Bab 9

EGANN COUPON

1. Kiss her beautiful face – retract. Akan claim kemudian.

2. [CENSORED] – redeemed

3. [CENSORED]

4. [CENSORED]

5. [CENSORED]

6. [CENSORED]

7. [CENSORED]

8. Sushi pukul 3 pagi

9. Aiskrim pukul 3 pagi at any time

10. Teman pergi hari sukan tadika Ilyas dengan Yunus – redeemed


PINGGANG dicekak kedua belah sambil memerhati padang berumput yang dipenuhi kanak-kanak bawah 6 tahun serta ahli keluarga mereka. Meriah sekali. Padang itu dah dihiasi dengan banner memperingati hari sukan tahunan serta cikgu-cikgu tadika sebagai secretariat. Jumlah gurunya tak ramai, tapi bantuan dari emak-emaknya menjadikan kemeriahan berganda kuasa sepuluh. Salah seorang emak yang penuh teruja itu termasuklah Husna, sampai menarik Ayen untuk menarik dia untuk datang sama.

"The coupon is a big mistake..." desisnya, penuh dengan nada sesal kerana datang dengan idea itu.

Ayen yang kebetulan melalui sebelah suaminya sambil mengangkut bekas yang penuh berisi sandwich, lalu tertawa mendengar rungutan itu.

"Hahaha the coupon bukan mistake. Your big mistake ialah kau benarkan aku isi whatever I want dalam tu."

"Lepas tu kau ambil kesempatan gunakan the power of the coupon sampai tarik aku ke sini. Aku boleh buat banyak benda dengan masa terluang yang ada pagi ni, tau!" Tak puas hati.

"Iye? Kau buat apa je kat rumah?"

"Cuci baju. Kemas rumah. Restock grocery. Since wife aku dah takda nak share the responsibility, aku dah jadi orang bujang semula. And then theres the fundamental analysis on the new company yang aku kena study dan draft."

"Wow. Kau legit habiskan masa terluang dengan benda berfaedah. Aku ingatkan kau pergi lepak..." Suaminya dipandang kagum. "Tapi kalau aku mintak kau datang pakai mulut saje, kau takkan datang... hence, the power of the coupon..." Mata dikenyit nakal dan dia meneruskan langkah ke padang.

Egann mencemik, merenung lenggok yang meninggalkannya. "Kalau kau mintak masa mulut kau dekat mulut aku, maybe aku akan tetap datang..."

"Hoi. Jaga-jaga sikit masa bercakap tu boleh tak? Budak-budak ramai ni," tegur Husna yang entah sejak kurun berapa dah ada di sebelah. Wanita itu mengekori gerak langkah Ayen dan memasuki padang, meninggalkan Egann yang memerhati tanpa kata.

"Eh, abang?"

Suara Saif yang menegur membuatnya menoleh. Sahlah! "Janda tu tarik engkau sekali ke sini??"

"Hahhaa yea." Bahu dijungkit. "Berbanding Husna, yang menjerit-jerit suruh Saif datang ialah Ilyas sebenarnya. Dia nak tunjuk dia lari laju."

Si abang memicing. Rapat benar adiknya dengan anak-anak Husna rupanya? Bekas makanan di tangan adik lelakinya dipandang.

"Itu apa?"

"Spageti."

"Masak sendiri?"

"Lebih sedap masak sendiri..."

"Kau dah boleh hantar surat permohonan kat Husna apply position nanny..." Kepala digeleng.

Saif tergelak. "Normally orang usik Saif jadi the father, but nanny counts too."

Mata biru Egann menjeling galak. Terusik hati mendengar. "Kau nak apply jadi ayah mereka?"

"What the? No. Saif sekadar cakap, normally orang usik Saif jadi ayah..."

"Normally... huh? Berapa kerap berlaku kat kau sampai boleh dilabel sebagai normal?" duga si abang lagi, mahu merisik tahap kekerapan Saif bersama dengan anak-anak Husna sehingga orang di sekeliling mula melihat dia sebagai ayah Ilyas dan Yunus berbanding lelaki yang tak berkait.

Saif pula mencerun. "Tak kerap, tapi it's the norm!"

"Kalau betul kau nak jadi bapak mereka, kau kena cakap dekat Doug sebab dorang masih darah daging dia. Biadab namanya tiba-tiba nak rampas."

Ternganga. Memang takkan capai kata sepakat kalau bercakap tentang skandal bangang ini. Baru saja dia nak berjalan ke padang, perasan tiada pergerakan di sebelah. Bila dia menoleh, Egann dilihatnya dah berjalan ke arah bertenangan, malah balik ke keretanya.

"Eh? Abang kemana?"

"Balik."

"Taknak tengok budak-budak tu berlari ke?"

"Erik takda kat situ. All of them dalam kubur."

"Ayen akan marah kalau abang tak tunjuk muka, tau. Husna cakap dia ada sekali hari ni. Abang ada kat sini, jadi Saif kira, dia dah pun mintak abang datang."

Langkah si lelaki terhenti. Muka gembira Ayen tadi diingati kembali. Memang dia taknak muka gembira itu bertukar masam merajuk sebab dia lari....

"Ah, hetero relationship is so annoying..." keluhnya, lalu berpusing semula. Saif meneruskan langkah mengiringi langkah abangnya.

"Abang demand la ganjaran dari Ayen sebab buatkan abang buang masa pagi ni..."

"Kau pula datang hari ni sebab suka rela? Siap masakkan spageti?"

"I like Ilyas dengan Yunus. Ikhlas dari hati." Sengih.

"Hurmm... kau dah boleh—"

"Jangan cakap jadi bapak dorang!"

"Abang nak cakap dah boleh bina rumah tangga sendiri... tapi kahwin dengan Husna pun boleh. You like her, afterall."

"I don't like her."

"But you don't hate her either. Jadi peluang tu tetap ada." Bahu Saif ditepuk. Dia berpisah dengan adiknya demi mendekati Ayen yang dah duduk di hujung padang.


"KENAPA perempuan suka buat lelaki marah?"

"Ha? Kenapa tiba-tiba?"

"Random thought... dan sebab kening abang dah jadi unibrow. Ayen pulak gelak macam dia baru buat lawak antarabangsa..."

Husna memandang Saif yang tekun merenung ulah abang dan kakak iparnya. Lantas dia tersenyum.

"Its their way of flirting. Kau nak kisah apa..."

"Abang macam tak suka."

"Kau mana tau dia suka ke tidak. Girls suka pick fight dengan lelaki yang mereka selesa. Its for the sake of the little reaction that you guys makes... yang buat korang cute sangat kat mata... well, dalam kes ni, kat mata Ayen." Pasangan suami isteri itu dipandang lagi. "Moment gaduh manja macam tu yang buatkan 'you're an idiot' memberi makna 'I love you'.... Perasaan yang bercampur aduk tu, you know? Kau geram, tapi pada masa yang sama, kau taknak lepaskan orang yang kau sayang dari pandangan mata kau..."

Saat Husna menjelaskan perasaan yang berbuku, Saif dah pun beralih pandang pada si wanita. Tekun merenung wajah itu, pada cuping telinga yang koyak, dan rambut yang lebih panjang dari dulu. Di mata si perempuan ada sinar cemburu yang tersembunyi di sebalik rasa bahagia yang ditumpang untuk Ayen. Rindukan kemesraan yang sama, kah?

"Aku duk explain-explain macam ni aku tak rasa kau faham sebab kau tak bercinta. Kau kena cari perempuan yang kau sayang... ah, sayang tak cukup. Yang boleh fit dengan kau punya perangai dan pe'el berkasih sayang."

"Yeah... you're an idiot."

Husna menoleh terperanjat. "Dah kenapa tiba-tiba panggil aku idiot??" Melopong tak percaya. Orang dah la tolong jelaskan kat dia sedangkan dia yang duk bertanya soalan dari tadi!!

Ah. Tak menjadi. Lalu Saif tertawa. Kelakar dan kagum rasanya. "You really are an idiot..."

Husna memuncung. Saif tak pernah gagal buat dia kecil hati.

Senyap lalu membungkus mereka. Langsung tiada perbualan yang bersambung melainkan bersorak kesukaan menyokong kanak-kanak yang berlari depan mata. Ilyas dah lari entah ke mana, manakala Yunus memuncul dan duduk di antara mereka. Sekali pandang, sesiapa pun akan menganggap mereka sebagai sebuah keluarga kecil.

"Wait, did you just say I love you??"

Mata Saif membulat pada soalan yang tiba-tiba itu. Terkejut kerana lambatnya otak Husna memproses ayatnya sendiri, dan terkejut kerana tiba-tiba diberi soalan yang boleh mengubah dinamik hubungan mereka.

"What? No! aku takkan cakap ayat tu dekat kau walau dinasor hidup balik sekalipun!"

Mereka berpandangan. Muka serius Saif membuat Husna menganggukkan kepala. "That's what I thought... tiba-tiba aku jadi curious."

"Cih." Keluh lega dihembus. Tapi terdapat juga sedikit rasa terkilan dalam hatinya. Apa benda feeling ni? "Kau dah kenapa tiba-tiba ingat aku nak meluah pula."

"I-it's a shot..."

"Don't be stupid."

"M'kay..." Kecil hati lagi.

Yunus diangkat ke bahu. "Mana laki kau?"

"Duda, bukan laki. Dia cakap nak datang, tapi entah kenapa tak muncul-muncul." Kedua belah lutut dilipat ke atas, lalu dagu direhatkan atas lutut. Handphone bergetar tanda ada mesej masuk. Mesej dari Doug. "Whoop. Panjang umur. Tau-tau je kena umpat—dia cakap dia takleh datang. Habis la Ilyas merajuk kejap lagi. Yang kena pujuknya, aku."

"Dia ada cakap sebab tak?"

"Budak tak faham sebab, Saif. Budak hanya faham siapa yang datang dan siapa yang tak datang..." Handphone diletak ke tepi. Seolah-olah penat nak bertanya lanjut.

Pandangan Saif meredup. Dia jauh, dia nampak Ilyas berlari ke arah dengan nombor giliran di tangan. Dah sampai masa acara budak itu akan berlari.

"Mak. Mana ayah?" soal Ilyas terus bersama nafas mengah. "Ilyas nak lari kejap lagi."

"Kejap lagi dia sampai. Dia ada hal katanya," sampuk Saif sebelum sempat Husna menutur kata. Lalu wanita mencerlangkan mata, terkejut dengan penipuan yang si lelaki lontarkan.

"Cakap kat ayah jangan lambat sangat." Kemudian tangan Saif ditarik. "Abang, jom! Ambik video Ilyas lari tau!"

Sambil dibiarkan dia ditarik, Saif memandang wanita itu sambil mengangkat tangan ke telinga sebagai isyarat menelefon. Mulutnya juga memuncul, membuat bentuk—call.

Memahami arahan menyuruhnya menelefon Doug, Husna menghempas keluh. "Si bapak tak datang. Si pemangku bapak, bersungguh nak bahagiakan anak. Aku yang tersepit..." Lalu handphone dicapai.


SETELAH menghantar Ayen dan Husna anak beranak ke rumah, pasangan suami isteri itu berbual sebentar di luar rumah. Egann dah pun menukar T-shirtnya kepada baju baru. Bonet dibuka, dan beg kertas berisi baju yang dipakainya tadi serta bantalnya diserahkan pada si isteri.

"Untuk apa baju dengan bantal aku?"

"Nak buat Little Egan the Second."

Oh, bantal peluk yang dipakaikan baju dia.

"Kau bagi bantal yang kau pakai hari-hari yang tak basuh kan?" soal Ayen sebagai pengesahan. Dia mahukan bau yang betul-betul segar yang terhasil dari badan suaminya.

Egann menggelengkan kepala. Susah nak percaya perempuan ini ialah isterinya. "Lady, you're so weird."

"Ini cara aku nak leraikan rindu aku, so shut up." Muka dikemekkan.

"Kalau rindu sampai macam tu sekali, ikutlah aku balik rumah."

"Taknak."

Mengeluh lalu. "Atau kita boleh pergi hotel terdekat?" cadangnya lagi. Duduk jauh dengan isteri sesungguhnya mengerat leher. Sampai bila Ayen nak menyeksa dia?

"Ermm... kau tak rasa ke kita dah start craving for one another bila berpisah macam ni. I miss you, you miss me..."

"Yes. Yes. Yes. I've missed you so much to the point hangus terbakar dan terpadam dengan sendiri lagi-lagi bila aku dah penat rindukan kau." Sinis sekali disebut sampai menggelikan hati si isteri yang mendengar. Egann melepas keluh. "So, would you please ikut aku balik?"

"Rindu tu takkan terpadam," ujar Ayen, masih dengan gelak yang tak padam.

"How'd you know?"

"Emm... sebab..." Dia mencium tangannya sendiri lalu diletakkan ke mulut suaminya. "LDR is hot."

Sengsara. Egann lalu bersandar pada bonet. Pinggang Ayen ditarik sekali hingga bersandar pada dia pula. Sambil mengeratkan rangkulan, lelaki itu merapatkan wajah. "This is an early warning. I may have to find somewhere else for release if you still didn't cater to my need..."

Senyum. "No you won't."

Geram. Egann menjatuhkan dahinya ke dahi Ayen. Benar-benar hampir kalah. "Long distance relationship sepatutnya untuk pasangan yang dah kematian spouse..."

"Wait, what??"

"Yea. Sorang kat alam kubur, sorang kat alam dunia. Aku takut kau buat kita pun jadi macam tu..."

"High level sangat imaginasi kau ni..." Dada suaminya ditepuk. Gurauan Egann meninggal dunia bukannya benda ringan memandangkan suaminya dulu pernah hampir-hampir hilang nyawa. Takut mula menjenguk ke hati.

Tubuhnya tiba-tiba mengejang bila terasa kuku Egann mencengkam kulit. Dah sudah. Ayen menelan panik. Lelaki ini nak memujuk melalui sentuhan fizikal pulak.... Tipulah jika nalurinya tidak terjentik, lagi-lagi bila tangan itu mula merayap lebih jauh. Ayen menahan ketawa janggal sambil cuba menahan tangan yang menjalar itu. Satu lagi tangannya yang masih bebas cuba menjarakkan tubuh mereka. Tetapi pautan di pinggang dah macam dicengkam besi. Langsung tak boleh ditolak.

"Egann... kita kat public..."

"The house feels empty without you. Dah dah la seksa aku. Ayen please. Ikut aku balik rumah sekarang." Ini kali ketiga dia meminta. Kalau Ayen masih menolak, dia benar-benar kecewa.

Wanita itu menelan liur. Kurang pasti apa yang perlu dilakukan.

"Oi, lovebird! Pergi bercinta kat rumah sendiri la! Flirt siang-siang depan rumah orang dah kenapa?!" marah Husna di depan pintu. Nada marahnya dikawal kerana tengah menidurkan Yunus yang dah terlentok di bahunya. "Ayen, mana mihun aku tadi? Aku lapar dah ni!"

Ayen mahu beralih, tetapi Egann masih berdegil. Enggan melepaskan selagi tidak dapat apa yang dikehendaki. Kalau Ilyas boleh merajuk ayahnya tak datang masa hari sukan dia, dia pun boleh merajuk si bini taknak tunaikan permintaan dia.

"Kalau aku taknak, caner?"

Mencerun dia. "Aku akan kecewa with all my heart... and then aku akan sumbat kau masuk dalam kereta dan bawak kau balik terus. I don't care anymore."

Terkedu si wanita, lalu dia tergelak. "Hahaha, fine. Aku redeem satu lagi coupon kau. Kita pergi hotel tapi lepas tu—" Tak sempat dihabiskan, Egann dah pun menarik tangannya dan disumbat ke dalam kereta.


HUSNA memanjangkan kepala ke luar rumah bila terdengar bunyi enjin kereta dipandu pergi. Fuh, Egann balik akhirnya. Eh, dia bawak Ayen sekali ke?

"Mihun aku! Dia bawak mihun aku sekali!" Masih mengendong Yunus di pinggang, Husna berjalan laju ke pintu pagar yang terbuka. Kepala dipanjangkan ke hujung jalan, nak melihat samada buntut kereta merah Egann masih ternampak di mata kasar. Dia mendesis kasar.

Nak bercinta pun agak-agak la! Dahlah tengah lapar!

Sambil merungut dalam hati, Husna dikejutkan pula dengan kemunculan kereta Doug. Dia memberi ruang supaya Honda Accord itu boleh diparking di dalam lamannya, betul-betul di belakang keretanya sendiri.

