Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,851
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 24 B ; Sahur dan berbuka bersama

Pukul 5 pagi Sim terjaga dari.... bangun dari tidur beliau mencuci muka dan mengosok gigi dahulu. 5 suku pagi Sim keluar dari biliknya dan melihat Ani masih belum keluar dari biliknya. Sim mengetuk pintu bilik Ani ;

“Wak.... bangun wak sahur” 2-3 kali la Sim mengejutkan Ani...  dalam 2-3 minit baru Ani membuka pintu.

“Thanz” Ani menutup semula pintu dan kemudian terdengar deburan air... mungkin Ani membasuh muka di dalam bilik air. 5 minit kemudian Ani keluar dari biliknya... matanya masih layu lagi. Sim sudah bersedia dengan ayam goreng semalam ( Tak yah panas... ayam tahan lama ). Ani membuatkan air Milo panas untuk Sim ( apa mimpi budak ni ). Sim dan Ani hanya meratah ayam ( takde selera pulak nak makan nasi pepagi buta ). Kemudian selepas sahur Ani masuk ke dalam bilik menyambung tidur ( katanya malam tadi dia tidur lewat.. main game punya pasal pukul 2 pagi baru masuk tidur ). Sim solat Subuh dan mengosok baju... baru aku teringat... topi aku tak mintak dengan dia. Aduyai! Nanti aku singgah la 7 e lah beli topi. 

Selepas itu Sim tidak menyambung tidurnya kerana takut terbabas dan seterusnya kelewatan pulak nanti pergi kerja. Sim membuka laptop dan bermain Facebook. Pukul 6.30 pagi Sim mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja. Pukul 7.15 apanila Sim baru hendak keluar bekerja Ani keluar dari bilik. Dia menghulurkan topinya pada Sim ;

“Nah... ambik la topi ni... nanti gelap pulak kulit awak tu” menghulurkan topinya dengan mata separuh terbuka. Sim mengambilnya ;

“Terima kasih awak” kata Sim... dalam hati terima kasih sayang.

“Jangan hilangkan pulak. Mahal tu saya beli topi tu. Bukan beli kat pasar malam ok.. selamat bekerja.”

“Terima kasih” Ani menutup kembali pintu biliknya. Sim terus ke tempat kerja... sampai di sana dekat pukul 8.00 pagi. Sim sahaja datang awal kerana laporan kutipan semalam masih ada yang belum dicatatkan dan dimasukkan ke dalam komputer. Selain itu Sim membuat salinan semua penyata bank untuk simpanan di dalam failnya sebelum diberi penyata yang tulin kepada bahagian kewangan. Pukul 9.15 pagi Ghana menelefon mengatakan dia sudah menunggu di bawah.

Destinasi kami hari ini adalah kawasan Kajang dan Semenyih. Kutipannya hanyalah 15,000 ribu ringgit sahaja bagi kawasan ini kerana tidak banyak mesin layan diri yang ditempatkan di sini. Tapi bekerja pada bulan puasa memang memenatkan... haus jangan ceritalah. Tapi Sim salute dengan abang Ghana kerana tidak makan dan minum semasa bertugas. Di kata dia sarapan berat-berat dan minum banyak air sebelum datang kerja. Dia menghormati kami orang Islam berpuasa dan tak sampai hati untuk makan dan minum di depan kami. Dekat Pukul 3.30 petang Sim sudah sampai pejabat. Sampai sahaja isterinya menelefon Sim ;

“Wassalam... ada apa Ani” Sim menjawab salam Ani.

“Awak saya nak pergi bazar ramadan jap lagi. Nak kirim tak?.”

“Oh yeker. Kirimkan saya nasi lemak lauk paru... pastu untuk sahur nasi goreng yer.”

“Air?.”

“Air milo la... sedap air milo awak buat semalam” gurau Sim.

“Jangan nak mengada... k bye.”

“Bye” Sim terus meletakkan panggilan dan mula membuat kerja kemasukan data. Pukul 5.30 petang aku bercadang untuk balik ke rumah.

{{{{{{{{{{{{{{{{

Ani meletakkan gagang telefon... dia tersenyum. Ana menegurnya ;

“Wah... telefon dulu suami sebelum pergi bazar. How Sweet.”

“Mestilah... aku ni ada laki. Kena lah mintak izin dulu... mak aku yang cakap kita ni derhaka tau tak minta izin suami. Walaupun nak pergi kedai depan rumah. Lagipun laki aku kerja lewat petang. Mana ada masa nak pergi beli untuk berbuka. Aku tolongla beli lah.”

“Bestnya. Isteri memahami suami... untungnya laki kau” untung?Gumam Ani dalam hati

“Dah jom kita pergi Bazar... lagi lambat lagi susah nak parking nanti” Ani dan Ana terus menuju ke kereta. Mereka akan mengambil Khai di kolejnya. Azman pergi ke bazar dengan makwenya, lagipun Ani malas nak mengajak dia. Orang dah ada makwe buatlah cara dah ada makwe... ni mengikut jer mana Ani nak pergi. Kalau payung takpelah juga... ini semua nak Ani nak bayarkan... melampau lemak.

{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 6.40 petang Sim sudah sampai di rumah... Sim melihat Ani juga sudah balik ke rumah. Masuk ke dalam rumah dia melihat makanan sudah ada di atas meja makan. Sim masuk ke dalam biliknya dan mandi dahulu. Pukul 7.10 petang Sim keluar dari bilik. Kelihatan Ani sedang menonton televisyen... Maghrib pukul 7.23. Sim duduk di sebelah Ani ;

“Macamana kelas harini?” tanya Sim.

“Baik-baik aje... sekarang tak sibukla. Lepas raya ni mungkin sibuk... dah mula buat kertas ilmiah atau tesis. Mungkin saya tak lekat dok umah... dok cari bahan kat site atau pergi kilang... takpun buat kajian kat dalam perpustakaan” Ani berterus terang.

“Oh yeke. Takpela.... kalau awak nak saya bantu pun boleh.”

“Hek eleh... awak tau ke pasal jurutera ni? Semua buku dalam Bahasa Inggeris tau” Ani memperlekehkan Sim ;

“Eih... awak jangan pandang rendah dengan saya tau. Saya tau la bukak mesin ni... kejuruteraan jugak tu.. kadang-kadang saya tolong juruteknik saya gantikan alat dalam mesin.”

“Setakat bukak mesin pastu tu tutup mesin saya pun boleh buat... itu kerja Juruteknik. Bukan Jurutera... jurutera ni buat mesin tu. Apalah awak ni.”

“Dahla... nak maghrib ni... jom berbuka”Sim mengajak Ani berbuka. Sim membaca doa dan Ani mengaminkannya

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NaimTamdjis