JAMsudah
menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Zaim masih di Kelab Copa Cabanna yang
terletak di Jalan Bukit Bintang itu. Zaim sedang sibuk berborak dengan kawan bouncernya. Boleh tahan besar juga badan
bounceritu.
Sementara itu, suasana di situ agak
bising dengan bunyi muzik band,
dilimpahi dengan lampu disko dan dipenuhi dengan gadis-gadis seksi, tetapi
bukanlah seksi yang hanya memakai pakaian dalam.
Eh, kejap, gadis-gadis seksi? Silap, mak
nyah-mak nyah yang berpakaian seksi yang mana ada antara mereka mengalahkan
gadis-gadis sebenar. Penampilan dan gaya mereka kadangkala amat sukar untuk
dibezakan yang mana palsu dan yang mana tulen.
Berpelukan
sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian kelab malam
yang menjadi persinggahan Zaim itu.
Zaim
tidak mempedulikan suasana panas yang dianggarkan hampir 20 orang pemuda
bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil berpelukan sesama mereka tanpa segan-silu
sebaik muzik dimainkan. Matlamat Zaim hanya satu, iaitu menemui sahabat
sepermainan dan juga sahabat sekampungnya dahulu, Dollah a.k.a. Dolly!
Zaim duduk di kerusi bar di situ sambil
minum segelas air Coke. Mata dan telinganya sedang memberi fokus kepada band yang sedang membuat persembahan.
Zaim akui bahawa gaya persembahan kumpulan band
itu memang cukup mantap dan menarik perhatiannya.
Penyanyi kumpulan band itu sedang menyanyikan lagu She's gone nyanyian daripada kumpulan Steel Heart. Selesai membuat
persembahan, tiba-tiba lampu gelap.
Lagu Pitbull, I know you want me, yang diputarkan DJ,
menggamatkan suasana di dalam kelab itu. Lampu disko memeriahkan lagi suasana.
Nampak beberapa orang ‘gadis’ mula bergerak ke dance floor. Menari mengikut rentak muzik. Bagi mereka
yang tidak menari, cukuplah sekadar mengangguk-angguk kepala sambil badan
mereka turut sama menari di meja makan.
Sesekali Zaim memandang
sekeliling, melihat gelagat orang lain sambil memandang jam di tangan.Suasana
di dalam kelab semakin meriah. Semakin melewati tengah malam, semakin ramai
pengunjung yang datang. Ada juga yang sudah mabuk sehinggakan tidak mampu
berdiri untuk menari. Mata Zaim sempat melihat seorang anak muda yang dia
percaya seorang pelajar, muntah akibat penangan minuman air syaitan itu. Pasti
yang baru nak belajar minum!
Zaim tidak hairan melihat situasi
begini. Kebanyakan pelajar yang menjadi pengunjung di sini adalah yang terdiri
daripada anak-anak orang kaya dan ibu bapa yang sering sibuk dengan urusan
dunia.
Tempat beginilah bagi mereka syurga
dunia, melepaskan segala perasaan yang terbuku, memenuhi nafsu syaitan yang
bermaharajalela dan berkongsi segala perasaan dengan mereka yang mempunyai
masalah yang sama.
Tiba-tiba bahu Zaim ditampar seseorang,
sekali gus membuatkan Zaim tersentak. Dia berpaling ke belakang.
“Amboi, amboi, amboi... Dalam dok
bising-bising ni, kau sempat ‘vranganz’
eh?” tegur satu suara.
Zaim memandang pemilik suara itu dari
kepala hingga ke hujung kaki. Di pendengarannya, pemilik suara itu bersuara
lelaki, tetapi dia memakai baju gaun labuh yang berlabuci penuh di pinggang dan
lengan baju.
Gaya penampilan orang yang berada di
depannya seperti wanita anggun, namun masih terserlah raut muka lelaki pada wajah
itu. Zaim kelihatan bingung.
“Helo, tak payah kau dok terfikir-fikir
dengan siapa kau bercakap ni. Akulah, Dolly. Err... Dollahlah, Im!” ujar Dolly
sedikit kuat, namun apabila menyebut nama Dollah, diperlahankan nada suaranya
sedikit.
Zaim terbangun, sekali gus terkejut. Dia
memegang tangan Dollah a.k.a Dolly itu.
“Wah! Vogi the vass kau nyah sekarang ni. Hampir tak kenal aku kat kau,”
puji Zaim.
Sedikit terjerit mengimbangi kebisingan
suasana di situ.
Dolly ketawa mengekeh.
“Well,
biasalah, nilah aku dan nilah dunia aku yang sebenarnya, Im,” ujar Dolly sambil
membetulkan rambut palsu panjangnya itu.
Zaim hanya tersenyum.
“Eh, noks,
apasal kau lambat sampai? Kalau tak, boleh kau tengok mak buat show tadi,” ujar Dolly dengan gaya-gaya
lembutnya itu.
Sengaja dia melentikkan kedua-dua
tangannya, namun sempat menepuk bahu Zaim kasar.
Zaim hanya ketawa sambil menggaru
kepalanya.
“Sorrylah,
nyah, aku lambat sampai rumah tadi. Jammed
gila. Sampai rumah dah nak pukul 10.30 malam dah,” jawab Zaim, memberi alasan.
“Dah berapa lama kau tak balik kampung
ni?”
Tiba-tiba Zaim terdetik ingin bertanya
Dolly. Seingat Zaim, kali terakhir dia berjumpa Dolly, ketika dia menunggu
keputusan SPM. Ketika itu Zaim bekerja sambilan sebagai pelayan hotel di
Melaka. Itupun Dolly balik ke kampung kerana bapanya meninggal dunia. Dua hari
selepas itu, Dolly terus pulang ke KL dan semenjak itu Zaim tidak pernah
melihat kelibat Dolly lagi.
Ada juga dua tiga kali Zaim terserempak
dengan kakak Dolly. Setiap kali terserempak dengan Zaim, pasti kakak Dolly
berpesan jika terjumpa Dolly, suruh Dolly jenguk-jenguk emak dan kakaknya di
kampung. Akhirnya, setelah beberapa tahun Zaim bekerja di Kuala Lumpur ini,
Zaim terserempak dengan Dolly di sebuah klinik swasta di ibu kota itu. Ketika
itu Dolly ingin keluar dari klinik itu, manakala Zaim pula ingin masuk.
Waktu itu memang Zaim cam muka Dolly
kerana Dolly hanya memakai baju-T dan seluar jean lusuh walaupun gaya jalannya
ala-ala lembut dan melenggok. Di situlah bermulanya pertemuan mereka dan
setelah bertukar-tukar nombor telefon, Zaim berjanji akan berjumpa Dolly di
tempat kerjanya bila ada kelapangan.
Dan inilah, Kelab Copa Cabanna di Jalan
Bukit Bintang, tempat Dolly bekerja.
“Eii...
choi! Noks, apa motif kau sebut
kampung-kampung ni? Tak sesuai kau noks.
Harus kena sambar petir kat sini jugak tau!” jerit Dolly sambil menunjal-nunjal
jari telunjuknya di pipi Zaim.
“Yalah,
aku tanya aje. Kau nak jadi Tanggang anak derhaka ke?” giat Zaim sambil ketawa.
Dolly
menampar manja bahu Zaim sambil menjeling tajam ke arah Zaim. Baginya, soalan
Zaim itu amat sensitif untuk dia menjawab. Pasti ada sebab yang dirahsiakan
daripada semua.
“Ha,
dah tersentap la tu. Hisy, tak kuasalah mak nak layan kau nyah! Dahlah, jangan
nak sendu-sendu kat sini,” tegur Zaim.
Zaim
mencuit dagu Dolly.
Dolly
yang pura-pura buat muka sedih itu tiba-tiba ketawa mengekek. Dia kembali ceria
semula. Sempat dia memeluk bahu Zaim.
“Hisy,
mak nak sendu-sendu? Tak sesuai kau noks!
Mak dah cantik gitu nak sendu-sendu,rugilah
mak! Baik mak pergi cari jantan gorgonz(gorgeous)ke, anak ikanke...
barulah sesuai!” jawab Dolly sambil ketawa.
Gemar
benar dia menggunakan bahasa nyah ketika berbual dengan Zaim.
