Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,026
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
sedutan bab 3

BAB 3

Ari @ Ani

Ari, seorang perempuan yang berperangai dan berpakaian ala-ala tomboy sedang menunggang motosikal balik ke rumahnya di Taman Angsa. Nama sebenar Ari adalah Ariani Suzana Bin Malek, tapi kerana nak nampak macam lelaki dia menyuruh kawan-kawannya memanggil Ari. Tetapi kawan-kawannya yang nakal memanggilnya Ari Lasso, seorang komposer dan penyanyi terkenal Indonesia. Tapi dia tidak kisah... janji jangan panggilnya dengan panggilan feminim... Ana ker, Ani ker atau apa-apa sahaja. Hanya keluarganya sahaja yang boleh memanggil nama sebegitu. Kalau tak, siap la kena maki dengan Ari.

Ari memunggang motor sambil menyumpah seranah. Ari baru balik dari menonton bola Euro 2012 di kedai mamak berhampiran. Pasukan kesayangan Belanda kalah pada perlawanan kedua, habis dia kena perli dengan kawannya. Dia yang merupakan peminat fanatik Belanda terasa bengang dan sakit hati apabila pasukan kesayangannya kalah kali ini.

“Kalah lagi! Main macam taik! Teruk betul aku kena perli dan kutuk dengan kawan-kawan aku tadi” gumam Ari sendirian.

“Teruk aku kena belanja kawan aku minum tadi.... napelah Belanda ni.... Persie ada, Robben ada, Rafael ada.... langsung tak menyerang. Berat bontot!” Ari sebenarnya bertaruh bahawa jika Belanda kalah, Ari akan membelanja semua makan dan minum kawan-kawannya. Malah lagi sakit hati Ari apabila melihat kawan-kawan siap menapau lauk apabila Belanda kalah. Cis! Buruk perangai... melayang duitnya dekat 50 ringgit. Ari mula membelok ke simpang taman perumahannya. Pukul 2 pagi... mengantuk pun ada ni. Kemudian Ari membelok ke lorong yang menuju ke rumahnya. Sampainya berhampiran rumahnya, Ari ternampak seperti seseorang terbaring di bawah pokok hadapan rumahnya... jantung Ari mula berdegup kencang.... lalu Ari membesarkan lampu motornya. Lelaki? Apahal lak terbaring depan rumah aku ni? Ari memberhentikan motosikalnya...

“Kenapa pulak ada lelaki terbaring depan umah aku ni? Mabuk ke?” tanya Ari kepada diri sendiri.

“Aku kena kejutkan mamat ni. Gila apa tido depan umah bapak aku... kalau mabuk sangat pun agak-agak la” lalu Ari terus memboncengkan motosikalnya ke rumahnya. Sampai di pintu rumahnya, Ari sengaja membesarkan lampu motornya dan mengarahkan lampu tersebut ke muka Sim yang disangkakan lelaki mabuk. Tapi muka Sim berpaling ke sebelah kiri. Sim tidak bertindak balas terhadap cahaya motosikal Ari. Dia masih pengsan.... Ari turun dari motosikalnya ;

“Aik! Langsung takde reaksi? Mati ker mamat ni? Ah sudah” gumam Ari. Lantas menuju ke arah lelaki tadi yang sedang terbaring pengsan ;

“Oi mamat...oi! bangunlah.... apahal kau tido dekat sini? Balik rumahla... bangunlah oi!” kata Ari sambil menyepak kaki Sim beberapa kali.

“Oi! Bangunlah” kata Ari lagi sambil menyepak lebih kuat. Pun takde reaksi.. Mamat ni dah mati ker? Lantas Ari membuka topi keledarnya dan meletakkanya dia atas tanah. Ari pergi ke muka Sim dan menunduk. Ari lantas memegang muka Sim dan melihat muka Sim.

“Eh! Berdarah... kau kena pukul ker?” lantas Ari menggunakan jarinya seterusnya mencari nadi Sim di leher.

“Hidup lagi.... siapa la yang pukul kau ni. Dah satu keje aku nak tolong kau ni” Ari berfikir sejenak. Nak biarkan mamat ni terbaring depan rumah... tak sampai hati. Karang kalau mati aku jugak yang kena soal jawab. Dah la ayah dan ibu aku takde kat rumah. Akhirnya Ari ambil keputusan bawa mamat tu ke dalam rumah. Ari lantas bangun dan membuka pintu pagar rumah, kemudian membawa masuk motornya dahulu. Setelah selesai, Ari pergi ke Sim... mula-mula mendudukkan Sim, kemudian menarik Sim ke dalam rumah.

“Beratnya kau ni! Nampak je kurus kau ni? Tercabut pinggang aku nak tarik kau ni tahu tak” Gumam Ari. Sampai di pintu, Ari membaringkan semula Sim... lantas membuka pintu gril dan rumahnya.

“Bapak aku ni pun satu... pegawai Polis pun takut dengan perompak. Habis atas bawah di grilnya” leter Ari. Setelah dibuka pintu luas-luas. Ari menarik semula Sim ke dalam rumah, lantas menariknya ke ruang tamu. Selepas membaringkan Sim di lantai simen, Ari terduduk.

“Perghhhh... berat betul kau ni....penat aku. Apa aku nak buat ngan mamat ni?” Ari berfikir-fikir.

