BAB
30
Rezeki
Semakin Bertambah
Sudah sebulan perniagaan on-line Sim berjalan... sudah sebulan
jugalah Ani tidak selalu lekat di dalam rumah. Pagi sampai malam sibuk dengan
kuliah... kalau takde kuliah pergi buat kajian di lapangan. Malam pula
kadang-kadang tengok bola atau bermain futsal. Sim merasakan Ani ini sudah kembali
kepada tabiat lama dia. Malam-malam baru dia balik... kadang-kadang dekat subuh
baru balik. Sabtu dan Ahad terperap di dalam bilik... katanya membuat laporan
ilmiah atau toturial. Takde masa nak berborak seperti dulu. Takpelah... dia
mungkin sibuk... maklumlah tahun akhir. Sim mengisi rasa kesunyiannya dengan
menguruskan perniagaan.
Selama sebulan itu
pesanan tak putus-putus datang... mungkin bekas pelanggan yang berpuas hati
dengan perkhidmatan Sim dan produk yang dijual yang sememangnya tulen.. pelanggan telah memberitahu kawan-kawan atau ahli keluarga tentang laman web Sim. SIM terpaksa membuat pesanan stok 1,000 unit jersi dan replika LAGI. Malah Sim telah diberi sijil syarikat yang menjual paling banyak jersi bulanan oleh
kelab-kelab Turki dan Ajax.. sijil itu Sim muat turun ke dalam laman web. Jualan
selama sebulan telah mencecah 1,300 unit jersi replika... kebanyakkan pelanggannya adalah dari Malaysia, negara Asean, India dan negara-negara Arab.
Keuntungan pula telah
mencecah 65,000 ribu ringgit... selama sebulan sahaja Sim dan Mid mendapat
untung sebanyak 20,000 ribu ringgit seorang ( selebihnya kami tambah sebagai
modal pusingan... kini modal pusingan telah mencecah 75,000 ribu ringgit...
bayangkan dalam masa sebulan modal kami telah meningkat hampir setengah kali
ganda ). Wang yang dapat tidak dijoli dengan sewenang-wenangnya... maklumlah
berniaga ni ada untung atau rugi... Sim menggunakan wang keuntungan yang diperolehi untuk membayar duit kereta sahaja.
Hujung minggu itu bapa mertua Sim menghadiri kursus di Nilai... Sim mengambil kesempatan
untuk berjumpa dengannya... Ani tiada di rumah kerana pergi lawatan ke Iskandar
Johor... Sim berjumpadengan bapa mertuanya di kedai mamak berhampiran Tesco Nilai ( bapa mertuanya menginap di Allson Klana Resort Nilai ).
“Macamana bisnes?” tanya
bapa mertua Sim apabila sudah membuat pesanan minuman dan makanan. Kedai ini tidak jauh
dari Hotel Allson Klana, hanya berjalan kaki ke sini. Sim melihat
bapa mertua sentiasa membawa pistolnya ke sana sini.. katanya sudah terbiasa membawa
pistol sejak dia bertugas di Cawangan Khas masa muda-muda dulu... katanya dia
masuk Cawangan Khas kerana berminat menyimpan rambut ala rock kapok... hanya
Cawangan Khas sahaja dibenarkan anggota membuat bebas fesyen rambut yang
disukai anggota.. maklumlah hendak menyamar. Walaupun sudah kahwin mak Adah tidak
marah suaminya berambut panjang.. tetapi marah jika suaminya memakai
seluar ketat... katanya bapak aku nak tunjuk apa pakai seluar ketat.. aku hanya
ketawa mendengar cerita bapa mertuaku dulu ;
“Alhamdullilah pak... dah
pulang modal. Bukan sahaja pulang modal... dah mula memberi untung. Terima
kasih promosikan laman web saya.”
“Takde hal la tu. Baguslah
dah mula untung... dapat untung jangan joli katak pulak... peniaga melayu ni
bapak lihat... baru untung 2-3 ribu dah joli katak.. beli itu, beli ini.
Padahal duit itu kalau dilaburkan lagi, lagi banyak untung boleh dapat. Pastu
bila modal pusingan habis... mulalah buat hal dengan pelanggan, duit tak
dapat.... barang lambat sampai. Tipikal Malay Thingking. Kau tengok cina apek
dulu-dulu.. pakai sekuar pendek.. baju pagoda je pun. Pakai motor pergi Bank...
tapi duit masukkan dalam Bank beribu-ribu masuk dalam Bank... kita ni pergi
Bank naik kereta.. baju branded.. tapi pergi Bank bayar hutang” gomel bapa
mertua Sim... tapi betul juga cakap bapa mertua aku tu.
“Sebab itu lah saya
mengambil iktibar hasil bacaan saya dari buku tulisan Dr Mahathir... The Malay
Dilemma. Fakta-fakta buku itu sangat relevan dengan orang Melayu sehingga kini
walaupun buku itu dah diterbitkan 50 tahun dulu. Dapat kontrak jual dengan
bukan bumi.. nak untung cepat. Nampak orang itu meniaga goreng pisang laku
sikit mulalah nak meniaga sama... tempat yang sama lak tu... betul kata
bapak... tipikal malay Thinking. Bisnes saya ni pun tak lama lagi mungkin ada
yang tiru.... tengoklah seminggu dua lagi” kata Sim bimbang... memang benar,
kemungkinan besar model perniagaannya ditiru oleh pihak lain adalah sangat
besar.
