Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,932
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 4 ; khalwat

BAB 4

Khalwat

Pukul 3.30 pagi, Ari yang sedia dengan senjata berhampirannya telah mengambil semangkuk air. Tujuannnya hendak menyedarkan mamat di hadapannya.“1,2 dan 3” lantas menyembur semangkuk air ke muka Sim. Sim yang terkejut terkena semburan air itu lantas bangun terduduk dan tangannya cuba mengesat muka. Tapi gagal kerana tangannya telah diikat. Sim mengesat matanya dengan hujung jari... mula-mula kabur penglihatannya lepas itu semakin baik. Pemandangan di arahkan kepada lelaki yang menyemburkan air tersebut ke mukanya. Wajah yang dia tidak kenal dan tak pernah jumpa.

“Kau ni siapa ha? Main simbah-simbah air kat muka aku! Dah la orang-orang kau belasah aku. Ini ikat aku pulak... korang ni nak bunuh aku ker?” bentak Sim yang menyangka orang di hadapannya geng abang Ali.

“Oi! Kau cakap apa ni? Aku dah tolong selamatkan kau. Banyak bunyi plak! Terima kasih pun takdak.. menengking-nengking pulak!” tengking Ari.

“Habis yang kau ikat tangan aku ni pehal? Ni apahal suara kau macam pondan ni? Halus jer” sambil Sim menunjukkan tangannya yang terikat.

“Manalah tahu... kau ni perompak nak merompak. Sesaja berlakon pengsan depan rumah orang. Macam yang selalu kuar kat berita tu. Jadi sebagai persediaan, aku ikatlah tangan kau. Aku ni perempuanlah! Bukan pondan!” Sim memandang dari atas sampai ke bawah Ari. Perghhh... nampak sebijik macam lelaki. Dadanya sahaja menyerlahkan kewanitaannya.

“Sorila. Aku ingatkan kau ini lelaki. Gaya dah macam lelaki. Terima kasih sebab selamatkan aku. Aku ni bukan perompak la... aku ni dipukul orang. Dipukul pun bukan sebab merompak. Ada orang tak puas hati. Buka jelah ikatan aku ni. Takdenya aku nak bunuh kau” rayu Sim.

“Aku boleh bukak... kau pergilah tukar baju atau mandi ker? Apasal busuk sangat bau kau ni? Bau macam longkang.... pi mandi pastu bersihkan luka kau ni sendiri. Nanti aku ambik first aid. Tapi ingat! Kalau kau lakukan apa-apa kat aku. Siap kau! Ni nampak ni cota... lagipun ayah aku Timbalan Ketua Polis Kedah. Tu gambar tu. Apa-apa yang berlaku dekat aku ayah aku cari kau sampai lubang cacing” sambil menunjukkan cota dan gambar ayahnya di ruang tamu. Aduyai! Ini dinamakan lepas mulut Singa masuk mulut Harimau. Ayahnya polis pulak.....

“Iye... aku janji. Lepas aku mandi dan tukar baju aku blah. Ayah kau takde rumah ker?” aku agak bimbang sebenarnya.

“Takde... lusa baru balik. Aku seorang kat rumah. Ayah aku ada kerja di Ipoh. Bawak mak aku sekali” Kata Ari sambil membuka ikatan Sim. Selepas ikatan dibuka, Sim lantas berdiri.

“Kau tunggu kat dapur. Ada bilik air. Nanti aku ambilkan tuala dan baju abang aku”.

“Ok” kata Sim ringkas. Ari lalu pergi ke bahagian atas menaiki tangga. Mungkin mengambil tuala dan baju abangnya. Aku melihat-lihat gambar.... banyak gambar keluarga budak ni digantung. Keluarga bahagia. Seketika kemudian Tomboi tersebut turun dengan membawa tuala dan baju.

“Nah! Tuala dengan baju.. lu pi mandi. Ni First Aid. Lu rawat la luka lu sendiri. Wa takde masa nak layan lu” Sim mengambilnya.

“Nama kau siapa?” tanya Sim.

“Panggil je aku Ari. Kau?”.

“Aku Kassim... panggil Sim. Anyway... terima kasih”.

“Dah! Cepat mandi..... lagi cepat kau berambus lagi bagus” kata Ari dengan kasar. Amboi.... menghalau nampak. Sim lantas menuju ke bilik air. Di bilik air dia mandi dengan sepuas-puasnya. Walaupun pedih, tapi ditahannya juga. Kemudian Sim menyapu ubat luka ke atas luka-lukanya. Nasib baik lebam di pipi tak berapa jelas kelihatan. Kalau lebam dah tak hensem lagi aku.. pakai cermin mata sepanjang masa. Nasib baik tak mati kena belasah tadi. Kalaula aku dapat abang Ali tu... siap la kau aku kerjakan... bentak Sim dalam hati. Setelah siap Sim keluar dari bilik air. Lantas memakai baju yang diberi oleh Ari. Agak besar tapi bolehla.

