ZAIMmembelek
beberapa resumeyang berada di
tangannya. Kesemuanya ada lima calon terakhir yang telah ditemu duga rakan
seunitnya, Akmal. Kelima-lima mereka adalah perempuan.
“Wei,
apasal semua perempuan ni?” tanya Zaim.
“Habis
tu, yang datang semuanya perempuan. Nak buat macam mana,” jawab Akmal mudah.
“Eh,
masa aku pergi pejabat HR tadi, aku nampak ada dua tiga orang budak lelaki.
Semuanya tak layak ke?” tanya Zaim macam tidak puas hati.
“Oh,
yang budak lelaki tu semuanya nak kerja part
time sementara menghabiskan semester
break universiti mereka. Tu yang aku malas nak short-listed mereka. Sudahnya, yang lima orang perempuan tu ajelah.
Lagipun, salah seorang daripada tiga orang budak lelaki tu, lebih kurang macam adik-adik
aje, jambu-jambu gitu! Hmm... macam kaulah!” jawab Akmal panjang lebar.
“Hello, excuse me... I’m not adik-adik, okey!” jawab Zaim sambil menjeling
ke arah Akmal.
Zaim
membetulkan lengan baju kemejanya.
Akmal
ketawa geli hati. Dia tahu Zaim tersinggung. Akmal yang sedang menaip sesuatu
di komputer di atas mejanya segera menoleh ke arah Zaim yang begitu asyik
menelek resume yang berada di atas mejanya.
Akmal
satu unit dengan Zaim iaitu di bahagian Pengurusan Audit Korporat. Mereka
berdua berpangkat pengurus. Unit bahagian mereka terdiri daripada empat orang
pengurus. Empat orang lagi selaku penolong pengurus dan Mr. Sean Lionel adalah
ketua senior Pengurusan Audit Korporat di bank itu. Mereka amat memerlukan
seorang pembantu berpangkat pegawai untuk membantu kerja-kerja mereka selain
menguruskan hal ehwal pentadbiran.
Sebelum
ini, segala urusan pentadbiran telah dibantu Kak Linda, kerani bank itu.
Bagaimanapun, Kak Linda telah pun berhenti kerja sebulan yang lalu kerana
mengikut suaminya bekerja di luar negara.
Oleh itu, Mr. Sean Lionel telah mengarahkan
Akmal dan Zaim menguruskan pengganti Kak Linda sebelum banyak lagi urusan-urusan
pentadbiran unit itu tertangguh begitu lama tanpa sebarang tindakan
penyelesaian. Kali ini, Mr. Sean Lionel mahukan pembantu yang berpangkat
pegawai kerana mahukan segala urusan pentadbiran unit atau bahagian diserahkan
semuanya kepada bakal pegawai itu nanti.
Mengikut
perancangan, semua pengurus dan penolong pengurus akan dibahagi-bahagikan
kepada beberapa kumpulan dan mereka semua wajib menjalankan tugas-tugas audit
di semua cawangan bank di seluruh Malaysia. Hanya bakal pegawai itu sahaja yang
akan berada di pejabat menguruskan hal ehwal pentadbiran dan membantu
kumpulan-kumpulan auditor jika diperlukan.
Akmal
berpendapat, pegawai perempuan adalah layak untuk menyandang jawatan itu kerana
baginya perempuan lebih teliti dan sentiasa memastikan kerja-kerjanya sempurna
walau dalam beberapa perkara mereka selalunya cerewet.
Akmal
ditugaskan Mr. Sean Lionel untuk mengendalikan sesi temu duga pada pagi tadi
bersama dengan dua orang lagi pengurus daripada Unit Human Resources (HR). Di
dalam fikirannya, dia sudah ada seseorang yang dirasakannya layak untuk
menyandang kekosongan jawatan itu. Namun, dia perlu berbincang dengan Zaim dan
Mr. Sean Lionel sebelum sebarang keputusan diambil.
“Hoi!
Yang kau dok tenung-tenung tu apasal? Kau baca resume ke, tengok gambar-gambarnya?”
sergah Akmal.
Zaim
yang sedang membaca salah satu resume daripada calon-calon temu duga tadi
kelihatan begitu serius, seolah-olah dia sedang membaca sebuah rencana akhbar
mengenai pembunuhan. Macam ada sesuatu yang menarik dalam pembacaannya itu.
