Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,877
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 24 ; Kerja Sim

BAB 23

Mula Bekerja

Maka esoknya hari Selasa, Sim mengikut abang Man penyelianya yang akan memberi tunjuk ajar mengenai tugas-tugas Sim di lapangan. Hari ini Sim hanya memakai T-shirt dan seluar Khakis. Mula-mula Sim diperkenalkan dengan rakan sekerjanya. Ghana... pembantu am... berusia 32 tahun... dan sudah berkahwin. Sudah 2 tahun bekerja di syarikat ini sebagai pembantu am merangkap pemandu. Adi... juruteknik yang baru setahun bekerja dengan syarikat ini dan pak Dollah, pengawal keselamatan yang akan mengiringi van  ke mana sahaja kumpulannya pergi mengutip wang ( ada pistol.... mereka mudah menjadi sasaran dirompak.. banyak wang yang akan kami bawa.. dikatakan sehari dekat RM 10,000 minimum wang yang dibawa.. termasuk wang baki syiling ). Van penuh dengan stok air tin dan air kotak serta patung serta kad tambah nilai ( Ghana kata dia masuk pukul 7 pagi dan mengambil stok di gudang di Kelang dahulu sebelum pergi ke pejabat... selalunya pada pukul 9 pagi baru sampai pejabat untuk mengambil Sim pula... manakala Pak Dollah dan Adi masuk kerja di gudang Kelang ).

Sim dibawa ke kawasan kutipan di Sepang dimana syarikat ini menempatkan banyak mesin layan dirinya terutama di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) dan LCCT. Tempat pertama yang mereka pergi adalah di KLIA. Ada lebih kurang 20 buah mesin layan diri milik syarikat yang ditempatkan di sini. Antaranya mesin minuman, mesin menjual snek, mesin mengecaj bateri telefon bimbit, mesin menjual kad tambah nilai dan mesin mainan yang boleh mendapatkan hadiah seperti gula-gula atau patung beruang. Pendapatan di sini sahaja setiap kali kutipan lebih kurang 6,000 ringgit.

Sim diajar bagaimana untuk membuka mesin, Memasukkan wang syiling untuk baki pelanggan dan kemudiannya mengambil wang dalam peti dan mencetak hasil kutipan yang sebenar. Kemudian pegawai teknikal akan memeriksa mesin samada terdapat kerosakan serta kebolehfungsian atau tidak mesin tersebut. Kemudian diikuti pula Ghana yang akan memasukkan stok baru ke dalam mesin ( Sim akan menolongnya... cepat sikit kerja habis... dan Adi selalunya akan menulis stok yang baru masuk ke dalam mesin... kami perlu berganding bahu untuk membuat kerja supaya  cepat selesai... banyak mesin yang perlu diperiksa di dalam sehari ). Kemudian mereka ke LCCT dimana syarikat Dato mendapat kontrak untuk menguruskan mesin letak kereta di sini. Di sini Sim akan mengutip dan memeriksa 12 buah mesin bayaran tempat kereta automatik. Hasilnya mencecah RM 20,000 sekali kutipan. Perghhh,,,,, 2 kawasan sahaja sudah mencecah 26, 000 ringgit sehari. Itu belum lagi satu daerah kutipan. Agaknya satu team mungkin boleh kutip 30,000 ringgit sehari. Kalau satu Malaysia mahu berjuta-juta kutipan.

Kemudian Sim ke Bandar Salak Tinggi, di sini syarikat Dato juga ada menguruskan penswastaan tempat letak kereta menggunakan meter. Sim terpaksa pergi dari satu meter ke satu meter untuk mengutip wang. Ada lebih kurang 200 meter yang perlu diperiksa dan mujurlah Ghana dan Adi membantu untuk mengutip wang. Baru 29 meter diperiksa mereka berhenti untuk makan tengahari... Pukul 2 petang mereka sambung kerja balik ( susah nak solat kerana kami membawa wang yang banyak...takkan nak tinggalkan wang dengan Ghana.... Qada je la ). 

mereka terus memeriksa dan mengutip wang di meter.. beberapa meter yang rosak akan cuba dibaiki oleh Adi.. kalau tidak boleh diperbaiki barulah laporan akan dibuat dan juruteknik khas akan datang memperbaikinya... selalunya meterlah yang sering menjadi mangsa vandalisme... terkopak sana... terkopak sini... malah ada beberapa meter seolah-olah seperti cuba diumpil. Ini kerja budak-budak atau Mat Pitlah ni. Kemudian mereka mengutip wang dari kedai dobi layan diri yang terletak berhadapan Hotel Empress.. disebabkan dobi ini mengenakan caj yang murah... ianya menjadi tumpuan dari penduduk Nilai juga. Hasil kutipan di Bandar ini juga lebih kurang RM 10,000.

Kemudian mereka terus memasukkan wang ke Bank CIMB bandar ini. Dalam pukul 3 petang mereka sampai ke bank ini. Wang kertas dimasukkan oleh Adi menggunakan mesin CDM. 36,000 wang dimasukkan bagi kutipan hari itu bagi kawasan Sepang. Sim sampai di pejabat lebih kurang pukul 4.30 petang... abang Ali kata jangan bimbang... elaun lebih masa akan dibayar sejam 5.00 ringgit tetapi Sim hanya boleh mengambil maksimum 2 jam . Sim dan abang Man solat dahulu dan memulakan kerja perekodan. Segala penyata jualan mesin layan diri akan dimasukkan ke dalam sistem komputer. Lebih kurang pukul 8 malam barulah selesai kerja aku untuk hari itu( ini kerana ada data yang tersalah masuk terutama nombor resit... biasalah hari pertama... mestilah ada kesilapan... ). Sim sampai di rumah pukul 9.00 malam. Sebelum balik ke rumah Sim singgah dahulu di kedai mamak kerana Ani menelefon menyuruhnya membeli makan malam dan nasi untuk sahur pagi besok.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.