“INA, aku seramlah tengok bangunan ni.
Tinggi gila. Eii... kau ajelah yang pergi. Aku tunggu kat sini,” kata Siti
Maisara.
Dia
sudah berhenti di tangga paling bawah di hadapan ruang legar yang menempatkan
kaunter penyambut tetamu bangunan itu.
“Hisy,
kau gila? Kita dah sampai dah ni. Kau jangan buat pasal pulak! Dah, jom!” marah
Ina.
Ina
terus menarik tangan Siti Maisara menaiki tangga. Mereka terus menuju ke
kaunter penyambut tetamu di situ. Mereka berdua diberi pas pelawat yang
bernombor 17. Bermaksud pejabat yang ingin dituju mereka adalah terletak di
tingkat 17.
Siti
Maisara yang bagaikan rusa masuk kampung itu tercengang-cengang memerhatikan
ruang legar yang besar dan eksklusif itu.
“Wow!
Glamornya tempat kerja kat sini!” kata Siti Maisara, kagum.
Dia
memandang reka bentuk siling yang begitu cantik dan mewah. Ketika asyik matanya
meliar ke sana ke mari, tiba-tiba dia terasa seperti kakinya dipijak orang.
Siti Maisara menoleh ke sisi, dilihatnya seorang lelaki mat salih yang setinggi
hampir enam kaki sedang memijak kakinya.
“Oh,
mak kau! Mat salih pijak kaki aku!” Siti Maisara terlompat terkejut sambil
melatah.
Sepantas
itu juga, Siti Maisara menolak tubuh sasa lelaki mat salih itu ke tepi daripada
memijak kakinya terlalu lama. Sakit!
Niat
di hati ingin sahaja dia memaki lelaki mat salih itu, tetapi niatnya terbantut
bila lelaki mat salih itu berterusan meminta maaf daripadanya.
“Sorry... Sorry... I’m so sorry. I didn’t
realize that you are just behind me. Are you okay miss?” tanya lelaki mat
salih itu cemas, namun masih bernada sopan dan lembut.
“Amboi!
Bajet macolah konon! Sorry, naik
lori! Aku tahulah badan aku kecik sampai kau tak nampak aku kat sini!” jawab
Siti Maisara dengan nada geram dan sedikit lantang.
“Wei,
Sara! Kau cakap apa kat mat salih tu?” jerit Ina.
Naik
gerun pula Ina bila mendengar Siti Maisara cuba membahasakan lelaki mat salih
itu. Ah, sudah! Dibuatnya mat salih tu faham apa Sara cakap, naya aje. Minah ni
kalau dah naik angin, memang free-free
aje kena kick ni. Gumam Ina dalam
hati.
“Alah,
dia mana faham apa yang aku cakap. Kau jangan risaulah.” Siti Maisara menjawab.
Ina
hanya mencebik, geram dengan kerenah Siti Maisara.
“Miss, are you okay? I’m so sorry, miss,”
ucap lelaki mat salih itu lagi. Masih dengan nada sopan.
Barangkali
lelaki mat salih itu juga bingung bila mendengar Siti Maisara mengutuknya di
dalam bahasa Melayu. Apatah lagi dengan tindakan agresif Siti Maisara tadi yang
telah menolaknya ke tepi dengan kasar.
Macam
tidak percaya pun ada juga. Bagaimana gadis kecil molek dengan saiz S ini boleh
dengan selambanya menolak dia yang bersaiz XXL jauh ke tepi? Masuk akal ke?
Siti
Maisara yang terpaksa mendongak, memandang lelaki mat salih itu.
“Huh!
Handsome jugak mat salih ni. Kenapa
aku tak perasan muka handsome dia
tadi?” Sempat lagi hati Siti Maisara bergumam.
“Miss, are you okay?” tanya lelaki mat
salih itu tanpa jemu, tetapi penuh prihatin.
Siti
Maisara yang terpegun sebentar melihat ketampanan wajah lelaki mat salih itu
terkejut dengan teguran lelaki mat salih itu.
“Eh, I’m
okay. Err... it’s okay, it’s okay,” kata Siti Maisara gugup.
