Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,014
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 34 B ; mula rapat dengan Tasya

Mungkin disebabkan kesunyian yang melanda diri Sim, beliau mula rapat dengan Tasya. Tasya banyak membantunya terutama apabila memasukkan rekod kutipan ke dalam komputer. Tasya akan membacakan nombor resit manakala Sim akan menaip. Tasya juga membantu Sim menjalankan kajian projek di lapangan. Mereka berdua akan menaiki kereta bersama dan menuju ke tempat di mana perniagaan Dato boleh dikembangkan. Tasya akan mengambil gambar manakala Sim akan menguruskan dokumen dengan tua punya premis... selalunya kerja ini akan dilakukan pada Jumaat petang selepas laporan kutipan mingguan berjaya disiapkan dan dihantar kepada abang Ali.

Tasya juga akan membantu Sim menbuat kertas cadangan. Mereka berdua selalu sahaja balik lambat dan berdua di dalam pejabat. Mereka akan berbincang sebaik mungkin dalam membuat kertas cadangan, Tasya akan memberi nasihat dari segi teknikal manakala Sim dari segi kewangan dan pengurusan. Sim senang apabila bersama dengan Tasya bila bekerjasa bersama dengannya. Dia seorang yang periang dan selalu membuat Sim terhibur dengan telatahnya. Hilang sikit mood sedih aku dengan sikap Ani. Malah aku merasakan aku mempunyai perasaan kepadanya. Tapi aku akan cepat-cepat mengusir perasaan aku terhadapnya kerana aku sedar aku telah menjadi suami kepada Ani.  Ajakan Sim untuk menonton wayang atau menemani membeli belah tidak pernah ditolak oleh Tasya ( aku terpaksa ajak dia teman.. dah Ani taknak. Mid sibuk dengan kerjanya sahaja.. maka aku ajaklah dia... takla boring jalan sorang-sorang ).

Dialah juga tempat Sim mengadu mengenai masalah rumah tangganya dengan Ani. Dia banyak menasihati Sim supaya bersabar kerana Ani sedang belajar di tahun akhir... mungkin sedang sibuk dengan tesisnya. Dia juga memberi nasihat supaya Ani perlu dijauhi dari Azman kerana itu boleh menimbulkan fitnah. Sim juga pernah meminta nasihat Mid mengenai perkara ini ;

“Kau biar betul... dah jatuh cinta dengan Tasya tu? Ani tu kau nak letak mana?” tanya Mid terkejut dengan pengakuan Sim.

“Kau ni paham ke tidak? Aku kata, aku mula ada perasaan terhadap Tasya.. bukannya aku dah jatuh cinta dengan Tasya” kata Sim membetulkan fakta yang disalah tafsir oleh Mid.

“Macamana kau boleh jadi begini? Kau tak sayang Ani?” tanya Mid.

“Ani tak pernah melayan aku sebagai suami sejak 3 bulan yang lalu. Tidur pun bilik asing-asing. Dia juga asyik keluar rumah... tak lekat duduk rumah. Aku rasa aku ni tunggul kat rumah tu. Semua kerja aku buat... rumah pun bersepah... macamana tak bersepah... kami berdua takde rumah.. aku pun hantar baju kat dobi. Bila aku ada masalah... aku lebih bercerita kepada Tasya... bukan Ani. Apa peranan Ani sebagai isteri? Sepatutnya tugas isteri adalah sentiasa di sisi suami” Sim meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.

“Kau tak pernah tidur bersama Ani?” Sim mengeleng.

“Sejak aku kahwin sampailah sekarang. Tak pernah” jawab Sim.

“Kenapa sampai begitu sekali?.”

“Entahlah... kamikan kahwin mendadak sahaja. Tiada rasa cinta dan sayang dalam diri Ani. Aku dah bagi peluang selama 2-3 bulan beb.. takde perubahan. Makin teruk adala.”

“Makin teruk? Macamana tu?.”

“Seperti aku katakan tadi... Ani melebihkan kawan-kawannya. Pergi membeli belah, tengok bola, main futsal serta jalan-jalan makan angin pun dengan kawan-kawan. Aku ni siapa? Tunggul ker?.”

“Tak patutlah Ani buat macam tu.”

