Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,689
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 12 B ; Ini Honeymoon ke jejalan ?

Besoknya pula selepas sarapan di restoran berhadapan hotel, Sim mengajak Ani ke Pasar Chowrasta. Di sana Sim ingin membeli oleh-oleh untuk keluarga mertuanya terutama buah jeruk. Selepas 2 jam berada disana, Sim membawa Ani ke Fort Cornwallis untuk bergambar.. selepas itu mereka berdua makan di gerai  Padang Kota Lama. Selepas makan Sim membawa Ani ke rumah P Ramlee dan akhir sekali ke Batu Feringgi Sidewalk Bazaar. Di sini Sim membeli cenderahati antaranya seperti membeli rantai kunci, baju i love Penang dan melukis potret kartun mereka berdua. Pukul 6 petang mereka sampai di Hotel, sampai sahaja di Apartmen ;

“Malam ni jom layan konsert nak?” tanya Sim kepada Ani.

“Konsert apa? Kalau konsert jiwang karat awak tu tak payahla.. bukan citarasa saya ok.”

“Takla... konsert Hujan” inilah kejutan yang Sim ingin berikan kepada Ani. Sim tahu Ani adalah peminat tegar kumpulan Hujan.

“Ah! Tak percayalah aku. Kau mana layan Underground ni. Terutamanya Hujan... apa kau kata dulu... Noh nyanyi sahaja maka Hujanlah Kuala Lumpur.. pesen rambut tak bersikatlah.. suara tak keluarlah” lantas Sim mengeluarkan tiket konsert mini Hujan pada malam ini di Lounge hard Rock dari dalam dompet. Ani mengambil dan membacanya ;

“What! Malam ni! Patutla kau beria-ia taknak makan kat hotel ni... rupanya kau nak sorok aku dari dapat tahu konsert mini Hujan malam ini. Pukul 9 malam ni lak tu. Thanz bro” sambil bersalaman denganku. Apala... ingatkan dapat ciuman atau pelukan. Pukul 8.00 malam mereka berdua sudah tercangak di Hard Rock Lounge.. separuh penuh. Tapi kerusi kosong masih ada lagi. Sim hanya memesan coke manakala Ani memesan 7up. Sebagai selingan, Sim memesan Macoroni dengan ubi kentang. Pukul 8.30 malam, Ani mengajak Sim ke depan pentas ;

“Habiskan minuman cepat. Jom ke depan pentas... port sini tak best la. Mat jiwang je dok sini” lantas Ani menarik tangan Sim. Sim hanya  mengikutnya,,,, sampai di tempat penonton hadapan berkumpul berdiri, Sim pula menarik tangan Ani dan mencelah-celah di tengah-tengah orang ramai untuk ke depan... akhirnya mereka berjaya. Ani  di hadapan Sim dan Sim melindungi dengan memeluknya. Ani tidak kisah... mungkin teruja dengan kedatangan band yang diminatinya. Sim menhidu bau harum rambut Ani. Mmmmmm... wangi... macam iklan wangian Sikly man pulak.....

Tepat pukul 9.00 malam kumpulan Hujan mula memunculkan diri. Lagu pertama dinyanyikan adalah lagu mencari konklusi. Selama 2 jam Simlah manusia yang paling seronok di mini konsert ini. Sim dapat memeluk, bernyanyi bersama Ani dan menari bersamanya. Alangkah bahagianya aku malam ini. Tepat jam 11.00 malam, persembahan tamat.. maka habislah sudah keseronokan yang Sim lalui. Ani mengajak Sim segera balik ke bilik kerana dia telah letih. Balik sahaja bilik terus dia masuk bilik dan tidur. Melepas lagi... ingatkan dia dah tangkap cintan sama aku. Sim pun masuk ke bilik dan mandi sebelum tidur.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Besoknya mereka berdua bangun lambat... pukul 10.00 pagi baru bangun. Maklumlah malam tadi tidur lambat... lepas mandi malam tadi Sim menonton TV pulak dulu. TV sini ada Astro... layan Mision Imposibble 4. Sim terus menuju ke kolam renang.. selain berendam... dapat juga cuci-cuci mata. Dekat hotel ini banyak mat salleh yang muda-muda yang menginap. Mereka gemar berjemur memakai bikini yang paling minimum di kerusi yang disediakan sekitar kolam renang. Dalam sejam  puaslah Sim berenang dan mencuci mata, . Sampai Apartmen Sim melihat Ani tiada dalam biliknya. Sim mengambil keputusan untuk mandi dahulu. Selesai habis mandi, Sim melihat Ani sedang menonton televisyen ;

“Kau pergi mana tadi. Jom makan kat bawah” ajak Sim.

“Aku dah makan la... aku nak ajak kau. Tah mana kau pergi. Aku dah lapar, aku gi la makan kat cafe hotel.”

“Bagusnya kau ni. Kla... aku turun dulu makan” Sim turun untuk makan di Cafe. Pukul 12.00 tengah hari mereka berdua check out dari hotel. Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya berdiam diri. Ani hanya tidur di sebelah Sim. Sim mencuri pandang, Ani.... cantiknya kau ni bila berskaf. Tapi sayangnya aku tidak boleh menyentuhnya... apa nak buat. Takkan nak paksa pulak. Sim dan Ani sampai di rumah mertua pada pukul 3 petang, maklumlah hari ni hari cuti... bapa mertua Sim ada di rumah sedang berehat membaca majalah di halaman. Sim membawa barang-barang Ani dan juga dirinya masuk di dalam rumah. Kemudian Sim bertemu dengan bapa mertuanya ;

“Macamana honeymoon? Ok?” bapa mertuanya memulakan perbualan.

“Ok? Kadang-kadang bergaduh ada la bapak. biasalah” jujur jawab Sim.

“Kamu tak bersama dengan Ani lagi?” Sim mengeleng.

“Lah.... da seminggu kahwin masih tak bersama lagi. Ani...Ani” bapa mertuanya mengelengkan kepala.

“Takpelah bapak... lama-lama mungkin dia akan terima saya. Saya taknak paksa dia menerima saya. Bagilah Ani masa untuk menerima saya”.

“Takpelah Kassim... bersabar je la. Banyak berdoa kepada Allah... moga dilembutkan hati dia nanti.”

“InsyaAllah. Oklah bapak, saya nak masuk dalam dulu. Nak tidur sekejap. Penat drive tadi. Assalaimualaikum bapak” salam Sim dijawab... Sim terus menuju ke bilik tidurnya. Penat... penat dengan karenah Ani... penat dengan emosi Sim sendiri... penat dengan memandu.... Sim tidur di atas lantai seperti biasa pada petang itu....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.