Bab 14

HUBUNGAN Egann dan Ayen semakin lama semakin hambar. Kerana kesibukan bekerja, tiada usaha nak berjumpa atau mencari masa lapang untuk berkomunikasi dengan masing-masing, atau menggunakan kemudahan internet sekalipun, hubungan yang pada mulanya hangat dan sedap macam pisang goreng yang masih panas dah bertukar dingin dan tidak sedap macam pisang goreng yang dah sejuk. Seorang di timur, seorang di barat. Tiada pergaduhan, tiada pertelingkahan atau salah faham. Sekadar mengamalkan pepatah barat, out of sight, out of mind.

Memandangkan kedua-duanya gila kerja, 24 jam masa yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya tidak cukup untuk mereka menyelesaikan hal masing-masing. Kekhusyukan dunia berada pada passion masing-masing. Ayen di katil hospital, Egann di dada stock index. Ayen ditemani pesakit-pesakitnya, manakala Egann ditemani klien-kliennya, terutama Naadia yang kini seolah-olah mengganti peranan Ayen di sisi si lelaki. Egann tak perasan, tetapi semakin lama, dia semakin terbiasa dengan wanita cantik itu.

Sebetulnya, masa yang Egann habiskan di pejabat adalah kerana Naadia memberi kerja sebanyak-banyaknya pada lelaki itu untuk diselesaikan, yang membuat lelaki itu lupa apa-apa yang berada di luar rumah. Egann, dengan DNA gila kerja yang dah tercipta sejak lahir, menerima tanggungjawab itu seperti dihulur dadah.

Selepas menunaikan solat Maghrib di pejabatnya, dia memeriksa iPhone. Ah, ada mesej dari sang isteri.

1958. Ayen: <Can we talk?>

1958. Ayen: <I need to rant... can I share with you?>

1959. Egann: <Sure. Cerita la>

2001. Ayen: <Kau ada mana?>

2015. Egann: <Office>

2016. Ayen: <Belum balik?>

2020. Egann: <Work>

2030. Ayen: <I see. Sorry ganggu>

Mesej terakhir dari Ayen terbiar tak dibaca kerana ketika itu Egann tengah berbincang dengan teman sekerja yang masih berbaki di pejabatnya ketika itu. Fokus benar-benar dah hilang dari perbualan separuh masak dengan isterinya dalam WhatsApp. Kemudian jari berketik-ketik menekan keyboard bagi menyiapkan paperwork. Fokus pada kerja sangatlah tidak terbelah bagi ketika ini macam pak imam yang zuhud.

"Egann... tak balik lagi?" tegur Naadia setiba muncul di muka pintu.

"Nope."

"Fokusnya you kerja. Dah-dah la. Tak habis pun kerja tu..." Meja Egann didekati.

"You jugak yang mintak benda ni pagi besok."

"I cuma nak pastikan you ada kat opis setiap kali I turun nak jumpa you," sengihnya. Egann menjeling. "Jom dinner," ajak si wanita bersama senyum lebar.

Egann menghela nafas panjang. Membuang penat yang sedikit. Dia masih rasa bertenaga walaupun dah bekerja sepanjang hari. Ni la namanya keseronokan bekerja. Melihat senyum pada wajah cantik itu, Egann teringat sesuatu.

Ayen ada cakap pasal nak mengadu tadi, kan? Dia dah selesai mengadu ke? Aku lupa nak cek phone... bisik hatinya. Bila diperiksa iPhone, baru dibaca semula apa yang dihantar pada Ayen. Dah, apa yang dia hantar pun dia lupa. Jadi Ayen meluah pada siapa?

"Egann? Dengar tak? I ajak you makan ni."

"No, sorry. Malam ni I tak boleh..."

"Pulak. Kenapa?"

"Wife I tengah bersedih." Meja lalu dikemas.

Naadia mengangguk sambil melabuh duduk. "Sorry, tapi betul ke you dah kahwin. I macam susah nak percaya..."

"Hahaha kenapa tak percaya?"

"Sebab sekarang nak masuk bulan ketiga you bekerja kat company ni. Pulun kerja macam orang single takda life kat luar. Hundred percent kat office saje..."

