KEPALA
Siti Maisara terlentok-lentok ke
kiri dan ke kanan sambil matanya lelap walaupun dia di dalam keadaan duduk dan
masih sedar dengan keadaan sekeliling. Tidak dihiraukannya di mana dia ketika
ini. Tidak juga dia kisahkan siapa lelaki yang duduk di sebelahnya.
Harap-harap, dia tidak melentokkan
kepalanya di bahu lelaki yang duduk di sebelahnya itu. Yang penting dia dapat
melelapkan matanya sekejap sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya. Pastinya
Siti Maisara keletihan bekerja seharian.
Komuter laluan Kuala Lumpur -
Pelabuhan Klang itu terasa sangat lambat kelajuannya. Dek kerana badan terasa
amat letih dan otak yang semakin penat digunakan seharian, mata Siti Maisara
bagai tidak mahu terbuka lagi. Mengantuk yang amat. Kebetulan rezekinya petang
itu, sebaik memasuki Komuter itu, dia ternampak satu kerusi kosong di sebelah
seorang lelaki. Apa lagi, cepat-cepat Siti Maisara duduk di kerusi kosong itu.
Amat jarang Siti Maisara berpeluang
mendapat kerusi kosong. Lebih-lebih lagi, pada waktu kemuncak ketika orang
pejabat semua keluar dari pejabat untuk pulang ke rumah. Begitulah rutin harian
Siti Maisara ketika pulang daripada bekerja semenjak tiga bulan yang lalu.
Sentiasa berebut-rebut dan berasak-asak di tengah-tengah lautan manusia di
dalam Komuter itu. Lebih malang lagi, bila Siti Maisara terpaksa berdiri
sepanjang perjalanan dari Stesen Kuala Lumpur hingga ke Stesen Kampung Jawa di
rumahnya itu.
Teringat Siti Maisara ketika pertama
kali dia terpaksa berdiri di dalam Komuter sepanjang perjalanan pulang ke rumah
di dalam keadaan berkasut tumit tinggi. Bukan setakat mengalami kejang urat di
kaki, malah langkah kakinya betul-betul kaku dan kakinya tidak boleh
dibengkokkan akibat kekejangan otot.
Pulang ke rumah, Siti Maisara
diketawakan oleh emak dan adik-adiknya kerana dia berjalan seperti budak tujuh
tahun yang baru lepas bersunat.
Kini Siti Maisara sudah bijak,
belajar daripada pengalaman. Pulang sahaja ke rumah, sebelum keluar dari
pejabat, dia sentiasa memakai walking
shoes yang lebih ke arah kasut sukan agar memastikan kakinya tidak lenguh
dan kejang ketika jauh berjalan dan berdiri lama di dalam Komuter.
Tiga bulan bekerja di Unit Audit
Korporat di bank itu, cukup menjadikan Siti Maisara manusia yang paling sibuk.
Segala urusan pentadbiran dan dokumentasi sememangnya amat membebankan dirinya.
Sehingga Siti Maisara tiada masa dan ruang untuk dirinya sendiri. Malah, tiada
masa juga untuk menanya khabar teman-teman.
Bekerja di unit Audit Korporat itu
juga telah menukarkan kebiasaan Siti Maisara bercakap kuat tanpa menghiraukan
keadaan sekeling kepada pertuturan yang lembut dan perlahan. Pertama kali
ketika dia menjawab panggilan luar dan melayan segala pertanyaan daripada pihak
pelanggan, teruk habis dia ditegur Zaim.
“Kau ingat kat departmentni nak jual tudung atau nak jual ikan kat pasar malam
ke? Cuba kau turunkan sikit volume
suara kau tu! Walaupun kita tak deal
dengan pelanggan korporat secara langsung, tapi kita deal dengan branch manager,
head of department dan semua yang berpangkat tinggi dari seluruh cawangan
di Malaysia ni. Hisy, cuba kau profesional sikit. Kita kerja kat bank, bukan
kerja MLM! Kau kat rumah memang suka cakap kuat-kuat macam ni eh?”
Dan segala bagai kutukan dan bebelan
dari mulut Zaim yang Siti Maisara tidak larat mendengarnya. Namun, bila Siti
Maisara mula berubah dan cuba perbaiki dirinya hasil sesi motivasi daripada
Zaim itu, lain pula penerimaan kawan-kawan Siti Maisara ketika pertama kali
menghubungi Siti Maisara.