“Hahahahahaha. Benar, kau
tengoklah Al-Ikhsan... bila dia berjaya sikit. Mulalah peniaga lain nak membuat
bisnes dengan model yang sama... akhirnya tubuhnya Mizi sport... tapi takpelah.
Al Ikhsan pun dah besar sangat... bagilah persaingan yang sihat sikit. Akhirnya
pengguna yang dapat untung. Mereka berdua akan berlumba-lumba tawarkan harga
yang lebih rendah. Jangan Bankrap udah kedua-duanya.. yang rugi orang Melayu
balik” kemudian pelayan membawa minuman dan makanan mereka. bapa mertua Sim menyambung lagi ;
“Ani pergi ke Johor buat
apa? Pergi seorang?” tanya bapa mertuanya.
“Katanya nak buat kajian
lapangan di Legoland Malaysia dengan pasukannya. Maklumlah tahun akhir...
sibuk sikit. Tak.. pergi dengan kumpulan dia. Mak Adah macamana? Sehat?”
tanya Sim, rindu aku dengan masakan mak Adah.
“Sehat... dia kirim
salam. Lama dah kamu tak balik yer.”
“Sibuk sangatla pak...
Ani buat tesis.. saya baru nak uruskan bisnes... kerja lagi... memang takde
kesempatan. Maafkan kami.
“Takpelah. Aku faham...
mak kamu tu jer. Tapi kamu selalu telefon kami. Ani tu dah jarang sangat...
kami pulak yang menelefon dia tanya khabar berita.”
“Apa nak buat pak... dia
pun jarang ada kat rumah sekarang ni. Saya ada nak bagi bapak sesuatu ni” Sim mengeluarkan sesuatu dalam beg sandangnya dan menghulurkan kepada Dato Malek ;
“Ini cek bernilai 3,000
ringgit. Ini bayaran ansuran pertama saya hutang berkahwin haritu.”
“La... kamu bayar lambat
pun takpe Kassim. Kamu tentu nak pakai duit pusing modal” bapa mertua Simseolah-olah berat untuk menerima cek ini.
“Takpe bapak.. modal
pusingan dah saya tambah. Ni ada duit lebih ni saya bagi dulu sikit.. saya tak
pakai pun duit ni. Tolonglah ambil pak... saya rasa serba salah kalau bapak tak
ambil” kata Sim mengharap.
“Baiklah... bapak ambil.
Terima kasih yer” lalu mengambil cek yang sim hulurkan.
“Sama-sama.. patutnya
saya yang ucap terima kasih. Lepas tu ayah boleh tolong saya tak?” Sim meminta
pertolongan bapa mertuanya.
“Apa dia?.”
“Ayah tolong bagi wang ni
kepada Ani tiap-tiap bulan. Nafkah saya selama 6 bulan sebanyak 500 ringgit sebulan” Sim menghulurkan sekeping cek lagi.
“Kenapa kau tak bagi
sendiri?” bapa mertua Sim kehairanan.
“Pak tahulah... dia mana
nak mintak duit dengan saya. Selama ini bapak sahaja yang bagi wang belanja
kepadanya setiap bulan... saya sudah mampu sedikit. Tapi jangan beritahu ini wang
saya bagi. Mulai bulan ini berilah duit belanjanya menggunakan wang saya. Tolong
Bapak” bapa mertuanya merenung cek tersebut.
“Baiklah.... aku uruskan.
Consider it done” wah... speaking pulak bapa mertua aku ni. Dia mengambil cek
tersebut dari tangan Sim.
“Terima kasih bapak”
kata Sim dan terus menyambung makan.
“Kebetulan bapak dah jumpa
Kassim ni... bapak nak beritahu sesuatu. Pertukaran bapak ke sini telah
diluluskan... pada 1hb 10 ni bapak akan mula bertugas semula di Bukit Aman.”
“Tahniah bapak... sebagai
apa?.”
“Timbalan Ketua Polis
Trafik Bukit Aman”.
“Perghhhhh... nanti bolehlah
kalau saya kena saman uruskan dengan bapak.”
“Hahahahahahahaha...
ada-ada sahaja kamu ni Kassim. Bapak tak boleh batalkan saman kamu... bayar
tetap bayar. Itu pegangan bapak... bapak tidak akan gunakan jawatan bapak untuk
membantu orang. Pernah sekali sepupu kamu ditangkap kerana kesalahan dadah, adik
bapak mintak bapak lepaskannya. Tapi bapak tidak buat, yang bersalah tetap
bersalah” bapa mertua Sim menyatakan ketegasannya dan pendiriannya.
“Saya kagum dengan
bapak... tetap dengan pendirian bapak selama 30 tahun dalam pasukan Polis. Sebelum
saya terlupa ni hadiah untuk bapak” Sim menghulurkan sebungkus plastik
kepadanya. Bapa mertua mengambilnya dan melihat isinya
“Jersi Ajax... terima
kasihlah Kassim... susah-susah jer” Sim tersenyum.