Zaim
juga turut ketawa. Baginya, dia sudah biasa dengan kehidupan mereka ini. Zaim
faham dan dapat memahami apa perasaan mereka semua. Namun, syukur, selama dia
bergaul dengan golongan mereka ini, setakat ini Zaim tidak pernah terpengaruh
dengan cara dan gaya kehidupan mereka.
Zaim
tetap berdiri teguh dengan pendiriannya. Cuma orang yang tidak mengenalinya
secara dekat amat sukar memahami siapa Zaim sebenarnya.
Dalam
mereka berdua rancak berborak, tiba-tiba datang seorang lelaki yang agak
maskulin dengan selambanya memeluk pinggang Dolly dari belakang. Dolly pada
mulanya agak terkejut, namun apabila dia menoleh ke arah lelaki yang memeluknya
itu, tanpa segan-silu, Dolly terus berpaling lantas memeluk pinggang lelaki itu
seeratnya.
“Sayang!
Mana you pergi? Dah dua minggu you tak datang sini,” tanya Dolly dengan aksi
manjanya.
Lelaki
yang dipanggil sayang itu hanya tersenyum.
“Sorrylah, baby,I outstationlah.
Ada seminar kat New York. Ni pun baru
balik dan terus jumpa you,” jawab lelaki itu.
“Hmm...
miss youlah, baby,” kata lelaki itu lagi dalam nada romantik.
“Miss you too, sayang,” jawab Dolly selembut mungkin.
“Ehem!”
Tiba-tiba Zaim berdeham.
Dolly
yang seakan-akan lupa dengan kehadiran Zaim yang melihat drama romantik mereka
itu segera tersedar.
“Aduh,
mak lupa noks! Jangan marah noks!” kata Dolly sambil tersengih.
“Sayang,
ini kenalkan, Zaim, kawan sekampung I. Im, ni kenalkan, Zackry.” Dolly
memperkenalkan.
“Hmm...
kalau kau nak buat drama Romantika D’Amor pun, kat dalam biliklah nyah. Kat
sini, tak sesuai langsung!” tegur Zaim sambil tersenyum.
Zaim
dan Zackry bersalaman sambil berbalas senyum. Zaim sedar ada riak cemburu pada
wajah Zackry. Pasti Zackry sudah tersalah anggap kemesraannya dengan Dolly.
Dalam fikiran Zaim pasti Zackry merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Zaim
tidak pernah mengambil peduli siapakah pengunjung-pengunjung yang biasa
mengunjungi kelab-kelab seperti itu walaupun pada hakikat sebenarnya, Zaim
perasan antara pengunjung di situ terdiri daripada orang kenamaan, golongan
VVIP mahupun VIP. Malah, ada juga antara mereka terdiri daripada kalangan
artis, model, peguam, pilot, tentera dan
juga polis.
Bagi
para pengunjung di kelab seumpama itu, tidak perlu tanya siapa dan apa tujuan
mereka ke situ kerana masing-masing tahu tujuan sendiri. Justeru itu, jika
mereka terserempak dengan selebriti yang terkenal sekalipun, mereka akan
berlagak seperti biasa kerana kesemua pengunjung di situ adalah sama sekapal.
Kelab
itu juga menjadi kunjungan Zaim hanya sekadar berkumpul, minum-minum sambil
berbual-bual dengan teman-temannya.
“Okey, noks, mak nak balik dululah. Nanti bila
senang, kita jumpa lagi eh.” Tiba-tiba Dolly bersuara.
Zaim
tersedar daripada khayalannya. Dilihatnya Dolly sudah terlentok-lentok manja di
bahu ‘teman lelakinya’ itu. Zackry pula selamba memeluk pinggang Dolly.
“Okey,
nyah! Jumpa lagi,” jawab Zaim sambil tersenyum penuh makna.
Dolly
mengenyitkan mata kirinya sambil tersenyum sebelum dia dan Zackry berlalu pergi
meninggalkan Zaim keseorangan di situ.
Zaim
meneguk air Coke gelas ketiganya itu. Dia memandang jam di tangan dalam
samar-samar cahaya lampu disko itu. Sudah pukul 2.00 pagi rupanya. Nasib baik
esok hari Sabtu!
Zaim
akhirnya bangun dan terus beredar dari kelab itu.