“Hisy,
tak adalah. Aku tengah baca ni kan,” jawab Zaim.
Dia
kelihatan serius membaca dan dalam masa yang sama cuba mengimbangi intonasi
suaranya.
“Kau
pilih yang mana? Cepatlah buat pilihan. Lepas tu kita boleh discuss dengan bos!” pinta Akmal,
meminta pendapat Zaim.
Akmal
merenung Zaim yang sedang tekun berfikir. Dalam dia sedang asyik membaca
resume-resume yang berada di atas meja, tiba-tiba big boss mereka, Mr. Sean Lionel masuk dan terus menghampiri mereka
berdua.
“So guys, have you made a decision who should
be admin officer for our department?” tanya Mr. Sean Lionel.
Mr.
Sean Lionel, lelaki mat salih bermata biru separuh umur. Berusia dalam
lingkungan awal 40-an, namun masih tegap, tampan dan bergaya. Jika dilihat
fizikalnya, pasti orang akan menyangka dia berumur dalam lingkungan pertengahan
30-an.
Mr.
Sean Lionel sudah tiga tahun mengetuai unit Audit Korporat di Malaysia. Sebelum
ini dia merupakan senior legal advisor
di cawangan bank itu di Australia. Kemudian, dia dipanggil ke Malaysia untuk
menggantikan Ketua Senior Audit Korporat, Mr. Anthony Wong yang telah meninggal
dunia akibat sakit jantung tiga tahun lalu.
Zaim
memandang Akmal. Akmal pula memberi isyarat mata, agar Zaim memberitahu Mr.
Sean Lionel bahawa mereka belum membuat apa-apa keputusan lagi. Namun, belum
sempat Zaim membuka mulut, tiba-tiba Mr. Sean Lionel mengambil sebuah resume
yang berada di tangan Zaim.
“Hei, look
at this! Is this one of our shortlisted?” tanya Mr. Sean Lionel sambil
memandang Akmal.
Dia
menunjukkan resume yang dipegangnya itu kepada Akmal.
“Err...
yes sir! She is one of our shortlisted,”
jawab Akmal.
“Let me see the others,” pinta Mr. Sean
Lionel.
Segera
Zaim menghulurkan beberapa resume yang berada di atas mejanya kepada Mr. Sean
Lionel.
“Hmm...
okay, okay,” gumam Mr. Sean Lionel
sendirian sambil meneliti kesemua resume itu.
“Okay! Guys, don’t waste your time. Take her. Proceed immediately,” kata Mr.
Sean Lionel, sekali gus memberi arahan kepada mereka berdua.
Dalam
masa yang sama dia terus menghulurkan resume
pilihannya kepada Akmal. Kemudian dia terus berlalu pergi menuju ke
biliknya.
Akmal
yang mengambil resumeyang dihulurkan
oleh ketuanya tadi, terus melihat resume pilihan ketuanya di mana terdapat foto
si empunya resume itu.
“Yes! Pilihan bos sama dengan pilihan aku!” jerit Akmal sambil ketawa gembira.
Riang
hatinya kerana tidak perlu lagi diperbincangkan dengan ketuanya itu. Akmal
yakin gadis itu mempunyai ciri-ciri pembantu yang mereka kehendaki. Tidak
sangka pula Mr. Sean Lionel mempunyai pendapat yang sama dengannya.
Zaim
yang tidak sabar ingin mengetahui siapakah yang dipilih Mr. Sean Lionel itu
segera menghampiri Akmal. Diambilnya resume itu dari tangan Akmal, lantas
ditenungnya foto yang dilekatkan bersama resume itu.
“What! Budak kampung ni? Wei, apa masalah
kau orang ni ha? Tak ada calon lain ke?” Zaim membantah.
Akmal
memandang Zaim dengan hairan. Dah kenapa pulak dengan si mamat gebu ni? Macam
tak suka aje dengan pilihan bos. Ke, dia dah ada pilihan lain? Akmal
tertanya-tanya dalam hati.
“Hello, bro! Kau apa cerita? Okey apa
budak perempuan tu. Aku suka karakter dia,” jawab Akmal.
Dia
memandang Zaim hairan.
“Kau
kenal ke budak perempuan ni?” tanya Akmal.
Zaim
terdiam, namun akhirnya menjawab.
“Tak
kenal pun. Dan, tak ingin nak kenal!” jawab Zaim selamba sambil meletakkan
resume tadi di atas meja Akmal.
“Dah
tu, apa masalah kau?” tanya Akmal musykil.
Apa
kenalah mamat gebu ni. Lain macam aje statement
dia! gerutu hati kecil Akmal.
“Perempuan
tu memang kampung style betullah. Maco”
semacam aje. Berlagak gangster. Dah tu cakap main ikut sedap mulut dia aje.
Eii... orang macam ni kau nak suruh bantu kita? Silap-silap, kerja tak siap. Dok
pot-pet aje memanjang!” jawab Zaim, tidak puas hati.
Akmal
memandang Zaim sambil tersenyum sinis. La, pasal itu saja ke?
“Bila
masa kau kenal budak ni? Kau ke yang interview
dia tadi?” tanya Akmal semula sambil tersenyum.
Zaim
tidak menjawab. Namun, di fikirannya masih teringat bagaimana dia bertekak
dengan seorang budak perempuan bermulut murai, tetapi agak brutal itu ketika
dia singgah di pejabat HR tadi. Pagi-pagi sudah kasi havoc!
Zaim
tidak pula menyangka yang sahabatnya, Akmal, juga ketuanya itu bersependapat
untuk memilih budak perempuan itu sebagai admin
officer mereka. Pada pendapat Zaim, budak perempuan itu memang tidak layak
dan langsung tidak mempunyai ciri-ciri mahupun imej seorang pekerja korporat.
Zaim tidak dapat membayangkan bagaimana budak perempuan kampung itu boleh
bekerja di unit audit ini.
“Hmm...
silap-silap tak sampai sebulan, dah berhenti sebab tak tahan! Tengok stail dressing dia dan cara dia tu, aku tak
yakin dia boleh bekerja kat sini!” kata Zaim.
Akmal
yang mendengar sekadar menggeleng.
“Hello, bro! Calon yang ada tu bukan
calon Next Top Model yang kau
sibukkan sangat dengan dressing
dialah, stail dialah. Kita nak cari
pegawai admin sahaja,” kata Akmal.
“Eleh,
macam mak cik-mak cik aje stail dia. Spekmengalahkan profesor. Dah macam perempuan
dalam cerita ‘The Ugly Betty’ pulak
aku tengok! Cubalah pilih yang sedap mata memandang. Sudahlah kerja kat sini
stres, makin streslah aku tengok dia tiap-tiap hari!” bebel Zaim dalam hati.
“Eii...
tak kuasa aku nak layanlah!” rungut Zaim sambil berlalu pergi.
Akmal
ketawa sambil memandang Zaim yang sudah mahu membuka pintu pejabat untuk
keluar.
“Anyway, our boss has made his decision.
Bos dah pilih dia. Kau mana tahu apa kelebihan dia, sebab kau tak ada semasa sesi
interview tadi. Dan aku percaya, bos
boleh nampak apa kelebihan yang budak perempuan tu ada from his point of view walaupun bos tak ada masa sesi interview tu. Moral of the story, don’t judge people from it’s cover okay! See and
observe yourself before say anything. Lainlah kalau kau berada di position bos sekarang ni,” ujar Akmal
sambil tergelak, namun berbaur sindiran yang agak berbisa.
“Dan
lagi satu, aku harap kita semua tak lupakan asal usul kita, kita jugak berasal
dari kampung,” tambah Akmal, mennyemarakkan lagi api yang sedang membara di
hati Zaim.
Zaim
sempat merengus sebelum menutup pintu pejabat itu dengan kasar.
“Jiwa
kacau!” kata Akmal sambil menggeleng beberapa kali.
Kadang-kadang
Akmal sendiri tidak faham dengan perangai Zaim. Ada kalanya Zaim seorang kawan
yang peramah, periang dan suka membantu. Namun, ada kalanya Zaim menjadi
seorang yang serius, baran dan amat sensitif.
Tugas
mereka sebagai juruaudit, menyebabkan masa mereka banyak berada di luar,
menjelajah semua cawangan bank di seluruh Malaysia memang merapatkan lagi
hubungan persahabatan mereka, apatah lagi mereka bekerja di dalam kumpulan yang
sama.
Akmal
banyak memerhatikan sikap dan karakter Zaim sejak mula Zaim menyertai unit
Audit Korporat. Zaim yang Akmal kenali mempunyai karakter yang berubah-ubah dan
selalunya dia akan berubah bila dia berada di dalam kumpulan kawan-kawan yang
berlainan latar belakangnya.