Komen itu membuat perlakuan Egann terenjat. Seperti berkarat. Kerana langsung tidak disedari. "We live far away from each other... lagipun kami sama-sama busy... but we still keep in touch with each other." Laptop kembali dimasukkan ke dalam bagpack.

"Then, apa yang wife you tengah buat sekarang?"

Egann terdiam. Bagpack dipaut pada bahu kanan, berfikir kebiasaan Ayen. Apa jadual terbaru isterinya di hospital? Shifnya dah bertukar, kah? Atau dia tengah sibukkan diri dalam kisah cinta tiga segi Husna-Saif-Doug yang dia sendiri cipta? Apa pula progress cinta tiga segi itu? Fuck, dah berapa banyak dia tertinggal hanya sebab cinta pada kerja saja?

Bersama hati yang memberat, Naadia dipandang. "I feel like I'm a bad husband..." iPhone dibuka. Ada dua mesej dari Ayen.

2030. Ayen: <I see. Sorry ganggu>

2030. Ayen: <Kami kat Suria KLCC kalau nak join...>

Wanita itu tersenyum haru. "FYI, I masih tak percaya yang you dah kahwin. Unless I saw her with my own eyes. Apapun, jom dinner. I belanja." Dia bangkit dari duduk.

"Nope. Not tonight. Sorry."

"Excuse me?" Terperanjat wnaita itu. Ini pertama kali Egann menolak ajakannya. Malah, lelaki itu bergegas ke pintu keluar pejabatnya.

"My wife ada kat KLCC. I nak jumpa dia."

Naadia yang ditinggalkan, terpinga-pinga.


SETIBA di hadapan Suria KLCC yang dipenuhi kumpulan manusia yang nak melihat persembahan water fountain, dia tak perlu bersusah mencarinya kerana Doug terlebih dahulu menegur dia.

"Bro!"

Egann menoleh ke arah suara itu, hingga ternampak Doug melambai tangan padanya.

"Kebetulan eh terserempak kat sini."

"Ayen yang cakap kat aku yang korang ada sini..." Kepala dipaling-paling, mencari batang tubuh yang dirindui itu. "Mana dia?"

"Ayen baru je balik," celah Husna, merapati mereka.

"Ha?"

"Dia text kau bila?"

"Ermm... lapan setengah..."

"Kau lewat sejam." Jam tangan menunjukkan jam sembilan setengah. "Mungkin dia penat tunggu kau jadi dia balik terus. Patut la muka dia masam je tadi..." ujar Husna sambil mengingati wajah muram, masam dan sedih dari rakannya. "Dah la patient favourite dia meninggal. Kesian pulak aku."

"Lah, sebab tu ke dia menangis bila dia ingat orang tak nampak?" getus Doug, terkedu.

Hati terasa dihentam kuali. Egann memuram lalu. Punggung dilabuh di sebelah Doug yang tengah bertenggek di tepi pasu bunga.

"Apa benda yang aku buat ni..." soalnya pada kasut kerjanya.

"Tengah duduk?"

"Aku rasa macam aku jadi husband yang teruk..." keluh Egann lagi sambil meraup muka. Membuang rasa kusut di hati.

"Really? Ayen macam biasa je aku tengok."

"Eh?"

"Ye." Yunus meronta di pelukan, lalu diturunkan. Pada Doug, dia meminta tolong jagakan Yunus. "Bang, tolo—" Termati kata bila tersedar apa yang disebut. Kedua-dua lelaki itu merenungnya dengan pandangan membaca, membuat Husna merah muka. "D-Dou–Dolah... tolong tengokkan Yunus kejap. Aku nak cakap dengan Egann..." Ilyas pun tengah duduk berseroangan menonton persembahan air.

"Kau baru panggil aku abang," ujar Doug bersama tawa.

"Itu impulse! Dah, jangan kacau! Pergi tengokkan budak berdua tu sana!"

"Aku boleh je tengokkan dorang dari sini..." usiknya pula. Makin giat pula.

Husna mencerlangkan mata. Doug tergelak lagi.

"You've grown comfortable with me too much, tau. Hati-hati sikit. Nanti jatuh hati balik. Awal-awal aku bagitau, aku tak boleh balas cinta kau tau," sengihnya, lalu bergerak pergi. Menyerahkan ruang personal yang dikehendaki jandanya. Dia mendekati kedua-dua anaknya dan duduk bersama mereka.

