Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,870
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 13 B.. mengertak abang Fazzul

Sebaik sahaja Sim dan Mid keluar dari bilik mesyuarat kelihatan abang Ali dan beberapa pelabur sedang duduk menunggu di luar untuk memberi keterangan. Sim menyapa Abang Ali ;

“Assalaimualaikum bang... bagi keterangan jugak ke?” tanyanya ramah.

“Waalaikumussalam... a’ah. Polis panggil buat keterangan. Dah habis beri keterangan ker?” mereka berdua bersalaman.

“Sudah. Kami bagi semua maklumat yang Polis mahukan. Malah kami kena jadi saksi pada perbicaraan nanti” jelas Sim.

“Baguslah. Jangan lepaskan Dato penipu tu! Sial punya Fazzul... habis duit kami dibawanya lari. Ingat lari ke Thailand polis tak dapat tangkap. Padan muka! Aku harap lepas ni duit kami ini dipulangkan. Kami ini bukannya kaya sangat, ada yang meminjam dengan ceti.. saudara mara... kawan-kawan malah yang buat pinjaman bank atau koperasi pun ada. Semua tengah kejar kami ni sekarang. Aduyai” abang Ali mengeleng-gelengkan kepala.

“Maafkan saya kalau tindakan kami terlibat dalam skim ini menyusahkan abang-abang semua. Kami tak tahu pun skim ini adalah satu skim yang menipu orang ramai. Kami pun turut ditabur janji-janji palsu dan ditunjukkan bukti pelaburan ini halal dan mendapat kelulusan Bank Negara” kata sim menyesal.

“Takpelah. Ini semua pengajaran bagi kami dan kamu berdua juga. Kita semua nak jadi kaya sangat. Nak duit banyak. Hendak kaya tapi tidak mahu berusaha. Mudah dipengaruhi.... lain kali kami semua akan memastikan akan periksa samada pelaburan yang kami buat diiktiraf oleh kerajaan” abang Ali menyatakan kekesalannya.

“Encik-encik dan Puan-puan, sila masuk ke bilik mesyuarat. Sesi mendengar keterangan Tuan dan puan akan berlangsung sebentar lagi” kata seorang pegawai polis pangkat rendah kepada mereka yang sedang berkumpul di situ.

“Oklah bang selamat memberi keterangan. Ada rezeki kita jumpa di mahkamah” kata Sim sambil bersalaman dengan abang Ali.

“Ok. Terima kasih kerana beri keterangan juga” Mereka berdua bersalaman dengan abang Ali diikuti dengan bersalam dengan geng-geng pelabur lain yang ada di situ. Kemudian seorang Inspektor muda berjumpa dengan Sim dan Mid ;

“Saudara... saya Inspektor Hairi... pembantu kanan Cif Inspektor Azizi. Saya telah diarahkan untuk membawa tuan berdua ke bilik tahanan Fazzul. Kami ingin menggunakan pendekatan psikologi untuk menakutkan suspek seterusnya membuatkannya mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya. Bila dia tahu tuan berdua telah memberi keterangan dan sanggup menjadi saksi pada perbicaraan nanti, semangatnya akan punah. Ini kerana tuan berdua menyimpan semua rahsia besarnya seperti mana tuan berdua beritahu kepada bos saya tadi” terang pegawai itu panjang lebar. Sim memandang Mid, Mid mengangguk tanda setuju.

“Jadi apakah peranan atau apa yang kami perlu buat kat sana nanti?” tanya Sim teruja... sedap gak nak gertak orang ni.

“Gertak dia... berterus-terang bahawa cik berdua telah bongkarkan kegiatan Fazzul dan sedia memberi kerjasama. Atau apa sahaja yang boleh menakutkannya” jelasnya.

“Baiklah. Bawahlah kami ke bilik tahanan” Sim dan Mid mengikuti Inspektor muda itu ke bilik tahanan yang terdapat di tingkat bawah. Sampai di sana mereka berdua terus dibawa ke sel dimana  Fazzul ditempatkan. Dari luar selnya yang bergerigi kelihatan Fazzul sedang baring... penat agaknya disoal-siasat semalaman. Rambutnya kusut masai, berbaju oren yang dikhaskan untuk tahanan. Berbeza dengan dahulu, rambut bercacak kemas... berseluar slack... sentiasa berkot dan bercermin mata hitam... dengan gaya yang menyakinkan pelabur.. tapi sekarang Fazzul tidak ubah seperti orang-orang gelandangan. Inspektor muda itu meneriak ;

“Fazzul... ni ada orang nak jumpa kau ni” Fazzul menoleh ke arah Sim dan Mid. Dia terus bangun dan berjalan ke arah Sim ;

“Sim, Mid.... lama tak jumpa! Apa khabar? Hang nak jamin aku ker?” Fazzul bersalaman dengan mereka berdua... Sim menyambut salamnya. jamin? Mana aku nak cekau duit jamin kau? Dah buat taik dengan kami... nak kami jamin engkau pulak... boleh blah la.

“Jamin? Siapa nak jamin kau Fazzul? Kami ni datang beri keterangan kepada Polis... semua aktiviti engkau kami dah bongkarkan kepada pihak Polis. Kau takkan terlepas Fazzul” Sim mula memainkan peranannya.

“Apa! Apa korang buat ni? Aku ni boss korang tahu tak! Aku banyak tolong korang... berapa banyak duit yang aku dah taburkan! Ini korang balas!” marahnya.

“Oi langau... kau bagi kami berapa? Satu juta? 2 juta? 3 juta?. Kau makan berapa banyak? 60 juta kau tahu tak! 60 juta.... kau makan sedap duit 60 juta... kami dapat apa? Si Sim ni kena hentak dengan geng pelabur yang marah kau tahu tak! Mana kau pergi masa kawan aku ni kena hentak... aku kena kejar oleh pelabur. Kau lari ke Thailand kan... sedap-sedap dengan bini muda kau tu! Kami yang dapat bala tahu tak!” Mid melepaskan geramnya. Fazzul terdiam....

“Sekarang ni siapa yang boleh pertahankan kau Fazzul. Dokumen syarikat aku dah serahkan kepada Polis... begitu juga dengan CD ceramah masa kau berceramah skim cepat kaya ni. Semua pelabur sedang beri keterangan di tingkat atas mengenai engkau.... aku dan Mid pun dah beri keterangan... kami pun sanggup menjadi saksi. Kami akan bongkarkan habis-habisan aktiviti haram kau ni tahu tak!” kata Sim tegas.

“Korang tolonglah aku... tolong... kesian lah aku. Aku ada anak bini kat rumah... tolong Sim dan Mid. Aku dah takde sesiapa yang boleh tolong aku ni. Aku harapkan kau ni... kau jamin aku dulu... dah keluar nanti aku bayar 3 kali ganda duit korang. Tolong” menggunakan cara psikologi pula si Fazzul ni...i ;

“Inspektor... berapa banyak duit nak jamin Fazzul ni?.”

“Disebabkan oleh kerana Fazzul terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram... paling kurang pun 100,000 ringgit wang jaminan perlu disediakan. Ini kerana Fazzul mungkin berpontensi tinggi untuk melarikan diri ke sempadan... mungkin juga boleh mencapai 1 atau 2 juta.” Terang anggota Polis tersebut.

“Kau dengar tu. Mana aku ada duit sebanyak tu. Komisen dan gaji kau bagi berapa sen sangat... gabung aku dan Mid punya pun tak sampai 100,000. Lagipun takkan kami nak jamin kau ni... buatnya kau lari mampus kami ni. Lagipun kau nak bayar dengan apa? Duit kau separuh pun dirampas polis. Dengar cerita aset kau pun sekarang ini sudah disita. Apalah kau buat macamni... kesian anak bini kau.”

“Korang tolonglah aku... apa cara sekalipun tolonglah. Aku merayu kat engkau ni.”

“Ada satu je jalan nak tolong kau ni.... kau mengaku salah... pulangkan duit pelabur. Insya Allah hukuman kau akan diringankan. Betul tak tuan Inspektor” tuan Inspektor itu mengangguk. Fazzul terduduk ;

“Itu sahaja jalannya Fazzul.. memang kena penjara jugak.. tapi takdelah sampai puluh-puluh tahun. Hukuman kau tentu akan diringankan. Pulangkan sahaja wang mereka... duit tu tak berkat Fazzul. Duit haram... kau nak bagi anak bini makan duit haram ker? Cukuplah kau seorang yang penyangak... jangan besok satu keluarga jadi penyangak” Sim menasihati Fazzul. Fazzul terduduk dan termenung... mungkin pendekatan psikologi yang mereka berdua gunakan sudah berjaya.

“Ok lah Fazzul. Kami mintak diri dulu... semoga kau memikirkan semula kata-kata kami ini. Sampai bila kau berdegil tidak mahu mengaku salah. Semu bukti dah mengarah bahawa engkau bersalah. Bertaubatlah Fazzul. Assalaimualaikum” Sim dan Mid beredar meninggalkan sel.. biarlah Fazzul memikirkan secara mendalam kata-kata itu tadi. Setelah keluar dari pusat tahanan ;

“Macamana Tuan? Best tak lakonan kami?” Mid bertanya.

“Terbaik... bagus-bagus. Saya rasa tidak lama lagi tentu Fazzul akan mengaku salah. Terima kasih atas peranan kamu berdua tadi” kata Tuan Inspektor tersebut. Kemudian Sim dan Mid terus bersalaman dan meninggalkan IPK untuk balik ke rumah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.