“Lagi satu yang aku bengkak 2-3 kali aku terserempak Ani dengan seorang lelaki bersama Azman. Sekali kedai makan, sekali mereka keluar dari 7 eleven dan sekali dalam kereta berdua. Kau marah tak bila kau lihat isteri kau keluar dengan lelaki lain berdua? Siap main suap-suap air Slurrp tu... bengkaknya hati aku... ikutkan hati aku... mahu aku tumbuk budak Azman tu waktu tu jugak.. nasib baik aku ni sabar orangnya.”

“Tak patut... kau nasihatkanlah Ani.”

“Aku dah nasihat... dah berbuih mulut aku ni nasitkan dia. Macam mencurah air di daun keladi tahu tak? Tapi Ani tetap keluar dengan kawannya dan si Azman tu. Alasannya mereka keluar belajar dan membuat tesis.”

“Ayah Ani? Kau kena beritahu ayah Ani mengenai perkara ini... biar ayahnya pula menasihati anaknya. Kadang-kadang anak ni lebih dengar cakap orang tua berbanding orang lain.”

“Aku malas nak susahkan orang tua tu. Dia dah banyak tolong aku. Biarlah aku cuba selesaikan masalah ini. Kau ada pelan? Atau nasihat ker yang boleh bagi kat aku... aku dah buntu betul sekarang ni” Sim meminta pandangan Mid.

“Ha! Aku ada satu rancangan” Mid memetik jarinya.

“Apa dia?.”

“Gunakan Tasya untuk buat Ani jeles. Ani selalu beritahu kau mana dia pergikan? Jadi tiap kali dia keluar... kau bawak Tasya keluar... biar dia nampak kau dengan Tasya... bila dia tanya, kau katalah... awak boleh keluar dengan Azman, apa salahnya saya keluar dengan perempuan lain... selama ini awak tak lekat dekat rumah... saya boring duduk rumah sorang-sorang... saya perlukan peneman” Mid memberikan cadangannya. Sim memikirkan sejenak idea yang Mid berikan.

“Boleh jalan ke idea kau ni? Katakan masa tu dia bertembung dengan aku nanti... buatnya dia jeles tak tentu pasal. Mengamuk dia nanti.... matilah aku dengan Tasya dikerjakan oleh Ani” Sim menyuarakan kebimbangan... orang perempuan, kalau dah mengamuk dia peduli apa lagi ;

“Beb... perempun ini hati naluri dia lembut... kita tengok dia jeles tak dengan kau. Bila dia mengamuk... itu menunjukkan di dalam hati Ani, dia sebenarnya sayang kat engkau. Itu tujuan kita buat ni. Masa ni kau sedarkanlah dia... tanggungjawab dia... kenapa kau keluar dengan perempuan lain. Mesti dia cair punya la” Mid merasionalkan idea yang dia berikan tadi.

“Kalau dia tidak cair?.”

“Aku rasa dia memang tidak cintakan kau..... kau lepaskanlah dia. Tak guna kahwin kalau kamu tidak saling mencintai dan menyayangi..... seperti orang asing di rumah sendiri” betul juga... apa guna duduk sebumbung kalau tidak saling mencintai dan berkasih sayang. Tidur pun asing-asing. Tanggungjawab sebagai seorang isteri langsung Ani tidak tunaikan... Sim tidak mahu menjadi lelaki dayus ;

“Keluarga mertua aku mesti sedih jika kami bercerai. Aku dah berjanji dengan bapa mertuaku untuk menjaga anaknya sebaik mungkin. Hangus duit hantaran aku macam itu sahaja. Madunya tidak dapat... tapi sakit hati yang dapat. Ani... Ani... kenapalah kau kejam sangat kepada aku.”

“Nak buat macamana... takkan sampai tua kau nak macamni... dayus kau nanti. Buatlah yang terbaik” Sim mengangguk.

“Jadi macamana? Kau nak buat tak cadangan yang aku berikan tadi?”.

“Yer... ini adalah jalan terakhir... jika idea kau ini juga tidak berkesan. Maka aku tiada jalan lagi menceraikannya. Nanti aku tumpang bilik kau yer?.”

“Masa bujang bolehlah. Tapi aku dah kahwin takkan kau nak duduk dengan aku. Takde privasi lah beb” Sim tersenyum.

“Aku cepat-cepatlah meminang si Tasya tu. Duit bisnes pun dah ada... hahahahhahahaha” Sim dan Mid tergelak.