"Yo!" Doug mengangkat tangan ke udara setelah keluar.

Dengan muka ketat, Husna merapati pintu rumah. Mudah benar marah kerana perut kosong. "Baru nak sampai?! Ilyas menangis sebab kau tak tengok dia berlari tadi, tau!!"

"Aik? Baru sampai terus kena marah? Hahahaha sorry. Aku betul-betul tak boleh keluar. Aku cuba datang secepat mungkin tapi tengok-tengok padang dah kosong..." Laman rumah dimasuki. "Aku ada beli makanan. Aku harap korang tak makan lagi."

Barulah mood panasnya dari tadi lega sedikit. Sekurang-kurangnya ada jugak orang yang ingat kat dia... kecuali Ayen dengan Egann itu. Tunggulah nanti dia balas dendam!

Setelah memasuki rumah, Yunus yang terlena di bahu Husna didapatkan dulu. "Awwhh... kesian anak ayah. Penat berlari ke? Menang tak?"

"Ilyas menang. Yunus mana ada bertanding. Penat dia, penat gelak, penat menjerit, penat mengarah mak dia beli baju sukan macam abang dia pakai."

"Hahaha." Tampan sekali ketawa itu dilepaskan. Lalu Yunus diambil dari pelukan Husna, manakala bungkusan makanan dihulur pada si janda.

Melihat isi bungkusan yang Doug bawa ialah nasi tomato, deruman perut Husna bertambah rancak hingga kedengaran di telinga dudanya. Husna turut memandang perutnya sebelum melangut pada si lelaki.

"Dah macam gendang tabligh..."

Ketawa dilepaskan senafas. "Lapar benar kau..."

"Aku tak sempat makan dari pagi. Sentuh sandwich pun satu dua je. Ingat nak bagi Ilyas dengan Yunus makan dulu, sekali, tiga setan tu habiskan dulu tak ingat kat aku," rungutnya pada telinga yang sudi mendengar.

"Tiga setan?"

"Saif, Egann, Ayen."

"Eh, dua beradik tu pun ada sekali?" Egann dah kenapa nak ambil peduli dengan hari sukan tadika yang takda kaitan dengan dia?—oh ya, Ayen ada sekali. Lalu Doug menukar soalannya. "Si Saif pulak kenapa ada sekali?"

"Ilyas minta dia datang," jelas si wanita, mula menjamah nasi tomato. Fuh, alhamdulillah. Sedapnya ya Allah.

"I see... anak kita dah selesa benar dengan boyfriend kau," ujarnya sambil memandang Ilyas yang terlentang di tengah ruang tamu. TV pula terpasang tanpa ditonton.

"Dia bukan boyfriend aku." Dengan mulut penuh, dia membidas.

"Boy friend with space in the middle," sengih Doug pula. "And the space is called, friendzone. Kalau kau nak, kau boleh hapuskan rapatkan jurang tu, tau?"

"Ikut suka kau la nak cakap apa. The kids want him there, so he came. Simple as that."

"Idiots je yang tengok effort dia sebagai bende simple..." sindir Doug. Dibiarkan Husna mengisi lapar di meja makan, dia berjalan ke sekitar rumah. Keadaan rumah masih sama macam setiap kali dia datang melawat, kecuali bilik tidur tetamu yang dah berisi orang lain. Bila dibuka, kosong tanpa orang. Tetapi bilik itu dah berisi buku bertingkat pada lantai di sebelah kepala katil, serta iPad yang dicas.

"Ayen pergi mana?"

"Entah. Laki dia angkut pergi mana entah. Considering dorang flirt teruk depan pagar rumah aku sebelum tu, aku saspek hotel kosong bintang," jawabnya senada. Langsung tidak menyedari perubahan pada riak wajah Doug. Muram, serta ada sinar patah harapan pada matanya. Kosong sekali merenung lantai.

"So... Ayen dengan Egann betul-betul dah berbaik? Laju benar..."

"Kan? Aku pun kagum tengok. Gaduh macam US dengan China berperang trade war sampai semua orang terkesan, tapi bila berbaik, lagi laju dari kereta api Jepun. Its like, relationship comes easy dekat mereka, aku sendiri cemburu kalau tengok. Some of us tak mampu jumpa match-up macam tu."

Senyum. Pahit sekali. Rambut anaknya digosok, cuba meredakan perasaan yang tak dijemput di hati.

"Habis Ayen dah plan nak keluar dari rumah kau ke? Bila?"

"Belum lagi. Tapi aku tak rasa dia nak keluar dalam jangka masa dekat...." Barulah dudanya dipandang. Kenapa muka sedih benar? "Ayen tengah main tarik tali sekarang ni. Seronok benar dia buli laki dia."

"Heh. Siapa yang tak seronok kalau boleh buli Egann."

"Second that," sambut Husna, bersetuju. Dia pun kalau ada peluang kenakan lelaki bermata biru itu, dia akan buat. "Sembang pasal jodoh, boleh tak aku nak mintak tolong kau jagakan Ilyas dengan Yunus untuk petang ni. Aku ada date."

Macam mendengar berita ekonomi dunia jatuh, Doug menoleh lipat maut pada Husna bersama mata mencerlang luas. Ketat sekali mukanya hingga hilang semua kedut di muka. Macam kena seterika.

"Kau ada date?!" Nadanya naik satu oktaf. Meledak keluar hingga memecahkan suasana damai di antara mereka sejak tadi.

Yunus menyeringai kerana terkejut. Lalu menangis. Lekas punggung anaknya ditepuk-tepuk. Doug melangkah laju ke arah meja makan, kali ini memandang Husna macam nak makan.

"Kenapa aku baru tau benda ni?!"

Wanita itu terkebil. "Sorrylah beri short notice. Aku ingatkan aku boleh mintak tolong Ayen, sekali laki dia angkut dia pulak. Kenapa? Kau ada benda lain ke kau nak buat?"

"B-bukan pasal jagakan Ilyas dengan Yunus... tapi pasal kau ada date! Sejak bila?! Kenapa tak bagitau aku awal-awal lagi?!"

Bersungguh benar dia bertanya sampai kembang kempis hidung itu. Furious sangat dah kenapa? Husna mencerun sedikit, tak gemar hidupnya dipersoal. "Kenapa nak kena bagitau kau pula?" Defensif.

"Supaya aku tau dengan siapa kau nak bercinta! Macammana rupa dia? Perut boroi tak? Living potential dia macammana?"

Banyak pulak soalan dia. "Aku tak tahu. Kami buat blind date. Hari ni baru nak jumpa."

"Astaga... apa jenis emak la kau ni. Budak-budak masih kecil kut, perlukan perhatian kau! Hati kau tu masih ada rasa tanggungjawab ke tak!"

"Lah! Kau dah kenapa hahahaha! Aku single mingle sejak kita cerai, tau! I'm allowed to find my own entertainment outside the house dan jaga anak kita sekaligus. Boleh bengap aku kerja tengok Egann datang rumah bawak coklat, bawak bunga, bawak buku baru untuk Ayen baca, tapi aku langsung takda apa. Aku taknak mereput sampai tua. So, aku nak start mencari. Lelaki yang aku nak jumpa hari ni ialah the first one lepas kita bercerai..."

Eh kejap. Yang pertama ialah Saif. Tetapi dibiarkan maklumat itu terapung dalam kepalanya, tidak diberitahu pada dudanya.

Mendengar itu, Doug menghela nafas pendek. Akhirnya menerima penjelasan si janda. "Kau tak rasa kau taknak tunggu at least sampai Ilyas masuk darjah satu?"

"Aku cakap aku nak date je. Cari hiburan. Bukan nak ajak kahwin."

"Umur kau nak masuk 30, tapi nak dating semata-mata nak main-main? Itu trend golongan janda ke?" Jujur bertanya.

Lidah digulung pada lelangit. Dah tak tahu nak jawab macammana. Tanpa menjawab soalan Doug, dia mencuci tangan dan terus masuk ke bilik tidur. Nak bersiap lekas.

Doug yang ditinggalkan, lalu menjuihkan bibir bawah. Ah, dia tak puas hati! Dia perlu tahu siapa lelaki yang jandanya nak pilih sebagai pasangan hidup! Handphone ditarik keluar, mencari skuad tambahan untuk membantu usaha penyiasatan.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh