Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
233,918
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 12 A ; ini honeymoon ke jejalan?

BAB 12

Pulau Pinang

Hari ni Sim dan Ani akan bertolak ke Pulau Pinang kononnya untuk berbulan madu. Pada mulanya Sim bercadang mahu tidur di Pulau Pinang untuk semalaman sahaja. Tapi Sim membuat keputusan pergi ke sana dalam masa 3 hari 2 malam. Selain membeli hantaran, Sim hendak berjalan-jalan sekitar pulau ini merangkap bulan madu sekali. Mula-mula Ani menolak... tapi sim memaksa jugak. Di sana Sim telah menyewa Apartment 2 bilik... satu bilik untuknya manakala satu lagi bilik untuk Ani. Itu perjanjian yang Ani tetapkan kalau mahu dia ikut... Ani mahu bilik dia sendiri... sim menyetujuinya sahaja. Duit hantaran telah diberi kepada Dato ( tapi Dato menolaknya... dia kata duit yang Sim ada didalam Bank baik digunakan untuk memulakan kehidupan baru kami di Bangi nanti... kalau tak dapat kerja... bolehlah buat modal niaga... terharu Sim kerana dapat bapa mertua macamni... tetapi Sim tetap berjanji akan membayarnya balik jika dia ada duit di kemudian hari... anggap sahaja itu sebagai pinjaman... malulah kahwin mertua pulak yang bagi duit.... jatuh maruah beb ).

Sim dan Ani bertolak ke Pulau Pinang pada pukul 9.00 pagi selepas sahaja sarapan pagi. Perjalanan akan mengambil masa dalam 3 jam ke Penang. Setelah kereta yang dipandu Sim keluar dari simpang taman, Ani memulakan perbualan ;

“Apalah radio kau bukak ni? Ni radio untuk orang-orang tua tahu tak? Ada ker orang muda umur 23 tahun dengar Sinar FM.... itu radio untuk mak dan bapak aku bolehlah” Ani menukar siaran radio.

“Oi! Sukahati kau jer tukar siaran radio” marah Sim.

“Sukahati akulah.... kau taknak aku memekak, kau bagi apa yang aku nak dengar” Sim tidak jadi menukar semula  siaran radio ke asal... malas dia hendak bertekak dengan Ani... lagipun radio Hotty FM... boleh layan lagi... kalau radio Irama mintak maaflah. Semakin hari semakin membosankan....

“Kau nak beli apa sebagai hantaran?” tanya Ani kepada Sim.

“Aku nak beli jam tangan sepasang, set barangan kulit, perfume, satu set persalinan, Cermin mata Oakley... lawa la Zizan pakai dalam video klip dia dengan Kaka tu. Kalau aku pakai mesti hensem punya. Kau pulak rancang nak beli apa?” tanyanya ingin tahu apa yang ingin dibeli oleh Ani.

“Perasaan.... muka pecah rumah nak tiru Zizan. Aku nak beli seluar Jeans Levis, pewangi Dunhill for men, baju kemeja, kasut sukan Adidas, dompet dan tali pinggang kulit” perghhhh... takkan nak bagi hantaran benda-benda tu kat Ani.

“Kau ni nak beli barang dipakai untuk aku atau engkau? Boleh tak jangan malukan keluarga kau... takkan aku nak bagi hantaran gitu... itu macam bagi kat lelaki! Aku kahwin dengan perempuan tahu tak. buat orang ketawa jer” Sim membantah permintaan Ani.

“Itulah! Aku bukan reti pun nak beli barang-barang pompuan ni. Sebab itula aku nak ajak emak aku. Kau taknak. Biar dia buat pilihan untuk aku. Mak aku memahami jiwa aku. Paham Cik Kassim.”

“Aku boleh tolong belikan” Sim memberi cadangan... setakat barang-barang pompuan... apalah sangat.

“Tau ker kau ni beli barang-barang pompuan? Selalu beli untuk awek ehhhh” Ani memperli Sim.