Tiba-tiba
suara Siti Maisara boleh pula bertukar lembut. Namun, reaksi spontan daripada
Siti Maisara yang menepuk-nepuk lengan lelaki mat salih itu dengan selambanya
sambil mengatakan dia tidak apa-apa, mengundang rasa terkejut kepada lelaki mat
salih itu dan juga Ina yang turut menyaksikan babak spontan itu. Siti Maisara
yang tersenyum-senyum perasan itu terus berlalu mendapatkan Ina yang sedang
berdiri tidak jauh dari situ.
Bagaimanapun,
lelaki mat salih itu tersenyum akhirnya sambil menggeleng-geleng dengan reaksi
spontan Siti Maisara tadi. Malah, ketika Siti Maisara dan Ina sudah berada di
dalam lif, Siti Maisara sempat melambaikan tangannya kepada lelaki mat salih
itu sebelum pintu lif itu tertutup.
Lelaki
mat salih itu tersenyum lebar sambil membalas lambaian Siti Maisara. Dia
kemudiannya berlalu dari situ dalam tawa kecilnya.
“Amboi,
gediknya aku tengok kau ni. Dah puas kau kutuk dia, sempat lagi kau nak
menggedik dengan mat salih tu ya!” tegur Ina ketika mereka berdua berada di
dalam lif.
“Hek
eleh, dah dia pijak kaki aku, takkan kau tak nampak!” balas Siti Maisara.
Dia
membetulkan semula letak tudungnya itu.
“Selalu
kau sekeh kepala siapa-siapa yang nayakan kau. Tak pun, kau terajang kaki dia.
Ini, bukan main lagi, siap tepuk-tepuk lengan lagi!” perli Ina.
“Huh,
mat salih tu handsome gila! Rugi
kalau tak tackle dia,” kata Siti
Maisara sambil tersengih.
“Tak
usahlah kau nak berangan, Cik Siti Maisara. Sedar sikit siapa kita ni,” balas
Ina sambil ketawa kecil.
“Hisy,
ada aku cakap aku nak kahwin dengan mat salih tu ke? Lagipun, tak salah kalau
nak berangan. Bukan kena bayar pun!” jawab Siti Maisara selamba.
Ina
hanya tersenyum sambil menggeleng. Siti Maisara sahabatnya itu akan sentiasa
mempunyai jawapan untuk menangkis sesiapa sahaja yang menegurnya.
Akhirnya,
mereka tiba di tingkat 17. Kelihatan dua
orang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk di ruang menunggu berhampiran
pintu pejabat itu. Siti Maisara pasti, mereka juga sedang menunggu giliran
untuk ditemu duga. Masing-masing duduk senyap dengan riak wajah cemas dan
gugup. Wajah masing-masing kelihatan serius.
Tiba-tiba
Ina memegang tangan Siti Maisara dengan kuat. Siti Maisara menoleh ke arah Ina.
“Kau
dah kenapa?” tanya Siti Maisara.
“Wei,
aku takutlah Sara. Jom kita balik,” kata Ina dengan nada cemas.
“Jangan
nak mengada-ada. Tadi, kau jugak yang heret aku kat sini. Kau yang menggedik
sebenarnya,” balas Siti Maisara dengan lantang dan selamba.
Tiga
orang calon temu duga yang berada di situ hanya memandang sahaja gelagat mereka
berdua. Tiba-tiba muncul seorang pemuda berkulit putih, segak berkemeja biru
lengan panjang dan berseluar slek hitam. Kemas dan bergaya orangnya. Rambutnya
tersisir rapi dengan potongan gaya ala-ala K-Pop. Dia memandang ke arah Siti
Maisara.
“Boleh
tolong perlahankan sikit tak volumesuara
tu? Sini bukan pasar ya. Sini bank!” tegur pemuda itu sedikit keras.
“Hek
eleh mamat ni, poyolah pulak!” balas Siti Maisara yang sengaja ditinggikan
suaranya.
Ina
segera menyinggung tangan Siti Maisara dengan sikunya, memberi isyarat agar
Siti Maisara diam. Namun, Siti Maisara tidak mempedulikan Ina. Malah, dia pula
sudah maju ke hadapan, berdiri berhadapan dengan pemuda itu.
