Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,018
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 16 B; Apabila Ani tersenyum

Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi..... Ani baru sahaja selesai membaca majalah Wisel, sebuah majalah yang membicarakan mengenai bolasepak terutama pasukan liga Perdana Inggeris. Dia melihat Sim enak dibuai mimpi.... tenang. Boleh pulak kau tidur dengan tangan berbalut macam tu... siap berdengkur lak tu. Ani mencapai laptopnya pula dan menekan butang buka. Ani tidak boleh tidur kerana beliau merasa tidak selesa dengan keadaan tangannya. Ikutkan hati aku, mahu jer aku bukak.. buang benda alah ni. Tapi tak cantik pulak... bising pulak mak aku nanti... kena buat sekali lagi... taknak aku... biarlah seksa sekejap. Setelah laptop dibuka beliau membuka internet dan seterusnya memasuki akaun Facebooknya. Beliau lihat banyak komen-komen gambar yang baru diletakkan sebentar tadi.

Beliau melihat komen bagi gambar pertama pernikahan dia dengan Sim. Antara komen yang diletakkan oleh kawan-kawannya ;

Wah! Tak sangka ko diam-diam dah berkahwin... anyway tahniah - kawan universiti aku semua memberikan ucapan tahniah. Mesti terkejut beruk diorang tahu aku dah berkahwin.

Hulamak lu bro... lu insaf ka? Alhamdullilah.... hensem gak suami lu...leh kenal ? nama kau sebenarnya Ariani Suzana yek... baru wa tahu– Yu... kawan pengkidku di Universiti. Nama sebenarnya Rahayu.. tapi disuruhnya kawan-kawan seuniversiti memanggilnya Yu... Ani sering mengejeknya ikan Yu.

Cantikla ko pakai tudung.... lepas ni teruskan la memakai tudung... anyway tahniah Ariani Suzana - Zaiza... bekas teman sebilik Ani pada tahun pertama... memang islamik sikit. Dahulu semasa duduk sebilik dengan Ani, setiap hari-hari kena ceramah pasal tudung.

Mana ko jumpa mamat ni? Tahniah Ari.... lepas ni takleh panggil Ari dah. Kena panggil Su atau Ani. Hahahahahahahaha... juz joke – Azman kawan lelaki di universiti yang sering menemani Ani bermain futsal atau menonton perlawanan bola... sampai jelesla makwe Azman.

Wah ko... diam-diam kahwin... tak bagitahu. Senyap jer..... macamana ko kenal mamat hensem ni? Nanti ko cerita la kat universiti... lepas ni aku takdela aku geng sekepala dalam bilik. Nak keluar pun kenalah ko mintak izin suami ye tak. Tahniah Bro.hahahahahahahahaha- cis.... teman sebilik Ani  yang juga tomboi memperlinya... nama panggilannya Khai. Tapi nama sebenar Khairiah...

Ayulah kau pakai baju nikah dengan bertudung... macam Fiza elite masa muda. Sama cantik sama padan. Dalam diam-diam yer.... honeymoon kat mana- Ana... teman sekuliah Ani.

Ani merenung gambar pernikahannya. Hensem gak mamat ni bila berbaju melayu.. hmmmm... cantik jugak aku pakai tudungkan... betullah kata mak andam tu... bagai pinang dibelah dua... tapi sayangnya aku masih lagi belum menerima Sim dalam hidupku... aku dah biasa hidup begini... lagipun aku belum bersedia menjadi isteri. Sim membalas komen mereka yang kebanyakkannya ucapkan terima kasih dan mendoakan kebahagian mereka berdua. Kemudian Ani melihat foto percutian di Pulau pinang, gambar mereka berdua di Padang Kota Lama, di Fort CornWallis, Hotel dan sebagainya. Paling Ani suka gambar aku dengan Sim di tepi laut padang Kota Lama. Sim memegang pinggangnya.... Ani merasa debar setiap kali Sim memegang dan merangkul pinggangnya. Arghhhh apa yang jiwang sangat ni... Ani lantas membaca komen yang dihantar oleh kawan-kawannya ;

Wah... gambar pra honeymoon... so sweet – Ana kawan sekuliah Ani.

Aku ingat ko kahwin dengan perempuan gak... akhirnya kawin jugak ko dengan lelakikan.. tapi ko dorang ni sweetla... jeles aku –Komen Azman... hampeh tul ko Man.

Baguslah ko dah berkahwin... boleh mengelakkan maksiat – kata bekas teman sebilik Ani yang islamik tu.

Pergghh... romantiknya korang berdua. Ari... selama ini ko ganaskan macam lelaki... layu juga dalam pelukan lelaki – Kata Khai teman sebiliknya.

Cepat-cepat dapat baby... aku nak tengok anak kau lelaki ke perempuan.... sweet la – pala otak... tido bersama pun tak pernah... nak dapat baby macamana.

Itu antara komen yang Ani sempat baca.... matanya sudah mengantuk. Lantas Ani keluar dari facebook dan menutup komputer. Ani rendahkan kerusi lantas menutup lampu bacaan. Sebelum tidur dia menoleh ke arah Sim.... Ani tersenyum melihat Sim

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.