Bab
24
Idea
Memulakan Perniagaan
Sudah 2 minggu umat Islam berpuasa, maknanya juga sudah lebih 2 minggu Sim bekerja di syarikat ini. Sim merasa semakin seronok melakukan kerja ini kerana tidak terikat masa kerjaku di pejabat. Banyak kerja yang dilakukan di luar,
hanya hari Jumaat sahaja Sim duduk di pejabat untuk membuat laporan kutipan
mingguan udan diberikan kepada penyelianya abang Man. Hari Sabtu Sim akan
mengambil kerja lebih masa mengutip wang di tempat dimana dia rasakan
mencatatkan volum jualan yang tinggi seperti di Bangi, Cheras dan Sepang ( ahli
kumpulan dalam pasukannya juga bekerja hari Sabtu untuk mendapatkan duit
lebih... duduk di Kuala Lumpur ini kalau gaji tidak mendapat sekurang-kurangnya 1,500 ringgit memang tidak boleh hidup... lega sang suami jikalau
isteri juga bekerja membantu suami... tapi sudahnya kena pula membayar wang bulanan pengasuh anak... bukannya murah.. satu anak lebih kurang 250 cajnya sebulan...
kalau 3 orang anak sudah 500 sebulan... itu belum masuk susu anak atau kos lain
lagi... baik duduk rumah sahaja jaga anak dan buat kerja sambilan di rumah...
kata abang Ghana.
Sim juga sudah menghantar
kertas cadangan untuk menempatkan mesin vending dan pusat dobi layan diri di
Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) dan Nilai kolej yang terletak dikawasan
Nilai. Kawasan ini masih lagi belum diterokai oleh perniagaan Dato Khaidir. Penyelianya dan Dato Khaidir sangat kagum dengan idea dan komitmen Sim. Baru 2 minggu bekerja
sudah ada idea untuk mengembangkan perniagaan mereka. Kertas kerja akan cuba
siapkan oleh Sim seminggu selepas raya. Ini kerana banyak prosuder yang perlu di atasi
untuk membuka mesin layan diri di tempat ini. hendak kena mintak kebenaran pemilik
premis, Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya.
Pada minggu keempat bulan
Julai Sim berjumpa dengan Mid di rumah sewanya. Sudah lama Sim tidak bertemu
dengannya... kali terakhir kami berjumpa adalah semasa kami berpindah dahulu. Hari
Ahad kebetulan dia tidak bekerja menghantar bosnya menghadiri majlis-majlis
atau temujanji perniagaan. Sim meletakkan kereta di belakang rumahnya. Di situ
ada pintu yang boleh masuk ke rumah Mid. Mid menunggu Sim di bawah sepohon pokok
mangga ;
“Assalaimualaikum Mid”
sapa Sim ketika keluar dari kereta.
“Waalaikummussalam. Apa
khabar” mereka berpelukan.
“Baik.. nasib baik hang
tak kerja hari ni. Boleh jumpa... kalau tak asal aku telefon je ang kata tak
dapat... kata nak hantar Dato ni ke sanalah... Dato nak pi sinilah. Macam YB
dah hang ni” Sim mengusik Mid.
“Hahahahahahahaha...
biasala. Pemandu Datok... bila-bila masa saja aku dipanggil kena hantar Dato kesana
kemari. Janji masyuk.... OT dibayar. Eh! Jom masuk rumah” ajak Mid. Sim mengikutinya. Sampai di dalam rumah.
“Wah... besar gak bilik
kau ni yer. Muat juga letak barang-barang dari Kedah haritu” kata Sim sambil
melihat keliling bilik Mid... luas.. seperti ruang tamu rumah sewanya.
“Biasalah. Duduk bujang
bolehlah. Kalau dah kahwin tak sesuai... bilik takde... ruang tamu jer... tapi
tandas nasib baik dalam. Kalau tandas luar... haru gak aku.. nak
berkongsi-kongsi... geli oooo.”
“Kau tak masakla yer?” Sim melihat tiada dapur gas di dalam bilik ini.
“Takla... aku makan luar
atau tapau je. Lagipun kalau aku dalam rumah... ambik je makanan kat dapur Dato.
