Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,667
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 19 ; Sim menyesal kahwini Ani?

BAB 19

Berkemas

3 hari selepas sim kembalinya daripada bulan madu ( kononnya ), Sim mula mengemas barang untuk dibawa pindah ke rumah sewa di Bangi. Lusa kami akan mengangkut barang kami ke Bangi menggunakan lori. Seperti biasa selepas bersarapan sim pergi ke rumah lama sewanya di Sungai Petani. Di dalam kereta wajanya penuh dengan kotak-kotak kosong untuk meletakkan barang-barang milik peribadinya nanti. Sim sampai di sana lebih kurang pukul 10.00 pagi dan  melihat Mid sedang mengambil kasut-kasutnya di rak kasut untuk dimasukkan ke dalam kotak. Sim keluar dari kereta dan memberi salam ;

“Assalaimualaikum... wah Mid. Rajin kau.”

“Walaikumussalam. Kenalah rajin bro... ni terpaksa bro aku kemas. Takkan aku nak tinggalkan barang kat sini. Rugila... beli mahal-mahal.... nanti aku boleh pakai balik kat sana. Tak payah nak membeli baru... membazir jer.”

“Aik! Selipar jamban pun kau bawak jugak?” tanya Sim yang terlihat Mid memasukkan selipar tandas yang hampir lusuh ke dalam kotak.

“Selipar ni sedap pakaila... sayang nak tinggal. Lagipun boleh guna lagi. Apa yang berbungkus kau bawak tu? Makanan ker?” Mid... Mid... kekadang dia ni kedekut jugak. Selagi boleh pakai dia akan pakai.

“Ha! Ini dia cenderahati aku beli kat Krabi.. ada jugak sikit makanan ringan” Sim memberi plastik itu kepada Mid. Mid membukanya.

“Perghhhh! Kain pelikat, rantai kunci, baju dan makanan. Terima kasih le Sim. kau ni memang kawan aku la. Mana jer kau pergi ada jer buah tangan untuk aku. Macamana bulan madu? Best?” tanya Mid.

“Kau seorang sahaja kawan atau sedara yang aku ada dalam dunia ni.... jadi aku belilah untuk kau. Bulan madu? Aku bagai kumbang yang tidak mendapat madunya... hanya sekadar berlegar disisinya” kata Sim berfalsafah.

“Hulamak lu. Berfalsafah pulak. Betul ke ni?.”

“Betullah. Takkan aku nak tipu pulak..... Ani masih taknak terima akula. Aku pun tak tahu nak buat macamana lagi” katanya kecewa.

“Takper... sabar. Ani tu perlukan masa. Tapi kesian gak kat lu. Kahwin.... tapi macam orang tak kahwin. Arghhhh! Lupakan je la pasal tu. Lu pi la kemas apa yang patut. Asyik berborak jer bila masa nak siap kerja pulak. Ada bawak kotak kosong tak?.”

“Ada... aku ambik kat Supermarket kat Taman aku. Besar-besar aku ambik” jawab Sim pendek lalu ke kereta untuk mengambil kotak-kotak kosong di belakang bonet kerata. Sim terus masuk ke dalam biliknya dan mengemas apa yang patut. Baju-baju, seluar, barangan peribadi, kasut-kasut semuanya Sim masukkan  ke dalam kotak. Sim menandakan dengan pen marker sebab takut nanti bercampur pulak dengan kotak Mid. Haru nanti. Tikar dibiliknya digulung untuk dibawa. Kipas duduk, seterika, dan cermin dinding Sim masukkan dalam kotak. Hampir 2 jam setengah barulah tugas Sim selesai mengemas bilik. Sim keluar sekejap untuk berehat... Mid sedang minum air sejuk.

“Ada air sejuk lagi ker? Haus giler” kata Sim yang memang kehausan.

“Ada... dalam peti ais. Ambiklah” Sim pergi ke peti ais dan mengambil air sejuk dalam botol air sejuk. Sekali gogok dalam suku air botol tersebut habis.. haus... seh. Baru Sim teringkatkan sesuatu ;

“Eh! Peti Ais ni aku taknakla. Aku sudah dapat peti ais besar... ada Dato bagi masa sanding aku hari itu... kau ambiklah.”

“Canteklah! Tak payahla aku nak beli baru.”

“Kat KL nanti kau tinggal kat mana?” Sim duduk di sebelah Mid.