“Buat mamat ni perompak. Geng kongsi gelap... mampus aku. Aku kena ikat dia ni” lantas Ari ke dapur mencari tali. Tali rafia yang memang ada di dalam kabinet dapur. Lantas Ari mengikat tangan Sim ke depan perutnya ketat-ketat. Selepas itu dia mengambil cota kepunyaan ayahnya yang memang terletak di ruang tamu. Malah Ari kembali semula ke dapur untuk mengambil pengguli kayu untuk membuat biskut kepunyaan maknya. Manalah tahu mamat ni mengamuk pulak, sekurang-kurangnya adalah senjata nak mempertahankan diri.

{{{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 2.00 pagi, Abang Ali dan Man terus menghisap rokok. Sudah hampir 2 jam mereka menunggu kedatangan geng Sim. Rokok semakin nak habis... yang si Mail pulak dah tertidur sambil duduk bersandar di sebelah Man. Kepalanya dilentokkan di bahu Man.

“Boleh pulak si Mail ni tidur dalam keadaan duduk. lena pulak tu” abang Ali memecah kesunyian.

“Baik je parking kepala dia kat bahu aku ni. Ikutkan hati aku ni, mahu jer aku letak kat kepala dia ni kat tanah. Biar hurung kat semut. Sabar je la” kata Man.

“Hahahahaha... relaks. Kita ni senasib. Kena tolong menolong. Eh! Ada lampu motor la padamkan api rokok cepat” lantas abang Ali dan Man memadamkan api rokok. Mail yang terganggu dengan pergerakan Man terjaga lalu berkata ;

“Apa hal ni?” Abang Ali terus menekup mulut Mail yang penuh dengan air liur basi.

“Syhhhhhh... ada orang datang” Abang Ali separuh berbisik. Tangannya masih di mulut Mail. Mail memandang ke arah pokok di mana Sim terbaring. Mereka lihat Ari membesarkan lampu ke arah muka Sim. Turun dari motor dan membuka topi keledar.

“Lah... perempuan rupanya. Aku ingatkan lelaki!” bisik Man. Ari meletakkan tangan di muka Sim. Seterusnya mencari nadi, kemudian membuka pintu pagar. Ketiga-ketiga mereka yang bersembunyi di semak melihat adegan tersebut. Kemudian Ari menarik Sim ke dalam rumah dan seterusnya menutup pintu pagar.

“Macamana bang? Apa pelan? Tomboi tu tolong si Sim pulak” abang Ali melepaskan tekapan kepada mulut Man.

“Bodoh! Ali liur basi kau melekat kat tangan aku! Kena aku samak!” Abang Ali berang. Beliau terus membersihkan tangannya menggunakan seluar. Beliau hanya mengosok-gosokkan tangannya itu pada seluar jeans yang dipakainya.

“Dah saya tido... memangla keluar air liur basi. Yang abang tekap tangan abang kat mulut saya ni kenapa?Apa pulak kena samak... najis ker air liur basi?.”

“Aku takut kau menjeritla atau bercakap” abang Ali berang.

“Aku sebenarnya tak puas hati dengan Sim ni. Aku nak balas dendam. Sakit dia tumbuk aku pun tadi masih terasa sampai sekarang. Pui!” Abang Ali meludah ke depan.

“Habis tu abang nak buat apa? Nak masuk rumah tu pulak? Abang jangan nak buat giler... karang ditangkap kita menceroboh rumah orang. Tak pasal-pasal kita free je masuk penjara” Man menyatakan ketidaksetujuannya.

“Apa la kau ni bodoh sangat.... aku nak buat si Sim tu kena tangkap basah. Kurang-kurang kena penjara atau denda. Padan muka dia.... malang jatuh bertimpa-timpa pada malam ini. Man, kau pi ambil nombor rumah tu. Hati-hati... jangan kau boleh tertido kat depan rumah dia pulak” perintah abang Ali kepada Man.

“Aku?” Man bertanya.

“Ye lah... habis sapa lagi yang bernama Man kat sini? Aku nak kau pi tengok rumah tu ada penghuni ke tidak... kalau mereka berdua sahaja senang nak tangkap basah” bentak Abang Ali.

“Yelah... yelah. Apalah nasib aku harini” Man berdiri dan berlalu pergi. Langkahnya penuh berhati-hati menuju rumah dimaksudkan. Kerjanya senang kerana nombor rumah ada di tembok di mana peti surat diletakkan. Kemudian dia terngendap-ngendap melihat suasana di dalam rumah. Tiada kereta lain... hanya motor tomboi tadi ( sebenarnya Ari memiliki kereta... tapi dihantar ke bengkel pada hari tersebut ). Lantas Man berlari anak kembali ke semak.

“Berapa nombor rumahnya?” Abang Ali bertanya apabila Man duduk semula ke tempat mereka.

“No 30, lorong dua” kata Man termengah-mengah

“Konfom takde orang lain dalam rumah tu?” tanya Mail.

“Yup... hanya lampu bawah rumah yang dibuka. Itupun malap... kereta takde. Ada motor tomboi tu sahaja” lalu Abang Ali mengambil fon selnya dan menekan sesuatu ;

“Hello... Assalaimualaikum. Saya Ali ingin membuat laporan khalwat la tuan......” abang Ali membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Kedah. Setelah memberikan maklumat dan meletakkan telefon, abang Ali memandang Man dan Mail.

“Dah... jom kita blah. Mesti Jaik datang dengan polis. Motor kita letak kat tepi jalan tadi tu nanti akan menarik perhatian polis pulak. Kita ambil motor dan terus chow. Besok kita tengok apa yang terjadi. Jom” lantas mereka bertiga meninggalkan semak tersebut dan menuju ke arah motor yang ditinggalkan. Abang Ali tersenyum puas......

Previous: Sinopsis

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.