Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,842
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 15 ; menjadi saksi mahkamah

3 hari selepas Sim menempah baju untuk persandingan, Sim dan Mid  ke mahkamah Seksyen Alor Setar bagi menjadi saksi dan seterusnya mengikuti kes Fazzul. Mereka berdua diberi tempat duduk khas saksi... terdapat juga abang Ali dan beberapa orang pelabur yang mereka berdua kenal duduk satu barisan dengan Sim. Perbicaraan bermula pada pukul 9.00 pagi.. Fazzul  duduk di kandang orang kena tuduh ( OKT ). Sim berharap agar Fazzul mengaku salah,  jika Fazzul tidak mengaku salah... maka Sim mungkin kerap datang ke Alor Star untuk memberi keterangan sebagai saksi sehingga kes ini selesai. Sudahlah aku duduk di Bangi, nak ulang alik ke Alor Setar punyalah jauh... kalau dapat claim takpelah jugak... banyak wang terpaksa aku keluarkan nanti. Selepas sesi pembentangan kes dan pendakwaan, Puan Hakim ( Hakim yang membicarakan kes itu adalah wanita.. pertengahan umur... malayu dan bertudung ) mula menanyakan soalan kepada Fazzul ;

“Encik Fazzul... adakah Encik Fazzul ingin mengaku salah di atas semua pertuduhan pendakwaraya?” Fazzul diam seketika... semua mata di dalam mahkamah tertumpu kepada Fazzul.

“Saya ulangi... adakah Encik Fazzul mengaku salah atas semua pertuduhan?” ulang Hakim wanita tersebut tegas. Fazzul yang masih menunduk seolah-olah sedang memikirkan sesuatu akhirnya mengangkatkan kepalanya.

“Saya Fazzul Bin Omar mengaku salah atas semua pertuduhan dan meminta perbicaraan bagi mengurangkan hukuman” ahhhh... lega. Kes ini akan cepat habis.... Hakim mengangguk.

“Tuan Pendakwa... ada bantahan?” tanyanya kepada pegawai Pendakwaraya.

“Tiada bantahan yang Arif” pendakwaraya bangun dan menjawabnya.

“Tuan Peguam... ada bantahan?” tanya Puan hakim kepada pihak pembelaan. Fazzul mengupah dua orang Peguam.. seorang Peguam India ( berumur dalam awal 40an ) dan seorang pembantunya yang juga Peguam India.. nampak berwibawa ;

“Tiada bantahan yang Arif... mohon perbicaraan bagi meringankan hukuman diadakan” peguam India yang diupah Fazzul memohon kepada Puan Hakim. Puan Hakim mencatatkan sesuatu dalam kamarnya dan kemudian berkata ;

“Baiklah... kerana OKT mengaku salah... perbicaraan akan ditangguhkan pada pukul 2 petang ini. Ini memberi masa kepada pihak pembelaan dan pendakwaan untuk melakukan persiapan bagi perbicaraan seterusnya sebelum hukuman dijatuhkan. Mahkamah bersurai” Puan Hakim mengetuk kayu pengetuk. Setelah Hakim beredar, Peguam India itu mendapatkan Sim dan Mid.

“Encik Hamid dan Encik Ali.... kami menyoal Encik berdua sebagai saksi pembelaan petang ini. Boleh?” Sim berpandangan dengan abang Ali. Kemudian Pendakwaraya datang ke arah kami.

“Ada apa ni?” tanyanya tegas.

“Peguam ini mintak kami menjadi saksi pembelaan” jawab Sim.

“Ok... tiada masalah. Kalau sudah mengaku salah... hukuman akan tetap dijalankan. Tapi mungkin akan dikurangkan kerana OKT bersetuju untuk membuat beberapa perkara. Lagi cepat selesai kes lagi bagus. Saya ada kes yang lebih besar yang sedang dalam siasatan sekarang ini. Saya bagi lampu hijau” kata Pendakwaraya lelaki tersebut kepada peguam Fazzul

“Baiklah kami setuju” Sim dan Mid bersetuju untuk menjadi saksi pembelaan kemudia mereka  terus beredar dan menunggu perbicaraan pada pukul 2 petang nanti. Sim dan Mid hanya melepak di sekitar mahkamah sahaja... berdebar-debar jugak jantung Sim ini. Maklumlah aku ni tak pernah jadi saksi... entah apa soalan yang bakal ditanya oleh peguam Fazzul ini. Dulu aku pernah tengok cerita pasal perbicaraan di Mahkamah, saksi diserang bertubi-tubi oleh Peguambela.. semuanya dilakukan untuk meragui krebiliti saksi. Bila krebiliti saksi telah diragui... maka keterangan saksi boleh disanggah oleh pihak Peguambela. Jadi selain daripda nasib untuk melepaskan diri dari tuduhan.... Peguam yang dapat mengenepikan krebiliti saksi di dalam Mahkamah memainkan peranan yang penting. Jadi sebab itulah ada kes-kes yang mempunyai bukti yang kuat diketepikan kerana keterangan saksi diragui... selalunya peguambela akan mempertikai krebiliti saksi dalam mengingati masa dan tarikh... selalunya saksi tidak ingat masa dan tarikh dengan tepat. Ini adalah kelompangan dalam sisitem mahkamah yang harus diperbaiki oleh badan Kehakiman. Aduh.. lepas ini aku pulak yang kena. Harap jangan panik....... kalau panik habislah aku. Tepat pukul 2.00 petang Sim sudah berada di tempat duduk saksi. Puan Hakim masuk dan duduk di kamarnya... selepas itu berkata ;

“Baik... peguam OKT... sila mulakan pembelaan” Peguambela India Fazzul bangun dan mula berkata;

“Terima kasih yang Arif... saya menjemput... saksi pembelaan pertama. Encik Kassim Bin Abdullah. Sila ke kamar pembelaan” Sim bangun dan duduk di kandang pembelaan dengan diiringi Bentara Mahkamah. Kemudian Sim mengangkat sumpah.. selepas mengangkat sumpah yang mengatakan Sim mesti memberi keterangannya yang benar... Sim mula ditanya sejurus aku duduk dan telah mengangkat sumpah ;

“Baiklah Encik Kassim... berapa lama anda kenal dengan Encik Fazzul” Peguam tersebut mula bertanyakan soalan.

“5 tahun” jawab Sim.

“Apakah hubungan di antara Encik Kassim dengan Fazzul?.”

“Hubungan antara majikan dengan pekerja” jawab Sim yakin.

“Sepanjang 5 tahun ni... pernah atau tidak Encik Fazzul menganiaya kamu... seperti tidak membayar gaji?.”

“Tidak pernah.. gaji dibayar tepat pada masa.”

“Kamu pernah berkata yang kamu menganggap Encik Fazzul seperti abangnya. Malah kamu tidak keberatan bahawa mengatakan kamu rapat dengan keluarga Encik Fazzul.” Peguambela mula memasukkan jarumnya ;

“Ya pernah... saya dan Hamid dahulu diainaya oleh majikan kami dahulu... Fazzul lah yang bertanggungjawab mengambil kami bekerja dan melayan kami dengan sewajarnya. Lagipun dia tua dari saya... dari segi adat melayu... sebagai menghormatinya kenalah memanggilnya abang” disusuli gelak ketawa para hadirin. Sim melihat Fazzul turut tersenyum.

“Kamu mengikutnya bekerja di sini sejak setahun yang lalu? Sebagai apa?.”

“Sebagai pembantu peribadi merangkap orang kanannya di dalam syarikat pelaburan yang baru ditubuhkan di sini.”

“Benarkah saya katakan bahawa antara tugas anda dan saudara Hamid ini mengutip wang dari para pelabur?.”

“Benar... kami masuk ke kampung-kampung untuk mengutip wang pelaburan. Kemudian kami masukkan wang ke dalam Bank yang berhampiran.”

“Jadi yang Arif..... Encik Kassim ini turut memainkan peranan yang penting dalam syarikat ini. Dia turut sama mempengaruhi orang ramai dan mengutip wang pelaburan ini. Kenapa Encik Fazzul seorang sahaja didakwa... ini tidak adil kepada pelanggan saya! Yang lain terlepas begitu sahaja!” sial! Soalan perangkap....

“Bantahan yang Arif.... pihak pembelaan cuba mengadakan perbicaraan dalam perbicaraan. Saya mohon mencelah” ketua pendakwaraya bangun membantah... lega Sim dengan tindakan pendakwaraya.

“Puan Hakim... saya hanya membangkitkan isu kenapa pelanggan saya sahaja yang didakwa.. sedangkan yang lain masih bebas di luar sana. Ini tidak adil... takkan pelanggan saya seorang yang menanggungnya” terang peguambela India itu atas tindakannya itu yang cuba mengheret Sim.

