ZAIMmenghenyakkan
tubuhnya ke sofa. Mengeluh sambil merungut-rungut, namun tidak jelas butir
rungutannya itu.
“Stres
aku macam ni tahu tak!” jerit Zaim seorang diri di ruang tamu apartmennya.
“Hmm...
nak buat apa ya hari ni?” Zaim menyoal dirinya sendiri, cuba memujuk hati.
Terasa
bosan pada pagi minggu begini tanpa ada apa-apa aktiviti. Biasanya, pada
pagi-pagi minggu ini, dia akan ke spa kecantikan untuk lelaki. Meluangkan masa pada
hari minggu dengan memanjakan dirinya di spa kegemarannya itu.
Sebagai
lelaki metroseksual, itulah gaya hidupnya yang sanggup berhabisan duit demi
untuk berpenampilan menarik. Daripada penjagaan wajah hingga keseluruhan tubuh
anggotanya. Itu jugalah caranya dia menghilangkan rasa stres setelah memberi
sepenuh penumpuan pada kerjanya.
Namun,
semuanya itu nampak pelik di mata masyarakat sehingga menuduhnya yang
bukan-bukan. Helo, aku lelaki metroseksuallah, bukan homoseksual! Jerit hati
Zaim.
Zaim
tidak faham pandangan masyarakat terhadapnya. Suka memandang dan menilai
seseorang dari luarannya sahaja tanpa mengenal dan menyelidiki dari sudut
dalaman. Teringat Zaim tentang kejadian dia terserempak dengan salah seorang
lembaga pengarah di bank tempat Zaim bekerja iaitu Dato’ Zack. Ketika itu, Zaim
baru sahaja mahu pulang setelah berjumpa dengan Dolly di kelab yang biasa
dikunjunginya.
Tidak
disangkanya, di sudut yang agak kelam dan tersorok di kelab itu, kelihatan
Dato’ Zack sedang berpeluk mesra dengan seorang wanita. Zaim cuba mendekati
pasangan itu untuk memastikan adakah benar apa yang dilihatnya. Zaim kenal
wanita itu. Dia pasti wanita itu bukan isteri Dato’ Zack.
Wanita
itu adalah salah seorang pelanggan korporat bank tempat Zaim bekerja. Yang
pastinya, wanita itu adalah merupakan isteri kepada salah seorang ahli
perniagaan yang disegani yang juga pelanggan korporat bank. Skandal apakah ini?
Memang
benar, Dato’ Zack yang terkenal dengan sifat pemurahnya dan disangka seorang family man di mata masyarakat rupanya
lebih teruk daripada apa yang disangkakan. Zaim seperti tidak percaya dengan
apa yang dilihatnya. Namun, bila memikirkan orang-orang kaya yang hidup penuh
dengan hipokrit demi untuk mengejar nama dan status, Zaim tidak hairan.
Dalam
dia tercangak-cangak di situ untuk mempercayai apa yang dilihatnya sebentar
tadi, Dato’ Zack datang menghampiri.
“Zaim,
apa you buat kat sini?” tanya Dato’ Zack selamba.
Di
wajahnya tiada nampak perasaan bersalah pun. Dato’ Zack mengenali Zaim kerana
sering bertemu dalam setiap mesyuarat antara lembaga pengarah dan para
juruaudit bank.
“Well, I yang patut tanya Dato’, kenapa
Dato’ ada kat sini,” jawab Zaim sambil tersenyum sinis.
Dalam
masa yang sama, terdengar wanita itu memanggil Dato’ Zack dengan panggilan
sayang dari mejanya. Dato’ Zack memberi isyarat tunggu sebentar kepada wanita
itu. Zaim pasti, wanita itu tidak mengenalinya.
Zaim
tersenyum sinis. Wajah Dato’ Zack agak berubah dan cuba mengawal rasa gabranya
di hadapan Zaim yang sedang tersenyum mengejeknya.
“Bukan
sepatutnya masa macam ni, masa untuk famili Dato’? Like what you have said to all staffs, we must have a work life balance!”
sindir Zaim, pedas.
Dato’
Zack menarik nafas dan cuba berlagak tenang.
“Well, everybody have their own business.
I tak rasa you ni jenis yang suka jaga tepi kain orang, kan? Err... kalau
tengok kain you pun, I tak rasa ia sempurna. Orang dah nampak lubangnya di sana
sini. You rasa, orang boleh percaya ke cakap-cakap you kalau you insist sangat nak kompang cerita yang
you nampak ni kat semua orang?” balas Dato’ Zack, berani.
Kali
ini Zaim terkedu. Secara tidak langsung, Dato’ Zack menggunakan pengaruhnya
sebagai amaran kepada Zaim agar tidak berbuat macam-macam untuk menjatuhkan
kredibilitinya di mata umum.
Zaim
tertunduk. Dia sedar siapa dirinya dan dengan siapa dia berhadapan sekarang.
Orang yang berada di hadapannya itu bukan calang-calang orang. Pengaruhnya
sangat kuat. Dengan duit, segala cerita busuk dapat ditutup segera. Apa yang
buruk, semuanya dipandang sebelah mata sahaja. Sedangkan dia, hanya
berpenampilan jambu begitu, pun orang sudah menganggapnya yang bukan-bukan.
