Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,678
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 5 ; Balai Agama

Datuk Malek

Pukul 5.45 pagi, Dato dan isterinya sampai ke Pejabat Agama Daerah Kota Setar. Lantas dia dan isterinya pergi ke pejabat Haji Ramlan yang memang berada di tingkat bawah. Sampai di lobi dia terus bertemu Haji Ramlan yang sedang menunggu di sofa lobi. Mereka berpelukan dan bersalaman, Haji Ramlan terus mengajak Dato Malek ke biliknya manakala Puan Saadah dibenar berjumpa anaknya di bilik tetamu. Sampai di dalam bilik Hj Ramlan ;

“Betul ke Haji anak aku kena tangkap basah?” tanya Dato Malek.

“Betul Dato... takkan saya silap pulak. Lagipun ada 4 orang saksi. Mereka menangkap pasangan lelaki Ani sedang cuba melarikan diri di tingkat atas umah Dato. Meronta-ronta minta dilepaskan. Rambut pulak basah, seolah-olah baru lepas mandi” terang Haji Ramlan.

“Cukup 4 orang saksi? Di dalam rumah saya? Masya Allah. Ani... Ani. Sampai hati kau malukan bapak. Apa alasan diorang Haji” Dato Malek terkilan dengan perlakuan Ani.

“Ani kata yang lelaki tu terbaring di depan rumah Dato kerana telah dipukul oleh samseng-samseng. Ani papah masuk dalam rumah. Pastu bagi lelaki tu mandi dan tukar pakaian dalam rumah Dato. Masa tu lah kami tangkap. Yang pihak lelaki mengiyakan sahaja. Tapi tak beritahu kami siapa yang memukulnya” terang Haji Ramlan.

“Jadi apa tindakan Haji?” tanya Dato Malek

“Saya rasa beginilah. Disebabkan ada keraguan di dalam kes ini, saya lepaskanlah Ani dan pasangannya. Sebaik-baiknya kahwinkan mereka berdua Dato. Takut nanti ada suara-suara sumbang yang mengatakan saya melepaskan Ani sebab saya rapat dengan Dato. Malah mungkin ada orang kata Dato menggunakan pengaruh Dato untuk membebaskan mereka. Kahwinkanlah mereka... itu jalan yang sebaik-baiknya” Haji Ramlan memberikan pendapatnya. Dato Malek bersandar di kerusi dan berfikir sejenak.

“Baiklah. Saya bersetuju dengan pendapat Haji. Saya akan kahwinkan Ani. Buatlah persiapan apa yang patut untuk pernikahan Ani lepas Asar ini di surau taman saya” akhirnya Dato Malek membuat keputusan.

“Begitulah sebaik-baiknya. Perkara yang baik jangan dilewat-lewatkan. Insya Allah, saya akan membuat persiapan dengan sebaik-baiknya. Silalah bawa anak Dato balik ke rumah. Nak berjumpa dengan bakal menantu pun boleh. Mari” Haji Ramlan mengajak Dato berjumpa dengan anaknya dahulu di bilik tetamu. Sampai sahaja di bilik tetamu dilihat isterinya Saadah menangis sambil memeluk Ani, manakala Ani relak sahaja duduk tanpa ada apa-apa perasaan.

“Dah tu Adah... jangan nak menangis beria-ria sangat. Tengok tu anak kita... relak jer macam takde apa-apa” Dato Malek bengang dengan reaksi Ani.

“Bapak... kita tak salahla. Kita cuma tolong orang tu... dia pengsan di depan rumah kita. Tup- tup pak Aji datang tangkap basah” Ani menjelaskan keadaan yang sebenar.

“Bapak tak kira..... kau dah malukan bapak. Malu bapak dengan Haji Ramlan ni kau tahu. Mana bapak nak sorokkan muka ni? Bapak tak kira.... harini jugak bapak kahwinkan kau dengan pasangan kau tu” tegas Dato Malek.

“Apa? Bapak nak kahwinkan saya dengan si busuk tu? Saya tak setuju! Saya taknak! Tah jantan mana tah!” Dato Malek yang marah mendengar kata-kata Ani terus menepuk meja... bammm ! bunyinya.... kesabarannya teruji. Saadah memandang suaminya dengan penuh tanda tanya.

“Ani tahu tak, perbuatan Ani ni menjatuhkan nama baik bapak dalam pasukan polis! Tak kira la samada Ani cuma Ani tolong orang itu tidak.... Ani patutnya telefon ambulans atau Polis. Biar Polis selesaikan... kenapa perlu bawa lelaki yang Ani tak kenal ke dalam rumah? Kali ini Ani ikut cakap bapak... keputusan abang muktamad” Dato Malek benar-benar marah... beliau ditenangkan Haji Ramlan.

“Tapi bang...” Mak Adah tidak bersetuju dengan keputusan suaminya.

