Pagi itu Sim dan Ani bersarapan di Cafe Resort kerana mereka mendapat kupon percuma untuk sarapan pagi. Sim mencuba kuih Thailand yang dia rasakan manis sahaja....
begitu juga nasi ayam Thai... kuah nasi ayam juga agak manis tetapi sedikit
masam. Ani memakan makanan barat seperti lasaggna dan juga Pizza. Pukul 9.30 pagi mereka bergerak dari hotel ke bandar Krabi untuk membeli belah dengan menaiki Tuk-Tuk.
Destinasi pertama mereka berdua adalah pusat beli belah Factory Outlet. Di sini barang
yang dijual 40% lebih murah berbanding di Malaysia ( duit Malaysia nilainya
lebih tinggi dari Baht... ). Antara barang yang dijual di sini adalah barangan
kulit, pakaian, kasut dan selipar, pakaian dan barang permainan. Semua barang
yang dijual berjenama antarabangsa dan tulen. Sim apa lagi lagi memboronglah
untuk Raya tahun ini. Antara yang Sim borong ialah seluar Jeans Levis, beg
sandang Nike, selipar Croc dan kasut sukan Nike dan seluar Khakis dan t shirt
Jeep.
Ani pula membeli seluar
jeans Levis, 2-3 tshirt berjenama, kasut
sukan Adidas, selipar Croc dan rantai tangan perak ( duit sendiri... mampusla
aku kalau semua aku nak support). Sim turut juga membeli t shirt dan seluar
slack Crocodile. Selepas itu mereka mengambil Tuk-Tuk untuk ke kedai makanan halal.
Pemandu Tuk-Tuk ( boleh cakap dialek melayu Kelantan sikit-sikit ) mencadangkan kepada Sim ke Chaba Thai Chicken, sebuah restoran milik Melayu Pattani. Di sini semua
masakan berasaskan nasi goreng dan Tomyam. Di restoran tersebut Sim meminta nasi goreng Thai dan tom
yam seafood. Perghhhh! Pedas gak nasi goreng Thai ni.... berapa kali aku mintak
ais kosong.... lagi lak Tomyamnya yang memang Ummmm... pedas sedap.... mahu
tercirit aku malam ni nanti.
Selepas makan tenghari
kami menyambung sesi membeli belah di Muslim Street... disini semua peniaga adalah
Melayu Pattani yang menjual busana atau pakaian muslim atau barang keperluan
orang-orang Muslim... pasar basah pun ada. Barang-barang yang dijual adalah
seperti tasbih, tudung, jubah, baju melayu Pattani, songket, batik dan barang
perhiasan rumah dan wanita. Sim membeli kopiah Thailand dan kain pelikat untuknya dan juga untuk bapa mertua serta abang ipar. Sim membelikan ibu mertuanya jubah. Sim menghadiahkan kain batik kepada Ani ( menyinga apabila Sim bagi benda ni kat
dia ). Ani hanya membeli beberapa helai skaf tetapi lebih banyak membeli untuk
mak dan keluarganya.
Hanpir 2 jam kami di
situ membeli belah... kemudian mereka berdua singgah di Masjid yang
berdekatan untuk bersembahyang Zuhur secara jamak dan Asar. Selepas
solat, mereka berdua membasahkan tekak di gerai kecil yang terdapat dihadapan Masjid dengan air seolah-olah ABC di
Malaysia. ABC ini diletakkan agar-agar dan jeruk Thailand. Manis dan agak-agak
masam sedikit tapi sedap. Kemudian mereka mengambil Tuk-Tuk untuk kembali semula
ke hotel kerana Ani sudah berasa letih dan tidak mahu berjalan lagi. Balik
hotel Sim mandi dan terus tidur kerana keletihan ( sedar-sedar dah Isyak ).
Selepas mandi dan solat Sim dan Ani terus ke pantai. Sim mengambil pakej BBQ yang diadakan oleh pihak Resort
yang betul-betul dibuat di tepi pantai. BBQ ini dimasak oleh Chef Resort. Makan
sebanyak mana pengunjung hendak makan. Bayaran pun kalau ditukar kepada duit Malaysia
dalam RM 30 satu kepala. Memang bagus makan di tepi pantai, angin sepoi-sepoi
bahasa... perghhh layan jer. Semua BBQ Sim merasa... ketam, sotong, ikan, ayam,
daging, makanan laut malah daging kerbau pun Sim rasa. Mantap seh. Sim berbual-bual dengan Ani semasa menikmati hidangan ;
“Macamana Krabi?” Sim bertanya kepada Ani.
“Best jugak... pantai dan
pulau yang indah. Pelacur pun takde de sangat nampak. Kalau tak sakit mata jer.
Dulu aku pernah pergi Phuket... sepanjang jalan atau ceruk mana pun kau
pergi... pelacur bersepah-sepah. Pondan takyah ceritahah... kadang-kadang aku
keliru.. mana satu yang pondan... mana satu yang ori. Sakit mata aku
memandangnya. Lagipun sini makanan atau belanja murah.”
“Kalau panjang jodoh
kita... kita bercuti lagi nak? Pergi Bali ker? Australia ker? Pulau-pulau best
sikit.”
“Boleh... tapi kali ini
bilik asing-asing. Aku tak mahu tidur berdua dengan kau. Nak salin baju atau
mandi pun susah.”
“Asal pulak. Ni kat sini
ok jer..... takyah tidur satu bilik seorang”,
“Sini lain... abang-abang
aku yang bagi hadiah... tak leh tukar. Kalau kita pergi sendiri.... boleh pilih
bilik yang kita nak. Paham?.”
“Tak dapat la gua nak
curi-curi pandang lu.”
“Oh..... kau curi-curi
pandang aku tukar baju yer.... gatal!” Ani mencubit pingangg Sim.
“Aik? Tengok isteri
sendiri pun dikatakan gatal?.”
“Dah arrrr... makan
jelah. Malas aku bercerita hal ni” Sim tersenyum.
{{{{{{{{{{{{{{{{
Hari ini hari terakhir Sim dan Ani di Krabi... Sim dan Ani menghabiskan masa pagi itu di kolam
renang. Kemudian mereka melakukan urutan kaki yang dibuat di tepi kolam. Pukul
12.00 tengahari mereka mendaftar keluar dari Resort. Memandangkan penerbangan mereka berlepas pada pukul 5 petang... mereka mengambil keputusan ke pusat
cenderahati di Bandar Krabi untuk membeli belah. Pusat ini Lebih kurang seperti Pekan Rabu di Kedah. mereka memborong makanan dan jeruk buatan Thailand dan kekacang kemudian makan di
restoran tepi jalan milik peniaga muslim. Kemudian selepas makan mereka terus bertolak ke lapangan terbang dan bertolak pulang pukul 5.30
petang. Sim dan Ani sampai di LCCT pada pukul 8 malam sebelum naik penerbangan terus ke
Alor Star pada pukul 9.00 malam. Di sana mereka berdua dijemput oleh bapa mertua.