Husna mendesis geram. Bila Egann dipandang, mata biru itu tidak berkelip merenungnya. Tahu apa makna pandangan itu, tapi dia enggan melayan. Sambil melabuh duduk di sebelah lelaki itu, dia melapor.

"Aku perasan korang sangat jarang berjumpa sekarang. Honestly, aku tak tahu apa sebenarnya yang Ayen tengah rasa, tapi dekat luaran, dia nampak happy..."

"Kau baru tersasul panggil Doug, abang. Manjanya."

"Kadang-kadang aku pernah tanya dia, kenapa kau tak datang melawat dia kat rumah aku—"

"Kau dah jatuh cinta kat dia balik or something?"

Bengang sedikit. "Tapi dia sekadar cakap dia faham kau busy... dan dia pun—"

"Saif tak jealous ke? Not that I care though."

"Kalau tak peduli, diam je la!" Sentap lalu. 

Egann melepas tawa nipis. "Berbanding adik aku, sebenarnya aku prefer tengok kau kembali dekat Doug supaya kau boleh bantu dia, sama macam Ayen bantu aku berjalan kat jalan yang lurus semula..." luahnya perlahan. Kerana dari awal lagi, itulah yang dia kenankan. Dia tahu kebaikan hati Doug. Dan dia tahu kekeliruan di hati Saif. Berbanding Saif, hubungan Husna dan Doug lebih kukuh dan tidak bermain tarik tali.

Nafas didengus. "Aku dengan adik kau tak ngam. Plus, dia unexpectedly low-self esteem. Sejenis turn-off bagi aku."

"Saif? Low self-esteem?"

Husna mengangguk. "Hari itu masa kami dating, aku nak tolong dia pancing perempuan, dia cakap perempuan melayu tak suka muka macam dia."

"Really?"

"Yea. Aku tak nafi aku pun sebenarnya lagi suka muka melayu berbanding foreigner macam korang, tapi dia handsome kut. Pelik kalau dia tak sedar. Tak tengok cermin ke pagi-pagi?"

"Kau cakap dekat dia? Pasal taste kau muka melayu berbanding foreigner macam dia?"

"Kah. Dia dah tau dari awal lagi. Lama dulu kut aku bagitau dia."

Lalu Egann merenng si perempuan, cuba memahami logik di kepalanya. "Okay kejap, clarify balik. Kau blind date dengan dia, lepas tu kau nak tolong dia pancing perempuan, and then dia taknak... sebab dia cakap perempuan melayu tak suka muka foreigner macam dia... rupa-rupanya sebab kau dah cakap dekat dia lama dulu?"

Husna mengangguk. "Aku tak tau kenapa dia tak yakin dengan attractiveness dia sendiri. Aku duk fikir-fikir alasannya sampai sekarang..." Bila Egann merenungnya tanpa kelip, Husna menutup muka. "Kenapa tengok aku macam tu?"

"Aku tengah kagum dengan kebongokan yang kau tunjukkan sekarang ni."

"Kau dah kenapa?!" Dah kenapa tiba-tiba kutuk orang?

Egann menggelengkan kepala. "Macammana kau boleh berkahwin dengan Doug sedangkan kau jauh lebih bebal berbanding Ayen sendiri. Patutlah Saif langsung tak cuba nak try kau... sebab awal-awal lagi dah kena shot down."

"Shot down amende pulak. Dah memang dia taknak kat aku."

"Attraction tu ada, tapi dia tak boleh pergi jauh... sebab perangai kau macam ni. Sekarang, ditambah pula dengan kehadiran Doug dalam life kau..." ujarnya sambil merenung belakang rakannya. Bibir spontan melakar senyum melihat si rakan itu menarik Ilyas supaya duduk di ribanya. "Lagipun... bagi aku, kau tak sesuai untuk adik aku... walau sejauh mana Ayen nak usik korang pun..."

Husna terkedu. Anak mata biru itu direnung. Dia jarang boleh bercakap baik-baik dengan Egann seperti sekarang, tapi baru nampak tahap kacak lelaki ini dalam jarak dekat. Mata biru yang bulat dan galak itu bersih sekali. Bulu matanya penuh. Dan kulitnya bersih.

"Kenapa kau cakap kitorang tak sesuai?"

