain PS3 di tingkat atas
marah apabila aku menegurnya tapi dengan suara yang perlahan.
“Sibuk? Main game sibuk?
Lainlah memasak ker... basuh baju. Aku hendak pinjam kereta kau sekejap. Ada
hal sikit” Sim menjelaskan hasratnya.
“Buat apa? Nak lari? Nak
lari pakai kereta aku... pakailah motor bapak aku tu. Lagipun baru semalam pomen
hantar kereta aku. Baru servis kereta tu” Ani tidak mengizinkan.
“Apa pulak... aku mahu
balik rumah ambik baju dan kereta. Takkan pakai baju abang kau saja. Tidak
selesalah... lagipun aku malu asyik pakai baju abang kau. Ambik dokumen-dokumen
penting, pinjamlah kereta kau sekejap... aku terpaksa sekarang ini.. kalau tak.. tak hingin aku de” lantas Ani
mengambil kunci yang terletak di atas meja soleknya.
“Kau jangan pulak larikan
kereta aku.... isi minyak! pandu elok-elok. Aku baru bikin kereta tu... jangan
bawak laju-laju... terkejut enjin dia karang.”
“Yelah-yelah.... aku
bawak dengan hati-hati. 60km sejam... boleh? Ini last aku pinjam kereta kau.
Thank you sayang” aku mencubit pipinya kemudian aku terus keluar ke rumah
menuju ke rumah sewaku di Sungai Petani. Ani menjengilkan matanya
{{{{{{{{{{{{{{{
Kereta Satria Neo milik Ani memang macam kereta lelaki. Tak mengambarkan
langsung kereta milik orang perempuan. Pelbagai aksesori di tambah... rim
merah, cermin digelapkan, kerusi kulit lumba jenama R3. Tombol gear pun ditukar.... sama macam minat aku la Minah ni, suka
makeup kereta. Sim pun minat juga dalam membikin kereta, Sim menghabiskan dekat RM 10,000 mekap dan beli aksesori.
Rumah sewa Sim terletak di Sungai
Petani.... lebih kurang 3o hingga 40 minit perjalanan... Sim memandu perlahan kereta
Ani.... maklumlah baru keluar bengkel... ikutkan hatinya nak pecut jer. Tapi niat itu dibatalkan... karang kalau terjadi apa-apa hal.. mengamuk pulak tomboi tu. Sim ampai
di rumah sewanya dalam pukul 10.45 pagi... lima belas minit agak awal dari waktu
yang dijanjikan. Sim melihat kawannya Mid telah sampai di rumah teres setingkat
itu. Sim terus masuk dan memberi salam.... dijawab oleh Hamid ;
“Kereta siapa yang kau
pakai tu? Ada tastela” tegur Mid di halaman rumah.
“Kereta bini aku”
selambanya.
“Apa?.”
“Kau ni pekak ke apa?
Kereta bini akulah” Sim menguatkan suaranya.
“Bila masa pulak kau
berbini ni???? Setahu aku.. kau awek pun takde. Kau bergurau yer.”
“Nak bergurau apanya....
betulla aku dah kahwin... aku kena tangkap basah malam tadi. Nak taknak kahwin
ekspress la aku. Ini ha buktinya” Sim menunjukkan gambar kahwinnya di telefon.
“Fulamak! Lawa bini kau
ni. Macam pelakon Fiza Masa muda. Macamana kau boleh kahwin ngan minah ni?” Mid
kehairanan.
“Lawa? Kau tengok pulak gambar
dia tak bertudung ni” lalu menunjukkan gambar pasport isterinya yang berambut
pendek. Gambar tersebut diperolehi dari Mak Adah.
“Aik.... lelaki mana kau
rembat ni? Pondan ker?” aku mengetuk kepala Mid.
“Suka hati je cakap aku
kawin dengan pondankan. Dia ni tomboila... perempuan tapi berperangai lelaki...
ganas giler bini aku ni” katanya sambil duduk di sofa.
