SITI Maisara melihat
seluruh persekitaran pejabat yang tersusun kemas dan rapi itu. Fail-fail
tersusun kemas di atas rak-rak khas di sudut pejabat itu. Wangian haruman
daripada air freshner, semerbak
menusuk ke
hidung.
Setiap meja terletak sebuah komputer di atasnya. Ada terdapat lima buah meja
yang besar semuanya.
Di
hujung sebelah kanan terdapat pula sebuah bilik kecil. Siti Maisara dapat
mengagak itu mungkin bilik bos. Siti Maisara berjalan sambil menerokai ruang
pejabat yang luas itu.
“Mak
oi, pejabat ni dah boleh buat padang bola ni!” kata Siti Maisara dalam nada
yang kuat.
Siti
Maisara masih tertanya-tanya siapakah yang membuka pintu pejabat untuknya tadi.
“Aku
ni dah salah department ke? Mana
pergi semua orang yang bekerja kat sini ni?” Siti Maisara berkata-kata
sendirian.
“Ke,
aku ni di alam bunian?” tanya Siti
Maisara.
“Tak
ada maknanya kau tu di alam bunian! Bawa-bawalah sedar sikit!” sambut satu
suara keras.
Namun,
suara yang datang tiba-tiba dan entah dari mana itu telah menimbulkan reaksi
spontan daripada Siti Maisara. Apatah lagi, bila tiba-tiba seorang lelaki
muncul di hadapannya.
“Oh,
mak kau orang bunian! Dari mana kau datang? Eh, apasal kau macam Kim Tan? Aduhai...”
latah Siti Maisara.
Dia
sudah terpaku di situ bila melihat seorang lelaki betul-betul tegak berdiri di
hadapannya.
Lelaki
yang bergaya ala-ala Kim Tan, hero drama Korea, The Inheritors itu tersenyum sinis sambil menggeleng.
“Eii...
melatah ke? Tak sesuai langsung! Kampung sungguh!” kata lelaki itu dengan nada
yang sombong, namun masih ada gaya-gaya lembut dari segi lenggok tubuhnya itu.
Lelaki
itu memusingkan badannya, kemudian bergerak perlahan meninggalkan Siti Maisara
yang masih tercegat di situ dan menuju ke sebuah meja yang agak besar saiznya.
Bersih sungguh meja kerjanya itu. Kemas dan teratur. Di sudut meja terletak
pula patung teddy bear kecil berwarna
coklat sedang memegang bantal kecil berbentuk hati. Alamak, tak sesuai
langsung!
“Err...
err... Encik Mat Jambu!” panggil Siti Maisara teragak-agak.
Lelaki
itu yang baru sahaja ingin melabuhkan punggungnya ke kerusi, terbangun semula
sambil memandang Siti Maisara.
“Kau
panggil aku apa?” tanya lelaki itu tegas
sambil bercekak pinggang.
Mukanya
sudah mula merah menahan geram.
Siti
Maisara tertunduk. Sempat lagi dia mengutuk dirinya kerana memanggil lelaki itu
dengan nama Mat Jambu!
“Helo...
aku ni tengah bercakap dengan perempuan bisu ke? Kau panggil aku apa tadi? Kau
tahu tak aku ni siapa?” marah lelaki itu lagi.
“Err...
Err... So... Sorry, Encik Mat Jambu.
Eh, err... saya... saya... tak tahu nama encik. Dah encik jambu sangat saya
tengok, nampak macam hero drama Korea tu, Kim Tan versi Melayu,” jawab Siti
Maisara perlahan, namun diakhiri kata-katanya dengan deraian tawanya.
“Apa
yang lucu sangat ni? Kau ingat aku ni buat lawak ke?” tanya lelaki itu kasar.
Dia
mula duduk semula di kerusi. Matanya masih lagi merenung tajam, memandang Siti
Maisara yang masih lagi tercegat berdiri bagai patung di situ.
Hisy,
biar betul mamat gebu ni! Takkan nak suruh aku berdiri tercegat kat depan dia
ni? Rungut Siti Maisara dalam hati.
Baru
sahaja Siti Maisara ingin membuka mulut menanyakan sesuatu, lelaki itu mula
bersuara pula.
“Kau
Siti Maisara, kan? Okey, sini Corporate
Audit Department. Memang di sinilah tempat kau melapor diri. Meja kau di
hujung sana tu,” terang lelaki itu sambil memuncungkan bibirnya, mengarah ke
meja yang dimaksudkan.
“Tugas
kau adalah incharged semua yang
berkaitan admin, documentation dan
segala-galanyalah. Kau akan bekerja di bawah seliaan aku dan dalam masa yang
sama, bekerja juga untuk tiga orang lagi pegawai atasan,” sambung lelaki itu
lagi.
Siti
Maisara ingin membuka mulut untuk bertanya lagi, tetapi lelaki itu kembali
menyambung.
“Untuk
pengetahuan kau, kami pengurus-pengurus di sini memang jarang berada di ofis.
Kami banyak outstation ke
cawangan-cawangan bank ni di seluruh Malaysia. Jadi, bila kami berada di ofis ni,
makanya kami memang memerlukan komitmen kau sepenuhnya dalam urusan pentadbiran
dan dokumentasi. Selebihnya, kau perlu berada di sini bagi memastikan urusan
pentadbiran berjalan lancar dan teratur. Faham?”
“Err...
faham... encik...” ujar Siti Maisara sambil memandang lelaki itu, meminta
lelaki itu memperkenalkan dirinya.
Sibuk
nak bagi penerangan. Nama dia sendiri pun dia tak beritahu lagi. Kang aku
panggil Mat Jambu ke, Mat Gebuz ke, Mat Lembut ke, marah pulak! Siti Maisara
merungut-rungut dalam hatinya.
Menyedari
dia belum memperkenalkan dirinya kepada Siti Maisara, lelaki itu bangun dan
menghampiri Siti Maisara. Dia menghulurkan tangannya, ingin bersalaman.
“Aku,
Zaim. Pengurus audit kat department ni.
Macam aku cakap tadi, kau adalah di bawah seliaan aku. So, anything you have to report to me. Faham?” Zaim memperkenalkan
diri.
Siti
Maisara hanya mengangguk.
Ha,
mamat nilah yang sound aku masa aku
pergi interviewtempoh hari. Aduh,
masaklah aku kena kerja bawah dia! Omel Siti Maisara dalam hati.
“Hah,
tu apa yang tercegat macam tiang lampu kat situ! Nak kena iring kau ke meja
ke?” sergah Zaim.
Sengaja
dia tinggikan suaranya.
“Eh,
nanti, nanti. Kau berdiri kat situ kejap!” arah Zaim.
Siti
Maisara yang mula ingin bergerak ke meja, terhenti seketika. Dia berdiri tegak.
Apa
lagilah Mat Jambu ni nak! rungut Siti Maisara dalam hati.
Sementara
itu, Zaim berpusing perlahan-lahan mengelilingi Siti Maisara. Memandang Siti
Maisara dari atas ke bawah.
“Kau
tak ada baju lain ke? Eii... apa ni? Patung Angry Bird? Cubalah dressing propersikit. Ini dah macam
kanak-kanak riang aje. Helo, kau bekerja di bank antarabangsa dalam unit
korporat lagi tau! Jangan buat malu aku boleh tak?” Zaim membebel.
Aduh,
aku ingatkan emak aku aje yang kuat berleter. Ada jugak lagi mahkluk ALLAH yang
berkongsi minat yang sama dengan mak aku! Tolonglah! Rungut Siti Maisara dalam
hati.
Siti
Maisara yang memang sedang sibuk berkomunikasi dengan dirinya sendiri itu
terkejut dengan sergahan Zaim. Apa lagi, melatahlah minah tu!
“Opocot
mak kau suka membebel!”
Siti
Maisara termalu sendiri. Dia mengurut-urut dadanya sambil memandang Zaim. Zaim
pula cuba berlagak serius, namun masih sempat menyembunyikan tawanya. Dia sudah
duduk di tempatnya.
“Encik
Zaim, salah ke saya pakai macam ni? Okey apa. Lagipun, setahu saya, kerja saya
bukan jumpa pelanggan korporat, kan? Jadi, saya tak perlulah nak dressing maut sangat. Paling jauh pun,
saya duduk depan Encik Zaim aje ni,” kata Siti Maisara sambil tersengih-sengih.
Zaim
menjeling.
“Kalau
kau tak jumpa pelanggan korporat pun, aku yang menghadap kau tiap-tiap hari ni
boleh lemas tahu tengok dressing
kampung kau tu! Aku tak suruh kau dressing
macam model. Yang proper, faham!”
kata Zaim mula naik angin.
Siti
Maisara terdiam sambil menunduk. Namun, tiba-tiba Siti Maisara bersuara.
“Encik
Zaim, boleh tolong saya satu perkara tak?”
“Huh,
apa dia?” Zaim bertanya balik.
“Saya
ni, lemah semangat orangnya. Boleh tak, tolong jangan sergah-sergah saya macam
tadi,” pinta Siti Maisara dalam nada yang serius.
Zaim
diam sambil menulis sesuatu. Kemudian dia memandang Siti Maisara.
“Hmm...
tengoklah macam mana. Bergantung keadaan kau yang suka berangan tu,” jawab Zaim
selamba.
Siti
Maisara terdiam sendiri. Dia duduk di mejanya. Duduk tegak sambil memerhatikan
sekeliling.
“Eh, nak buat apa ni? Ofis pun dah macam bilik
mayat aje. Senyap sunyi,” kata Maisara, perlahan.
Dia
memerhatikan Zaim yang sudah bangun dari kerusinya. Berjalan menuju ke pintu.
Ketika dia membuka pintu, sempat dia menoleh ke arah Siti Maisara.
“Aku
keluar kejap. Oh, ya, by the way,
kalau ada orang nak masuk, kau cuma tekan button
hijau yang ada kat sebelah pintu ni aje. Kat department ni, only
authorized staff will be allowed. Tak boleh sesuka hati nak masuk department orang! Faham?” pesan Zaim
dalam nada sindirnya.
Siti
Maisara hanya mengangguk.
“Hmm...
aku ke Property Department sekejap.
Uruskan access card untuk kau. Staff department ni perlukan access card untuk masuk,” sambung Zaim
sebelum berlalu pergi.
“Baik,
Encik Zaim!” jawab Siti Maisara yang lurus bendul itu sambil mengangguk lagi, tanda
faham.
Dia
duduk bersandar.
“Mat
Gebuz ni kalau nak mengajar, ajarlah betul-betul. Apa aku nak buat ni? Melopong
aje ke?” rungut Siti Maisara.
Dia
memandang jam tangannya.
“Eh,
dah pukul 10.00 pagi. Hmm... kalau waktu begini, budak-budak Tadika Mesra
tengah makan ni,” kata Siti Maisara, teringatkan anak-anak didiknya di Tadika
Mesra.
“Cikgu,
cikgu, baju cikgu kan, macam kain langsir mak saya!”
Teringat
Siti Maisara tentang teguran anak muridnya, Nazrul, yang menyamakan baju kurung
cotton warna biru yang dipakainya itu
dengan kain langsir emaknya! Bengang juga Siti Maisara dengan teguran begitu,
namun bila memikirkan itu adalah luahan ikhlas seorang kanak-kanak, dia turut
melayan.
Teringat
Siti Maisara bagaimana kesemua anak muridnya menangis pada hari terakhir dia
bekerja sebagai guru di Tadika Mesra itu. Pulangnya dia ke rumah dengan membawa
dua beg plastik besar yang penuh dengan hadiah daripada anak-anak muridnya.
Bangga dan terharunya Siti Maisara kerana merasa dirinya disayangi dan
dihargai.
“Hmm...
cikgu rindu kat kamu semua!” kata Siti Maisara sambil membelek key-chainAngry Bird pemberian salah
seorang anak muridnya yang disangkutkan pada beg sandang Angry Birdnya itu.
Tiba-tiba,
terdengar bunyi sesuatu dari luar pintu. Seketika kemudian, pintu terbuka
sendiri. Zaim masuk membawa beberapa fail dan sampul surat. Dia memandang Siti
Maisara sekilas kemudian menggeleng.
“Tu
tak ada kerja lainlah tu. Berangan!” getus Zaim dalam hati.
Zaim
menghampiri meja Siti Maisara. Dia meletakkan fail-fail dan sampul surat yang
dibawanya di atas meja Siti Maisara.
“Hah,
yang ini access card kau. Gunanya
untuk keluar masuk department ni.
Jaga access card ni elok-elok. Kalau
hilang, terus repot kat HR. Faham?” Zaim memberi arahan.
Siti
Maisara mengangguk.
Zaim
kembali semula ke mejanya. Dia sibuk menaip sesuatu di komputernya sambil
mengerling wajah gadis di depannya itu. Siti Maisara sedang membelek-belek manual guide yang berada di atas meja.
Mesti minah ni boring tahap gaban! Detik hati Zaim.
“Err...
aku rasa untuk hari pertama ni, aku tak nak ajar kau lebih-lebih. Silap hari bulan
nanti, kalau aku guidesemuanya hari
ini, esok sure kau resign. Untuk hari pertama ni, aku nak
kau biasakan diri kau dengan persekitaran tempat kau bekerja ni,” kata Zaim
perlahan.
Siti
Maisara yang mendengar hanya mengangguk.
“Hmm...
boleh tak kau tolong aku satu benda?” tanya Zaim.
“Apa
dia Encik Zaim?” tanya Siti Maisara.
“Kat
pantri kita ni ada apple pie dalam peti
sejuk tu. Aku beli pagi tadi. Tapi, aku
rasa sekarang ni sure apple pie tu
dah sejuk. Apa kata, kau tolong aku panaskan apple pie tu kat microwave
kita tu.” Zaim membuat pesanan.
“Err...
sekarang ke Encik Zaim?” Siti Maisara meminta kepastian.
Untuk
hari pertama ini, Siti Maisara terpaksa ikutkan sahaja segala arahan Zaim
walaupun dia pasti perkara yang disuruh itu tidak termasuk dalam senarai kerja
hariannya.
“Ya,
sekarang!” jawab Zaim tegas.
“Oh,
ya, pantri ada di sebelah kanan tu ya,” kata Zaim lagi sambil menujukkan arah
pantri dengan jarinya.
Siti
Maisara bangun dan terus menuju ke arah pantri yang dimaksudkan. Sebaik dia
melihat sahaja pantri yang dimaksudkan, Siti Maisara terkejut bagaikan melihat
sesuatu.
“Masya-ALLAH,
ini pantri ke dapur kat rumah ni? Semuanya complete!”
Siti Maisara memuji.
Kagum
dia melihat pantri yang serba lengkap di situ, umpama berada di dapur rumah
sendiri.
“Pantri
kat sini pun lebih besar daripada ruang tamu rumah aku!” kata Siti Maisara
perlahan.
Siti
Maisara tercari-cari di mana letaknya peti sejuk. Bila ternampak peti sejuk
yang terletak di sudut pantri itu, Siti Maisara membukanya. Sekali lagi dia
terkejut bila melihat barang-barang di dalam peti sejuk itu juga banyak dan
memenuhi ruang peti sejuk itu.
“Dia orang ni memang tidur kat sini ke?
Macam-macam ada kat dalam ni. Hmm... nasib baik tak ada katil.” Siti Maisara
berkata sendirian sambil tersenyum.
Siti
Maisara mengambil apple pie yang
berada di dalam peti sejuk itu. Dalam masa yang sama dia tercari-cari di mana
letaknya microwave. Akhirnya dia
terjumpa juga microwave yang dicari.
Lantas dia memasukkan apple pie itu
ke dalam microwave. Tiba-tiba, dia
terhenti.
“Eh,
macam mana nak panaskan ni? Aku pun bukan reti sangat guna benda alah ni!” kata
Siti Maisara.
Dia
membelek-belek microwave itu dengan
harapan ada tertulis panduan cara-cara ingin menggunakan microwave itu. Malangnya, tiada arahan atau buku manual tentang
cara-cara menggunakan microwave itu.
Siti Maisara naik pening melihat banyak sangat butang-butang arahan di tepi microwave itu.
“Ah,
hentam ajelah. Lagipun, ni bukan tugas sebenar aku kat sini. Apa, dia ingat
orang macam aku ni, sesuka hati dia nak buli? Kurang asam punya Encik Gebuz!”
rungut Siti Maisara.
Bagaikan
sudah lama menggunakan microwave itu,
Siti Maisara dengan rasa yakinnya menekan butang arahan pada microwave dengan sesuka hatinya. Usai
menekan butang yang berada di microwave
itu, tiba-tiba Siti Maisar terasa ingin membuang air kecil. Sejak tiba di
pejabatnya hingga kini, Siti Maisara belum pun menjenguk ke tandas.
“Hmm...
15 minit okey kot! Nak pergi toilet kejap,”
kata Siti Maisara sambil meninggalkan apple
pie yang dipanaskan ke dalam microwave.
Selang
lima minit kemudian, Siti Maisara keluar dari tandas. Dia terserempak dengan
Zaim ketika dia mula mahu melangkah masuk ke pantri.
“Err...
aku ke HR department sekejap. Kau
jaga ofis sekarang. Takut ada panggilan penting. Please take messages if any calls comes in, okay!” pesan Zaim dalam keadaan tergesa-gesa.
“Baik,
Encik Zaim!” jawab Siti Maisara.
Namun
jawapannya itu tidak didengari Zaim kerana dia sudah pun bergegas pergi dari
situ. Siti Maisara hanya mampu menggeleng.
“Gelabah
semacam ajelah Mat Gebuz ni!” gerutu hati Siti Maisara.
Dia
terus masuk ke dalam pejabat tanpa menyinggah dahulu ke pantri.
Masuk
sahaja ke pejabat, bunyi telefon berdering-dering minta diangkat. Siti Maisara
mula gelabah, tidak tahu nak jawab apa. Namun, diangkat juga telefon itu bila
teringat pesanan Zaim agar mengambil apa-apa pesanan dalam setiap panggilan
yang diterima.
Entah
kenapa, bagai mahu menguji hari pertama Siti Maisara bekerja, telefon di
pejabat bertalu-talu minta diangkat. Terpaksalah Siti Maisara melayan panggilan
itu semua. Dalam sibuk melayan panggilan, Zaim masuk semula ke pejabat. Zaim
tiba-tiba terbau sesuatu.
“Eh,
ada bau terbakarlah. Takkan hari ni ada fire-drill!
Awal sangat ni,” kata Zaim sambil memandang jam di tangan.
Zaim
memandang Siti Maisara yang sudah pun meletakkan ganggang telefon. Siti Maisara
menuju ke arah Zaim sambil membawa beberapa pesanan yang ditulisnya di
nota-nota kecil.
“Encik
Zaim, ini pesanan-pesanan dari beberapa panggilan tadi.”
Siti
Maisara menyerahkan nota kecil yang ditulisnya itu kepada Zaim. Zaim
menyambutnya.
“Eh,
bau apa ni? Kau ada bakar benda ke Maisara?” tanya Zaim.
“Bakar? Eh, taklah. Saya dari tadi jawab
panggilan-panggilan telefon ni,” jawab Siti Maisara.
“Dah
tu, kenapa bau terbakar ni macam dekat-dekat sini aje?” soal Zaim, tidak puas
hati.
Zaim
sudah bangun dan menuju ke pantri. Siti Maisara juga terut menyusul.
“Siti
Maisara! Apa yang kau dah buat ni?” Zaim sudah terjerit di muka pantri sambil
bercekak pinggang.
“Masya-ALLAH,
apple pie aku!”
Siti
Maisara terus meluru ke arah microwave
yang sedang mengeluarkan asap tebal itu. Cepat-cepat dia menutup suis. Terus
dibukanya tingkap penutup microwave
itu. Dikeluarkannya apple pie yang
sudah rentung itu dengan kain yang telah dibasahkan. Nasib baik tak meletop!
Siti
Maisara menoleh takut-takut ke belakang. Dengan gayanya yang sedang bercekak
pinggang, Zaim merenungnya dengan pandangan yang tajam.
“So...
sorry, boss. Dapat gaji nanti, potong
gaji saya buat beli microwave yang
baru ya,” kata Siti Maisara, selamba.