{{{{{{{{{{{{{{{

Perniagaan jersi yang telah dijalankan selama 2 minggu mendapat permintaan yang baik. Bayangkan dalam masa 2 bulan Sim dan Mid telah berjaya menjual 3500 helai jersi. Jualan mencecah RM 420,000. Untung pula mencecah hampir 120,000 ribu ringgit. Bagi jualan minyak wangi pula,  baru bermula seminggu yang lalu, jualan sangat memberangsangkan mencecah 600 unit botol manakala keuntungannya pula mencecah 25,000 ribu ringgit ( untuk seminggu memang mengkagumkan ). Malah Sim terpaksa menempah 1,000 lagi botol kerana ramai pelanggan yang bertanya wangian yang lain dari 10 jenis wangian popular yang kami iklankan.

Pelanggan mereka kini merangkumi 30 buah negara terutama di negara Asia tenggara dan Asia timur seperti China dan Korea. Sim mula mengupah seorang pelajar master dari negara China yang belajar di sini untuk mengalih bahasakan laman web kami ke bahasa Mandarin dan Hokkien. Pelanggan agak banyak datangnya dari negara China kerana dikatakan kebanyakkan produk minyak wangi yang ada dipasaran sebelah sana adalah tidak tulen.

Pusat pembungkusan akan berpindah ke sebuah rumah kedai di seksyen 15, tingkat atas merupakan tempat tinggal Azlan dan rakan-rakannya yang terlibat di dalam membantu perniagaan kami manakala di bawah kami jadikan stor menempatkan barang-barang jersi dan minyak wangi. Kedai ini terletak berhampiran kedai mamak 24 jam... jadi dari segi keselamatan, orang takut nak merompak kedai  kerana adanya orang ramai 24 jam. Selain itu Azlan dan rakannya ada tinggal di atas kedai..... bolehlah mereka tengok-tengok barang yang kami simpan di tingkat bawah. Sewanya mencecah 2 ribu ringgit sebulan.. Sim juga telah membeli sebuah van Hyundai terpakai bagi memudahkan mengangkut barang samada dari pelabuhan ataupun lapangan terbang.

Mid juga telah berhenti daripada menjadi pemandu Dato... katanya nak menguruskan perniagaan mereka sepenuh masa. Dia juga telah berpindah dan duduk di atas rumah kedai ini bersama geng-geng Azlan. Pesanan semakin banyak, maka dialah yang menguruskan pesanan... mengambil stok, menguruskan stok, menghantar ke pejabat kiriman cepat. Sim hanya bertindak sebagai menjaga kewangan dan memastikan wang dibayar oleh pelanggan. Ringan sikit beban aku yang bekerja ni. Aku sayang nak berhenti kerja kerana 2 sebab... pertama nak balas jasa Dato Khaidir dan bapa mertuaku manakala sebab kedua Tasya. Kalau tak tengok Tasya walau barang sehari tak bolehla. Aku dah mula angau dengan Tasya ini... dia pun seolah-olah memberi respon yang positif.

Prestasi Sim di syarikat Dato Khaidir semakin bagus. Hampir 60 mesin layan diri telah berjaya  dibuka sepanjang 2 bulan setengah aku bekerja di sini. 50 lagi mesin layan diri sedang menunggu kelulusan dari pemilik premis. Antara pelanggan besar Sim  adalah USIM, Kolej Nilai, Kolej lagends mantin, Hospital Seremban dan Politeknik Nilai. Selain itu Sim juga menempatkan mesin layan diri di kilang-kilang atau pejabat yang besar-besar sekitar Nilai. Sim juga sudah berjaya mengembangkan perniagaan Dato ke kawasan Nilai, Seremban dan Senawang. Sim mendapat komisen bernilai RM 9,000 bagi 2 bulan setengah ini... satu prestasi yang bagus untuk seorang junior sepertinya.

Wang sebanyak 9 ribu ringgit yang Sim dapat, dia langsaikan hutang hantaran yang  dipinjam dari bapa mertuanya. Malah hasil keuntungan perniagaan hampir 20,000 Sim menyimpan untuk kegunaan masa hadapan. Modal yang  dilaburkanoleh Sim ke dalam syarikat ini yang pada mulanya berjumlah 50,000 kini telah meningkat ke angka 100,000... hampir 2 kali ganda... ertinya kalau syarikat ini ditutup... Sim masih mempunyai tunai bersih 50,000 lagi ( setelah dibahagi dua dengan Mid ).

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.