Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,834
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 13 ; Dato Fazzul berjaya ditangkap

BAB 13

Dato Fazzul Ditangkap

lusanya selepas Sim balik dari "berbulan madu" ri Pulau Pinang, beliau menerima perkhabaran bahawa Dato Fazzul telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand dengan bantuan Polis Malaysia yang melakukan siasatan di sana. Perkhabaran itu diberitahu oleh bapa mertuanya  semasa Sim sedang melepak dan berbual dengan Mid pada petang hari itu di sebuah kedai mamak. Sedang Sim berbual-bual dengan Mid, tiba-tiba fonselnya berbunyi... Sim melihat nombor yang tertera di skrin telefonnya. Ayah mertuaku? Apahal lak telefon ni...  Sim menjawab ;

“Assalaimualaikum bapak” Sim memberi salam kepada bapa mertuanya.

“Waalaikumusssalam. Tengah buat apa tu? Sibuk ker?.”

“Ni... tengah berbual dengan Hamid. Kenapa pak telefon saya? Ada apa yang boleh saya bantu?.”

“Ni. Bapak nak bagitahu.. Fazzul dah dapat ditangkap semalam kat Siam. Sedang ditahan di ibupejabat sekarang ni. Mailah sini. Keterangan kamu berdua boleh membantu siasatan dan seterusnya membantu kami dalam perbicaraan nanti.”

“Alhamdullilah... baiklah bapak, kami datang sekarang. Assalaimualaikum” Sim meletakkan fonsel di atas meja.

“Ha. Apahal bapa mertua kau telefon? Bini kau nak beranak ke?” tanya Mid.

“Wah! Suka hati kau jer. Bila masa lak bini aku mengandung? Baru seminggu setengah kahwinkan. Bila masanya bini aku nak beranak? Tidur pun masih bawah lantai lagi. Dah! Cepat habiskan minuman. Kita pergi IPK Alor Star sekarang” arah Sim kepada Mid.

“Awatnya?” Mid kehairanan.

“Dato keparat tu dah kena tangkap. Kita kena bagi keterangan seterusnya menjadi saksi utama membongkar kegiatan Fazzul... eh! Aku taknak la panggil dia Dato... Dato penipi pun dapat. Panggil Fazzul sudah. Dato konon, Dato taik kucing!” Sim melepaskan geramnya.

“Dato Fazzul tu? Wah, gua memang panas doh dengan dia. Kita yang dapat taik tau tak. Dia sedap jer makan duit orang. Kau makan penumbuk orang. Hahahahahahahahahahaha.”

“Sedap je kau perli aku. Mentang-mentanglah kau tak kena. Cuba kau yang kena...” Sim buat nada seolah-olah merajuk.

“Ala. Merajuk pulak. Aku gurau je la. Tapi disebabkan kes ni, kau dapat kahwin free tau... anak Dato pulak tu. bukan kemain lawa lagi. Ayu doh.”

“Kahwin free tapi tak macam kahwin. Tak best jugak bro. Rugi.  lawa? dah macam jantan”

“Hahahahahahahahaha. Nasib lu... dah jom blah” Sim terus membayar dan pergi ke kereta untuk ke IPK Negeri. Sampai di sana Sim terus ke pejabat bapa mertuaku di tingkat 8... setingkat dengan pejabat Tuan Pengarah. Seorang pegawai membawa mereka berdua terus ke pejabat bapa mertua Sim dan mengetuk pintunya. Apabila mendengar perkataan masuk terus pegawai bawahan itu membuka pintu ;

“Dato! Menantu Dato dan kawannya hendak berjumpa Dato” Pegawai berpangkat Korporal itu memberikan tabik hormat.

“Silakan mereka masuk Korporal.”

“Baik Dato” lalu Korporal itu mempelawa Sim dan Mid masuk ke dalam bilik.

“Ha Kassim. Mai duduk depan bapak” Sim dan Mid duduk di hadapan meja kerja bapa mertua. Korporal tadi menutup pintu.

“Bapa suruh kamu datang sini untuk memberi keterangan dan seterusnya menjadi saksi kepada kes skim cepat kaya ini. Boleh?” bapa mertua Sim mahu mereka berdua memberikan kerjasama.

“Boleh sangat-sangat bapak. Lepas ni takdelah orang kejar kami lagi. Saya nak tanya bapak, adakah saya akan didakwa sekali atas tuduhan subahat?” tanya Sim... bimbang juga dia kalau dia akan didakwa sekali.