“Bantahan pendakwaraya diterima.... dan dibenarkan mencelah” peguambela merungut dan duduk di tempatnya... pendakwaraya datang ke arah Sim dan mula melakukan celahan ;

“Saksi ini bekerja dengan syarikat pelaburan milik Fazzul. Saya ulangi terma pekerja... sebagai pekerja beliau perlu patuh dengan arahan majikan. Kalau majikannya menyuruh beliau menemani melakukan promosi.. beliau perlu lakukan. Kalau majikannya mengarahkan memandu kenderaan atau melakukan kerja-kerja pejabat.. beliau juga perlu lakukan kerana beliau diupah oleh majikannya untuk membantu menguruskan syarikat pelaburan haramnya itu. Seperti mana Tuan Peguam pembelaan bekerja dengan Encik Fazzul membela di mahkamah yang mulia ini. Walaupun Encik Fazzul salah, tetapi tugas Peguam tetap membelanya... bukankah begitu pihak pembelaan?” kata lelaki pendakwaraya tersebut sambil memandang sinis Peguambela ;

“Saya membantah yang Arif, pendakwaraya cuba mengaitkan anak guam saya seolah-olah jatuh salah” bantah Peguambela.

“Bantahan ditolak... kamu tidak tahukah sekarang ini kita di dalam perbicaraan pembelaan dalam menjatuhkan hukuman? Bukankah pagi tadi Encik Fazzul sudah mengaku salah?” Puan Hakim menempelek Peguambela.

“Maafkan saya Puan.. saya bersemangat sangat tadi hingga lupa akan perkara tersebut” padan muka. Peguam itu kembali duduk di kerusinya.... malulah tu.

“Teruskan celahan pendakwaraya.”

“Jadi... sebagai seorang pekerja... tugasnya adalah untuk melakukan arahan yang diberi Encik Fazzul sebagai seorang majikan. Jika Encik Fazzul menyuruhnya mengutip wang... maka menjadi kewajipan sebagai seorang pekerja yang patuh seperti Encik Kassim pergi mengutip wang ke tempat yang dia arahkan. Kami dah siasat akaun mereka berdua iaitu Encik Kassim dan Hamid. Tiada wang berjuta-juta masuk ke dalam akaun mereka. Hanya wang gaji dan sedikit komisen sahaja. Dalam siasatan pihak Polis pula, didapati nama mereka berdua bukan Pengarah syarikat ini... jadi mereka berdua bukanlah mastermind dengan izin bagi skim pelaburan ini. Ini dokumen membuktikan mereka tak bersalah” Bentara pergi ke meja tuan pendakwaraya untuk mengambil bahan bukti dan memberikan kepada Puan Hakim. Puan Hakim mengambilnya dan membaca sejenak... mencatatkan sesuatu dalam failnya :

“Celahan diterima... pihak pendakwaaan... sila menggunakan terma pekerja merujuk kepada saksi ini. Tidak dibenarkan melakukan perbicaraan di dalam perbicaraan. Pihak pembelaan boleh menyoal terus saksi ini lagi”. Puh! Lega aku.... siot punya peguam... nasib baik pihak pendakwaraya ni power. Peguam India itu bangun dari kerusinya dan pergi ke arah Sim di kandang pembelaan ini.

“Baiklah... Encik Kassim.. maafkan saya menuduh Encik Kassim sebagai rakan subahat Encik Fazzul” Sim mengangguk.

“Encik Kassim... benarkah jika saya berkata.... sepanjang Encik Kassim bekerja dengan Encik Fazzul... Encik Fazzul adalah seorang yang baik, mengambil berat akan kebajikan Encik Kassim dan Hamid, malah memberikan Encik Kassim dan Hamid rumah untuk diduduki sebelum ke Kedah? Malah isterinya tiap-tiap minggu memasak untuk diberikan kepada kamu berdua?.”

“Saya mengakuinya.”

“Bolehkah Encik Kassim memaafkan Fazzul dan relevankah jika mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan terhadapnya?.”

“Saya boleh memaafkannya dan mahkamah boleh menjatuhkan hukuman yang ringan kepada Fazzul tapi dengan syarat.”

“Apakah syaratnya?.”

“Pulangkan wang pelabur dan jangan ganggu hidup saya lagi” hadirin mula berbisik-bisik sesama mereka.

“Baiklah. Itu sahaja soalan saya yang Arif” Peguambela itu duduk di tempatnya. Hakim menoleh kepada pendakwaraya.

