Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,855
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 32 B ; Perniagaan semakin menguntungkan

Hujung minggu itu Sim dan Ani balik ke Kedah dan mereka bertolak ke Kedah pada hari Jumaat petang selepas Sim pulang dari kerja ( Ani yang tidak sabar-sabar pulang ke kampung..... dia sanggup memandu... aku ikutkan je la... biarlah dia memandu... lagipun aku penat sebab baru balik dari kerjakan ). Mereka sampai dalam pukul 11 malam. Ani berbual-bual dengan keluarganya... Sim terus masuk tidur ke dalam bilik. Penat sangat  dalam kereta selama 6 jam. 

Besok pagi Sim membelanjakan keluarga mertuanya sarapan pagi pekena pesambor di pekan Rabu. Ayah mertuanya tiada kerana menghadiri taklimat pilihanraya. Kemudian mereka sekeluarga membeli belah di pekan Rabu, Sim membeli ikan pekasam untuk dimasak oleh Mak Adah ( masakan mak Adah memang top ).  Petang itu bapa mertuanya mengajak Sim menemaninya ke kedai buku di pekan Rabu juga. Bapa mertuanya membeli beberapa koleksi buku-buku agama dan bercorak informasi. Sim hanya membeli beberapa majalah terbitan Karangkraf seperti Maskulin dan I-Islam. Sebuah Novel terbaru karangan penulis yang amat  diminatinya iaitu Ramlee Awang Murshid turut  dibelinya.

Malamnya mereka sekeluarga makan di Kuala Kedah... kali ini bapa mertua Sim yang belanja. Makanan di sini memang segar, murah dan sedap. Malah harganya pula separuh berbanding harga yang di caj di Kuala Lumpur. Sim kagum kerana kemana-mana sahaja bapa mertuanya pergi mesti ditegur oleh orang. Bapa mertuanya yang ramah orangnya akan membalas teguran itu dengan senyuman. Dia akan memperkenalkan Sim dan Ani kepada orang yang menegurnya. Mereka sampai di rumah dekat pukul 12.30 tengah malam. Kemudian Ani dan bapanya melayan siaran langsung bolasepak liga eropah manakala Sim terus tidur di dalam bilik. Besoknya Sim hanya berehat di rumah sahaja bersama keluarga. Mereka pulang selepas makan tengahari ahad iaitu pada pukul 2 petang ( makan ikan pekasam yang aku beli semalam di pekan Rabu... memang enak... 3 kali tambah ). Sampai di Bangi lebih kurang pukul 8 malam.

{{{{{{{{{{{{{{{{

Besoknya Isnin bulan 9 tahun 2012, Sim mengambil cuti rehat pada hari tersebut. Sim terus pergi ke rumah sewa yang menempatkan stok jersi. Sim mengambil pesanan yang telah dibayar dan mula membungkus jersi yang dipesan ke dalam plastik pos laju. Sim dibantu oleh pembantunya... yang sudah siap ada dalam 180 paket yang dibungkus oleh pembantunya manakala yang Sim kena buat harini dekat 200 paket lagi untuk dibungkus. Mid juga telah bercuti dan mengambil stok di pelabuhan... kami menyewa van. Stok yang sampai ada lebih kurang 1,000 helai jersi lagi. Lagi 1000 helai akan tiba dari UK hari sabtu ini kerana orang tengah Sim akan balik bagi cuti semester dan membawanya sekali di dalam penerbangan.

Maka barang itu akan diangkut menerusi kargo kapal terbang. Upahnya tak lah mahal dalam lingkungan 3,000 ringgit, kiranya sehelai baju kosnya 3 ringgit. Tapi kos melalui kapal lagi murah... dalam 1,000 ringgit termasuk cukai. Tapi lambat la 2 minggu. Nama orang tengah Sim itu abang Midi, pelajar sarjana dan merupakan pensyarah Kolej Mara. Dia hendak berjumpa Sim untuk berbincang mengenai barang baru yang hendak dijual melalui laman web ini. Pukul 1 petang Mid sampai ke rumah dari pelabuhan. Mereka mengangkat bersama-sama stok ke dalam rumah. Kemudian Sim mengajak mereka bertiga makan tengahari... Sim belanja dan mereka makan di kedai makan Azura. Pembantunya si Azlan tidak ikut sekali kerana masih hendak membungkus barang terutama barang baru yang dipesan pagi ini... ada lagi 60 helai jersi... memang tidak menang tangan melayan tempahan. Sim tapaukan sahaja makanan untuk pembantunya. Semasa Sim dan Mid sedang menikmati hidangan ;

“Kat pelabuhan sapa tolong kau angkat barang? Banyak tu.”