“Aku tinggal kat belakang rumah Dato tu. Rumahnya kat Hulu Langat. Stail kampung. Kat belakang rumah ada 3 bilik khas untuk pekerja lelaki. Aku diberikan sebuah bilik. Walaupun bilik tapi bukan dalam satu rumah. Diasingkan bagi setiap bilik. Yang aku tengok dulu besar biliknya... macam ruang tamu rumah kita ni. Jiran yang kerja ada tukang kebun dan seorang lagi tukang jaga dusunnya yang tak jauh dari rumah”.

“Indon ker pekerjanya?.”

“Taklah. Dato tak minat gajikan orang Indonesia. Dia suka orang tempatan. Kau ingat orang Indon ni rajin sangat ker? Antara pekerja Indon dengan Bangla... Bangla lagi rajin tau.”

“Muat ker bilik kau nak letak barang semua ni? Macam banyak jer?. Kau nak bawak semua ni ker?.”

“Pandai-pandaila aku letak. Yang penting TV dengan peti ais ada. Aku tak boleh hidup tanpa kedua-duanya. Kalau tak muat aku buat mini stor kat belakang rumah aku... mana yang aku tak pakai aku simpan.”

“Tah muat ke tidak lori kita besok... barang rumah ni lagi... barang Ani dan aku kat rumah mertua” Sim menyatakan kebimbingannya. bimbang.... buatnya tak muat takkanlah nak ikat barang atas kereta.

“Muatnya... kau ingat tak dulu masa kita pindah ke sini. Lori 3 tan je beb. Muat jugakan. Ala... barang kecil-kecil kau sumbat jer dalam kereta ko tu. Macam kasut-kasut atau baju-baju.. perabot kita leraikan... nanti pasang balik.”

“Masa tu perabot semua takde... Peti ais dengan sofa pun takde lagi tau masa tu. Yang ada Cuma almari aku dan engkau. Yang lain semua kita beli kat sini menggunakan wang komisen. Memanglah muat. Ini banyak ni. Jahanamlah kereta aku kalau semua nak sumbat. Kerusi kulit tu.”

“Kau jangan risaulah.... pandailah drebar lori susunnya besok. Dah aku nak sambung mengemas ni... barang kat dapur tak kemas lagi” Mid bangun dan menuju ke dapur..... selepas itu Sim terus menyambung mengemas mana yang patut. Sim mengambil kasut-kasut dan selipar, membuka katil besi bujangku ( supaya senang masuk dalam lori ), meja komputer dan meja jepun juga aku leraikan. Barang-barang yang Sim rasa tidak boleh dipakai lagi ataupun yang  tidak mahu lagi Sim masukkan dalam plastik sampah. Biar lori sampah datang kutip.... malas nak buang ke tempat lain... cukai dah bayar. Kerja mengemas tamat pada pukul 3 petang. La... punya khusyuk mengemas sampai lupa nak makan tengahari ;

“Mid jom makan... hang tak lapar ka?” Mid sedang khusyuk meleraikan meja kopi miliknya di ruang tamu.... Mid melihat jam dinding ;

“A ah kan. Sibuk mengemas sampai tak ingat makan. Sedar-sedar dah pukul 3 petang. Jom” lantas Mid meninggalkan kerjanya dan pergi bersiap. Mereka mengambil keputusan untuk makan di restoran mamak Pinang Besar. Tengah syok melantak nasi kandar lauk ayam Sim membuka bicara ;

“Bro. Betul ke keputusan aku kahwin dengan Ani ni?” Sim bertanya pendapat Mid.

“Kau rasa menyesal ker?.”

“Bukanla. Aku rasa, aku ni orang asing kepada Ani. Tidur pun aku tidur bawah lantai... bukan tidur atas katil. Kadang-kadang aku rasa aku ni hanya peneman atau kawan dia jer. Aku kadang-kadang pikir... kenapalah Ani buat aku macamni. Bukan aku yang nak sangat kahwin dengan dia. Aku diperangkap Mid. Bukan sengaja ditangkap basah. Sapa yang nak kahwin sebab kena tangkap basah ye tak” Mid diam seketika.

