Pintu diketuk, Sim yang tengah termenung terkejut. Lantas bangun dan
membuka pintu.
“Oh Dato.. ya Dato... ada
apa boleh saya bantu Dato” tanya Sim apabila melihat Dato Malek muncul di depan
pintu.
“Ini dia baju Melayu untuk
nikah kamu petang ini. Ambillah” Dato Malek menghulurkan baju Melayu tersebut
kepada bakal menantunya, Sim mengambilnya. Baju Melayu warna krim.
“Boleh saya masuk bilik
sebentar? Ada perkara yang hendak dibincangkan” tanya Dato Malek kepada Sim.
“Silakanlah Dato...
jemput” Sim mempersilakan Dato Malek masuk ke dalam bilik Sim. lantas duduk di atas kerusi yang terdapat di
dalam bilik tetamu tersebut.
“Kassim... kamu ini bakal
menantu aku. Aku nak kamu berterus-terang dengan aku” Dato Kassim memulakan
bicara.
“Berterus terang pasal
apa tu Dato?”.
“Asal usul kamu, kerja
kamu sebelum ini dan sebagainya tentang diri kamu. Tolong jangan menipu saya.
Saya ini bakal bapa mertua kamu. Tadi saya sudah selidik dengan pegawai saya
tentang kamu. Betullah kamu ini anak yatim, yang lari dari rumah kebajikan 7
tahun dahulu. Dan tolong jangan panggil saya Dato. Panggil saya bapak.. dan
panggil mak mertua kamu mak Adah” Sim menelan air liur. Rahsia hitam Sim selama
ini akan tersingkap. Tetapi nak tak nak beliau
perlu menceritakan perkara yang sebenarnya.
“Ceritalah walaupun pahit
untuk didengar” Dato Malek duduk di kerusi malas yang terdapat di bilik
tersebut.. Sim duduk di birai katil.
“Baiklah bapak... saya
akan menceritakan dari awal sehingga akhir siapkah diri saya yang sebenar” Sim
memulakan cerita.
Saya dilahirkan pada tahun 1989 oleh seorang ibu yang tak pernah kenal
dan lihat wajahnya. Selepas beberapa hari saya dilahirkan saya terus dibuang di
hadapan pintu pagar rumah anak yatim milik JKM di Gombak. Pegawai JKM yang
menjaga saya menamakan saya Kassim Bin Abdullah sempena nota yang ditinggalkan
bersama saya.... dalam nota tersebut penulisnya meminta saya dinamakan dengan
nama itu. Mulai hari itulah saya membesar bersama-sama anak yatim yang senasib
dengan saya di situ. Tetapi saya tidak disukai di sana kerana jiwa saya sering
memberontak, bergaduh dengan kawan-kawan yang lain samada yang besar atau
kecil, mencuri, melawan cakap warden dan beberapa kali cuba melarikan diri. Ini
mungkin kerana saya tidak mendapat kasih sayang seorang ibu dan ayah.... maka
saya memberontak.
Masuk sekolah rendah saya mula
menunjukkan sikap saya yang sebenar. Kawan-kawan saya mengejek saya dengan
panggilan anak haram! Anak pelacur! Ayah penagih. Mula-mula saya diamkan diri.
Akhirnya pada darjah 4 saya tidak tahan lagi diejek. Saya menumbuk kawan-kawan
yang mengejek saya. Akhirnya saya digantung sekolah, pihak JKM menyarankan saya
menghadiri sesi kaunseling. Kemudian saya ditukarkan di sekolah lain. Pegawai
JKM bernama Puan Melah yang memungut dan menamakan saya menghantar saya pergi
dan pulang dari sekolah. Di sekolah baru disebabkan kerana saya bukan dihantar
oleh bas JKM maka saya diterima sebaiknya di situ. Saya mula berasa gembira
bersekolah dan belajar di situ.
Puan
Melah juga banyak memberi nasihat dan bimbingan kepada saya sepanjang beliau
menjaga saya. Beliau menganggap saya sebagai anaknya. Saya patuh dan menerima
nasihatnya dengan senang hati. Ini kerana saya menganggapnya seperti ibu saya
sendiri. Saya juga mula belajar rajin-rajin kerana ingin menghadiahkan
keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR sebagai tanda kasih sayang
saya kepadanya. Keputusan UPSR yang diumumkan menunjukkan saya mendapat 3A 2B.
Saya sangat gembira, Puan Melah apabila ditunjukkan keputusan tersebut juga
mengalirkan air mata kegembiraan. Saya mendapat tawaran untuk melanjutkan
pelajaran di sekolah berasrama penuh. Tapi saya tolak dan memilih sekolah agama
berhampiran asrama JKM. Saya rasa , saya tidak boleh berjauhan dengan ibu
Melah.
