Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,940
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 27 ; Sim disoal

BAB 26

Sim Disoal

Sim  duduk di kandang saksi... dengup jantung jangan ceritalah. Dup dap.. dup dap..... Peguam Pandian bangun menuju ke arah Sim.

“Encik Kassim.... apakah hubungan Encik Kassim dengan Encik Fazzul?’ dia memulakan bicara.

“Majikan dengan pekerja” jawab Sim yakin.. beliau cuba sedaya upaya menyembunyikan kegugupannya.

“Sepanjang pekerja dengan dia... adakah Encik Fazzul pernah melakukan perkara yang tidak baik kepada anda?.” Macam mengulang soalan jer... sudah takde idea ker... oh... supaya abang Fazzul dipandang baik oleh Mahkamah.

“Tidak pernah.”

“Bagaimana perwatakkannya?.”

“Periang, suka membantu, memberi layanan yang baik kepada saya... tidak pernah marah-marah. Gaji dibayar tepat pada masa.” Kata Sim jujur ;

“Anda pernah pekerja 5 tahun dahulu dengannya sebagai pembantu perniagaan haramnya bukan?” aduh! Soalan yang tidak dijangka.

“Ya... saya membantunya sebagai runner membekalkan barang tiruan dan DVD haram... tapi masa itu saya terdesak.”

“Kenapa terdesak?”

“Saya berterus terang.... saya ini anak jalanan.. hanya ada sijil PMR sahaja. Jadi apa kerja di Kuala Lumpur nak buat dengan sijil itu. Nak jadi buruh atau pembantu kedai semua dimonopoli oleh pendatang.. nak meniaga saya takde modal. Jadi peluang abang Fazzul beri takkan saya tidak mahu. Nak hidup... tapi saya tak masuk kumpulan gengster Abang Fazzul” tegas Sim.

“Jadi... betullah jika saya katakan Fazzul begitu baik terhadap kamu dengan memberi kamu kerja dari merempat. Betul” Sim memandang abang Fazzul... mata bertemu mata

“Benar.. abang Fazzul yang membantu kami masa susah dahulu. Tuan Peguam... tolong jangan gunakan terma merempat. Saya rasa kurang senang dengan perkataan tu” ada pulak aku ni merempat. Sim tidak berpuashati...

“Baiklah saya minta maaf Encik Kassim... jadi, encik Kassim mengikutnya bekerja di Kedah?.”

“Ya... benar. Tapi masa tu saya ditipu oleh Fazzul.. dia sendiri yang mengatakan pelaburan ini sah. Siap daftar dengan pihak berkuasa... lagipun sampai bila kami nak jadi Runner. Saya nak jugak kerja secara halal.”

“Adakah patut Encik Fazzul hukumannya dikurangkan?.”

“Terpulang kepada Mahkamah.”

“Saya ulangi... dari segi pendapat peribadi Encik Kassim... patut atau tidak Fazzul hukumannya dikurangkan?” hendak juga supaya Sim bersimpati dengan Fazzul.

“Berilah hukuman setimpal dengan kesalahannya... saya bersetuju jika hukuman dikurangkan tapi setimpal” Sim mengalah.. soalan ini memerangkap aku..... Pandian tersenyum.

“Itu sahaja soalan saya Tuan Hakim. Kesimpulannya pekerja sendiri mengakui Encik Fazzul adalah seorang yang baik. Tidak mungkin akan mengulangi perbuatannya lagi. Berilah hukuman yang setimpal... ringankanlah hukumannya.” Peguam Pandian duduk... kemudian Pendakwaraya bangun dan menuju ke arah Sim... dia hanya tersenyum ;

“Encik Kassim..... pada pandangan anda, andakah tindakan menyembunyikan fakta sebenar tentang kewujudan syarikat dan melarikan diri ke Siam itu adalah sesuatu tindakan seorang yang baik?” sinis Peguambela,

“Soalan adalah berdasarkan spekulasi semata-mata” Peguambela abang Fazzul bangun dan membentak.

“Spekulasi? Saya Cuma hendak meningkah hujah Peguambela. Kononnya Encik Fazzul suci sangat... baik sangat. Itu sahaja.”

“Tapi” pengetuk kayu diketuk 3 kali. Keadaan senyap semula ;

“Bantahan ditolak.. alasan Pendakwaraya diterima” tegas Hakim.. Peguambela merungut... nampaknya Hakim kali ini tegas.... susah Peguambela hendak memusing....

“Saya rasa memang tujuan Fazzul untuk melarikan wang pelabur atas tindakannya yang Encik sebutkan tadi.”

“Jadi... kesimpulan saya memang Encik Fazzul ini mempunyai personaliti untuk membuat jenayah. Jadi Mahkamah yang mulia ini sepatutnya memberi hukuman yang berat dan setimpal dengan kesalahannya.. sekian” tak sangka betul Pendakwaraya ini walaupun soalannya sempoi... tapi relevan dan tepat kena pada abang Fazzul dan Peguamnya. Benarlah kata orang jangan buat kesimpulan mengenai satu buku hanya berdasarkan kepada kulitnya sahaja. Simkemudian duduk semula ke kamar saksi... kemudian saksi ketiga dipanggil iaitu seorang pegawai penyiasat kes ini... iaitu Inspektor Azizi Adnan. Sim melihat jam sekarang sudah pukul 11.30 pagi. Kemudian setelah saksi ketiga ini selesai memberi keterangan... Tuan Hakim memerintahkan Mahkamah akan bersambung semula pada pukul 2 petang. Mahkamah berhenti bersidang seketika pada jam 12.30 tengahari. Sim yang baru keluar dari pintu Mahkamah ditegur oleh Peguam abang Fazzul ;

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.