Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,702
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 28 full ; persiapan Raya

BAB 27

Persiapan Raya

Lagi 4 hari nak Raya... alamak. Persiapan raya aku tahun ni satu pun belum buat lagi ni. Sejak kebelakangan ini Sim agak sibuk sikit dengan kerjanya... hendak membuat laman web lagi... buat kertas kerja untuk letak mesin layan diri di USIM dan Nilai kolej juga. Besok hari Sabtu boleh la kot aku membeli belah keperluan raya dengan Ani. Gaji pun aku dah dapat semalam... sekali dengan OT aku dapatlah 1,500 tambah bonus raya 300 ringgit, dah 1800 ringgit Malaysia( pekerja bukan eksekutif yang sudah lama bekerja dapat 600 ringgit manakala pegawai pula mendapat 1,000 ringgit seorang... mantop beb... disebabkan Sim baru sahaja bekerja selama sebulan makan dapatlah bonus sedikit... bolehlah buat belanja raya ). 

Tolak duit sewa rumah RM 500 manakala kereta pula dibayar dari duit simpanan aku. Hendak bayar bil api dengan bil air dan internet dalam 200 ratus. Ketepikan duit minyak kereta dalam RM 300 jadi tinggal 800 ringgit. Nampaknya aku kena keluarkan dalam 500 lagi untuk belanja raya dalam bank.... tak cukup duit gaji aku. Aduyai... paroh2. bila sudah kahwin.. duit pula kena kongsi dengan isteri.

Aduh! Aku kena cepat buat bisnes ni... laman web sudah separuh siap Sim bina... manakala barang pula dalam 500 helai jersi ori dalam fasa pertama sudah naik kapal dan bakal tiba 10 hari lagi. Sim menelefon Ani pada waktu rehat sembahyang Jumaat untuk mengajaknya membeli-belah esok di Kuala Lumpur ( Tak mainlah shopping kat kajang.. heheeheheheeh ) ...... harap dia setuju ;

“Helo... Assalaimualaikum awak buatpe tu? Boleh kita berbincang kejap?.”

“Saya baru sampai rumah... baru habis pergi library... cari bahan. awatnya?.”

“Besok awak free?.”

“Free... besok sabtu cuti cik abang oi... lagipun sudah mula cuti Raya... ramai member sudah balik kampung.. nak gi mana lagi. nape?.”

“Besok saya nak ajak awak pergi membeli belah kat Masjid India dengan Jalan TAR la. Kitakan satu benda pun tak beli lagi untuk Raya ni.. biskut pun tak beli lagi.”

“Besok? Ok. Saya pun nak cari kuih raya dengan tudung” yes! Dia setuju.

“Kita beli kerepek-kerepek jer...... lagipun tentu ramai akan datang Raya rumah kita.. maklumlah kawasan ini kawasan Melayu... paham-paham sendirilah yer” cadangkan Sim.

“Ok.... kita pergi pagi-pagi. Kalau petang nanti dah ramai orang... susah nak memilih. Jalan pun susah.. tahulah kat situkan jadi tumpuan orang nak beli barang untuk Raya.”

“Ok... set. Besok pagi-pagi kita pergi... sebelum Subuh kita pergi” gurau Sim.

“Selepas Subuh buat apa? Kedai pun belum bukak... nak buat apa sampai awal? Kalau boleh makan... boleh gak pekena teh tarik dulu. Apala”

“Hahaahahahahahaha... ok.. ok... dalam kul 9 kita keluarlah... lambat nanti parah nak cari parking. K.. jumpa kat rumah nanti. Bye sayang.”