“Kenapa?
Awak ada masalah tak faham bahasa Melayu ke?” tanya pemuda itu pula.
Ditenungnya
Siti Maisara dengan tajam.
Siti
Maisara membalas renungan pemuda itu dengan berani.
“Err...
sorryya, encik. Maafkan kawan saya
ni. Sorry.” Ina mencelah,
menyelamatkan keadaan.
Ina
segera memaut lengan Siti Maisara lalu dibawanya Siti Maisara duduk. Perempuan
ni kalau dibiarkan, boleh kecoh jadinya nanti. Gumam Ina dalam hati. Sementara
itu, pemuda itu telah pergi dengan muka sombong dan angkuhnya.
“Eh,
kau ni, kalau ya pun, senyaplah sikit. Sukalah nak cari pasal!” tegur Ina.
“Siapa
yang cari pasal? Aku ke mamat poyo tu?” sergah Siti Maisara.
“Hisy,
tak baik kau cakap mamat tu poyo.
Handsome apa. Kulit putih bersih, kemas, segak bergaya,” jawab Ina sambil
tersengih-sengih.
“Eii...
kau buta ke apa Ina? Mamat tu, jambu semacam aje aku tengok. Bajet muka ala-ala
Kim Tan macam dalam cerita Korea, The
Inheritors tu. Orang lelaki yang kulit putih bersih macam tu, macam adik-adik
kau tahu tak. Eii... geli-gelemanlah aku!” bidas Siti Maisara.
“Hisy,
tak sayang mulutlah kau ni!” balas Ina sambil menampar kasar lengan Siti
Maisara.
“Eh,
kejap. Kau kata kau tak layan cerita-cerita Korea ni, kan? Ini, siap bagi
perumpamaan ala-ala Kim Tan macam dalam cerita Korea, The Inheritors bagai ni, macam pelik aje aku dengar. Ni, Sara yang
aku kenal ke?” tanya Ina musykil yang sememangnya peminat tegar cerita-cerita
dari Korea.
Ina
memang tahu benar yang Siti Maisara tidak suka dengan cerita-cerita Korea
sepertinya. Sebaliknya, Siti Maisara lebih gemar melayan cerita kartun anime
dari Jepun itu.
Siti
Maisara hanya tersengih, namun sempat menjawab.
“Sekali-sekala
aku layan jugak K-Pop ni, Ina. Tapi, taklah sampai aku melupakan Anime aku tu.”
Ina
hanya menjeling dengan jawapan sahabat karibnya itu.
Mereka
berdua duduk menunggu giliran untuk dipanggil masuk ke dalam bilik temu duga.
Ina dipanggil dahulu masuk ke dalam bilik temu duga.
“Doakan
aku Sara!” kata Ina sambil mencuit bahu Siti Maisara sebelum masuk ke dalam
bilik temu duga. Wajahnya kelihatan cemas.
“Relakslah
Ina! Good luck okay.” Siti Maisara memberi semangat kepada sahabatnya itu.
Lebih
kurang 20 minit selepas itu, Ina keluar dari bilik temu duga dengan wajah
bimbangnya.
“Wei,
kau kenapa? Macam mana interview
tadi? Okay? Kau dapat jawab tak
soalan dia orang?” tanya Siti Maisara tidak sabar.
Risau
pula dia melihat wajah Ina yang seperti orang terkejut itu.
“Ina!”
panggil Siti Maisara dengan suara yang nyaring apabila Ina tidak menghiraukan
pertanyaannya tadi.
Ina
yang seperti orang yang baru terjaga daripada tidur itu terperanjat. Dia
memandang Siti Maisara.
“Eh,
interviewer tu panggil kau masuk ke
dalam. Err... good luck eh,” kata Ina
sambil duduk di sofa di ruang menunggu di situ.
“Apalah
kau ni Ina! Cemas semacam aje. Macamlah kena interview dengan CEO!” ujar Siti Maisara sambil bangun menuju ke
bilik temu duga itu.
Sempat
juga dia membetulkan tudung di kepalanya yang sudah senget. Dalam keadaan
begini, boleh pula dia membetulkan tudungnya tanpa memandang cermin. Kalau
tidak, jangan haraplah! Agaknya, selagi cermin itu tidak retak dengan
sendirinya, selagi itulah Siti Maisara akan membelek-belek dan membetulkan
tudungnya sehingga dia berpuas hati.
Sebelum
dia mengetuk pintu bilik temu duga itu, Siti Maisara berdiri memandang pintu di
hadapannya. Dia menadah tangan berdoa. Entah doa apa yang dibacanya, hanya Siti
Maisara sahaja yang tahu.
Setelah
mengetuk pintu dengan agak perlahan, terdengar suara dari dalam menyuruhnya
masuk. Siti Maisara menarik nafas panjang sambil melangkah masuk dengan langkah
kanannya.
Sebaik
dia membuka pintu, terlihat akan dia dua orang lelaki yang segak bergaya dan
seorang wanita dengan gaya korporat sedang duduk menghadapnya. Kelihatan mereka
bertiga berwajah serius duduk memandangnya.
“Siti
Maisara binti Musa,” panggil wanita bergaya korporat itu sambil tepat memandang
ke arah wajah Siti Maisara.
Di
tangannya ada resume Siti Maisara untuk dijadikan rujukan.
Tiba-tiba
Siti Maisara terasa kecut di perut. Sebelum masuk tadi, macam okey saja.
Dikuatkan hatinya menghadapi tiga panel temu duga yang duduk memandangnya
bagaikan tiada perasaan.
“Ya,
itu nama saya. Err... boleh saya duduk?”
“Silakan!”
jawab salah seorang lelaki di situ.
“Terima
kasih!” jawab Siti Maisara sambil duduk dengan sopan sambil menghadap
ketiga-tiga panel temu duga itu.
Secara
luarannya, Siti Maisara kelihatan sopan sekali, namun hakikat sebenarnya, Siti
Maisara merasa rimas dengan gaya ala-ala perempuan Melayu terakhir begitu. Dia
sukar menjadikan dirinya seperti orang lain. Dia lebih suka menjadi dirinya
sendiri.
“Okay, Siti Maisara, can you tell us
about yourself?” tanya salah seorang panel lelaki di situ. Agak serius
bunyinya, tanpa senyuman!
Mamat
ni robot ke apa? Tak reti nak senyum! Gerutu hati kecil Siti Maisara. Sempat
lagi nak mengutuk orang tu!
“Hello, we are listening now!” tegur
lelaki itu apabila melihat Siti Maisara seperti terpinga-pinga di situ.
“Err...
err... can I talk in bahasa Melayu? I am not good in English. Saya rasa macam bodoh aje kalau bercakap
dalam bahasa Inggeris!”
Ketiga-tiga
panel penemuduga itu berpandangan sesama sendiri. Akhirnya, panel penemuduga
wanita itu mengangguk sambil mempamirkan senyuman sinis.
“Okey,
nama saya Siti Maisara binti Musa. Err... encik nak tau pasal saya yang mana
satu ni? Saya banyak cerita kalau nak diceritakan. Encik beritahu aje yang mana
satu encik nak tahu.” Siti Maisara pula bertanya selamba.
Lelaki
tadi kelihatan tercengang. Sementara lelaki yang seorang lagi kelihatan cuba
menyembunyikan tawanya. Manakala si wanita korporat itu pula kelihatan begitu
serius dan yang pastinya, tanpa senyuman!
“Anything. Just tell us your interesting
story about yourself,” pinta lelaki tadi.
Huh!
Perasan Melayu tak reti cakap bahasa Melayu! Poyo betul. Pirah! Siti Maisara
mengutuk dalam hati.
“Mulakan
sekarang Siti Maisara!” Panel temu duga yang perempuan itu pula bersuara dalam
nada yang serius.
Tanpa
menunggu walau seminit pun, Siti Maisara memulakan penceritaannya kepada
ketiga-tiga panel penemuduga itu. Semua diceritakannya. Dari dia mula belajar
di sekolah tadika sehingga kepada pengalaman-pengalaman bekerjanya.
“Okay, okay, enough! Saya rasa, awak dah buat novel setengah buku dah ni!”
kata lelaki kedua itu sambil memandang tepat ke wajah Siti Maisara.
“La,
salah ke? Kata tadi anything,” balas
Siti Maisara dengan selamba.
“Yalah,
tapi takkan semua riwayat hidup awak nak beritahu kat kita semua ni. Okey, saya
rasa cukup di sini sahaja.Satu lagi
saya nak tanya, kaki awak tu tak boleh duduk diam ke? Tergoyang sana, tergoyang
sini. Mengganggu konsentrasi sayalah!” Lelaki itu cuba mengawal emosi bila
bercakap dengan Siti Maisara. Menahan sabar dengan sikap selamba Siti Maisara
sebenarnya.
“Ops, sorry!
Mengganggu eh? Mengganggu konsentrasi ke? Wah! Kalau macam tu, encik memang
berminatlah dengar cerita saya tadi sampaikan betul-betul fokus mendengar. Tak
sangka. Ingatkan cerita saya tadi membuatkan encik-encik semua boring!” balas
Siti Maisara sambil tersengih.
Lelaki
yang berada di hadapan Siti Maisara menepuk dahi. Cuba bertenang seboleh
mungkin. Namun, wajah Siti Maisara hanya selamba dan seperti tiada perasaan.
“Both of you, anything
to ask Cik Siti Maisara?” tanya lelaki itu serius dan sedikit
meninggi nada suaranya sambil memandang kedua-dua kawannya itu.
Kedua-duanya
menggeleng tanda tiada lagi soalan yang ingin ditanya.
“Well,itu sahaja Cik Siti Maisara. Kami
akan memberikan keputusannya dalam masa seminggu lagi, okey,” kata panel temu
duga yang perempuan itu seraya terus bangun untuk bersalaman dengan Siti
Maisara.
“Oh,
ya ke? Confirm tak nak tanya apa-apa
lagi? Okey, saya boleh keluar sekarang?” tanya Siti Maisara sambil menyambut huluran
salam panel temu duga perempuan itu.
Lelaki
yang dikatakan poyo oleh Siti Maisara tadi menunjukkan isyarat tangan,
mempersilakan Siti Maisara keluar dari bilik itu.
Siti
Maisara dengan selambanya mengenyitkan matanya sambil tersengih. Selepas
mengucapkan terima kasih, dia akhirnya melangkah keluar dari bilik itu.
Ina
yang setia menunggu Siti Maisara tersenyum memandang Siti Maisara yang sedang
melangkah keluar.
“Macam
mana? Okey? Kau dapat jawab soalan-soalan dia orang tak?” tanya Ina. Mukanya
agak serius.
“Hmm...
dia orang tanya aku satu soalan aje. Lepas aku jawab soalan dia orang, dia
orang suruh aku stop. Nanti dia orang
akan beritahu resultnya dalam masa
seminggu,” jawab Siti Maisara lurus.
“Ha,
satu soalan aje? Tapi, apasal kau keluar lambat? Macam banyak aje soalan yang
kau kena jawab,” tanya Ina musykil.
“Entahlah,
Ina. Eh, sudahlah. Jomlah balik. Aku dah rasa macam pening-pening lalat aje ni,”
kata Siti Maisara.
Siti
Maisara malas mahu memikirkan tentang temu duga itu. Yang penting baginya, dia
sudah selesai ditemu duga. Selebihnya terpulang kepada rezeki masing-masing.
Mereka
berdua akhirnya keluar dari bangunan bank yang besar itu.
Bye.
Insya-ALLAH, ada jodoh, ada rezeki, aku akan ke sini lagi dan bekerja di sini.
Siti Maisara berkata dalam hati sewaktu melangkah keluar dari bangunan itu
penuh pengharapan.
Entah
mengapa, dalam hati Siti Maisara berat mengatakan yang dia pasti akan kembali
lagi ke bangunan yang tinggi dan gah di tengah-tengah kota metropolitan itu
suatu hari nanti.