Memang banyak lebih.. aku seorang saja. Membazir je masak. Kau tahu lah aku ni
pemalas macamanakan.... kau ada... boleh masakkan untuk aku. Rindulah nak rasa
masakan kau” Mid membodek... memang Mid ni malas memasak... dulu masa bujang,
dai akan beli barang dan membersihkannya. Aku masak jer... dia kata aku patut
kerja kat hotel... masak lebih sedap dari Hotel... ;
“Hahahahahahahaha. Kau tu
masak nasi pun boleh mentah. Untunglah kau... makan free... bilik ada orang
bagi. Air-air takde ker... haus aku ni” gurau Sim.
“Haus? Ada air oren....
ambiklah dalam peti ais tu. Kau ni tak puasa ker? Masih tong-tong puasa macam
dulu ker?.”
“Hahahahahahahahaha...
manalah tau kau buat kerja lama lagi... bukan kau ker dulu selalu tong puasa.
Pukul 2 je mulalah cari air dalam peti ais” Sim mengimbau teletah Mid semasa
berpuasa dulu. Tapi bila time berbuka mengalahkan orang puasa... macam-macam
dibelinya.
“Siot jer... aku dah
bertaubatlah. Tak ponteng puasa lagi. Hehehehehehehehehe. Macamana kerja kau?
Ala... masa tu muda lagi... tak kuat sangat iman.”
“Seronoklah... kerja luar
macam kau.. kutip wang mesin layan diri. Takdelah terperok dalam ofis. Mati
kutu oooooo” Sim menyambung
“Tapi waktu puasa ni
tercabar gak iman... terutama kutip duit meter tempat letak kenderaan.
Tengah-tengah panas... perghhh. Tercabar iman oooo... haus giler. Nak je aku
minum air tin dalam van... tapi si Ghana pembantu aku tu tak minum atau makan
semasa bertugas.. seganlah kami.”
“Biasalah. Alah tegal
biasa lah nanti tu. Bini kau sehat ker?” Mid bertanyakan tentang Ani.
“Ok jer... eih. Aku
datang ni ada hal untuk bincang dengan kau.”
“Hal ape tu?.”
“Pasal bisnes yang aku
nak buat ni. Aku dah dapat idea.”
“Idea apa? Cerita kat aku.”
“Aku ingat nak buat
bisnes online. Kita jual jersi ori.”
“Kan benda tu Al Ikhsan
dengan Mizi dah jual. Nanti rugilah kita... Al-Ikhsan jenamanya lagi kuat...
kalah kita nanti.”
“Tapi diorang jual jersi
pasukan yang popular sahaja. Kita jual rangkum semua pasukan luar negeri dan dalam
negara, Asia, Eropah dan Amerika latin. Aku dah dapat link dengan pelajar kita
di Britain. Namanya abang Midi... nama sebenar Hamidi Adnan... dia pensyarah
Mara dan sedang melanjutkan pelajaran di sana. Abang Midi boleh tolong supply
bekalan dengan kita dengan harga murah atau lebih tepat lagi harga kilang”
terang Sim.
“Wah! Cepatnya..... mana
kau dapat kontek ni?” tanya Mid.
“Abang ipar aku kawan
dengan Midi ni... aku tanya dia kalau dia ada kontek di UK. Di UKlah pusat
penjualan jersi tulin yang murah... kau tahulah kan penyokong sana sangat
fanatik dengan bola. Abang Midi ni pun kaki bisnes. Dia setuju kalau dia jadi
orang tengah beli jersi ori dari pasukan seluruh dunia. Malah dia boleh dapat
sijil sah tulen dari kelab-kelab atau kilang-kilang pembuat jersi. Tapi kita
kena beli dalam kuantiti yang banyak lah.... lagi banyak maka lagi murah yang
boleh dapat. Abang Midi akan cuba dapatkan jersi dari kilang-kilang negara
jiran seperti German, Itali, Turki mahupun Greece... sekarang ini eropah sedang
mengalami krisis ekonomi... jadi banyak stok jersi yang tidak dijual dan sedia
untuk dibeli dengan harga yang cukup murah” terang Sim bersemangat.
“Betulka? Tak menipu
macam Fazzul tu.... jersi tu betul-betul ori ker? Ke cap triple A.”
“Betullah... aku dah
skype dengan brader ni. Dia pun sedang sambung belajar di sana dan memerlukan
wang. Maklumlah dah berkeluarga... nak harapkan duit biasiswa atau kerja
sambilan berapa sen yang dia dapat. Sebagai contoh... dia boleh dapat jersi MU
dalam harga borong 150 ringgit sehelai... kita jual di sini dalam 230 ringgit
termasuk kos menghantar. Harga sebenar di Al Ikhsan dekat 300 ringgit. Kos upah
dan menghantar hanya 30 ringgit. Tapi kita kena beli dalam kuantiti yang
banyakla. Bukan EPL sahaja... kita jual jersi yang ada permintaan tapi kat
Malaysia ni tapi agak susah untuk dicari
oleh peminat... macam jersi Souhthampton, Cardiff, QPR, Norwich, Swansea atau
Leeds.”
“Geliga la otak kau ni...
memang betul jersi selain pasukan EPL susah nak dapat kat Malaysia ni. Macam
Dortmund... aku pakai yang lokal sebab kat Al Ikhsan takde jual. Kau ni otak
bisnesla... pandai ambil peluang” puji Mid.
“Biasalah. Nak hidup...
harapkan gaji aku ni berapa sen sangatlah. Sewa rumah jer dah separuh makan
gaji asas aku. Sekarang ni tiap-tiap hari aku buat kerja lebih masa. Sabtu pun
aku kerja... aku harap dapatla seribu setengah. Lepas la untuk diri aku dan Ani...
tapi nak sedap kenalah buat bisnes. Si Ani tu bukannya nak masak.. hari-hari
makan luar. Mampus aku.”
“Masaklah sendiri.”
“Nak harapkan Ani? Makan
nasi dengan garamlah aku. Ani tu bukannya tahu masak pun. Tah-tah masak nasipun
dia tak tahu. Lagipun aku mana ada masa nak masak... sampai rumah pun dekat
Maghrib... nak berbuka pun aku suruh Ani beli”.
“Hahahahahahahahaha.....
siannya kau. So bila nak mula bisnes.”
“Lepas raya... bagi aku
bincang lebih lanjut dengan brader tu... aku pun nak belajar bina laman web dan
buat tranksaksi secara elektronik. Bila dah siap nanti aku bagitau kau berapa
modal yang diperlukan. Setakat ni yang
aku ramal dalam RM 50,000. Kau 25 ribu aku 25 ribu.... Cukuplah modal untuk 500
jersi yang pertama... jersi EPL je yang mahal.. tapi jersi pasukan lain separuh
dari harga jersi EPL.”
“Ok.... harap brader tu
janganlah kaki penipu macam Dato tu.”
“Taklah... Abang aku kata
dia ni jujur.. dah lama berkawan dengan abang Midi ni. Tak pernah makan kawan.
Dia pun cuma mintak duit separuh dahulu... kemudian dah sampai barang baru
mintak lagi separuh. Tapi bukan bayar kat dia, bayar kat kilang. Dia mintak
komisen jer... satu jersi komisennya dalam 8 hingga 10 ringgit... kita pulak
untuk satu jersi antara 30 hingga 50” terang Sim lagi untuk menyakinkan Mid.
“Ok... ikut kau lah...
janji kita untung. Kalau dah steady kita buat benda ni sepenuh masa. Penat jadi
kuli ni... balik pun tak tentu masa. Kadang-kadang keluar gelap.. balik pun
gelap. Balik rumah terus tidur... macam takde life pulak” keluh Mid.
“Dato kau ni bisnes ape?.”
“Dia ni kontraktor...
selain itu dia ada bisnes kayu balak dan perniagaan mengekspot makanan.”
“Wah dasat gak yer bos
kau ni.”
“Memangla. Kau datang ni
tak bawak buah tangan ker?”.
“Buah tangan apanya.
Pagi-pagi ni... nak harapkan bini aku masak... sampai ke sudah. Malam ni jom
berbuka kat rumah aku.”
“Tak bolehla... aku nak
hantar Dato bukak puasa kat hotel. Lainkali jela yek.”
“Ok” kami terus berbual
sehingga tengahari. Selepas itu Sim balik ke rumah... sebelum balik Sim singgah di Tesco untuk membeli barang basah.Sim bercadang untuk memasak. Sim bertanya tadi si Ani ni
samada waktu berbuka nanti dia berbuka di rumah. Ani tidak keluar kemana-mana
hari ini... Sim pun ambil kesempatan untuk memasak. Asyik makan luar je muak dia.