“Bro. Jodoh pertemuan itu rahsia Allah. Kadang-kadang kita tak sangka bahawa orang yang tak pernah kita kenal atau jumpa tup-tup kita kahwin dengan dia. Ada tu dah bertahun-tahun bercinta dengan kita, akhirnya kita berkahwin dengan orang lain. Contoh si Fara, bercinta bagai nak rak dengan pakwenya si Halili budak pomen tu. Dari zaman sekolah lagi tu... last-last budak tu kahwin dengan tah jantan mana” Mid mengimbau kenangan kami bersama kawan baik sekolah agama dahulu... Fara ;

“Oh! Fara kawan sekolah kita masa sekolah agama ye”.

“Ah ah. Diala.... dia sorang je ambik berat pasal kita. Awek lain kat sekolah tu, pandang kita sebelah mata je sebab kita ni takde mak bapak. Miskin pulak tu... patutnya orang belajar sekolah agama kenalah memuliakan anak yatim... ini tidak. Kita diasingkan... hanya beberapa kerat je nak berkawan dengan kita. Jeles kot tengok keputusan kita yang memang terlalu bagus. Kita lebih pandai dari mereka. Malah si Fara ini jugalah yang tau kita kerja sebagai tukang cuci kat Titiwangsa dulu. Hanya dia sorang sahaja tiap-tiap minggu hantar kita makanan kan. Masak sendiri pulak tu. Budak baik tu akhirnya dapat jodoh dengan ustaz. Betullah janji Allah.... lelaki baik untuk wanita yang baik... lelaki jahat untuk wanita yang jahat” Mid mengimbau kenangan dahulu.

“Iyalah.... Fara tu memang baik betul... masa dia kahwin pun tetap jemput kita. Walaupun masa tu kita ni jual barang tiruan... dia tak pandang hina kita ni. Tapi salah jugak si Zul tu, lambat sangat meminang si Fara. Nak tunggu habis belajar konon. Last-last bapa Fara terima pinangan ustaz tu. Frust menonggeng Zul.”

“Hahahahahahahahahaha” Sim dan Mid ketawa.

“Dan kes Fara ni sama macam kes kau. Jodoh yang tidak disangka-sangka. Aku rasa kau patut terima dan pertahankan jodoh kau. Ini ketentuan Allah. Masalahnya adalah jodoh ini datang secara mendadak. Mungkin Ani masih tidak menerimanya lagi sekarang. Relaksla, kamu baru bernikah sebulan lebih sikit. Dugaan kau terima ini baru sedikit, kalau jodoh kau panjang... lagi banyak dugaan yang kau akan hadapi. Kita mintak doa banyak-banyak kepada Allah... lembutkanlah hati Ani. Terimalah kekurangan dirinya yang macam tu. Insya Allah Ani akan menerima kau, sekarang ni kau cintailah dia dengan sepenuh hati kau. Perempuan ini bila nampak kau cintai dan sayangnya sepenuh hati.... dia akan membalasnya balik” panjang lebar Mid menasihati Sim. Sim terdiam sejenak mendengar kata-kata Mid ;

“Lega bila aku dengar nasihat kau tu. Baiklah.... aku akan cuba mencintainya sepenuh hatinya. Aku akan memberi peluang untuk dia menerima aku dalam hidupnya” kata Sim sambil berlalu membasuh tangan ke sinki. Selepas duduk semula ;

“Kau bila lagi nak kahwin?” tanya Sim kepada Mid.

“Hahahahahahaha. Bila aku tengok kes kau ni. Takut pulak aku nak kahwin. Hahahahahahahaha” Mid memperli Sim.

“Siot je kau kan. Seriusla.”

“Aku muda lagila. Baru 22 tahun..... lagipun aku nak cari rezeki halal dulu. Tu yang aku kerja sebagai pemandu tu. Dah steady sikit aku kahwinla. Kalau kahwin tapi kewangan tak kukuh pun tak boleh beb. Lagi pulak jika dah ada anak... aduyai.”

“Kau kahwin nanti. Aku jadi pengapit ko boleh?.”

“Banyakla kau. Pengapit untuk orang bujang jer... kau mana boleh. Dah kahwin buat cara dah kahwin ye Encik Kassim... jangan berangan masih bujang lagi yer.”

“Tapi aku bujang lagi beb” berderailah ketawa Mid. Selepas itu Sim menghantar Mid pulang. Setelah menghantarnya Sim terus pulang ke rumah kerana hari semakin menghampiri pukul 6 petang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.