Nafas spontan terhembus, seolah-olah mentertawakan soalan itu. "Aku tak sangka kau boleh tanya aku soalan tu... Benda yang kau kena tanya sekarang ni, kau sendiri nak ke dekat adik aku tu?" Baru saja Husna nak menjawab, Egann memotong. "Jujur," tambahnya, mematikan terus lidah yang nak melentur kata itu. "Jauh di sudut hati kau, apa sebenarnya yang kau rasa dekat dia."

Tidak terjawab. Lama sekali. Jemari dimainkan, dan kasut direnung. Berfikir.

"Aku tak tahu," jawabnya akhirnya.

"That's what I thought..."

"Ha?"

"Apa yang kau rasa dekat Saif ialah confusion. Ragu-ragu. Enough to make you silent for a whole minute. Saif ketika ni masih discover diri dia sendiri. Dia masih tak dapat keluar dari bayangan ayah kami... tapi kau tak perlu tahu pasal tu. Kau cuma perlu tahu... kalau kau berdua cuba untuk bersama sekarang ni, he will end up hurting you... and your confusion, akan sakitkan dia balik. I don't want that to happen."

Husna terkedu.

Egann mengalih perhatian pada Doug kembali. "Kenapa aku mengharap kau pilih Doug bukan atas premis yang sama... aku cuma harap kau boleh bantu dia... macam Ayen bantu aku..." Diulang ayat yang sama, kerana memang itu yang diharapkan. "Its far easier sebab korang dah ada Ilyas dengan Yunus."

"Tapi tak apa ke... revisit the same mistake just because its familiar?"

"Berbalik pada kau dengan dia. If its worth the shot, then why not? Tak bunuh pun sesiapa pun. Ilyas dengan Yunus dapat mak ayah dia balik, ada la."

Tanpa dapat ditahan, senyum terlakar di bibir. Memag dia gembira kalau boleh berikan keluarga yang lengkap pada anak-anaknya.

"Paling teruk kalau fail pun, kau sakit hati sakit kepala, lepas tu Ilyas dengan Yunus trauma tengok mak ayah dia berpisah buat kali kedua."

Teloq! Rosak terus impiannya! "Kau jangan la doa macam tu!!" Bahu itu dipukul sekuatnya.

Egann tergelak.

Tanpa disedari Egann, Naadia mengekori dia dari pejabat hinggalah ke Suria KLCC dengan niat nak melihat siapa gerangan isteri yang dimaksudkan. Dari jauh, wanita itu memerhati Egann dan Husna. Melalui kemesraan mereka, itulah isteri yang Egann kejarkan hingga sanggup menolak ajakannya.

"Takde la cantik sangat pun..." cemiknya.

Nafas panjang dihembus. Disebabkan hubungan yang semakin rapat, Egann dah mula tidak gentar status bos dan pekerja di antara mereka berbanding mula-mula dahulu. Lagipun, kredibiliti lelaki itu semakin lama semakin dikenali luas, membuatkan dia dikenali di syarikat-syarikat lain dan seterusnya dikejar-kejar untuk bekerja dengan mereka. Jika Naadia nak bermain kuku besi dengan Egann, lelaki itu mungkin tidak akan berfikir dua kali nak keluar dari syarikatnya dan join syarikat lain. Dia rugi seorang pekerja yang sangat berkebolehan, dan rugi eye candy di pejabat.

Mungkin ada cara lain nak menyelit dalam kehidupan mereka dan merampas Egann... sambil berfikir, gambar Husna diambil menggunakan telefon bimbitnya, sebagai rujukan pada masa kelak.


DIA tengah terperuk dalam biliknya. Lampu dibiarkan tak hidup. Terasa selesa merengkok di dalam gelap sambil memeluk Little Egan bahana rasa sendu dan sedih yang dirasai. Muka turut dibenam pada bantal peluk itu, cuba melawan rawan yang menggigit-gigit ulu hati perempuannya.

Dia baru saja balik dari KLCC bersama rasa kecewa, sedih, terkilan, benci, menyampah, rasa nak membunuh si suami, dan 1001 perasaan lain. Tetapi jauh di sudut hati dia masih nak berjumpa dengan suaminya itu. Dia benar-benar rindu, dan semakin lama, rindu itu semakin memakan diri.