“Adah.... kita terlalu manjakan anak kita yang sorang ni. Apa dia nak semua kita penuhi. Nak jadi tomboi pun kita biarkan. Kali ini biar dia kahwin. Biar dia ada rasa tanggungjawab. Biar dia jadi perempuan yang betul. Abang dah berbincang dengan Haji... lepas Asar ni kita kahwinkan anak kita. Haji jom pergi jumpa lelaki tu” lantas Dato keluar dari bilik tersebut sambil diiringi oleh Haji Ramlan ke bilik mesyuarat di mana Sim ditempatkan. Datin Adah kelu tidak berkata... dia tahu keputusan suaminya tidak boleh diubah.... kali ini Dato Malek sangat tegas dengan keputusannya. Sudah lama mak Adah tidak melihat suaminya marah sebegini. Sampai sahaja Dato Malek di bilik mesyuarat, Sim kelihatan sedang tidur di atas kerusi Pengerusi yang empuk, Haji Ramlan mengejutkannya ;

“Encik Kasiim... oh Kassim. Bangun.... ni Dato nak jumpa” Sim terpisat-pisat bangun, kemudian matanya menoleh ke arah Dato Malek.

“Maafkan saya Dato...disebabkan saya anak Dato terjerumus ke dalam kes ini. Saya tak sengaja Dato. Ani menolong saya yang pengsan di luar rumah. Dia tidak bersalah” kata Lan. Apabila melihat wajah Sim.... Dato Malek teringatkan seseorang ;

“Apa nak buat... nasi dah jadi bubur. Ikutkan hati aku... nak je aku sumbatkan kau dalam jel. Sabar jelah. Sekarang kau kena kahwin dengan anak aku. Walaupun apa juga alasan kau” kata Dato Malek tegas.. walau apapun halangan, mereka berdua tetap akan dinikahkan ;

“Kahwinkan saya dengan Ari tu. Simpang malaikat 100 pun saya taknak. Perangai macam jantan” Sim tidak sanggup.

“Oi! Kau dah kena tangkap basah. Taknak kahwin pulak dengan anak aku. Mengutuk pulak tu” lantas Dato Malek meluru ke arah Sim tetapi ditenangkan oleh Haji Ramlan.

“Sabar Dato sabar. Kita dengar dulu penjelasan dia. Kenapa Encik Kassim taknak kahwin dengan anak Dato ni? Kenapa kamu tidak mahu berkahwin dengan Ani ni?.”

“Saya ni manalah ada duit. Baru kena berhenti kerja kelmarin. Syarikat dah gulung tikar. Lagipun belanja kahwin sekarang mahal. Macamana saya nak bagi isteri saya makan?” penjelasan itu menyebabkan Dato Malek cool down sejenak. Mungkin mengakui kebenaran kata-kata Sim.

“Besok lepas Asar aku nikahkan kau. Persandingan akan dibuat lagi sebulan. Pinjamlah dulu duit dari ahli keluarga kau. Takkan takde” Dato Malek memberi cadangan ;

“Saya ni anak yatim Dato,,,, mana ada sedara mara. Saya dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Saya pun tak tahu siapa mak bapak saya. Ni ada dokumen mengatakan saya pernah menginap di rumah anak yatim” lantas Sim mengeluarkan kad yang mengatakan beliau adalah penghuni rumah anak yatim di Gombak. Kad itu diteliti oleh Dato Malek.

“Oklah. Aku bagi kau pinjam duit dalam 10,000 ringgit. Hantaran kepada Ani... bayar balik tau. Bayar ansur-ansur. Cari kerja... bayar. Jangan nak sedap jer.”

“Ani? Tapi dia suruh panggil di Ari... katakanlah saya ni tidak berkahwin dengan Ari. Apa akan jadi kepada saya?” tanya Sim.... dia kalau boleh nak mengelak kahwin dengan Ari... dia belum bersedia berkahwin dengan situasi begini.

“Nama sebenar anak aku tu Ariani Suzana Bt Malek. Aku nak lepas ni kau panggil namanya Ani... tak mahu aku dengar kau panggil Ari. Kalau kau tak mahu berkahwin dengan anak aku.... Aku pastikan pistol ni meletup kat dalam kepala kau. Tahu tak!” Dato Malek lantas mengeluarkan pistolnya dari beg sandang. Sim gerun.

“Baik-baik... saya kahwin dengan anak Dato....” katanya takut-takut....

“Bagus... pas ni. Kau ikut aku balik rumah. Buat persiapan perkahwinan. Nikah lepas Asar. Jangan kau nak lari pulak... aku cari kau sampai ke lubang cacing jika kau lari. Ingat sikit bakal bapa mertua kau ni siapa” gertak Dato Malek.

“Ya Dato... saya ikut Dato balik.”

“Siapa nama kau?” tanya Dato Malek.

“Nama saya Kassim Bin Abdullah” sah.... aku kena siasat latar belakang budak ni.... kata Dato Malek di dalam hati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.