“Bwek” kata Ani dan Sim meletakkan telefon. Tudung? Alhamdullilah. Hari ni buat kerja pun takde mood sangat... maklumlah sudah hendak Raya. Semua akak-akak kerani sibuk cerita pasal raya... kerjanya pun sudah dibereskan siap-siap pagi tadi... laporan pun sudah dihantar pagi tadi. Pejabat akan bercuti selama seminggu... kutipan wang akan dilakukan oleh pekerja bukan melayu yang akan bertugas pada hari selasa. Tapi disebabkan Sim ini orang baru maka pada hari Raya keempat Sim perlu bertugas balik. Abang Ghana dan Sim yang kena jadi mangsa mengutip wang... silap-silap kena kutip di kawasan orang lain pulak... aduyai..........

{{{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 10 pagi Sim dan Ani sudah sampai di Jalan Masjid India... perkara pertama yang mereka cari ialah Baju Melayu sendondon dengan baju Kurung Kedah Ani. Tema tahun ini bagi keluarga Ani ialah warna ungu...jadi mereka k bazaar yang menjual Baju Melayu di Jalan Melayu. Setelah sejam mencari, maka Sim dapat membeli baju sedondon di Aniz Collection. Sepasang 350 ringgit. Sim  terpaksa payung Ani kerana dia kata jika Sim hendak  pakai sedondon.. maka Sim perlu membelinya.

Sim terpaksa ikutkan sahaja... kemudian kami mencari tudung untuk Ani di Jalan TAR. Orang semakin ramai, Ani berjaya mendapatkan tudung ala-ala Yuna. Selepas itu mereka berdua mencari biskut Raya HomeMade di Jalan Masjid India. Belilah biskut 3 jenis... kerepek 2 jenis. Cukuplah... Buat apa hendak banyak-banyak... orang bukannya makan terutama budak-budak.. minum air sikit terus blah. Kemudian mereka berdua masuk ke dalam Emporium Mydin. Sim membeli kain samping songket Baju Melayu dan songkok. Ani membeli bekas kuih dan bahan dekorasi rumah, Sim juga membeli lampu kelip-kelip fesyen baru untuk dipasang di rumah sewanya. Pukul 3 petang mereka balik... kawasan semakin sesak. Baju raya yang lain sudah beli masa kat Krabi dulu. Lega la sikit... kalau tak mampus Sim.

Malam itu Sim terus menyusun pakaian di dalam beg. Besok pagi pagi selepas Subuh sudah hendak balik beraya di Kedah. Sim juga sudah memasang lampu kelip-kelip di tingkap depan rumah dibantu oleh Ani.  Besok pagi-pagi selepas subuh mereka  akan bertolak ke Kedah... lambat nanti jalan jem.  Hanya satu kereta sahaja yang dibawa ke Kedah iaitu kereta Sim sahaja. Duit raya pun Sim sudah masukkan siap-siap di dalam sampulnya. Setelah mengemas Sim tengok Ani tengah tercongok depan TV melihat lawak di Astro... tergelak-gelak tengah malam buta ;

“Wah... lawak ke cite ni?” tegur Sim.

“Mestila lawak.... Zizan yang berlakon.”

“Zizan? Apa tak cakap?” Sim duduk di sebelah Ani... Sim memang minat gila dengan Zizan.

“Wah... komedi menjelang raya. Semua pelawak Astro ada.. Johan pun ada. Eh.. bukan tahun lepas ni dah disiarkan ker” sambung Sim lagi.

“Biasalah Astro.. mestilah mengulang cerita.. tapi cerita ni bestlah.. saya tak sempat tengok pada raya pertama tahun lepas. Dah habis kemas?” tanya Ani kepada Sim.

“Dah.... besok tinggal bawa je lagi. Penuhlah kereta kita tu dengan barang-barang, saya rasa kereta awak tu lagilah tak muat... bonet pun takde.”

“Banyak beg?,”

“Adalah dalam 2 beg. Beg awak lagi.”

“Alah itu pun nak kecoh.. ingatkan bawak satu almari” siot jer... mereka berdua terus menonton cerita lawak itu sehingga habis dan diselang seli dengan ketawa. Pukul 12 tengah malam mereka berdua masuk tidur ke dalam bilik masing-masing.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.