“Habis tu... macamana kau
boleh tertangkap basah” Mid kehairanan.
“Ini semua geng pelabur
tu punya pasal. Lepas aku telefon kau... aku carilah rumah yang boleh aku
lepak... tup...tup, Abang Ali dengan gengnya dapat cari aku. Aku nak lari pun
tak boleh, dah kena kepung... apa lagi.... kena belasah la aku. Nasib baik
belasah badan...bukan muka. Kalau tak lebam-lebam aku sekarang kat muka. Bila
aku pengsan, mereka tinggalkan aku di depan rumah tomboi ni. Tomboi yang baru
balik dari menonton bola ternampak aku terbaring bawah pokok di depan rumahnya.
Mungkin kesian agaknya, dia tarik aku dalam rumah... aku mandi dan dirawat
dalam rumah tu. Takde nafsu langsung aku nak usik tomboi tu. Alih-alih pak Aji
datang tangkap basah aku. Aku dibawa ke pejabat Agama” terangnya panjang lebar
peristiwa malam semalam.
“Kau tak terangkan
semuanya? Kenapa kau boleh berada dalam rumah dia?” tanya Mid.
“Aku dah terangkan...
dengan pak mertua aku pun aku dah terangkan. Tapi bapa mertua aku nak juga aku
kahwin dengan anaknya. Katanya aku telah menjatuhkan maruah dan nama baik dia.
Kau tahu siapa bapa mertua aku?” tanya Sim kepada Mid.
“Siapa?” tanya Mid....
“Dato Malek... Timbalan
Ketua Polis Negeri ni kau tahu tak. Nak taknak aku kahwin la juga dengan anak
dia tu. Kalau tak pistol meletup kat kepala aku ni” katanya sambil tangan
membuat gaya pistol diacukan ke kepala.
“Habis... bini kau terima
kau tak?.”
“Terima apanya... malam
tadi aku tidur bawah lantai tahu tak. Siap bergaduh mulut lagi. Panggil aku
engkau jer... bukan abang atau sayang.”
“Hahahahahahahahahahaha. Habis
nanti kau nak ceraikan bini kau?” tanya Mid lagi.
“Aku dah berjanji dengan
bapa mertua aku tidak bercerai dengan Ani tergesa-gesa. Lagipun ayah mertua aku
nak selesaikan kes kita. Sebagai balasan aku kenalah jaga anaknya
sebaik-baiknya. Aku kena berusaha memikat hati Ani. Tapi kalau tak berjaya
jugak kenalah aku ceraikannya. Buat apa berkahwin kalau hanya bertepuk sebelah
tangan, tidur bawah lantai. Rugi pulak aku rasa.”
“Hahahahahahaha... malam
pengantin kena tidur bawah katil... romantiknya isteri kau. Ani yek nama isteri
lu.”
“Siot je lu. A ah... nama
sebenar Ariani Suzana. Masa kami mula kenal... dia suruh aku panggil Ari...
bapak jantan.”
“Hahahahahahahaha. Jadi...
apa rancangan kau selepas ini?.”
“Aku berpindah rumah
mertua aku dan duduk di situ dalam sebulan... kemudian cari kerja dekat Bangi
atau Kajang. Menyewa rumah di sana, Ani masih belajar di UKM. Carilah kerja
apapun... janji halal. Aku tak boleh jadi penyangak lagi. Mati kalau bapa
mertua aku tahu” aku menjelaskan perancangannya selepas ini.
“Oooo. Aku pun nak balik
KL semula la. Kat sini apa yang ada. Aku ingat nak menumpang rumah mak long
aku. Cari kerja pastu pindah. Betul jugak kata kau tu... sampai bila nak jadi
penyangak. Serikla kena buru kali ni... nasib baik tak kena belasah macam ko.
Tapi untung kau dapat kahwin free. Dengan anak pengawai polis lak tu.