“Ari.... ada plastik tak? Aku nak letak baju kotor aku ni” tanya Sim kepada Ari ke ruang tamu. Ari lantas pergi ke dapur.

“Ada.... jap” lantas Ari pergi ke kabinet dapur. Diambil plastik sampah warna hitam dan dihulur kepada Sim.

“Kau ingat ni sampah ke? Ini baju kotor la...” kataku.

“Wah.... banyak bunyi pulak. Ini je yang aku tahu. Dah cepat berambus” Sim lantas memasukkan baju ke dalam plastik tersebut. Tiada pilihan... tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Sim dan Ari berpandangan ;

“Ayah kau da balik ker?” tanya Sim.

“Eh! Kata lusa... mampus, kau tunggu sini. Biar aku bukak pintu” lantas Ari menuju ke tingkap.

{{{{{{{{{{{{{{{{{

Ari melihat di sebalik tabir tingkap... kelihatan beberapa orang seperti Pak Aji berada di luar tingkap.

“Apahal lak ni.... nak ajak ayah aku sembahyang subuh ke kat surau... tapi baru pukul 4 pagi” Ari terus membuka pintu pagar utama yang automatik dan membuka pintu rumah dan grill. Kumpulan pak aji seramai 5 orang tu pun masuk.

“Ye pak aji... apa boleh saya bantu? Ayah saya takde pak aji. Dia ada kerja kat Ipoh bawa mak saya. Pak aji nak panggil ayah saya pergi masjid ker?” tanya Ari.

“Sebenarnya cik.... saya menerima laporan ada aktiviti khalwat dalam rumah ni. Tu yang kami nak siasat” Ari terperanjat... apa khalwat???? Mampus! Si Sim ada kat dalam. Harap si Sim dah lari.

“Eh! Itu laporan palsu je tu. Saya sorang je ada kat rumah ni” tamat sahaja Ari berkata, pak aji yang 3 orang lagi menyerbu ke dalam rumah. Ari tak sempat menghalangnya. Beberapa minit kemudian mereka membawa Sim yang sudah ditangkap.

“Apa ni cik... saya cuma tumpang mandi jer ni. Adoyai! Main tangkap-tangkap pulak ni” Sim meronta-ronta.

“Anda berdua dituduh berdua-duaan atau berkhalwat dalam keadaan mencurigakan di dalam rumah ni” kata ketua pak aji.

“Apa! Berkhalwat? Pak Aji tengokla skit... takkan saya nak berkhalwat dengan dia ni.... gaya pun dah macam lelaki... kasar pulak tu... takde selera saya der” bentak Sim.

“Wah...wah... wah. Sedap mulut. Yang kau tu bau longkang... kau ingat aku selera. Kalau aku tahu tadi... aku biarkan je ko tepi jalan tadi. Biar kau mampus” bentak Ari marah.

“Sudah-sudah! Ni apa ni gaduh-gaduh. Dengar kat jiran-jiran nanti lagi malu. Dari tak tahu jadi tahu. Dah jom semua pi pejabat agama. Buat keterangan. Nanti bising-bising tau jiran-jiran... siapa yang malu. Cik. Sila kunci pintu, mari ikut kami ke Balai Agama” Sim dan Ari terpaksa mengikut pegawai-pegawai agama untuk memberi keterangan. Mereka menaiki Van agama. Lepas satu, satu lagi bala yang menimpa... takkan aku nak kahwin dengan tomboi ni.... ni mesti abang Ali punya kerja.... siot betul, bentak Sim dalam hati!

{{{{{{{{{{{{{{{{

Sampai di Balai Agama Sim dan Ari disoalsiasat, puaslah Ari menerangkan perkara sebenar. Sim hanya diam sahaja takut tembelangnya lari dari geng pelabur yang sedang marah terbongkar. Besar pulak jadi kesnya nanti. Sim hanya mengatakan dirinya dipukul oleh orang tak dikenali dan diletakkan di situ apabila telah pengsan. Pegawai Agama tersebut memberitahu Ari bahawa ayahnya telah diberitahu mengenai hal ini dan akan datang bila-bila masa sahaja. Setelah Sim disoal siasat maka dia ditempatkan di sebuah bilik mesyuarat untuk menanti ketibaan ayah Ari.

Mampus aku kalau ayah Ari ni masuk campur... Timbalan Ketua Polis Negeri tu. Silap-silap dia caj aku kerana menceroboh rumahnya. Tah-tah aku didakwa atas pertuduhan wang haram.... adoi apala malam nasib aku malam ni- Sim bermonolog.

Ari pula ditempatkan di bilik tetamu Pegawai Agama Daerah. Dia yang bengang ditangkap khalwat menyumpah seranah Sim,

Celaka punya mamat.... dah kena tangkap basah aku. Nantilah aku suruh ayah aku jelkan ko. Ko ingat aku nak kahwin dengan ko.... sori sikit...dahla busuk. Kalau aku tahu macamni tadi. Aku biarkan ko mati bawah pokok. Puas hati aku.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.