BAB
11
Gurauan
Setelah Sim menghantar pulang Mid ke rumah sewa mereka, Sim mengemaskan beg pakaian
yang diletakkan sementara tadi di bilik tetamu. Sim terus mengangkat beg
tersebut ke bilik Ani... hanya 2 buah beg... satu beg sorong manakala satu lagu beg
jinjing. Barang mana yang penting sahaja dahulu seperti pakaian dan barang penjagaan
diri yang disumbatkan ke dalam beg... dah tak sanggup lagi Sim memakai baju milik abang-abang Ani. Di dalam bilik
kelihatan Ani sedang berbaring lena. Sim sengaja menghentak beg kuat di atas
lantai. Ani tersentak kerana terkejut;
“Kau ni kenapa? Memekak
je la... kacau jer aku nak tido. Nasib baik aku tak kena sakit jantung” marah
Ani.
“Bangun la oi. Dah pukul
6 petang ni... nak Maghrib. Setan je tido waktu ni.. kau ni manusiakan?” bagi panas sikit.
“Banyak la kau! Aku penat
ni... penat kenduri semalam tak habis lagi. Ini dapatlah tidur kejap... dah kau
mengacau.”
“Kalau gitu aku mandi
dulu la.”
“Mandilah... jangan kau
berbogel depan aku. Aku jerit nanti” katanya dan terus menyambung tidur. jeritlah... aku peduli apa. Sim mengambil kain tuala di ampaian dan memasuki bilik air. Di dalam bilik air Sim
sengaja menyanyi kuat-kuat secara sumbang mambang. Lagu rock kapak yang dia hafal dia
nyanyikan. Niat di hatinya hendak mengusik Ani. Keluar sahaja dari bilik air
kelihatan Ani baru bangun dari tidur, sedang duduk di meja solek. Mungkin tidak
boleh tidur apabila mendengar nyanyiannyatadi ;
“Ha... bangun pun. Aku
ingat tidur mampus tadi” Sim memperli Ani.
“Katak pun... kalau
dengar kau nyanyi boleh mati tahu tak! Tak boleh ke bila masa aku ada kat bilik
ni kau jangan nyanyi... nak putus telinga aku mendengarnya.”
“Aik.... suka hati aku la
nak nyanyi ker, berendam sampai banjir ker, makan ke dalam tu, main bola ker.
Nak hiburkan hati. Ada isteripun.. yang ado”
“Dah la malas aku layan
kau... aku nak mandi” Ani bangun mengambil tuala menuju bilik air. Apabila lalu
di hadapan Sim, Sim menarik lengannya. Lembutnya
tangan
“Kau ni apahal pegang
tangan gua? Nak penumbuk ker?” marahnya.
“Aku nak cakap sikit
ni” Sim melepaskan lengan Ani dari
dakapan tanganku.
“Malam
ni aku nak bincang sesuatu. Masuk bilik pukul 10.00 malam. Aku nak bincang
macam-macam perkara dengan kau” kata Sim.
“Kalau aku tak naik?.”
“Aku panggil kau dari
atas. Ndak? Aku jerit... Ani! Mana seluar dalam abang Ani letak... biar kau malu” Sim mengacah Ani.
“Whatever” Ani terus
masuk ke bilik air. Sim Menghidu tangan yang memaut pergelangan Ani. Wangi dan
lembut. Sayangnya aku masih belum dapat
memelukmu sayang. Aku terus memakai baju dan turun ke bawah.