“Jadi tak malam ni projek kita?” tanya Eina.
“Ehh.. mestilah jadi. Gila kau.. aku ada banyak lagi soalan nak tanya ni!”
jawab Eyda. Eina sudah ketawa terkekeh-kekeh. Eina sudah mengagak yang Eyda
pasti belum berpuas hati lagi dengan jawapan-jawapan yang diterima oleh mereka
hasil daripada permainan yang paling ‘hot’sekarang ini iaitu ; “Spirit..spirit
of the coin!”Nampaknya, mereka seperti sudah ‘ketagihan’ dengan permainan ini!
Ketika
mula-mula Eina ‘mengenali’ permainan ini adalah melalui sepupunya, Mila yang
bersekolah di asrama penuh di Perlis. Cuti sekolah bulan lepas, seperti biasa,
Eina dan Mila berjumpa di rumah nenek mereka di Kampung Tengah, Melaka. Mila
lah yang mengajarnya bagaimana cara-cara untuk bermain permainan ini. Lenguh
dan sakit-sakit bahu dan belakangnya dek terlalu lama duduk menekuni permainan
ini.
Mulanya
dia tidak begitu yakin dengan permainan ini. Masakan kena panggil “roh orang
mati” untuk jawab soalan-soalan yang ingin ditanya.Sudahlah tu, di siang hari
pula! “Kalau kau nak lagi kick, panggilah mereka waktu malam di bulan
mengambang! Itupun, kalau kau berani lah!” kata Mila. Antara percaya dengan
tidak, Eina ikut sahaja arahan Mila dan ternyata, tidak berapa lama kemudian,
bila disoal satu soalan, tiba-tiba duit syiling yang mereka sentuh tanpa
dibenarkan mengangkatnya ‘memandu’ mereka ke huruf-huruf yang ada di atas
kertas lantas membentuk satu ayat.
Ada juga Eina
pertikaikan, mungkin Mila yang menggerakkan syiling itu tetapi Mila menafikan
sekeras-kerasnya. Untuk membuktikan kesahihannya, Mila tamatkan permainan dan
menyuruh Eina memulakan permainan semula secara berseorangan. Kali ini, barulah
Eina percaya! Banyak juga soalan yang ditanyanya. Antaranya, apakah keputusan
SPM yang bakal dia perolehi nanti dan adakah dia akan masuk universiti seperti
yang diidamkan. Riangnya hatinya apabila jawapan yang diterima adalah dia bakal
memperolehi Pangkat 1 dalam SPM dan akan ke universiti. Untuk menguji samada
boleh percayakah dengan jawapan itu, Eina menanyakan apakah keputusan SRPnya
dahulu dan syiling itu memandu kepada jawapan yang betul!
************************************************************
Suasana
Asrama Puteri Sekolah Dato’Haji Abdul Samad sangat tenang dan sunyi tengah
malam itu. Penghuninya sudah tidur nyenyak sebaik selesai “prep”.Namun, di tepi
balkoni, berdepan dengan tandas di
tingkat dua bangunan asrama itu, kelihatan dua orang gadis sedang bersiap sedia
ingin memulakan permainan”spirit..spitit..of the coin!” itu.
Eina
memandang wajah Eyda dengan perasaan cuak. Seram iya juga. Ini semua idea gila
Eyda yang ingin bermain permainan ini di bawah bulan mengambang, di waktu
tengah malam! Bukannya tidak boleh bermain waktu siang. “Tak kick lah!” jawab
Eyda.”Ingat pantang larangnya, jangan angkat jari dari syiling selagi permainan
belum tamat!” pesan Eina. Eyda hanya mengangguk.
“Spitit..spirit..of
the coin.. Datanglah kau wahai P.Ramlee!” seru Eyda. Eina sudah menahan gelak.
“Buat apa kau panggil P.Ramlee pulak?” tanya Eina. “Ehh..suka hati akulah!
Dah..dah.. diam.. Fokus!!” balas Eyda. Selang lima minit kemudian, syiling
‘memandu’ jari mereka ke arah perkataan “YA”. Eyda tanpa menunggu sesaatpun
terus bertanya soalan-soalan yang diinginkan. “Siapa nama bakal suami aku?”
“”Apa keputusan SPM aku?” “Kalau aku kahwin, aku dapat berapa orang anak?”
Dan..berbelas lagi soalan-soalan peribadi yang ditanyanya.
Sehinggalah…”Spirit..spirit..of
the coin.. balik laa.. aku dah nak stop game ni. Aku dah dapat jawapan yang aku
nak! Balik laa..!!” kata Eyda. Eina sudah mengadu keletihan. Tangan dan kakinya
sudah kebas dek duduk terlalu lama duduk bersila. Begitu juga Eyda yang sudah
terasa berat bahunya dan lenguh-lenguh.
Namun, syiling yang
dipegang masih berlegar-legar di perkataan “NO” berulang-ulang kali menandakan
‘ianya’ tidak mahu balik! “Macamana ni Eina. Dia tak nak balik! Hari dah nak
pagi ni. Jap lagi nak sekolah! Bahu dan badan aku sakit-sakit ni” tanya Eyda
yang kedengarannya seperti mahu menangis.”Aku pun!” jawab Eina risau dan cuak.
“Dah dia tak nak balik, kita tinggallah. Buat tak tahu je laa..!” kata Eyda
memberi cadangan. “Boleh ke? Tak apa ke?” tanya Eina pula. “Tawakal saja lah!”
jawab Eyda. “Aku bilang, 1..2..3.., kita angkat jari sama-sama ehh..!” kata
Eyda. Eina hanya mengangguk.
“1..2..3..!” Mereka
berdua sama-sama mengangkat jari namun ketika mereka hendak bangun, terasa bahu
mereka dipegang kejap oleh sesuatu. Eyda dan Eina merasakan bahu sebelah kanan
mereka terasa berat yang amat sangat sehingga terasa bahu mereka senget
sebelah! “Apa ni Eina? Bahu aku terasa berat macam ada benda berdiri kat bahu
aku!” kata Eyda. “Aku pun! Apa kita nak buat ni?” tanya Eina yang sudah ingin
menangis.
“Jom kita lari dari siniii..!” kata
Eina sambil berusaha ingin bangun. Dalam kepayahan itu, Eina dan Eyda cuba
bangun dan sambil berpegangan tangan, mereka terus berlari masuk ke dalam dom
dengan keadaan bahu yang senget!
Sebaik
masuk sahaja ke dalam dom itu, tanpa diduga, mereka berdua mula tidak sedarkan
diri dan meracau! Suasana Asrama Puteri yang tenang menjadi bising dan kacau
bilau bila kedua-duanya diserang hysteria. Kelam kabut jadinya kesemua penghuni
asrama puteri sehingga warden asrama meminta pertolongan ustaz yang kebetulan
menjadi warden asrama pelajar lelaki.
“Kenapa
kau ganggu anak-anak buahku?” tanya ustaz Mazlan kepada Eyda dan Eina yang
sudah kerasukan. Mereka berdua dipegang kejap oleh beberapa orang pelajar
perempuan bagi mengelak mereka bertindak lebih agresif. Mata Ustaz Mazlan tajam
merenung Eyda dan Eina. Namun, tiada siapa yang tahu, Ustaz Mazlan sedang
melihat seekor makhluk jin yang amat besar serta rupa yang amat mengerikan di
mana kedua-dua kakinya sedang bertenggek di atas bahu Eyda dan Eina.
“Dia
seru aku! Panggil aku! Ganggu ketenanganku!” jawab Eyda namun suaranya seperti
seorang nenek tua! ““Dia panggil aku..tandanya dia suka aku!” jawab Eina pula.
Dan kedua-duanya serentak ketawa mengilai. Rakan-rakan yang memegang Eina dan
Eyda sudah ketakutan. Seram mendengar ketawa mengilai Eina dan Eyda.
“Lepaskan
mereka. Maaf atas khilaf kami. Pulanglah ke tempat asal kau. Kami janji tak
ganggu kau lagi!” kata Ustaz sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat
suci Al-Quran. Serentak itu,kedua-duanya terkulai lemah dan tidak sedarkan
diri.
Keadaan
menjadi tenang seperti biasa. Kedua-duanya diangkat dan dibaringkan di atas
katil di dalam dom mereka. Keesokannya kedua-duanya demam dan dibenarkan balik
ke rumah masing-masing dalam tempoh seminggu untuk berubat bagi memulihkan
semangat mereka.
**************************************************
Seminggu kemudian…
Di bilik Tuan Pengetua.
Eyda dan Eina telah dipanggil oleh Tuan Pengetua berhubung dengan kes penemuan
sehelai manilakad yang digunakan untuk permainan ‘Spirit of the Coin’. Setelah
disiasat, pihak asrama telah mendapat bukti bahawa Eyda dan Eina yang telah
bermain permainan itu sehingga menyebabkan berlakunya kekecohan di asrama
puteri awal subuh minggu lepas. Turut bersama dalam sessi perjumpaan itu ialah
Ustaz Mazlan dan Ustazah Zabedah, warden asrama puteri.
“Kamu berdua tahu tak,
permainan ini adalah syirik? Berani kamu yea..seru-seru roh orang mati! Walau
siapa pun yang kamu seru, tok nenek kamu yang dah meninggal ke..artis popular
yang dah mati ke.. yang kamu seru, yang kamu puja suruh datang tu..adalah
syaitan! Kamu nak jadi apa ni? Mana akidah kamu??”tanya Tuan Pengetua. Walau
suaranya mendatar, tidak meninggi tetapi kata-katanya itu membuatkan Eyda dan
Eina kecut perut. Mereka berdua tunduk merenung lantai. Tidak berani bertentang
mata dengan Tuan Pengetua.
“Nasib baik Ustaz Mazlan
dan Ustazah Zabedah ada ketika itu. Buatnya mereka tak ada semasa kejadian,
kamu ada terfikir apa akan jadi asrama puteri itu? Dan kamu berdua juga tahu
apa akan jadi kepada kamu berdua kalau Ustaz Mazlan tak pulihkan kamu berdua
tempohari? Pihak sekolah memandang serius kes ini, awak tahu tak? Kami terpaksa
memanggil ibubapa kamu berdua dan kami akan adakan sessi perbincangan dengan
mereka. Kami tiada pilihan melainkan.. menggantung persekolahan kamu berdua!”
kata Tuan Pengetua. Kali ini suaranya begitu tegas sekali.
Eyda dan Eina
berpandangan. Masing-masing takut untuk bersuara walau di dalam hati ingin
merayu kepada Tuan Pengetua agar perkara ini tidak diberitahu kepada ibubapa
mereka berdua. Pastinya perkara ini akan membuatkan ibubapa mereka marah dan
kecewa.
Apakan daya, perkara
sudah berlaku. Peristiwa tempohari benar-benar memberi kesan dan pengajaran
kepada mereka berdua. Baik Eyda, mahupun Eina..mereka sudah serik dan berjanji
tidak akan mengulanginya lagi.
**************************************************
*cerita ini adalah inspirasi dari kisah
sebenar di tahun 80an dulu.. Semoga terhibur!