BAB
13
Dato
Fazzul Ditangkap
lusanya selepas Sim balik dari "berbulan madu" ri Pulau Pinang, beliau menerima perkhabaran bahawa
Dato Fazzul telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand dengan bantuan
Polis Malaysia yang melakukan siasatan di sana. Perkhabaran itu diberitahu oleh bapa
mertuanya semasa Sim sedang melepak dan berbual dengan Mid pada petang hari itu di sebuah kedai mamak. Sedang Sim berbual-bual dengan Mid, tiba-tiba fonselnya berbunyi... Sim melihat nombor yang tertera di skrin telefonnya. Ayah mertuaku? Apahal lak telefon ni... Sim menjawab ;
“Assalaimualaikum bapak” Sim memberi salam kepada bapa mertuanya.
“Waalaikumusssalam.
Tengah buat apa tu? Sibuk ker?.”
“Ni... tengah berbual
dengan Hamid. Kenapa pak telefon saya? Ada apa yang boleh saya bantu?.”
“Ni. Bapak nak bagitahu..
Fazzul dah dapat ditangkap semalam kat Siam. Sedang ditahan di ibupejabat sekarang
ni. Mailah sini. Keterangan kamu berdua boleh membantu siasatan dan seterusnya
membantu kami dalam perbicaraan nanti.”
“Alhamdullilah... baiklah
bapak, kami datang sekarang. Assalaimualaikum” Sim meletakkan fonsel di atas
meja.
“Ha. Apahal bapa mertua
kau telefon? Bini kau nak beranak ke?” tanya Mid.
“Wah! Suka hati kau jer. Bila
masa lak bini aku mengandung? Baru seminggu setengah kahwinkan. Bila masanya
bini aku nak beranak? Tidur pun masih bawah lantai lagi. Dah! Cepat habiskan
minuman. Kita pergi IPK Alor Star sekarang” arah Sim kepada Mid.
“Awatnya?” Mid
kehairanan.
“Dato keparat tu dah kena
tangkap. Kita kena bagi keterangan seterusnya menjadi saksi utama membongkar
kegiatan Fazzul... eh! Aku taknak la panggil dia Dato... Dato penipi pun dapat. Panggil
Fazzul sudah. Dato konon, Dato taik kucing!” Sim melepaskan geramnya.
“Dato Fazzul tu? Wah, gua
memang panas doh dengan dia. Kita yang dapat taik tau tak. Dia sedap jer makan
duit orang. Kau makan penumbuk orang. Hahahahahahahahahahaha.”
“Sedap je kau perli aku.
Mentang-mentanglah kau tak kena. Cuba kau yang kena...” Sim buat nada
seolah-olah merajuk.
“Ala. Merajuk pulak. Aku
gurau je la. Tapi disebabkan kes ni, kau dapat kahwin free tau... anak Dato
pulak tu. bukan kemain lawa lagi. Ayu doh.”
“Kahwin free tapi tak
macam kahwin. Tak best jugak bro. Rugi. lawa? dah macam jantan”
“Hahahahahahahahaha.
Nasib lu... dah jom blah” Sim terus membayar dan pergi ke kereta untuk ke IPK
Negeri. Sampai di sana Sim terus ke pejabat bapa mertuaku di tingkat 8...
setingkat dengan pejabat Tuan Pengarah. Seorang pegawai membawa mereka berdua terus ke
pejabat bapa mertua Sim dan mengetuk pintunya. Apabila mendengar perkataan masuk
terus pegawai bawahan itu membuka pintu ;
“Dato! Menantu Dato dan
kawannya hendak berjumpa Dato” Pegawai berpangkat Korporal itu memberikan tabik
hormat.
“Silakan mereka masuk
Korporal.”
“Baik Dato” lalu Korporal
itu mempelawa Sim dan Mid masuk ke dalam bilik.
“Ha Kassim. Mai duduk
depan bapak” Sim dan Mid duduk di hadapan meja kerja bapa mertua. Korporal tadi
menutup pintu.
“Bapa suruh kamu datang
sini untuk memberi keterangan dan seterusnya menjadi saksi kepada kes skim
cepat kaya ini. Boleh?” bapa mertua Sim mahu mereka berdua memberikan kerjasama.
“Boleh sangat-sangat
bapak. Lepas ni takdelah orang kejar kami lagi. Saya nak tanya bapak, adakah
saya akan didakwa sekali atas tuduhan subahat?” tanya Sim... bimbang juga dia kalau dia akan didakwa sekali.