“Apalak tak tahu... tanyalah je pada jurujual... lagipun, aku dah nampak baju dalam ko. Aku tahu la taste kau... hahahahahahahahaa” Ani menumbuk bahu Sim. Sim hanya ketawa terbahak-bahak ;

“Eiiiiii geramnya aku. Ni mesti kau ternampak masa susun baju haritu kan. Ikutkan hati aku.. aku nak cekik-cekik engkau ni. Tahu tak!” sambil Ani membuat reaksi marah dan mengenggam buku limanya. Sim hanya tergelak... gelak yang menyakitkan hati Ani. nereka berdua sampai di Bandaraya Georgetown pada pukul 12 tengahari. Sim telah menempah untuk menginap di Apartment dan Hotel Hard Rock Penang. Sim memilih hotel ini kerana ingin memberi kejutan kepada Ani, kejutan apa? Kenalah terus menyambung membaca. Setelah meletak beg dan berehat seketika, Sim mengajak Ani keluar makan ;

“Nak makan kat mana?” tanya Ani yang sedang minum sambil berdiri air tin di beranda... melihat pemandangan luar.

“Kita pekena nasi kandaqla” SIm memang minat makan nasi kandar... dulu masa dok Kedah...2 minggu sekali Sim dan Mid akan singgah pekena nasi kandar di sini. Walaupun terdapat cawangan kedai nasi kandar di Kedah... tapi dia punya umpppphhh tu lainlah. Sini lagi sedap... tukang masaknya memang betul-betul mamu Penang. Kat Kedah kebanyakkan tukang masak dari India... jadi bagi Sim rasanya lain sikit berbanding disini.

“Alamak beb... aku kari tak makanla” jawab Ani.

“Aik! Habis kau tengok Euro kat kedai mamak makan apa? Minum air jer?.”

“Aku makan roti Nan Cheese la dengan ayam tandoori... kadang-kadang burger. Memang Kari aku kurang sikit.”

“Mang ai... selera orang putih kau ni. Cheese n burger konon.. tapi mak masak sambal belacan dengan ikan singgang bertambah kau makankan. Pulak? Habis tu? Nak makan mana?.”

“Itu lain... mak aku masak memanglah sedap. Tapi kari memang dari dulu aku tak minat. Kita pi Padang Kota Lama...situ pun ada nasi kandaq juga... nasi campur pun ada. Macam-macam ada... lagipun tepi laut... sejuk sikit.”

“Ok... pastu kita pergi Queensbay Mall. Mula cari barang” lekas cari barang hantaran... lepas tu boleh jalan-jalan sekitar pulau.

“Ok” pendek jawab Ani. Di Padang Kota Lama, keadaan agak ramai orang yang menjamu selera... biasalah. Hari kerja... kat sinilah makan murah dan sedap. Ramailah orang pejabat makan kat sini pada waktu rehat. Sim makan nasi kandar dengan ABC... Samosa pun ada. Manakala Ani memesan nasi goreng kampung bersama cendol.

“Perghhhh... sedap sial angin tepi laut” Ani berkata... panggil aku sial? Bagusnya.

“Karang ambik gambar nak?” aku memberi cadangan.

“Ambil gambar? Kita berdua? Taknak aku.”

“La... inikan mini honeymoon kita. Kenalah ambil gambar. Nanti keluarga kau tanya.... mana gambar honeymoon kau Ani oiiiiii... kami nak tengok. Kau nak jawab apa?” kata Sim cuba mempengaruhi Ani.

“Kau ni kan... selalu jer jual nama keluarga aku. Yelah-yelah... nanti kita bergambar tepi pantai” Ani mengalah... taktik Sim berjaya ;

“Sekarang pun dah boleh ambil gambar” Sim mengeluarkan kamera dari dalam beg sandang.

“Kau nak ambil gambar apa?.”

“Gambar kita tengah makanla. Senyum sikit... dah macam jantan aku tengok kau ni” Ani tersenyum sambil membuat tangan peace... manis senyuman ko Ani.

“Nah... kau ambik gambar aku pulak” lalu Sim memberikan kamera itu kepada Ani. Aku membuat muka senyum dan tanda peace. Ani tergelak ;

“Asal kau tergelak?” Sim kehairanan kenapa Ani gelak secara tiba-tiba.

“Muka kau tak boleh blah doh. Macam jantan sanggap” Ani menyambung gelaknya.