Bukan
Akmal tidak tahu, Zaim selalu bercampur dengan kawan-kawannya yang
kebanyakannya terdiri daripada golongan pondan. Namun, sehingga kini Akmal
masih musykil, mengapa Zaim gemar bercampur dengan mereka daripada rakan-rakan
biasa yang lain.
“Nak
katakan Zaim ni lelaki lembut, ya jugak, tapi bukan macam nyah. Hmm... memang
jauh sekali! Gay kot? Hmm... mungkin.
Possibility gay, ada! Tak pun,
biseksual? Huh, berat! Transgender outlah,
kan? Bila masa pulak dia pergi overseas,
tukar jantina!” Akmal berbicara sendirian.
Namun,
Akmal akui, Zaim lebih ke arah lelaki jambu atau panggilan orang kota, pretty boy. Setiap masa sentiasa
berpenampilan menarik, kemas dan bergaya. Bukan Akmal tidak tahu, setiap minggu,
jika tidak ke luar daerah, Zaim pasti akan mengunjungi salon kecantikan unisex untuk memanjakan dirinya dengan
rawatan spa. Walaupun kedengaran pelik, namun itu sudah menjadi trend lelaki
metropolitan zaman sekarang.
Memang
Akmal tidak akan faham dengan cara hidup lelaki metropolitan zaman sekarang.
Mereka sanggup berhabis duit semata-mata ingin berpenampilan menarik dan
bergaya. Kebanyakan mereka semuanya mempunyai cita rasa yang tinggi. Tengok
daripada jenama pakaian dan segala perbelanjaan untuk kecantikan mereka pun sudah
faham, segalanya perlu ada kelas dan keunggulan tersendiri.
Semuanya
ini memang merisaukan Akmal. Sebagai sahabat, Akmal memang sepatutnya risau
dengan perilaku Zaim. Zaim pada kaca mata Akmal seorang yang misteri.
Kadangkala, Zaim boleh dengan mudah menerima nasihatnya. Kadangkala pula, Zaim
akan terang-terang menentang nasihatnya.
Akmal
amat bimbang kalau-kalau Zaim sudah terpesong jauh. Apatah lagi, melihat gaya
hidup mewah Zaim dan segala apa yang dimiliki Zaim kini.
Jika
dibuat perbandingan antara Akmal dan Zaim, status kehidupan mereka berdua
sepatutnya lebih kurang sama sahaja kerana kedua-dua mereka adalah pengurus.
Namun, yang berbeza pada Zaim adalah, gaya hidupnya yang lebih mewah jika
dibandingkan dengan Akmal.
Hisy,
tak baik aku buruk sangka kat saudara seislamku. Memanglah kehidupan Zaim lebih
mewah daripada aku, dia single dan
tak ada apa-apa komitmen pun. Sedangkan aku, ada tanggungjawab menyara seorang
ibu, seorang isteri dan empat orang anak. Nauzubillah… Ya ALLAH, KAU
lindungilah sahabatku Zaim. Moga KAU berikannya hidayah suatu hari nanti! doa
Akmal dalam hati.
Walau
bagaimanapun, satu perkara yang harus Akmal puji tentang Zaim, walaupun Zaim
bercampur dengan kelompok-kelompok yang berbeza latar belakangnya, Zaim tetap
begitu dan tidak terikut-ikut dengan cara mereka. Zaim adalah Zaim. Dia tetap
dengan dirinya sendiri!
Cuma
Akmal risau, jika selalu sangat bergaul dengan golongan seperti itu,
lambat-laun Zaim akan terpengaruh juga. Dia masih ingat lagi perbualannya
bersama Zaim satu ketika.
“Kenapa
masih tak mempunyai teman wanita?”
“Tak
minat!”
“Takkan
kau minat kat lelaki pulak?” tanya Akmal suatu hari.
“Hisy,
kau ni! Muka aku ada ke muka macam gay?
Tolong sikit ya. Aku ni lelaki metroseksual, bukannya homoseksual. Faham?”
balas Zaim dalam nada seperti bengang.
Sejak
hari itu, langsung Akmal tidak membangkitkan isu itu lagi.
“Moga
kau dilindungi dan diberi rahmat ALLAH selalu, sahabatku,” doa Akmal tulus
ikhlas.