Hahahahahahaahah” suka yer lu Mid...
gelak... gelak... bila time lu... gua pulak gelak puas-puas.... masa tu tahulah
kau langit tu tinggi rendah;
“Siot kau... sukanya kau
gelakkan aku yer. Dah la, aku nak mengemas mana yang patut. Layan kau ni satu
kerja pun aku tak boleh buat” lalu Sim masuk ke dalam bilik bujangnya. Sim mengambil beg pakaian dan beg sorong untuk mengisi beberapa barang yang perlu. Sim mengambil baju-baju, seluar, kain
pelikat, barangan penjagaan diri, laptop dan kasut serta selipar. Hampir satu
jam Sim mengemas barang-barang tersebut dan memasukkannya ke dalam beg. Sim kemudian mengambil buku bank dan melihat
bakinya. Ada dalam RM 35,000, hasil komisen aku jadi agen skim cepat kaya
dengan simpanan dari gaji aku dulu. Dalam simpanan tunai aku di mesin ATM ada
dalam 3,000 ringgit. Bolehla aku buat belanja kahwin... RM 10,000 hantaran
manakala RM 2000 beli hantaran. Kemudian Sim meletakkan beg-beg dan barang di
dalam kereta, setelah selesai meletakkan barang di dalam keretanya.... Sim duduk di sofa bersebelahan Mid yang sedang enak melantak Maggi. Sim melepaskan lelah ;
“Perghhhh... penat siot
kemas barang. Aik... makan megi jer? Nasi-nasi takde?” tanya Sim kepada Mid.
“Megi je yang ada kat
dapur. Nak kau masak la sendiri. Aku malas. Kau lepas ni terus duduk umah
mertua? Tak balik sini?.”
“Tak la... aku duduk sana
terus.. bila aku pindah Bangi nanti.. aku datang ambik katil aku dengan almari
dan barang aku yang tinggal dalam rumah ni. Ini sofa ni aku yang beli tau... tu
peti ais pun aku beli gak. Cuma Tv dengan dekoder astro tu aku tak ambik. Itu
kau yang payungkan”.
“Wah... semua kau claim
balik.Ni bantal busuk aku kau taknak claim? Buat peneman tidur” kata Mid sambil
menunjukkan bantal busuknya yang telah berkepam.
“Apa yang aku nak buat
dengan bantal busuk kau ni... tah berapa abad kau tak basuh. Habis kau lepas ni
apa pelan Mid?.”
“Kau keluar.. aku pun
chowla. Balik KL. Cari kerja apa yang patut. Meniaga burger ker.. pisang goreng.
Bila kau nak bersanding?”.
“Meniaga makanan? Kau
tahu ker memasak.. selama aku duk dalam rumah ni. Aku jer yang memasak... kau
haramlah. Mungkin lagi sebulan dari sekarang. Lagi 2 minggu selepas bersanding
aku balik Bangi. Jadi sebelum tu aku memang sibuk gila la nak mencari rumah,
keje, nak buat persiapan kahwin. Perghhh... sempat ker aku nak buat semua ni.
Sebut pasal sanding, kau jadi pengapit aku. Tolong pakai baju melayu baru dan
kasut kulit. Jangan pakai selipar buruk dengan baju Pakistan kau tu. Jaga sikit
imej mertua aku sikit” kata Sim memberi ingatan.
“Ok...ok... demi kawan
baik aku.. aku beli satu set Baju Melayu dan kasut. Warna apa?.”
“Itu aku kena bincang
dengan keluarga mertua. Eh! Jom ikut aku pergi rumah. Kau bawak kereta aku. Aku
bawa kereta bini aku. Lepas tu aku hantar kau balik ke sini semula. Nanti
lambat-lambat mengamuk pulak bini aku tu.”
“Ok jom... boleh jugak kenal-kenal
dengan keluarga kau. Jap aku tukar pakaian” lantas Mid bangun dan menuju ke dalam
biliknya. Mangkuk Maggi ditinggalkan di atas atas meja, memang dasar pemalas.