Sampai tingkatan 1 hingga 3 saya
terus mendapat prestasi yang membanggakan. Ibu Melah terus menjaga saya sebagai
anak kandungnya. Hinggalah tiba satu hari apabila saya pulang setelah selesai
menduduki kertas terakhir PMR, Ibu Melah berjumpa dengan saya: ;
“Ibu sebenarnya ada perkara yang
hendak ibu beritahu Kassim” Ibu Melah memulakan bicara
“Ada apa Ibu?” tanya saya.
“Hujung bulan ini ibu dah tak kerja
dekat sini lagi. Ibu akan berpindah ke Sarawak mengikut suami Ibu” jelas ibu
Melah.
“Apa? Ibu nak ke Sarawak? Kenapa?” berita
itu benar-benar mengejutkan saya, saya tidak sanggup berpisah dengan ibu.
“Ibu mengikut suami ibu yang
dinaikkan pangkat ke sana. Permohonan ibu dah diluluskan. Maafkan ibu Kassim”
ibu memelukku dan mengeluarkan air mata. Begitu juga saya... menangisi
perpisahan yang akan terjadi.
“Pergilah Ibu... pergilah. Janganlah
disebabkan Kassim ibu tidak ke sana. Kassim boleh berdikari... lagipun Kassim
dah besar” aku mengesat air mata ibu Melah.
“Ibu janganlah menangis. Nanti berat
Kassim nak berpisah dengan ibu”
“Betul Kassim takde apa ni?.”
“Betul ibu... ibu jom makan...
Kassim laparlah.”
“Marilah... ibu pun lapar ni” kami
berdua berlalu pergi ke kantin asrama JKM. Saya berlakon seolah-olah tiada apa.
Tapi malam hari tersebut saya
menangis semahu-mahunya. Orang yang saya anggap ibu akan pergi jauh dari saya.
Malah dikatakan tiap-tiap malam saya menangis mengenangkan kepermergian ibu
Melah ke Sarawak. Akhirnya seminggu selepas itu tibalah hari terakhir ibu Melah
ke Sarawak, di pintu pagar keluar sayalah orang terakhir yang memeluk dan
mencium ibu melah sepuas-puasnya. Saya melambai-lambai ibu melah di dalam
kereta. Itulah kali terakhir saya melihat ibu Melah yang saya kasihi dan
cintai.
Pengganti ibu Melah yang menjaga
saya dan kawan-kawan lain namanya ibu Zaitun. Kami disuruh memanggilnya kak
Tun. Kak Tun baru berusia awal 30an. Kak Tun ni lain sikit perangainya dengan
ibu Melah. Suka menjerit-jerit memberi arahan, selalu curi tulang dan tidak
mempedulikan kebajikan kami. Masa ini saya rapat dengan kawan saya, namanya
Hamid... saya panggil Mid jer. Anak yatim yang baru kehilangan ibu dan bapa.
Kami menjadi kawan rapat sejak setahun lalu apabila Hamid cuba dibuli oleh
kawan asrama kami dan saya membelanya. Sejak itulah kami berdua tidak pernah
berpisah. Hamid pun di bawah jagaan kak Tun. Memang kami membenci Kak Tun ni.
Ada sekali tu bila seluar saya koyak, Kak Tun kata ;
“Kau ingat aku ni kuli kau ker?
Jahit sendiri la” lantas kak Tun menyambung semula membaca majalah kesukaannya. Hamid pun pernah
kehilangan cadarmya yang dibasuh oleh kontraktor pembersihan. Apabila ditanya
kepada kak Tun ini jawabnya ;
“Hello. Aku ni bukan orang gaji kau
ok? Kau pergilah tanya sendiri makcik yang basuh. Aku takde masa nak layan
perkara remeh temeh ini” sejak itulah kami hanya membuat hal kami sendiri.
Tidak meminta bantuan ataupun nasihat kak Tun. Lantaklah kami dah besar, tapi
yang kesiannya anak-anak yatim yang kecil bawah jagaan kak Tun. Kadang-kadang
lampin pun tak bertukar, terpaksalah saya dan Hamid mengambil alih tugas kak
Tun. Kami kesiankan budak-budak ini... bukan nak tolong kak Tun pun.