“Ada soalan yang hendak ditanya pihak pendakwaan?” tanya Puan Hakim kepada pihak pendakwaan.

“Ada yang Arif.. sedikit sahaja soalan yang saya hendak tanya kepada saksi.”

“Silakan” pendakwaraya menuju ke hadapan Sim.

“Encik Kassim... ada tak kemungkinan Encik Fazzul akan menipu atau membuat perniagaan yang tidak sah lagi selepas keluar dari penjara? Atau mengulangi lagi perbuatannya?” soalan yang akan membuatkan Hakim tidak akan jadi memberikan hukuman yang ringan... bijak Pendakwaraya ini...

“Bantahan yang Arif... soalan pihak Pendakwa hanya membuat spekulasi semata-mata. Masa depan yang tidak pasti... mana boleh bertanyakan soalan mengenai masa depan yang kita tahu apa yang akan terjadi. Hanya ramalan semata-mata” Peguambela tidak setuju dengan soalan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya.

“Pihak pendakwa..... relevannya soalan kamu ini?” tanya Puan Hakim.

“Selepas dijawab oleh saksi soalan ini dan satu lagi soalan yang akan saya kemukakan. Puan Hakim akan mengetahui kerelevannya” Puan Hakim mengangguk.

“Bantahan digantung sehingga soalan dijawab” peguambela duduk semula ke kerusinya sambil mengelengkan kepala... tanda masih tidak puashati dengan keputusan Puan Hakim.

“Saya tidak tahu... saya berharap jika Encik Fazzul insaf akan perbuatannya apabila menjalani hukuman.. itulah harapan saya.”

“Benarkah saya katakan menipu adalah salah satu ciri-ciri yang ada pada diri Encik Fazzul? Sebagai contoh dia pernah disabitkan dalam penipuan rekod syarikat, menipu dalam menggunakan pangkat Dato, pernah menipu pelabur asing dan menipu dalam syarikat pelaburan ini... termasuk menipu kamu supaya bekerja dalam syarikat ini? Dengan mengatakan syarikat ini pelaburannya adalah halal dari segi undang-undang” Sim terdiam... memikirkan sejenak apa yang hendak  dijawabnya ;

“Ia... saya rasa. Tapi saya harapkan selepas dia keluar... agar dia insaf. Harap dia tidak melakukan kesilapan lagi. Jadilah warganegara yang bertanggungjwab” jawab Sim.

“Bantahan ditolak. Pendakwaraya menggunakan ciri-ciri pelaku untuk memastikan hukuman yang diterima setimpal dengan perbuatan OKT.”

“Baiklah. Itu sahaja soalan saya yang Arif” pendakwaraya duduk di kerusinya.

“Baiklah... jika tiada lagi soalan diminta panggil saksi pembelaan seterusnya” arah Puan Hakim. Sim kembali ke kerusi para saksi. Abang Ali dipanggil ke hadapan dan duduk di kandang pembelaan. Abang Ali ditanya bertubi-tubi oleh barisan pembelaan dan pendakwaan. Pihak pembelaan lebih menjurus kepada matlamat untuk mengurangkan hukuman manakala pihak pendakwaraya kalau boleh ingin menghukum Fazzul dengan hukuman yang maksimum. Pihak pembelaan tidak langsung mempersoalkan krebiliti saksi seperti yang Sim selalu baca di suratkhabar. Pihak pembelaan kalau boleh mahu saksi simpati kepada anak guamnya atau meyebelahi pasukan pembelaan. Perbicaraan tamat pukul 5 petang. Kami bersurai dan berjumpa di luar mahkamah dengan Abang Ali ;

“Macamana Abang Ali?” tanyaku.

“Perghhh... berpeluh juga aku nak jawab.. sial betul Peguambela tu... pandai dia buat soalan perangkap. Nasib baik Pendakwaraya tu bagus. Boleh patahkan hujah Peguambela.”

“Itulah... saya pun terperangkap gak.... biasalah. Mesti dia nak anak guamnya mendapat hukuman yang ringan. Dia akan sedaya upaya membuat kita memihak kepada dirinya.”

“Takpelah... seksa kita dah habis.. lepas ni saksi-saksi pulak yang akan dipanggil. Tapi harapan abang duit abang akan dipulangkan secepat mungkin. Itu sahaja”.

“Saya harap pun begitu juga. Oklah abang... kami mintak diri dulu” kami bersalaman dan meminta diri untuk pulang. Hari yang memenatkan....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.