“Kuli syarikat perkapalan tu.. aku upah sorang 30 ringgit.. nak la diorang.”

“Semakin lama semakin tak menang tangan kita ni. Setiap hari ada je pesanan baru. Bukan dari Malaysia jer pelanggan kita.. dari Thai, Singapura, Vietnam, Indonesia, Australia malah dari bangla pun ada. baru 2 minggu untuk bulan ni. Pesanan dah mencecah 1,000 unit. Perghh!” kataku... sebenarnya aku bimbang jika stok lambat sampai... nanti pelanggan tertunggu-tunggu.

“Katakanlah kalau 2,000 unit kita jual sebulan. Berapa untung kita dapat?” tanya Mid ingin tahu.

“Tolak kos semua... adalah dalam 80,000 ringgit sebulan.”

“Perghhh... banyak tu. Pakcik kayo” Mid gembira dengan angka yang Sim sebutkan.

“Dividen bulan ni dijangka dalam 25,000 ribu ringgit sorang. Pastu modal pusingan kita kena tambah a kepada 90,000 ribu ringgit... bayangkan. Dari 50,000 ribu modal kita dah jadi 90,000 ribu dalam masa 2 bulan. Tapi duit tu kita kena simpan... pasni kita bukak bisnes baru pulak.. lagi banyak nak pakai modal”.

“Bisnes apa tu?.”

“Tahlah... Ahad ni aku baru nak bincang dengan abang Midi. Katanya barang ni pun dia dapat terus dari kilang di Greece. Aku harap menguntungkan... lagipun kita tidak boleh bergantung kepada penjualan jersi... lama-lama mesti ada pesaing.”

“Abang Midi kenapa taknak buat sendiri ha?” Mid hairan kenapa abang Midi kontek Sim tidak membuat bisnes ni secara sendiri... hanya makan komisyen. Sedangkan keuntungan berlipat kali ganda.

“Diakan sibuk belajar. Lagipun dia dah ada kerja tetap. Mana ada masa nak uruskan perniagaan ini. Dia makan komisen pun dah cukup banyak... bayangkan satu jersi komisen 8-12 ringgit. Kalau 2,000 helai jersi dia bekal sebulan? Kau kira sendiri berapa banyak dia dapat.”

“Perghh... kalah gaji dia sendiri kot.”

“Tau takper... makan komisyen saja mungkin dah dapat 5 kali ganda dari gaji dia sekarang. Watper nak pening kepala,, nak buat laman web, promosi.. kuar modal... cuma buat satu panggilan tempahan. Dah duit masuk.”

“Aku kalau bisnes ni betul-betul jadi... hujung tahun ni aku nak berhentila jadi pemandu. Penat oooo jadi kuli. Kalau dah untung dekat 20,000 ringgit sebulan. Buatpa aku nak keje jadi pemandu yang dapat gaji 2,000 ringgit sebulan. Mesti Dato tu terkejut aku da setaraf dengan dia. Hahaahahahahahaha” Mid mula berangan... lantak kau lah... masa depan kau... duit kau.

“Beranganla kau. Ingat..... duit yang ada simpan, besok nak kahwin senang. Jangan jadi macam aku, kahwin pun pak mertua aku support. Nasib baiklah ada bisnes ni... boleh aku bayar ansur-ansur. Kalau tak bak kata P Ramlee dalam filemnya... sampai anak kau sekolah pun belum tentu hutang belum habis... realiti kehidupan kini... apa yang P Ramlee selitkan dalam filem dia 50 tahun dulu relevan sampai sekarang.”

“Tulah... aku ingat pun nak kahwin jugakla.”

“Aik? Kau dah ada calon ker? Setahu aku kau ni belum ada awek lagi.”

“Aku baru mengenali seorang minah ni... dia ni kerani kat tempat kerja Dato.”

“Perghhhhh... dalam diam-diam. Berapa umur dia?.”

“Itulah... aku selalu lepak sebelah meja dia... sementara tunggu Dato, tu yang sangkut baru berusia 22 tahun... orang Negeri Sembilan.”

“Aku harapakan kau bahagia Mid. Nak kahwin dah kawan aku ni. Lepas ni makan masak lomak cili apilah kau hari-hari.. hahaahhahahahaha” Sim menepuk bahu Mid. Kemudian Sim membayar harga makanan. Sampai di rumah Azlan sudah siap membungkus jersi kedalam paket... semuanya ada dalam 340 paket. Sim dan Mid menyusun ke dalam van dan terus menghantar ke pejabat pos penghantaran cepat... kalau dalam Malaysia pesanan akan sampai esok... kalau luar negara akan mengambil masa 3 hari. Hampir 3,500 ringgit duit pos laju yang dikenakan untuk pesanan hari itu sahaja.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.