Akhirnya keputusan PMR diumumkan,
saya mendapat 5A 1B 2C di dalam keputusan tersebut. Saya hanya berkongsi keptusan tersebut dengan
Hamid. Saya menitiskan air mata terharu... kalau ibu Melah berada di sini,
tentulah dia orang pertama yang aku tunjukkan keputusan ini. Saya terus
menyambung pelajaran di sini. Hamid juga bersekolah di tempat yang sama
denganku. Tapi makin hari saya makin bosan dengan kehidupanku di sini, perangai
kak Tun makin menjadi-jadi. Mentang-mentang kami tolong jaga adik-adik kecil di
bawah jagaannya. Saya dah mula terjejas
dalam pelajaran, yelah asyik saya jer yang jaga budak-budak kecik. Satu hari
tu, sebab dah tak tahan sangat, saya mengajak Hamid berbincang ;
“Macamana Mid? Aku tensen giler dok
asrama ni. Macam kita pulak jadi pegawai JKM kat sini. Aku ingat aku nak blah
la” saya meluahkan perancangan saya.
“Kau nak blah? Kau hendak pergi
mana?” tanya Hamid.
“Aku nak keluar, pergi KL, cari
kerja... janji kerja yang halal... kumpulkan duit. Aku nak pergi Sarawak”
tekadku. Pergi Sarawak berjumpa ibu Melah seterusnya tinggal di sana.
“Betul ke kau nak lari ni? Habis pelajaran
macamana?” tanya Hamid mengenai masa depan kami.
“Kau tengokla keadaan kita sekarang
ni? Macamana nak belajar? Asyik tengok budak-budak tu saja. Kak Tun hilang tah
kemana. Kalau waktu makan siap tapau. Kau tengok ujian bulanan kita baru-baru
ni. Jatuh mendadak beb...... kita dalam keadaan tertekan”.
“Habis kau dah nekad betulla ni?.”
“A ah yer” jawab saya tegas.
“Nampaknya aku terpaksa ikut kau la”
Hamid ingin mengikut saya.
“Asal pulak? Aku takdepun ajak kau?
Aku Cuma meluahkan perancangan aku ni jer. Kau jangan nak mengada ikut aku”
saya membantah.
“Kalau kau takde... siapa nak defend
aku kalau orang buli aku. Lagipun kau perlukan temankan. Takkanla kau
sorang-sorang kat luar. Kalau kau pergi... nanti aku seorang pulak yang kena
jaga budak-budak tu. Kak Tun lepas tangan... nak harapkan bebudak lain pun yang
ado. Taknak aku der... teruklah aku” saya berfikir sejenak. Betul juga tu, saya
tak berani keluar sorang-sorang.... lagipun ada jugak peneman.. aku sendiri pun
tak berani jugak.
“Ok... bolelah. Kemas apa yang
patut. Lusa pukul 3 pagi kita gerak” saya menyatakan persetujuan saya.
“Set” kami membuat janji menggunakan
jari.
Lusa kami sudah bersiap untuk
keluar. Hanya barang yang penting dibawa di dalam beg sekolah. Baju, seluar dan
selimut. Saya juga telah siapkan surat layang kepada Pengetua di bawah
bantalku. Biar Pengetua tahu tabiat Kak Tun dan kenapa kami lari. Pada malam
itu saya mencuri duit Kak Tun dalam seratus ringgit. Tambah duit tabung aku dan
Hamid adalah dalam RM200. Cukuplah seminggu atau lebih sikit. Di Kuala Lumpur
nanti kami perlu bekerja. Tak kisahla kerja apapun janji halal. Pukul 3 pagi
kami mula keluar dari asrama, pagar asrama kami panjat lalu berlari ke belukar
berhampiran ke arah jalan besar. Kami hanya menyelusuri tepi jalan besar menuju
Gombak Setia. Dari Gombak Setia kami akan menaiki LRT ke Kuala Lumpur. Semua
itu telah saya rancangkan dari awal dengan menelaah peta di perpustakaan. Kami
sampai di stesen LRT Gombak Setia pukul 4.00 pagi. Memandangkan LRT beroperasi
pukul 6.00 pagi, kami mengambil keputusan untuk tidur di surau berhampiran.
Tepat pukul 6.00 pagi kami terjaga. Kami berwuduk dan terus sembahyang, pukul
6.15 pagi kami bergerak ke stesyen dan menaiki tren pukul 6.20 pagi. Terus
menuju Titiwangsa.
