Sinopsis
Mengisahkan seorang pemuda bernama
Kassim atau nama glamornya Sim seorang anak yatim yang melarikan diri dengan
kawannya baik Hamid ( Mid ) dari rumah anak-anak yatim di Gombak. Mereka
melarikan diri pada usia Kassim 16 tahun kerana tidak tahan duduk di rumah
anak-anak yatim. Setelah keluar.. pelbagai pekerjaan yang mereka lakukan
bermula sebagai pencuci kereta, kemudian menjadi pembantu pasar…. sebelum
berkenalan dengan abang Fazzul. Abang Fazzul mengupah mereka menjaga perniagaan
barangan tiruan dan cetak rompak yang memberikan upah yang super lumayan.
Kemudian abang Fazzul membuka syarikat pelaburan haram pada tahun 2011 di mana
mereka berdua diambil bekerja.
Selepas
setahun, abang Fazzul melarikan diri dengan wang pelabur… manakala Sim dan Mid
diburu oleh para pelabur yang marah keraba wang pelaburan hangus begitu sahaja.
Pada satu malam, apabila mereka mengeledah pejabat untuk mencari maklumat dan
seterusnya mengesan abang Fazzul, mereka telah berjaya dijejaki oleh para
pelabur yang marah. Sim dan Mid cuba melarikan diri dari kepungan para pelabur
yang diketuai oleh abang Ali. Sim terkepung di sebuah taman perumahan dan
dipukul oleh para pelabur. Sim yang pengsan telah ditinggalkan di bawah pokok
di sebuah rumah di taman tersebut. Dijumpai oleh seorang perempaun yang
berkelakuan ala-ala tomboy bernama Ari ( nama sebenar Ariani Suzana ) yang baru
balik menonton perlawanan bola Euro. Ari mengheretnya masuk ke dalam rumah dan
merawatnya.
Pelabur
yang tidak berpuashati menelefon jabatan Islam daerah mengatakan bahawa
terdapatnya kes khalwat yang sedang berlaku. Akhirnya Sim dan Ani telah
ditangkap khalwat. Ayah Ani, Dato Malek mengahwinkan mereka berdua walaupun Ani
dan Sim tidak bersetuju. Tapi demi menjaga nama baik Dato Malek yang merupakan
orang besar di peringkat Negeri maka keputusan diambil untuk menikahkan mereka
berdua besok petangnya. Terdapat pelbagai konflik dan perkara lucu yang terjadi
sepanjang perkahwinan mereka selama 4 bulan.
Tapi
akhirnya Sim menerima perkahwinan mereka dan cuba untuk mencintai serta
menyayangi Ani sepenuh hatinya.. sebaliknya Ani hanya melayan Sim sebagai
kawannya sahaja.. tidak lebih dari itu. Ani juga tidak menjalankan
tanggungjawabnya sebagai isteri dan melebihkan kawan-kawannya. Tapi akhirnya
berlaku perkara yang tidak disangka membongkarkan siapakah Sim dan ayahnya yang
sebenar dan sebab musabab Sim ditinggalkan di rumah anak-anak yatim…………..
Sambungan bab 4
Sementara itu di Lebuhraya Utara Selatan menuju Alor Star, Datok SC 1
Malek bin Haji Reduan sedang memandu kereta dengan laju menuju ke Alor Setar
dari Ipoh. Panggilan yang diterimanya pada pukul 4.00 pagi yang mengatakan anak
bongsunya Ariani ditangkap basah benar-benar mengejutkannya. Panggilan itu
dibuat oleh Pegawai Agama Kota Star iaitu Haji Ramlan yang memang dikenalinya. Pegawai tersebut
meminta Dato Malek segera ke pejabat Agama untuk membebaskan anaknya kerana
kertas pendakwaan akan mula ditulis pada pukul 9.00 pagi. Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, Dato Malek lantas mengejutkan isterinya. Isterinya yang mulanya tidak percaya akan kesahihan itu
menelefon semula Haji Ramlan untuk mendapatkan kepastian. Setelah mendengar pengakuan Haji Ramlan barulah
isterinya terkocoh-kocoh untuk bersiap. Barang semua yang ada ditinggalkan di hotel,hanya barang yang penting sahaja dibawa pulang.
Dato Malek terganggu apabila mendengar Puan Saadah
sedang menangis teresak-esak. Beliau idak percaya anak kesayangan mereka melakukan
perkara terkutuk itu.
“Saadah oi... udah-udah
la kamu menangis tu. Abang nak bawak kereta pun tak senang. Nangis airmata
darah pun tak guna jugak. Ani tetap sudah kena tangkap... awak nangis tu ingat
boleh lepaskan dia ker?” katanya.
“Tapi Adah tak sangka
bang.... takkan Ani yang tomboi tu boleh kena tangkap basah... dia tu kan anti
lelaki sikit perlakuannya” jawab Datin Saadah.
“Ani tu laki ka pompuan?
Dia pun ada nafsu jugak Adah oi..... mungkin lelaki tu pandai mengayat... Ani
terkulai layu” agak Dato Malek.
“Abang buat la sesuatu
supaya Ani lepas..... bincang la dengan Haji Ramlan tu. Dia kan bekas Pegawai Agama
kat kontinjen abang. Takkan dia tidak boleh tolong” Datin Adah memberi cadangan.
“Awak ingat saya ni apa?
Saya takkan guna kedudukan saya untuk membebaskan Ani. Yang salah tetap salah.
Kalau Ani salah ditangkap khalwat.... saya tetap akan menghukum Ani. Biar dia
kahwin dengan pasangan dia tu. Habis cerita... kalau abang bebaskan dia... esok
lusa dia buat balik. Takkan keje abang nak bebaskan dia jer dari maksiat. Kita pi
sana dengar cerita yang sebenar” Dato Malek tidak bersetuju dengan cadangan
isterinya.
“Tapi takkan abang nak
kahwinkan dengan orang yang kita tak tahu asal usul. Tah jantan mana Ani kutip.
Mat motor ke? Lagipun Ani tengah belajar lagi bang. Macamana nak jadi isteri.
Lagipun dengan perangai Ani yang tomboi tu. Boleh ke jadi isteri yang baik?’
tanya Puan Saadah kepada suaminya.
“Habis awak nak buat
macamana? Dia dah malukan kita. Nak tak nak kita kena kahwinkan mereka berdua
jugak. Ala... besok pandai-pandai awak dan saya mengajar Ani menjadi isteri yng
bertanggungjawab. Dah... jangan nangis. Saya nak kena memandu sampai sana pukul
6 pagi... sebelum pejabat buka. Kalau tak nanti habis satu Alor Star tahu anak
kita kena tangkap basah. Saya kena setelkan perkara ini sebelum pejabat dibuka”
Dato terus memecut laju kenderaan. Beliau memandu sendiri kereta tanpa diiring
polis peronda kerana tidak mahu orang bawahan tahu tentang kes Ani. Lagi malu besar Dato Malek.