“Wei, ni Sara ke ni? Apasal suara
kau tu? Kau kat mana ni? Kau bercakap macam kat dalam kelambu aje.”
“Wei. aku kat dalam bilik mayat ni
beb! Sorrylah, tak boleh cakap
lama-lama. Cakap kuat-kuat nanti, mayat tu hidup balik, cekik aku kang. Naya
beb!”
Memang stres! Apatah lagi bekerja
dengan semuanya di kalangan lelaki. Letih melayan kerja-kerja yang menimbun dan
letih juga melayan pelbagai kerenah daripada lima lelaki yang bergelar bos.
Macam-macam perangai ada. Terutama sekali Mamat Gebuz itu, gelaran yang
digunakan Siti Maisara untuk Zaim.
“Nampak aje gebu, lemah lembut,
sopan santun, tapi perangai, nauzubillah... mengalahkan singa! Yang aku hairan
tu, dengan yang lain, boleh pulak dia cakap lembut-lembut. Patutnya, dengan aku
yang perempuan nilah dia berlembut. Ini tidak, dengan yang jantan-jantan kat office ni aje yang dia cakap
lembut-lembut. Apa kes!” rungut Siti Maisara bila merasakan dirinya seperti
dibuli Zaim.
Siti Maisara tidak faham dengan
perangai pelik Zaim. Seperti ada dua personaliti yang berbeza pada diri Zaim
dalam pandangan Siti Maisara. Bila di hadapan lelaki, Zaim akan sentiasa berlemah
lembut dan kadangkala, Siti Maisara merasakan Zaim bagai menggoda mereka.
Namun, bila dengan dirinya, Zaim
berubah bagaikan Transformer ala-ala Optimus Prime gitu! Sekelip mata Zaim akan
bertukar menjadi pemarah dan cerewet. Pernah terdetik dalam hati Siti Maisara,
Mamat Gebuz ni, straight ke bengkok?
Namun, persoalan itu hanya tergantung di situ sahaja walaupun jauh di sudut
hati Siti Maisara kuat mengatakan bahawa Zaim si Mamat Gebuz ini memang sah Mat
Jambu!
Bekerja dengan bos yang lain seperti
Akmal, Andy dan Raja serta bos besar merangkap ketua bahagian iaitu Sean
Lionel, tidaklah banyak memberi masalah kepada Siti Maisara. Mereka begitu
memahami dan banyak juga memberi tunjuk ajar kepada Siti Maisara. Malah,
sentiasa menganggap Siti Maisara merupakan salah seorang ahli kumpulan yang
penting dalam kumpulan audit mereka. Siti Maisara terasa dihargai. Lebih-lebih
lagi dengan si mat salih maco dan handsome,
big boss Mr. Sean Lionel.
Pertama kali Siti Maisara
diperkenalkan dengan big boss Unit
Audit Korporat itu, adalah ketika Siti Maisara sudah hampir sebulan bekerja di
unit itu. Siti Maisara terkejut bukan kepalang. Mana tidaknya, lelaki mat salih
yang memijak kakinya ketika dia mahu menghadiri temu duga di bank itu adalah big bossnya sendiri.
“You... you... err... you...”
Tergagap-gagap Siti Maisara ingin menuturkan sesuatu kepada Mr. Sean Lionel
itu.
Barangkali memahami Siti Maisara
yang sedang terkejut bagaikan terkena arus elektrik itu, Mr. Sean Lionel
tersenyum sambil menghulurkan tangannya unuk berjabat salam.
“Yes,
you are Siti Maisara right? Welcome to Corporate Audit Department. I’m sure
you’ve made yourself comfortable in this department. Sorry, I’ve been away for
three weeks and not here on your first day joining our team.” Begitu sopan dan
gentleman sekali big boss mat salih ini berbicara.
Siti Maisara yang hampir semput nak
bernafas dek terkejut tadi cuba mengimbangi emosi, namun masih tidak terluah
kata-kata.
“Well,
Zaim, have you gave her proper coaching or some briefing on her roles in this
department?” soal Mr. Sean Lionel sambil memandang Zaim.