Kenapa Titiwangsa? Sebab di situ
banyak kedai mencuci kereta. Maka saya berharap ada kedai mencuci kereta
memerlukan pekerja. Memang nasib kami baik, kami telah diterima bekerja di
sebuah syarikat mencuci kereta. Gaji kami hanyalah RM 600 sebulan. Kerja dari
pukul 10.00 pagi hingga 7.00 petang setiap selasa hingga ahad. Kami juga diberi
sebuah kabin oleh tauke tempat saya bekerja. Nama tauke ni Ah Tai, cina tua
yang berumur 60an. Kabin ini cukuplah saya berdua dengan Hamid. Kami bekerja
bersungguh-sungguh. 2 tahun juga kami berdua bekerja dengan Ah Tai. Ah Tai
sangat baik. Dia selalu belikan kami makanan atau minuman. Katanya dia untung
dapat pekerja yang rajin seperti kami, malah jujur pula tu. Gaji kami naik ke
RM 700 pada tahun kedua. Tapi tahun kedua kami diberhentikan. Tauke Ah Tai nak
bersara, tempat tu dia jual pada orang India. Kami tidak dapat bekerja dengan
tauke baru kerana dia ada pekerja dari India. Kami keluar dari kabin dan menuju
ke Chow Kit.
Di Chow Kit kami dapat kerja sebagai
pembantu di pasar. Gaji RM 800, tapi kerja berat. Pukul 5 pagi dah punggah
ikan. Pastu meniaga dari pukul 7.00 pagi sampai petang, Bos kami melayu,
namanya haji Daud...... punya kedekut nak belanja atau bayar OT. Akhirnya kami
berhenti selepas 6 bulan. Di chow Kit ni kami tinggal di sebuah bilik rumah
kedai. Sewa RM 200, akhirnya kami bekerja sebagai penjual VCD cetak rompak
setelah ditawarkan oleh rakan serumah kami. Kami mengedarkan CD cetak rompak di
sekitar Masjid Jamek atau masjid India. Pendapatan pun lumayan, dalam RM 1,000
sebulan. Tapi disebabkan asyik kena rush kami berhenti. Kami bekerja tauke yang
sama... kali ini mengedar barang-barang tiruan di sekitar Kuala Lumpur. Tauke
inilah yang membawa kami ke Kedah bagi menjadi ejean skim cepat kaya. Akhirnya
skim tersebut bungkus, tauke kami tinggalkan kami dengan wang pelabur tanpa
memberitahu kami. Kami pulak yang dikejar oleh pelabur yang marah apabila duit
pelaburan mereka hangus.
“Itu yang engkau kena
belasah semalam tu yer?” tanya Dato Malek
“Begitulah Dato, Eih
bapak” Sim mengiyakan.
“Kenapa kau tak berterus
terang?” tanya Dato Malek.
“Saya takut Dato tangkap
saya.... pastu masuk dalam jel.”
“Kau bukan bersalah pun.
Kau pun cuma pembantu peribadi Dato tu... yang makan duit pelabur Dato tu... siapa
nama Dato tu?”
“Dato Fazzul. Selepas
bapak dengar cerita saya ini. Saya tidak kisah jika bapak tidak menerima saya
sebagai menantu. Saya ni bukan budak baik pun” kata Sim jujur.
“Tapi kau berterus
terang. Kau buat semua itu sebab terdesakkan? Nak hidup manusia sanggup
melakukan apa sahaja. Membunuh pun sanggup. Keadaan sekeliling membuatkan kau
begitu. Lari dari rumah anak yatim. Bapak tidak kisah, selepas kau jadi menantu
aku... aku akan bimbing kau ke jalan yang benar. Carilah kerja untuk rezeki
halal. Jadi kuli pun takpe. Janji halal... nanti bapak carikan kerja sekitar
Bangi. Dekat sikit dengan tempat belajar Ani” Dato Malek menyatakan kesanggupan
untuk membantuku.
“Baik pak... yang terbaik
untuk bapak dan Ani saya turutkan” ku lihat jam dinding. Sudah pukul 1.00
petang.
“Nanti anak-anak bapak
datang. Kau layan seperti biasa, diorang semua dah tahu pasal kes tangkap basah
ni. Kalau diorang tanya kau kerja apa kau kerja pembantu peribadi. Kau dah
berhenti kerja. Tak lama lagi nak berpindah ke Selangor... cari kerja di sana.
Ok?.”
“Baik bapak.”
“Lagi satu... tentang mak
Adah. Kau janganlah ambik hati. Biasalah perempuan, bila berlaku perkara
mendadak sikit mulalah tak keruan. Lama-lama okla tu. Baju tu pun mak Adah kau
gosokkan. Nanti jap lagi aku panggil makan” lantas Dato Malek bangun dan keluar
dari bilik. Sim memandang baju yang diberikan oleh Dato Malek... hatinya sayu
melihat kesediaan bakal mertuanya menerima dirinya sebagai menantu......