“Siot kau! Dah makan cepat” selepas makan mereka berdua pergi ke tepi pantai. Sim mengupah seorang pelajar yang Sim rasa sedang ponteng sekolah untuk mengambil gambar mereka berdua. Sim mengambil kesempatan memeluk dan memberi pose yang romantis. Hampir 10 gambar diambil dan Sim memberi upah RM10 kepada budak tersebut. Masuk je kat kereta Ani menumbuk bahu Sim ;

“Sakit la bangang... kau ni pehal? Tumbuk bahu aku ni?” kata Sim marah... tiba-tiba tumbuk bahu aku ni kenapa?

“Amboi... kemain sedap kau peluk aku yer. Ambil kesempatan betul kau ni.”

“La... inikan gambar bulan madu.. kenala romantis sikit. Kau pun aku tengok diam jer.”

“Lagi aku diam... lagi menjadi-jadi gatal kau yer? Aku diam sebab taknak budak tu syak. Apa ni baru kahwin gaduh-gaduh. Pegang sikit-sikit dahla.”

“Ala. Tak luak pun... pegang je kan... peluk sikit-sikit. Kau cedera parah ker aku peluk? Boleh buat kau mengandung?.”

“Mulut kau tu jaga sikit ehhhhh. Geli aku tahu tak kau peluk aku.”

“Mula-mula memangla geli. Lama-lama sukala. Dahla... asyik nak marah aku je engkau ni... jom shopping. Duit ayah kau dah bagikan?.”

“Dah” lalu Sim memandu menuju Queensbay Mall yang terletak di Bayan Lepas. Sampai di sana lebih kurang 20 minit. Ani diam sepanjang perjalanan.. marah kot dengan aku. Lantaklah... merasa jugak aku peluk dia tadi. Tapi sayang... dia pakai perfume lelakila... heran aku... langsung potong stim. Selepas meletakkan kenderaan mereka berdua terus masuk ke pusat membeli-belah. Kedai pertama mereka masuk adalah kedai kasut Clarks... Sim membeli kasut kulit di sini. Selepas itu mereka berdua mula menjelajah ke seluruh kedai yang ada di sini. Memang banyak pilihan terutama jenama antarabangsa. Puas hatilah membeli belah kat sini.

Setelah hampir 4 jam di sini, mereka berdua keluar dari shopping Mall ini. Berbag-bag dibawa dijinjing di kiri dan kanan tangan sim dan Ani. Sim membeli kasut kulit Clarks warna coklat gelap, jam tangan sepasang Bonia, satu set persalinan Camel Active, Minyak wangi jenama Polo, cermin mata Oakley dan satu set tali pinggang jenama Polo. Si Ani pulak dia membeli beg tangan kulit Polo, Cermin mata Oakley ( untuk lelaki... Ani nak sangat cermin mata ni... malas aku nak bertekak.... biarlah dia beli... duit ayah dia.. ehehehheehehe ), Minyak wangi Elizebath Arden, Kasut sukan untuk wanita Adidas ( ini pun puas aku memujuk Ani... dia nak jugak kasut Adidas lelaki ), dan cincin perkahwinan dari emas Seri Pinang. Sim berhabis dekat RM 1,500 untuk barangnya sahaja... manakala Ani dekat 3 ribu kerana termasuk cincin perkahwinan.... emas mahal sekarang ni... cincin bodoh-bodoh pun dekat seribu.

Keluar dari tempat letak kenderaan bawah tanah hari mulai gelap... dah pukul 6.30 petang. Sim memandu terus menuju ke Hotel mereka kerana  telah makan di KFC tadi. Sampai di Apartmen Sim dan Ani berpisah dan masuk ke dalam bilik masing-masing. Sim merebahkan badan kerana keletihan. Seketika kemudian Sim mengeluarkan kamera dari dalam beg sandang dan melihat gambar yang telah diambil di Padang Kota tadi. Sim tersenyum melihat gambar-gambar tersebut... cantik kau ni Ani bila pakai skarf...barulah nampak keayuan ko...bila aku memeluk kau...aku dapat merasakan satu getaran dalam jiwa aku....hangatnya tubuhmu meresap ke dalam tubuhku. Sim melihat foto itu beberapa kali.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.