“Hahahahaahhahaha.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, kamu hanya pekerja. Kamu tidak tahu pun
bahawa skim ini adalah skim yang haram. Kamu ditipu.... maka tiada pertuduhan.
Lagipun kamu tak makan duit pelaburkan.. kamu pun dapat komisen tak sampai pun
juta-juta ringgit” Sim menarik nafas lega.
“Duit yang Fazzul ambil
tu dah dapat ke Dato?” tanya Mid.
“Ada. Dia bawak
berkarung-karung dalam guni. Dia seludup ke sempadan menggunakan lorong
tikus... berani betul dia. Adalah dalam RM 30 juta yang kami kira semalam. Dia
simpan atas nama isteri mudanya di sana. Kami dah rampas. Ada lagi RM 20 juta
kami cuba selidik di mana dia simpan. Kemudian besar di dalam negara
menggunakan akaun orang lain” terang Dato Malek.
“Perghhhhh.. berani betul
bawak RM 30 juta ke sempadan. Tak kena rompak pulak tu.... kat sana banyak
kumpulan pemisah yang boleh rompak bila-bila masa sahaja duitnya itu” kata Mid.
“Sebab dia upah pengawal
peribadi kat sana. Bukan militan, tapi pengawal peribadi swasta yang siap
bersenjata... dia rasuah pengawal tu jangan bukak mulut. Lagipun pengawal tu
sedara mara bini muda dia jugak”.
“Patutla” kata Mid pendek.
“Ok. kejap bapak telefon
pegawai penyiasat kes ni. Kamu berdua beri keterangan pada pegawai ni” Dato Malek mengangkat telefon dan mendail nombor. Sebentar kemudian dia meletakkan gagang
telefon.
“Kamu berdua janganlah
takut apabila disoal-siasat nanti. Kamu tidak bersalah. kamu berdua relak sahaja... apa yang kamu
tahu tentang aktiviti Fazzul.... kamu ceritakan semuanya. Dokumen kewangan dan
data yang terdapat di dalam syarikat kamu telah kami rampas dan kami sedang
membuat siasatan” kemudian pintu pejabat diketuk ;
“Masuk” pintu dibuka...
seorang pegawai polis dalam lingkungan 30an masuk dan memberi tabik.
“Ye tuan, ada apa yang
boleh saya bantu?”.
“Ha Cif Inspektor. Mereka
berdua bekas pekerja Fazzul. Ambil keterangan mereka. Mereka antara saksi
utama. Kassim... Hamid, ini Cif Inspektor Azizi Adnan... ketua pegawai
penyiasat kes ini” Sim dan Mid bangun dan bersalaman dengan Cif Inspektor tersebut.
“Macamana dengan suspek
Inspektor? Dah mengaku?” tanya Dato Malek dengan pegawai bawahannya.
“Belum lagi tuan... masih
berdolak dalik. Sepanjang malam kita dah soal-siasat dia. Dia kata duit yang
kita rampas tu duit untung berniaga di Kuala Lumpur.. katanya kita tak berhak
rampas duit itu. Dia akan saman kita kerana merampas haknya sebagai warganegara”
jawab Cif Inspektor tersebut.
“Hmmmm... sampai bila dia nak
berdolak dalik. Merampas haknya sebagai warganegara? Kalau dia seorang
warganegara yang bertanggungjawab.... dia perlu mengistiharkan wangnya...
bukannya melarikan diri ke Thailand. Gunakan keterangan dua orang ini untuk menekan
Dato Fazzul. Bila orang kanannya sudah beri kerjasama, dia takkan ada pilihan
selain mengaku salah. Nak lawan pun tak guna, dua orang kawannya ini sudah memberi
keterangan dan kita ada bukti yang kukuh. Jadi, kamu berdua ikutlah Inspektor
ni. Terima kasih kerana memberi kerjasama” Sim dan Mid bangun dan bersalaman dengan
Dato Malek. Kemudian kami terus mengikuti Cif Inspektor itu ke bilik mesyuarat.
Selama sejam setengah Sim dan Mid memberi keterangan kepada Cif Inspektor
Azizi. Sesi soal siasat dilakukan dengan santai malah mereka diberi air kopi dan
sedikit kuih. Selepas tamat mereka memberi keterangan, sim dan Mid dibenarkan balik.