Memang kuasa duit sangat besar pengaruhnya!
“Okeylah,
Dato’. Have a great nite. By the way,
Dato’, saya sudah biasa dengan kain
saya yang memang sedia ada berlubang di sana sini. Sekurang-kurangnya, saya
tahu di mana letak lubangnya dan saya cuba tampal mana yang boleh. Cuma saya
takut, kain Dato’ yang sempurna cantik pada pandangan orang takkan selamanya
mampu menutup lubang besar yang disembunyikan. Okey, Dato’, selamat malam!”
kata Zaim penuh makna sambil tersenyum sinis sebelum berlalu pergi meninggalkan
Dato’ Zack yang terkulat-kulat menahan geram.
Zaim
mengeluh lagi. Terasa bosan yang amat sangat, namun terasa malas untuk ke
mana-mana. Tiba-tiba Zaim teringatkan sesuatu. Dia mengambil semula telefon
bimbitnya yang diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu rumahnya itu. Zaim
tercari-cari sesuatu di dalam memori telefon bimbitnya.
Tiba-tiba,
Zaim tersenyum sendiri. Zaim membelek gambar-gambar Siti Maisara yang diambil
curi olehnya ketika Siti Maisara sedang tidur dalam keadaan duduk di hadapan
komputer di pejabatnya minggu lalu.
Tersengih-sengih
Zaim seorang diri di situ sambil membelek gambar-gambar Siti Maisara. Ada
ketikanya, dia ketawa berdekah-dekah. Entah apa yang lucunya dengan gambar Siti
Maisara, hanya Zaim sahaja yang tahu.
Kau
suka dia ke? Tiba-tiba hati kecil Zaim bertanya. Zaim terdiam. Memikirkan
sesuatu sambil termenung panjang. Kau masih ingatkan Haryati, kan? Hati
kecilnya terus bertanya.
“Entahlah,
aku tak pasti! Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku rasa asyik nak marah dia
aje. Pantang nampak muka dia, ada aje benda yang aku tak berkenan. Aku cepat
naik angin bila dengan dia. Entahlah, kadang-kadang kesian, tapi selalunya
kalau terpandang aje muka dia, memang dia jadi bahan akulah!” akui Zaim.
“Kesian
kau, Sara. Sorrylah. Aku... aku...”
Zaim terhenti.
Masih
keliru mengapa dia berperasaan begitu pada Siti Maisara. Dalam diam, Zaim
terpaksa mengakui bahawa Siti Maisara sebenarnya merupakan pekerja merangkap
pembantu yang sangat bagus. Siti Maisara ternyata cekap mengendalikan urusan
pejabat dan cepat belajar sesuatu benda baru.
Semua
orang di pejabat memuji Siti Maisara. Siti Maisara rajinlah, peramahlah,
kerjanya teratur dan cepat menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan.
Sehinggalah big bossnya sendiri, Mr.
Sean Lionel, memuji kecekapan dan kerajinan Siti Maisara. Semua orang suka Siti
Maisara, hatta staf di unit lain juga memuji Siti Maisara yang pandai membawa
diri dan sangat bekerjasama dengan mereka jika mereka meminta sesuatu.
Zaim
tidak tahu mengapa dia sukar benar mahu rapat dan mesra dengan Siti Maisara. Di
mata Zaim, Siti Maisara seorang gadis yang kurang menarik. Dengan spek mata
tebalnya dan tudung senget-benget yang tidak pernah kena dengan tema bajunya,
membuatkan Zaim lemas memandangnya!
Mahu
sahaja dia make over Siti Maisara
itu. Namun, bila melihat Siti Maisara yang memang tidak ambil peduli langsung
tentang penampilannya, Zaim rasa menyampah.
“Apa
kes aku nak sibuk-sibuk nak make over
si UglyBeauty tu? Dia sendiri pun
tak ambil kisah dengan diri dia sendiri. Aku pulak yang nak menyibuk!” gumam
Zaim sendirian.
Kau
sebenarnya masih marah pada Haryati sebab tolak cinta kau mentah-mentah, kan?
Dan kebetulan wajah Siti Maisara ada sedikit iras-iras Haryati dan kau lepaskan
marah dan dendam kau pada Siti Maisara. Kau masih tidak boleh melupakan
Haryati. Betul, kan? Mengaku sajalah Zaim. Kau sebenarnya tidak adil pada Siti
Maisara. Tak pasal-pasal gadis itu kena tempiasnya!
Zaim
mengeluh lagi. Dia mengakui segala apa yang dikatakan hati kecilnya itu adalah
benar belaka. Memang dia tidak boleh melupakan Haryati kerana Haryatilah gadis
pertama yang membuatkan hati lelakinya bergetar dan jantungnya berdegup
kencang. Apatah lagi Haryati pula seolah-olah memberi respons yang positif.
Pada
saat itu Zaim merasakan bahawa dialah lelaki yang sempurna segala-galanya. Zaim
kembali yakin pada dirinya sendiri bahawa dia bukanlah lelaki separuh atau
lelaki lembut seperti ejekan teman-teman.
Namun,
kebahagiaannya tidak kekal lama. Sewaktu Zaim meluahkan isi hatinya kepada
Haryati, bukan sahaja ketawa sinis yang diterimanya daripada Haryati, malah
kata-kata Haryati itulah yang membuatkan hatinya bagai dihiris-hiris dengan
pisau belati. Kata-kata Haryati itu jugalah yang membuatkan Zaim seolah-olah
seperti bersumpah tidak akan mencintai kaum Hawa lagi selagi hayatnya dikandung
badan!
“Kau
nak bercinta dengan aku, Zaim? Kau hilang akal ke apa?” Haryati bertanya dalam
nada sinis.
Zaim
cuba bertahan dan bersabar.
“Kenapa
kau tanya aku macam tu pulak? Salah ke aku ada perasaan begitu kat kau? Kan
normal bila lelaki suka perempuan,” balas Zaim berani.
Haryati
ketawa lagi sambil menggeleng-geleng.
“Zaim,
aku rapat dengan kau tak bermakna aku nak bercinta dengan kau. Aku suka
berkawan dengan kau sebab kau pun lebih kurang sama dengan kawan-kawan
perempuan aku yang lain. Aku tak nampak bezanya kau dengan mereka. Aku selesa
berkawan dengan kau sama seperti aku selesa berkawan dengan kawan-kawan
perempuan yang lain. Bila bersama kau, aku tak ada sedikit pun rasa malu-malu
atau berdebar-debar dibandingkan kalau aku terserempak kat tengah jalan dengan head boy kita si Nazrul tu. Ha, kau nampak
tak beza kau dengan lelaki lain?” jelas Haryati.
Walaupun
dengan nada yang biasa, tetapi gerak tubuh dan tawa sinis Haryati benar-benar
menyakitkan hati Zaim.
“Cubalah
cermin sikit diri kau tu, Zaim. Kau tu jambu sangat. Eh, perempuan tak berapa
suka bercinta dengan lelaki jambu ni tau! Sekadar suka nak berkawan aje,
bolehlah,” kata Haryati sambil tersenyum sinis.
Zaim
cuba menahan geram.
“Lagi
satu, jangan kau ada terdetik pun rasa nak bercinta dengan perempuan kalau kau
masih belum sedar siapa diri kau.”
Itulah
ayat terakhir yang berbisa yang diluahkan Haryati yang akan Zaim ingat sampai
mati. Zaim benar-benar rasa terhina dengan kata-kata daripada Haryati itu.
Semenjak
itu memang Zaim benar-benar menyisihkan diri dengan mana-mana kawan-kawan
perempuan. Bukan membenci, tetapi lebih kepada rasa tercabar dengan kata-kata
Haryati itu. Tambahan pula, Zaim selepas itu mudah benar didekati oleh
rakan-rakan lelaki yang boleh dikatakan hot
di sekolahnya.
Zaim
mudah mendapat perhatian dan tarikan lelaki melebihi daripada kebiasaan seorang
perempuan mendapat tarikan dan perhatian. Zaim bangga dengan dirinya sendiri.
Jika hanya sekadar ingin mendapatkan cinta daripada seorang perempuan, dia
terpaksa menerima sindiran dan hinaan, dia lebih rela mengikut sahaja
perasaannya walau menyimpang jauh dari landasan lurus yang sebenarnya.
Apa
lagi yang dia perlu risau jika tidak menerima mana-mana cinta daripada seorang
perempuan kerana dirinya sendiri pun dengan mudah sahaja mendapat cinta dan
sayang daripada kaumnya sendiri. Malah, dia juga boleh mengalahkan kaum
perempuan dalam perebutan cinta! Fikir Zaim.
Namun,
kehadiran Siti Maisara benar-benar menggoyahkan perasaannya yang selama ini
amat tepu sekali daripada dikaitkan dengan cinta dengan seorang perempuan. Sekian
lama, dia membekukan hati dan perasaannya daripada meminati seorang perempuan,
kehadiran Siti Maisara mula mencairkan semula hati lelakinya.
Cintakah
dia pada Siti Maisara? Oh, tidak! Mungkin perasaanku terkeliru kerana wajahnya
seiras wajah Haryati.
“Memang,
aku tak boleh melupakan Haryati sampai bila-bila walau dia rejectaku beribu-ribu kali!” kata Zaim seorang diri.
Akhirnya,
Zaim merumuskan perasaannya mungkin sedikit terganggu dan terkeliru dengan
kehadiran Siti Maisara. Sesungguhnya, Zaim masih lagi trauma dengan penolakan
cinta daripada seorang perempuan.
Namun,
dalam masa yang sama, Zaim masih tetap bersyukur, perasaan yang menyimpang
terhadap kaum sejenisnya itu hanya berlaku sewaktu pada usia remajanya sahaja.
Zaim bersyukur dia dapat menepis konflik remaja yang dialaminya walau amat
payah untuk dia melaluinya sendirian tanpa sokongan dari mana-mana ahli
keluarganya.