Dia sepatutnya balik ke rumah kalau betul-betul nak bertemu Egann, itu jauh lebih mudah dari mengharap Egann memberi jawapan balas.

Tapi kenapa dia tak balas? Kenapa dia masih tak balas?!

"GRAAAHHH!" jeritnya lalu meronta sekuat hati. Little Egan dibaling ke lantai sebelum menghempas tubuhnya sekuat hati ke katil. Benci Egann! Jeritnya dalam hati. Air mata dibiarkan menitis ke tilam.

Vivo tiba-tiba berdering. Siapa pula yang call time orang stress ni?! rungutnya dalam hati. Bila skrin Vivo dipandang dengan mata segaris, sentap terus hatinya bila melihat Egann yang menelefon.

Vivo diterbalikkan ke atas tilam. Bibir dimuncung. Masih memilih merajuk.

Handset hitam itu senyap. Kemudian berdering lagi. Sambil menggenggam cadar, handset itu diangkat ke muka. Nama Egann masih terpapar pada skrin. Ibu jari menekan butang hijau, dan speaker dipasang.

"Ayen?" Suara lelaki itu kedengaran.

Sebak terus hatinya bila mendengar suara yang dirindui. Air mata meleleh ke cadar tanpa dipaksa-paksa. Bodohlah hati... kenapa harus dia beremosi begini hanya kerana rindu semata? Dia tak sukakan perasaan ini.

"Ayen sayang... aku ada kat luar rumah ni."

"Pergi balik kubur sana."

"Eh, jangan la kasar sangat hahaha. Kata nak rant, kan. Aku ada bawakan burger. Jom bual-bual kat luar. Tengok langit. Kau boleh ceritakan pasal Husna dengan Doug atau semua patient kesayangan kau kat hospital."

Diam lagi.

"Sorry pasal tadi. Aku tengah meeting masa kau cakap kau ada kat KLCC, jadi aku tak sempat baca. Bila aku pergi KLCC, Husna cakap kau dah balik."

Kening Ayen terjungkit. Meeting malam-malam? "Kau tak tipu?"

"Bila aku pernah tipu kau?"

Ayen diam. Memikirkan sebarang penipuan yang Egann pernah beri. Tetapi tiada. Cis! Takda sumber nak buat bahan bakar!

Egann di dalam kereta masih menunggu pintu rumah itu terbuka. Macammana nak tarik isterinya supaya overlook rajuknya dan tergerak nak berbual dengan dia? Maaf dah diberi, penjelasan dah diberi, tapi itu tak cukup rencah dan drama....

Oh ya, drama kegemaran Ayen.

"Tadi kat KLCC, Husna tersasul panggil Doug abang, tau." Umpan terakhir.

Terus wanita itu meloncat dari katil. Baju dibadannya ketika ini ialah seluar pendek Hawaii paras paha serta T-shirt gedabak. Lekas ditukar Tshirt dengan hoodie supaya kepala boleh ditutup dengan hoodie tersebut. Sepantas kilat, dia bergegas keluar. Bila pintu terbuka, ternampak batang tubuh kesayangannya di luar pagar. Tengah tersenyum luas bersama plastik burger di tangan.

Untuk seketika, mereka berkunci pandang. Tiada pergerakan asing dari tubuh masing-masing, melainkan nafas yang bertukar kencang. Rindu membuak-buak di dalam jiwa seperti limpahan air yang mengalir bila seseorang masuk ke dalam tab air.

Egann menelan liur, menahan derau di jiwa. Debar halus yang timbul hanya bila wanita itu ada di depan mata. Dengan bantuan lampu jalan, Egann nampak kerut di muka isterinya – menahan tangis. Air mata juga mula bergenang pada mata bulat itu.

"Nak peluk?" Tangan ditebar. Menjemput.

Sebak Ayen pecah. Pintu pagar ditolak, selajur dia menerpa ke rangkulan yang terbuka luas untuknya. Air mata Ayen pecah berderai. Dah tak ingat nak malu segan atau nak kawal perasaan. Semua yang berbuku di dada, dilepaskan terus di situ.

"Kau lambat... kau lambat!" Dada suaminya dipukul.