Zaim yang ketika itu seakan-akan
meluat melihat wajah Siti Maisara yang sedang terkulat-kulat memandang big bossmereka, masih boleh mengawal
riak muka meluatnya itu.
“Owh,
of course boss. Well, I will not giving
her more pressure on her first month in this department but I will coahing her
step by step to give her chance to adapt our culture here slowly,” jawab
Zaim sambil tersenyum.
“Good!”
ujar Mr. Sean Lionel sambil berlalu pergi.
Coachinglah
sangat! Uwek! Nak muntah aku! Kutuk Siti Maisara dalam hati.
Meluat dengan jawapan Zaim yang poyo
ala-ala mengampu itu tadi. Namun, dalam Siti Maisara mengutuk Zaim dalam hati,
tiba-tiba Mr. Sean Lionel berpaling semula dan menghampiri Siti Maisara.
“Owh,
yeah, I just wondering what is the meaning of, ‘sorry naik lori’? It’s sound very nice to me!” tanya Mr.
Sean Lionel sambil tersenyum penuh makna.
Sebaik mendengar soalan cepumas
daripada big bossnya itu, Siti
Maisara sudah terkulat-kulat untuk menjawab. Dia teringat kembali bagaimana dia
menengking mat salih yang telah mempijak kakinya ketika hari temu duganya di
bank itu dahulu.
“Hisy, mat salih ni. Dalam
banyak-banyak ayat bahasa Melayu, apasal yang ini dia ingat pulak!” rungut Siti
Maisara, namun dia masih tercari-cari jalan bagaimana ingin menjawab soalan big bossnya.
Sementara itu, Zaim dan Akmal yang
berada di situ terpinga-pinga mendengar soalan big boss mereka. Tertanya-tanya bagaimana big boss mereka boleh semesra itu dengan staf barunya. Kebiasaannya,
big boss mereka itu memang seorang
yang serius dan pendiam. Tapi berlainan pula sikapnya bila Siti Maisara muncul.
“Just
kidding! Okay, you may continue your work girl.” Mr. Sean Lionel tersengih
sambil berlalu pergi.
Lucu benar dia melihat wajah Siti
Maisara yang tidak ubah seperti ayam berak kapur itu.
“Fuh, lega!” Siti Maisara menarik
nafas lega.
“Eh, apa yang bos tanya awak tadi tu,
Sara? Awak memang dah kenal lama ke dengan big
boss kita tu?” tanya Akmal, ingin tahu.
“Eh, tak adalah Encik Akmal. Nilah first time saya jumpa big boss. Agaknya adalah tu dia
terdengar budak-budak Melayu kita yang bahasakan kat dia tu,” jawab Siti
Maisara dengan muka yang tidak bersalah.
“Hmm... yalah kot! Pelik jugak kita
orang ni. Big boss bukan macam tu sebelum
ni. Dia tu manusia yang paling serius dan susah nak tersenyum, awak tahu! Bila
jumpa awak aje, surprise! Ha,
jangan-jangan awak ada manderem bis boss
kita tu tak!” giat Akmal sambil tersenyum.
Manakala Zaim pula sudah duduk di
mejanya. Pura-pura menaip sesuatu di computer, tetapi dalam masa yang sama cuba
mencuri dengar perbualan Akmal dengan Siti Maisara.
“Eh, tak adalah Encik Akmal. Tak
usah kata saya yang manderam big boss tu. Ni ha, saya sendiri ni yang
dah dimanderam dengan big boss yang handsome dan maco tu adalah!” jawab Siti Maisara sambil ketawa.
“Aik, boleh tahan jugak tasteawak ni ya. Saya ingat awak tak
layan mat salih atau mamat-mamat handsome
kat bank ni. Yalah, hari tu kan awak kata awak tak layan boyfriend-boyfriend ni!” sakat Akmal.
Baru sahaja sebulan mengenali Siti
Maisara, namun Akmal merasa selesa berbual dengannya. Tambahan pula Siti
Maisara rajin bertanya dan selalu membuatkan pejabat mereka menjadi kecoh
dengan lawak jenakanya. Siti Maisara memang gadis yang selamba dan menghiburkan.
Sekurang-kurangnya, pejabat mereka yang terkenal dengan panggilan bilik mayat
oleh rakan-rakan sekerja dari unit lain dek kerana terlalu sunyi dan muram itu
berubah ceria dan berseri dengan kehadiran Siti Maisara.
“Hisy, tolong sikit Encik Akmal. Encik
Akmal jangan sangka saya yang bukan-bukan hanya disebabkan saya ni kasar dan
nampak macam jantan. Saya gadis tulen. I’m
straight okay!” sanggah Siti
Maisara, namun entah apa motifnya, Siti Maisara sengaja menguatkan suaranya
bila menyebut perkataan straight.
Akmal sudah tergelak mendengar
jawapan pedas daripada Siti Maisara. Sempat lagi Akmal menjeling sekilas kepada
Zaim yang sedang menaip sesuatu. Namun, Akmal dapat melihat rona merah pada
muka Zaim. Pastinya Zaim terasa!
Siapa suruh kulit kau gebu dan putih
melepak sangat. Ha, kan dah nampak merah padam kat muka tu! Kantoi! Mana mahu
sorok, nyah! Siti Maisara sempat mengutuk Zaim dalam hati.
Tiba-tiba Siti Maisara tersedar bila
dia terdengar pengumuman dalam Komuter itu.
“Subang Jaya! Subang Jaya!”
Segera Siti Maisara menegakkan
badannya. Stesen Padang Jawa semakin menghampiri. Siti Maisara cuba membuka
matanya luas-luas, tidak mahu tertidur lagi kerana takut dirinya tidak sedar
bila Komuter tiba di Stesen Padang Jawa nanti.
Dia memandang sekeliling di dalam
koc yang dia duduki itu. Orang masih lagi ramai. Masih ada lagi lima enam orang
yang berdiri. Tiba-tiba, baru Siti Maisara perasan bahawa ada seorang penumpang
wanita dalam lingkungan umur 40-an sedang berdiri betul-betul berhampiran
dengannya.
Siti Maisara memandang wajah wanita
itu. Timbul pula rasa kasihan melihat wajah wanita itu yang pucat dan letih
tidak bermaya. Sekurang-kurangnya, dalam keadaan dirinya yang keletihan itu,
wajahnya tidaklah seteruk wanita itu. Dalam masa yang sama, Siti Maisara
melihat arca dirinya di cermin tingkap Komuter itu. Tersenyum dan spontan juga
terus membetulkan tudungnya yang senget kerana tertidur tadi. Eh, sempat lagi!
Memikirkan bahawa hanya ada dua lagi
stesen yang harus dia tempuh untuk sampai ke destinasi yang dituju, Siti
Maisara bangun dan cuba mempelawa wanita itu duduk di tempatnya.
“Kak, duduklah. Saya dah nak sampai
dah ni,” pelawa Siti Maisara ikhlas sambil tersenyum.
Wanita yang sedang berdiri itu yang
sememangnya dari tadi kelihatan letih dan berwajah mengantuk itu sedikit
terkejut bila Siti Maisara menegurnya. Dia merenung Siti Maisara tajam. Wanita
itu juga memandang dirinya atas bawah.
“Excuse
me, do I look like preggy? Helo, tengok orang sikit ya sebelum you nak offer orang lain tempat duduk! Tak
payahlah you nak tunjuk baik bagi offer
kat orang lain. Tengok diri you tu sikit, layak duduk ke, layak berdiri!” Sinis
lagi pedas wanita itu bersuara sambil memberi pandangan mengejek kepada Siti
Maisara.
Semua penumpang yang berada di dalam
koc itu memandang ke arah mereka berdua. Sudah pasti suara wanita itu agak kuat
sehingga menarik perhatian semua penumpang di dalam koc itu. Namun, pandangan
mereka lebih terarah kepada Siti Maisara kerana menunggu tindak balas Siti
Maisara daripada kata-kata kurang ajar wanita itu tadi.
Siti Maisara yang sememangnya
seorang yang baran dan mudah naik angin itu, ditambah keadaan dirinya yang
benar-benar keletihan, membalas pandangan mengejek wanita itu dengan pandangan
yang tajam. Dia memandang pula dirinya atas bawah.
Aku tahulah yang aku ni bulat, gemuk, tapi
janganlah sampai nak menghina orang macam tu sekali! Gerutu hati kecil Siti
Maisara.
“Kak, saya memang tak kuasa nak cek
orang tu mengandung ke tidak. Ada saya kisah? Tapi, saya tahu diri saya muda,
hormatkan orang yang lebih tua. Kalau dah rasa diri tu bagus, tak suka nak
bermasyarakat, lain kali pergi mana-mana bawa kereta. Jangan naik kenderaan
awam lagi. Menyusahkan orang aje!” bebel Siti Maisara.
Sengaja dikuatkan suaranya bila
menyebut perkataan jangan di hadapan wanita itu.
Wanita itu menjeling tajam ke arah
Siti Maisara. Siti Maisara membalas dengan renungan yang tajam. Yang pastinya
wanita itu termalu sendiri kerana suara Siti Maisara yang lantang dan kuat
memenuhi ruang koc tadi.
Dah lama aku tak bersuara lantang
begini. Kan free-free aje dah kena!
Kata Siti Maisara dalam hati.
Entah memang benar destinasinya
sudah sampai atau tidak, wanita itu terus keluar sewaktu Komuter berhenti di
Stesen Shah Alam.
“Bagus, nak. Kau bahasakan sikit
perempuan tu tadi. Kurang ajar sangat! Orang dah bagi duduk, patut cakap terima
kasihlah. Ini, nak marah-marah kita pulak. Kalau tak nak duduk sekalipun,
tolaklah elok-elok,” ujar seorang mak cik yang menyaksikan drama tidak berbayar
tadi.
Siti Maisara hanya membalas dengan
sengihan. Namun, bukan hanya mak cik itu seorang sahaja yang memuji. Sudahnya,
hampir semua penumpang yang berada di dalam koc itu turut memuji-muji
keberanian Siti Maisara ‘membahasakan’ wanita itu. Siti Maisara sudah naik
letih mengucapkan terima kasih kepada mereka semua.
Sebaik Komuter itu berhenti di
Stesen Padang Jawa, Siti Maisara melangkah keluar dengan lemah longlai.
Keletihan masih terasa. Namun, sedikit terubat keletihan bila mendapat pujian
daripada penumpang-penumpang di dalam koc yang didudukinya itu tadi. Di dalam
fikirannya, dia hanya mahu segera sampai ke rumah. Bukan sebab apa pun, yang
terbayang di fikirannya kini adalah lauk masakan emaknya!
Kebiasaannya, Siti Maisara jarang
makan tengah hari di pejabat. Semuanya kerana Siti Maisara sedaya upaya ingin
berjimat cermat dan memastikan kos perbelanjaannya tidak berlebihan.
Maka, sarapannya Siti Maisara akan
mengambil menu berat di rumah. Jika ada lebih, Siti Maisara akan bawa bekal
dari rumah. Makan tengah hari, jika tidak membawa bekal dari rumah, Siti
Maisara akan makan buah-buahan potong yang dibelinya di gerai-gerai kecil di
kawasan berhampiran bangunan bank tempatnya bekerja.
Bunyinya macam Siti Maisara sedang
mengamalkan diet. Tetapi hakikatnya, bila tiba makan malam, Siti Maisara akan
pulun habis-habisan. Pernah juga ditegur oleh emaknya tentang fizikalnya yang
semakin hari semakin mengembang. Namun, ada saja jawapan yang akan diberikannya
apabila emaknya menyuarakan tentang fizikalnya.
“Mana orang boleh tahan tengok
masakan mak ni. Lagipun, tak baik masak lebih-lebih, tapi kita tak
menghabiskannya. Kan itu membazir namanya dan amalan syaitan.”
“Habis, kalau tengah-tengah malam
kau pulun sampai dua pinggan, mana tak kembang badan tu. Siapa nak kan kau
kalau badan dah mengembang macam tu?” tegur Mak Odah.
“Alah, mak! Tak hairanlah kalau tak
ada orang nak. Ha, nanti kalau orang kahwin, mak jugak yang susah. Siapa nak
bagi mak duit bulan-bulan? Siapa nak jaga mak nanti?”
“Hisy, asal aku cakap, ada aje yang
kau nak menangkan. Hmm... lantaklah! Pandai-pandailah kau nak jaga badan kau
sendiri!” kata Mak Odah.
Malas dia mahu bertekak dengan anak
perempuannya itu yang sentiasa ada sahaja jawapannya.