“Hahahahaahhahaha. Seperti yang dikatakan sebelum ini, kamu hanya pekerja. Kamu tidak tahu pun bahawa skim ini adalah skim yang haram. Kamu ditipu.... maka tiada pertuduhan. Lagipun kamu tak makan duit pelaburkan.. kamu pun dapat komisen tak sampai pun juta-juta ringgit” Sim menarik nafas lega.

“Duit yang Fazzul ambil tu dah dapat ke Dato?” tanya Mid.

“Ada. Dia bawak berkarung-karung dalam guni. Dia seludup ke sempadan menggunakan lorong tikus... berani betul dia. Adalah dalam RM 30 juta yang kami kira semalam. Dia simpan atas nama isteri mudanya di sana. Kami dah rampas. Ada lagi RM 20 juta kami cuba selidik di mana dia simpan. Kemudian besar di dalam negara menggunakan akaun orang lain” terang Dato Malek.

“Perghhhhh.. berani betul bawak RM 30 juta ke sempadan. Tak kena rompak pulak tu.... kat sana banyak kumpulan pemisah yang boleh rompak bila-bila masa sahaja duitnya itu” kata Mid.

“Sebab dia upah pengawal peribadi kat sana. Bukan militan, tapi pengawal peribadi swasta yang siap bersenjata... dia rasuah pengawal tu jangan bukak mulut. Lagipun pengawal tu sedara mara bini muda dia jugak”.

“Patutla” kata Mid pendek.

“Ok. kejap bapak telefon pegawai penyiasat kes ni. Kamu berdua beri keterangan pada pegawai ni” Dato Malek mengangkat telefon dan mendail nombor. Sebentar kemudian dia meletakkan gagang telefon.

“Kamu berdua janganlah takut apabila disoal-siasat nanti. Kamu tidak bersalah. kamu berdua relak sahaja... apa yang kamu tahu tentang aktiviti Fazzul.... kamu ceritakan semuanya. Dokumen kewangan dan data yang terdapat di dalam syarikat kamu telah kami rampas dan kami sedang membuat siasatan” kemudian pintu pejabat diketuk ;

“Masuk” pintu dibuka... seorang pegawai polis dalam lingkungan 30an masuk dan memberi tabik.

“Ye tuan, ada apa yang boleh saya bantu?”.

“Ha Cif Inspektor. Mereka berdua bekas pekerja Fazzul. Ambil keterangan mereka. Mereka antara saksi utama. Kassim... Hamid, ini Cif Inspektor Azizi Adnan... ketua pegawai penyiasat kes ini” Sim dan Mid bangun dan bersalaman dengan Cif Inspektor tersebut. 

“Macamana dengan suspek Inspektor? Dah mengaku?” tanya Dato Malek dengan pegawai bawahannya.

“Belum lagi tuan... masih berdolak dalik. Sepanjang malam kita dah soal-siasat dia. Dia kata duit yang kita rampas tu duit untung berniaga di Kuala Lumpur.. katanya kita tak berhak rampas duit itu. Dia akan saman kita kerana merampas haknya sebagai warganegara” jawab Cif Inspektor tersebut.

“Hmmmm... sampai bila dia nak berdolak dalik. Merampas haknya sebagai warganegara? Kalau dia seorang warganegara yang bertanggungjawab.... dia perlu mengistiharkan wangnya... bukannya melarikan diri ke Thailand. Gunakan keterangan dua orang ini untuk menekan Dato Fazzul. Bila orang kanannya sudah beri kerjasama, dia takkan ada pilihan selain mengaku salah. Nak lawan pun tak guna, dua orang kawannya ini sudah memberi keterangan dan kita ada bukti yang kukuh. Jadi, kamu berdua ikutlah Inspektor ni. Terima kasih kerana memberi kerjasama” Sim dan Mid bangun dan bersalaman dengan Dato Malek. Kemudian kami terus mengikuti Cif Inspektor itu ke bilik mesyuarat. Selama sejam setengah Sim dan Mid memberi keterangan kepada Cif Inspektor Azizi. Sesi soal siasat dilakukan dengan santai malah mereka diberi air kopi dan sedikit kuih. Selepas tamat mereka memberi keterangan, sim dan Mid dibenarkan balik.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.