"Ouch. Hahaha. Sorry..." Air mata di pipi itu dikesat. Rambut yang melekat di dahi ditolak ke tepi. Rindunya muka ini ya Allah. Rindunya mata ini, kening ini, hidung ini, malah parut di pipi ini pun. Hoodie ditarik supaya menutup kepala itu. Dagu Ayen dilangut, lalu ciumannya mendarat pada wajah itu. Melepaskan rindu sehabis boleh.

"Macammana kau boleh gila kerja sampai langsung tak ingat nak lawat aku! Kau tak terbang ke luar negara sekalipun!" Marah si bini lagi.

"Hahaha sorry sorry. Tapi aku sebenarnya lost track of time." Pipi digaru. Tak menjangka dia terlalu seronok bekerja hingga dibiarkan Ayen. "Tapi tiga bulan je... bukan tiga tahun..."

Ayen memuncung panjang macam itik, membuat Egann tertawa lagi. Suka benar hatinya. Lalu mereka kembali berpelukan, melepaskan rindu yang masih separuh tangki.

"Sayang..."

"Em."

"Kenapa tak pakai seluar?"

Ha? Ayen spontan menunduk. Masih dengan seluar hawaiinya. Spontan dia menutup paha dengan kedua belah tangan. "Lah!! Aku ingat aku dah pakai!" Otak benar-benar ingat dia ada tengok seluar panjang di dalam bakul, tapi dia ada ambil kah? Ke dia ambil hoodie je?

"Excited sangat nak jumpa hubby dia eh..." Bibir dileret mengusik sambil menarik Ayen memasuki kereta.

"Sebab aku tunggu kau reply call dari pukul lima sampai sekarang!" Mata dicerlang.

"Lalalalala."

Ayen menjuih melihat perangai itu. Namun ketawa kecil akhirnya memutik di pinggir bibir. Hati kembali merasa lega, seolah-olah rasa emo tadi langsung tidak berlaku.

Aircond dihidupkan. Burger dihulur pada Ayen. Berbekal lampu jalan, si isteri yang melahap burger direnung. Rindu yang merajai hati kini memberi rasa pedih. Berbanding bersedih dan marah sebab susah berjumpa, bukan ke lebih senang isterinya dah ada di rumah bila dia balik kerja?

"This LDR is stupid. Siapa yang mula-mula cipta benda bodoh macam ni?"

"Pasangan yang buat sampai lukakan hati masing-masing pun stupid jugak."

Percuma kena balik. "Kenapa kita buat ne'way?"

"Sebab aku lari dari rumah. And then there's the bet siapa akan pujuk siapa dulu."

"Kau pujuk la aku."

"Hell no." Ayen menoleh. "Kau la yang pujuk aku. Benda macam ni dah termaktub dalam Gentleman code, lelaki kena pujuk wife dia tanpa sebarang sebab dan alasan."

"Ah sembang kencang. Kau bukan main lagi demand prempuan kena dilayan sama adil dengan lelaki, tapi bila benda macam ni, you're quick to use your I'm-a-woman card."

Ayen menjeling lagi. Tangan Egann dicapai dan lalu diletakkan atas pahanya. "You can use your I'm-a-men card."

Nak gelak rasanya. "Not exactly the result I had in mind, tapi kau baru je buktikan poin aku." Pipi itu nak dicubit, tetapi tengah mengembung macam ikan buntal. Comel. "I miss this..." ujarnya geram sambil memicit-micit pipi tersebut.

Tangan Egann ditampar. Kacau orang makan! "Nak burger?"

"Takpe. Tengok kau pun cukup."

"Selalunya jadual kau malam-malam pergi dinner dengan bos kau. Malam ni tak pula?"

"Oh. Ermm... sebab kau mintak peluk, so aku tak boleh nak reject. Kau priority."

"Tak payah nak sugar-coat. Priority kau ialah kerja. Lagipun kau sebelum ni cakap dinner dengan bos involve meeting dengan client atau Board members selalunya. Tak apa ke malam ni boleh tolak ajakan dinner sebab aku?"

Egann mula pecah peluh dingin. Dah berapa banyak dia menipu Ayen sebenarnya? Sampai diri sendiri dah tak boleh nak keep track semua penipuan tersebut.

"Hari ini ada mereka ajak dinner makan durian," ujarnya akhirnya.

"Aha... jadi?"

"Aku tak makan durian. Bloated."

"Ooh..."

Thank God she's so trusting!!


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh