Bab 24

Paina here! I dont intend nak upload sikit-sikit. Lagi cepat habis lagi bagus, ye dok. If you followed Ayen-Egann setakat ni, i started the new uploads dekat chapter 22. The big fight revolving Naadia has started. Thank you for reading!

----------------------------

ADALAH diciptakan sifat manusia supaya menjadi terburu-buru. Terburu-buru nakkan kemewahan. Terburu-buru nakkan perempuan. Malah, terburu-buru nakkan pewaris seperti apa yang dirasai oleh Egann. Kegagalan cycle IVF pada Ayen buat kali kedua memaksanya berkolaberasi dengan doktor dan makmal tersebut untuk menyeludup beberapa sampel telur persenyawaan mereka dan dipindahkan kepada Naadia – semuanya dilengkapkan di luar pengetahuan isterinya itu.

1943. Naadia: I have a feeling this will work. I'll text you if its positive <3 

Egann merenung text itu bersama perasaan yang bercampur aduk. Apa benda ni? Rasa bersalah kerana menggunakan jalan yang kotor malah menipu Ayen juga... tetapi pada masa yang sama dia mengharap benar usahanya kali ini akan berjaya. Dia cuma mahukan anaknya sendiri... salahkah?

Itu tak salah, tapi masalahnya niat tak menghalalkan cara, sebab itu rasa bersalah berat sangat pada hati yang sedar. Egann meraup muka, lalu memasuki bilik tidurnya. Ayen dilihatnya tengah sujud di tikar sejadah. Eh, tengah solat ke? Bila didekati, rupanya isterinya itu tengah tidur.

Lah.

Masalah yang kedua ialah isterinya ini. Kalau keputusan Naadia negatif, dia tak perlu menceritakan pada Ayen. Tapi kalau positif, yay, jadi macammana dia nak jelaskan pada isterinya itu nanti? Apa reaksi Ayen? Mengamuk? Tumpang gembira? Akan kekal menyokongnya dan membesarkan anak itu macam biasa?

"Babe..."

Suara sendu itu membuat Egann menoleh. Isterinya dah pun bangun, malah menangis. Pulak.

"Kenapa ni?"

"Aku nak minta maaf..." Esak ditarik. "Aku period lagi... waaahaa..."

Dipedulikan tangis macam budak, baju terus ditanggalkan. Nak mandi. "Kalau period kenapa solat?"

"Aku tak solat... aku nak cari comfort..." Air mata dikesat. "Aku rasa Allah marah sebab aku marah kat kau tak tentu pasal... sebab tu Dia gagalkan lagi percubaan kali ketiga ni..."

Ah. Egann baru teringat. Dia terlalu fokus dengan peratus keberjayaan pada Naadia hingga lupa kegagalan pada Ayen. Tuala dibalut pada pinggang. "Its okay. Benda nak jadi."

"No... its not okay..." luah si isteri lagi, lalu berbaring ke belakang. Tangan merentangi perut yang nipis. "All you want your whole life ialah keluarga yang sempurna. What's a wife for kalau tak boleh nak berikan apa yang suami dia nak..." Air mata meleleh lagi, menangisi kegagalannya buat kesekian kali. "Lambat laun, kau akan tolak aku ke tepi sebab aku dah takda nilai dekat kau."

Air muka Egann berubah sepenuhnya. Spontan kepala dipaling pada batang tubuh yang terbaring di hujung bilik sana. "No I wont." Lidah cuba menafi, tetapi apa yang baru dibuat bersama Naadia dah pun membuktikan insecurity si isteri.

Ayen menafik nafas dalam. Tisu yang dibekalkan bersama dicapai, lalu hingus cair dihembus. Dia bangun semula. Kedua belah kaki dikangkang, diregang lentur membuang lenguh. Egann dipandang bersama muka basah.

"At this point, kalau kau nak kahwin baru, aku tak kisah. Aku well aware dengan kelemahan aku sendiri."

"Ayen... aku takkan duakan kau..."

"Do you want your child or not?" soalnya dalam muram.

Liur ditelan. Keras sekali. Nafas cuba ditarik walau dada masih padat dengan rasa dosa dan bersalah. "W-well... apa kata kau bagitau aku apa benda yang kau marahkan sangat sebelum ni? If we can sort it out... mungkin hati kau jadi lebih ringan dan the next time kita try... telur tu akan melekat kat rahim kau?"

Muram lagi. Muka ingin tahu suaminya menarik air mata Ayen untuk meleleh tanpa penat. Macam takkan kering air mata itu. Mungkin akan terus keluar sampai jadi tawar sebab mineral dalam badan dah habis.

"Aku taknak rosakkan hubungan kau dengan CEO kau..."

Automatik dari Egann berkerut. "Sebab Naadia?" Lalu Ayen didekati. "Dia cakap apa dekat kau?" soalnya sambil mencangkung di sebelah Ayen.

"Kalau aku cakap, kau jangan marah dia pulak," pintanya.

"Aku nak marah dia kenapa?"

Bibir digigit. "Dia bagitau aku yang kau meniduri dia masa kat PD..."

Mata Egann membulat seluasnya. "That fc—" Jerit tertahan bila tangan Ayen menutup mulutnya. Dengan muka tegang, tangan si isteri dialihkan. "Kenapa kau tak clarify dengan aku?!"

"Sebab bila aku tanya apa benda yang jadi kat PD yang buatkan kau balik awal, kau cakap takda apa, takda apa, takda apa! Kau ingat aku nak buat apa lagi kalau suami aku sendiri taknak share apa yang berlaku!" luahnya, turut beremosi. "Obviously whatever had happen... is hard enough for you to tell."

Kepala Egann spontan terjatuh bersama keluh. Beratnya! Kepala digaru kasar hingga jatuh kelemumur ke lantai. "Tapi kau percayakan aku, kan?"

"Hardly."

"Ayen..." deram Egann.

Wanita itu memuncung lagi. "Dia bagitau kau kiss lelaki lain kat kaunter bar..."

"THAT MOTHERf—" Termati lagi bila mulutnya ditekup tangan kecil si isteri. Pandangan mereka bertaut. Mata yang berkaca itu menjentik hati lelakinya. "Lagi? Dia cakap apa lagi?"

Ayen menarik tangannya. "Aku ingat dua tu je... yang paling ganggu tidur aku sampai hari ini..."

"Ayen huhuhu. Kenapa kau tak tanya..." keluhnya, akhirnya terduduk. Kedua belah tangan kini meraup kepala sendiri. Rambut ditarik sekuatnya, mahu mengurangkan sedikit perit yang dirasai dalam hati.

"Aku tunggu kau cerita sendiri... tunggu kau percayakan aku, cukup walau secubit... untuk share what went wrong there."

"There's nothing went wrong, sebab nothing happen. Sebab tu aku..." Kata-kata tersekat sendiri. Sebelumnya, kalau tiada apa yang berlaku, pun tak salah kalau berterus terang. Orang hanya menyembunyikan sesuatu bila sesuatu betul-betul terjadi, jadi Ayen mungkin fikir bukan-bukan sebab salah faham yang tidak dileraikan antara mereka. "Jadi kau dengar dan hadam je apa dia cakap... dan tahan sakit sampai sekarang... sampai kita gaduh tak pasal-pasal?"

Ayen mengeluh pendek. "Aku try defend kau. Sebab dia mabuk, boleh jadi dia berhalusinasi je... lagipun aku tengok dia macam obses dekat kau..."

Fuh. Mujur isterinya pandai. "At least sekarang kau tahu takda apa yang jadi, kan?" pintanya pada si isteri.

"Aku tak tahu... can I trust you that nothing happen?"

"Yes."

"So kau dengan dia..."

"Dia confess. Dia frust bila aku reject. Dia tarik aku ke kelab... and then she dance her frustration out. Dia mabuk. Dia tuduh aku kiss dengan lelaki sedangkan aku rilek je layan diri sengsorang. And then dia ajak buat drinking game. I made her drink so much sampai dia pengsan. Kemudian aku hantar dia ke bilik tidur dia. Habis kat situ."

"Jadi kenapa dia yakin sangat dia ditiduri?"

"Dia mabuk sayang... kau sendiri dah cakap..."

"I'm afraid the problem is deeper than that. Walaupun mungkin benar dia berhalusinasi sebab mabuk, tapi kalau dia yakin yang kau tiduri dia tapi kau tak bertanggungjawab kat dia... boleh jadi lepas ni akan berlaku benda lain yang buat dia cuba nak dapatkan kau bertanggungjawab atas kerosakan yang dia ingat kau dah buat..." Anak mata biru yang kini menunjukkan gentar itu direnung redup. "Contohnya kanser. Walaupun kami cuba bagi comfort dekat patient dengan merawat semua symptom dia, kalau kanser tu tak ditemui dan dikeluarkan semuanya, sel rosak itu... punca masalah itu... akan metastises, merebak ke seluruh organ lain. Walaupun dah ditemui, dan dibuang, dan patient diberi rawatan chemo... the cancer could return, you know. Chances are high."

Egann turut meluruskan kakinya lalu. Kedua belah tangan ditongkat ke belakang. Lantai direnung, dan tapak kaki digoyang-goyang kiri dan kanan.

"Jadi macamana nak rawat kanser supaya pulih sepenuhnya?"

"The idea is, at what stage is the damage caused by the broken cell?"

"Maybe two... or three..." Kalau Naadia positif, sememangnya hal akan jadi jauh lebih sukar, bisik hatinya.

Mata Ayen membulat. "Three? Really? Aku sendiri baru letak label stage one. How worst has you seen her berbanding aku sebenarnya?"

Mereka berpandangan.

"Y-yea... sebab Naadia macam... terminal cancer yang bila hinggap dekat host... the patient is either mati dalam sakit sampai mintak doktor perform euthanasia sebab dah taknak menderita atau... mati dalam bahagia sebab masih ditemani teman-teman, wife, family members... sampailah the end of his life." Entah kenapa dia membayangkan diri sendiri sebagai euphemism pesakit kanser tersebut.

Ayen mendiam, merenung muka kusut suaminya. Apa yang Egann tahu sememangnya lebih dari apa yang dia tahu. Jika keengganan Egann berterus terang sebelum ini menjadi punca gaduh, jadi kali ini dia akan tumbuk perut si lelaki supaya dia muntahkan semua benda mengenai wanita kanser tersebut.

"Apa benda yang dia dah buat dekat kau lagi?" soalnya tegas.

"Hm? Takda apa..."

"Kalau macam tu... apa benda yang kau dah buat dengan dia sampai rumah tangga kita masuk kanser tahap tiga?"

"M-maybe bukan tahap tiga... maybe dua..."

"What. Did. You. Do." Satu persatu disebut.

Egann terdiam. Mata yang menerkam garang itu membuat jiwa sedikit kecut. Lambat-lambat, bibir dikemam. Dizip. Taknak kongsi.

Darah terasa menyirap ke kepala. Hati benar-benar terasa nak meletupkan lava, tetapi akal masih gagah mengekalkan waras. Usaha mendisiplinkan diri sepanjang pengalaman menjadi seorang doktor yang terpaksa menjaga pesakit terutama menjaga hati keluarga pesakit menjadikan Ayen cukup tahu macammana nak melayan marah sendiri, terutama bila berdepan dengan perangai yang enggan bekerjasama seperti suaminya sekarang.

"Dia goda kau?"

Geleng.

"Kau goda dia?"

"Heck no."

Diam seketika, berfikir.

"Kau plan surrogation dengan dia kat belakang aku sebab aku masih fail berkali-kali dan kau try contingency dekat dia sebab peratusan dia mengandung jauh lebih tinggi?"

Seperti penembak tepat!!

Anak mata hitam itu mengecut hingga meninggalkan iris biru sahaja. Wajah Egann mengetat. Pucat. Melihat bahasa tubuh itu, darah Ayen semakin mencapai takat didih, lagi-lagi bila tiada penafian dari mulut si lelaki. Bahang di muka semakin lama semakin panas. Yang menariknya, dia tak terasa nak menangis langsung. Dia hanya mahu meletup.

"Tekaan aku betul? Did you guys did it already?"

Diam.

"Do you love me?" Bentuk soalan ditukar. Menyerang tepat ke hati pula.

Hati Egann mula terasa pedih. "Of course..."

"Still?"

"Ayen... of course..."

"Kau nak aku mintak cerai?"

Giliran hatinya pula mengecut. "What? No!! Kau jangan bunuh aku macam ni!!"

Nafas yang tersekat di anak tekak, ditelan. "Kalau macam tu, why am I in this marriage? You could work it alone, if you want. Cari mana-mana telur sihat yang available and stick your sperm in it to make your own God forsaken copy—"

Mulut Ayen ditutup dengan tangannya, meminta si wanita berhenti berkata-kata. Ayen tengah mengamuk, dia faham. Macam gunung berapi meletup di bawah laut. Nampak tenang di permukaan, tetapi umpama neraka di dalam. Carca marba. Kacau bilau. Water current berputar dan merosakkan ekosistem laut. Malah mampu melahirkan tsunami yang merosakkan darat yang berdekatan.

"You don't mean that..." luahnya bersama keluh. "Tapi tekaan kau betul. She offered... Aku tempted after the second failure. Sekarang masih tak tau result. Kalau positif... well, I don't know. Kalau negative..." Liur ditelan lagi. "I'm... I'm sorry..."

Ayen menarik tangan Egann dari mulutnya. Mata dipejam, menahan bara yang masih marak membakar. Muka kemudian dilangut, menahan diri dari tewas dengan rawan yang mula menggigit.

"Kalau positif... congrates. Usaha kau sejak bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil..."

"Thanks."

Sepatah balasan dari suaminya mematikan semua kata-kata yang tersusun dalam otaknya ketika ini. Seperti – jangan bercakap dengan aku lagi! Atau – kahwin je lah dengan dia dan tinggalkan aku seorang! Atau – pilih, dia atau aku!

Sepatah kata itu memberitahunya apa yang benar-benar dirasai si suami sejak bertahun-tahun. Seorang anak. Juga sinonim untuk sumber kegagalan dia hingga memaksa suaminya menggunakan alternatif lain di luar. Perit yang menyelubungi hati kini memakan diri. Air mata tumpah lagi. Senyap dan tenang, membawa sekali rasa terkilan serta kecewa yang merasuk.

Ayen menangis seperti hujan yang turun pada waktu petang. Tiada ribut atau angin kencang. Sekadar air yang tumpah yang menangisi bumi. Air yang mengalir laju dalam longkang. Memenuhkan lopak di jalan. Langit penuh dengan awan tebal. Memberi rasa kosong pada mata yang melihat. Rasa sunyi. Rasa basah. Tiada kedengaran apa-apa, melainkan bunyi hujan renyai yang memenuhi persekitaran.

Itu ialah rahmat dari Tuhan, manakala dia tiada peranan dalam menyumbangkan apa-apa.

Suara Egann yang memanggil dan menegurnya tidak hinggap di telinga. Wanita itu bangkit dari duduk. Telekung ditanggalkan, sejadah dilipat. Dia bergerak ke meja kerjanya. Earphone dipadat ke telinga, mendengar Gerimis Mengundang menjengah otak.

"Cilakak. Takda lagu lain ke apa?"

Senarai lagu-lagu lama dalam library muzik dicari. Carrie Underwood – Before He Cheats. Hhm. Lagu yang perfect.


SEPERTI rutin biasa bilamana Ayen kecewa dengan apa yang berlaku di rumah, dia akan menenggelamkan diri dalam kerjanya hingga langsung tak nampak batang hidung. Wanita itu keluar awal pagi dan balik lewat malam. 36 jam shif ditukar kepada 72 jam. Bila balik rumah, Egann tidak ditegur atau dipandang walau sedikit. Sesekali mereka bertukar kata, tetapi mata Ayen tidak pernah hinggap ke arahnya.

Sikap itu melarat hingga cukup seminggu. Egann memutuskan untuk tidak memujuk, memandangkan Ayen akan pandai terpujuk sendiri. Itu yang selalunya. Ayen selalu tahu macammana nak bangkit sendiri. Mencari alasan untuk berkompromi. Untuk tidak memanjangkan gaduh.

Tapi betapa Egann tidak sedar, kali ini marah senyap Ayen benar-benar boleh membunuh hubungan mereka.


POSITIF.

Berita kegembiraan yang Naadia maklumkan padanya cukup untuk membuatkan Egann meloncat di bilik mesyuarat selepas selesai mesyuarat bersama ahli Lembaga.

"Kenapa sekarang baru bagitau?!" soal Egann dengan suara yang tertahan.

"I thought its better to deliver the news when you least expect it..."

"Hahha you sly woman." Muka diraup dengan sebelah tangan. Dia benar-benar ingatkan rancangan dengan Naadia pun gagal memandangkan masih tiada jawapan selepas beberapa tempoh. Siapa sangka itu ialah rancangan wanita itu nak memberi kejutan padanya. Egann rasa dia boleh menangis sekarang! "If we're in a physical relationship, I would've kissed you right now!"

Senyuman Naadia bertukar sumbing. "Yea... too bad...." Hambar. Egann dilihatnya mengeluarkan iPhone. Senyuman lelaki itu lebar sekali. Sinar di mata juga masih terang benderang pada masa depannya. Kerana satu-satunya kehendak yang paling diingini seluruh alam semesta itu kini bersinar harapan untuk ditunaikan.

Naadia menahan senyum. Tingkah laku Egann benar-benar comel di matanya. Tetapi comel si lelaki dimiliki perempuan lain, dan dia tak mampu nak berbuat apa-apa selain melihat dari jauh.

Panggilan tidak bersahut. Egann mengeluh pada nama Ayen di skrin iPhone. Dia masih marah, kah? Atau tengah sibuk di hospital? Tapi khabar gembira masih perlu diberi, lalu disampaikan melalui Whassap.

"I hope she's happy with this..." Itu harapannya.

Tetapi hubungkait antara harapan dengan kesakitan cukup lurus dan literal. Semakin tinggi harapan, semakin pedih sakit yang dialami. Umpama Icarus yang terbang tinggi di langit demi mencapai matahari, tetapi akhirnya jatuh ke bumi bila lilin pada sayapnya mencair. Jika tak kebal, boleh maut.

Dan itulah juga apa yang dirasai oleh Egann ketika ini. Reaksi Ayen tidak seperti yang dijangka. Dia balik dalam keadaan teruja. Menunggu dan mengharap reaksi yang sama dari isterinya. Malah disediakan tomyam untuk meraikan kegembiraan pada hari ini.

Tetapi Ayen balik ke rumah, masih dengan muka masam. Moody. Excitement, zero.

Egann tak puas hati. "Kenapa kau macam ni?" soalnya sambil menarik tangan Ayen sebelum isterinya beransur naik ke bilik dan seterusnya hilang dalam dunianya sendiri seperti kebiasaannya.

"Kenapa apa? Aku penat. Aku nak naik. Aku kena siapkan report." Tangan ditarik balik tetapi Egann tidak melepaskan. Jika dilihat pada apa yang berlaku sepanjang perang dingin mereka seminggu ini, jangan sekali-kali lepaskan Ayen pergi dan lari masuk ke dunianya.

"Sebelum ni, walau sibuk macammana pun kau, kau ada masa untuk aku. We're gonna have our baby, for God sake. Lupakan kejap marah kau dan enjoy the news dengan aku, tak boleh ke? Aku siap masakkan tomyam kegemaran kau..." Ibu jari ditunjuk pada makanan yang dah disediakan di atas meja.

Ayen menjeling pada renungan sayu itu. "Aku tak boleh nak pejam mata dan tutup hati macam kau untuk pandang budak tu sebagai anak kita..."

Hatinya terjentik. Si isteri kini dipandang dengan muka berkerut. "Apa maksud kau? Of course dia anak kita. Takkan anak aku dengan Naadia pulak."

"You could say that. Korang plan that thing together. And when she bore the child, korang share the happy news together. Dia sanggup tahan sakit mengandung apatah lagi sakit melahir nanti, hanya sebab nak deliver the little ray of sunshine dekat kau... She's so involved in this relationship... dan aku sekarang ni sekadar penonton kat luar pagar."

Air muka Egann mengetat, tidak gemar mendengar persamaan itu. Badan direndahkan supaya rapat dengan muka ketat isterinya. "Don't you say that. Aku tak habiskan beribu-ribu duit dan langgar halal haram just because kau boleh senang-senang cakap kau sekadar penonton. That baby is ours. That's the whole reason kenapa semua benda ni terjadi. Naadia is nothing. Dia hanya ibu tumpangan." Tegas.

"And don't YOU dare saying that. Jangan panggil dia 'hanya ibu tumpangan'. Respect sikit position dia sebagai emak dalam relationship korang." Desis Ayen, kali ni marah kerana lelaki ini berani memandang rendah pada peranan wanita yang sedang mengandungkan anaknya itu. "At this point, its better kalau kau nikahi dia terus sebelum budak tu lahir dalam keadaan haram..."

Sekali lagi tangan Ayen ditarik sebelum wanita itu beralih. Kasar kali ini, malah menghadirkan sakit. Ayen menoleh kembali dengan wajah berkerut, kali ini menentang Egann yang berkerut merut menahan marah yang melonjak-lonjak.

"Anak haram? Kau nak cakap anak kita anak haram? How dare you... Aku tahu cara itu salah. Niat tak menghalalkan cara, whatever! Kau boleh lecture aku pasal agama dan moral value anytime you want, tapi that kid is still our kid! For God sake, Ayen. Kita dah bertahun usahakan budak ni! Aku ingatkan kita sama-sama nakkan benda ni!"

"Yes, aku nak! Tapi bukan dengan cara kotor dan confusing macam ni! Kau cakap kau nak kita berdua, tapi sekarang, kalau kau tak nampak, rumah kita dah ada orang ketiga! Naadia is in this household as much as us dan aku masih tengah hadam benda tu! Give me my space, la!"

"Jangan biar cemburu kau buat kau fikir melampau-lampau, Ayen! Aku dah cakap Naadia sekadar nak tolong! Dia tahu how hard we're trying to have kids, sebab tu dia—"

"Sebab tu dia gunakan peluang ni untuk rampas kau dari aku!! Dia tahu kau nakkan anak lebih dari segala benda kat dunia ni! Dia nampak peluang bila aku tak boleh nak deliver, jadi dia hulur tangan masa kau tengah buntu! Malah sanggup nak buat anak haram tanpa fikir halal haram..."

"Can you stop calling our child anak haram?!"

Ayen tidak goyah. "Fatwa dah pun establish yang cara untuk kau buat anak hukumnya haram! What else kau nak aku cakap? Butakan mata macam kau untuk terima dia?! Aku faham kau nakkan anak, tapi lebih baik kalau kau nikahi Naadia dari awal lagi dan sumbat berjuta-juta sperm sihat kau dalam rahim dia daripada kau confusekan keadaan pakai baby tube yang sama tahap haram dengan berzina!"

"Hey!! Aku tak berzina dengan Naadia! Jaga sikit mulut kau! Marah jangan sampai memfitnah!"

"Aku tak cakap korang berzina!! Aku cakap—!" Muka diraup, cuba memasak sabar pada amarah yang membakar. Udara panas dilepaskan dari dada melalui hembusan nafas panjang. "For all I know, ini hal korang berdua. Kalau kau nak kahwin dengan dia, aku support sangat-sangat. Jauh lebih mudah kalau kau tak payah involve aku dalam everything antara kau degan baby korang..." Putus asa.

Dan sesungguhnya, tingkah laku itu umpama menyimbah minyak ke dalam bara api yang sedia marah. Amarah Egann menjulang. Ayen bukan saja putus asa nak bergaduh, tapi putus asa dengan hubungan mereka mahupun impian membina hidup bersama.

Apa benda perempuan ni? Bukan ke mereka juga yang berusaha nakkan Erik dari awal lagi? Kenapa sekarang tiba-tiba nak lari?

Buku lima digenggam seeratnya, lalu pangkal hidung ditekan kuat. "Berapa kali aku nak ulang, itu baby aku dengan kau. Baby itu ialah usaha kita selama ini. Itu persenyawaan sel kita." Liur ditelan. "Naadia tak rampas aku dari kau. Naadia. Sekadar. Ibu tum-pa-ngan!!" Satu persatu disebut, biar masuk dalam otak bebal isterinya.

"Naadia masih ialah emak!! Stop degrading her by calling her that!!"

"ARE YOU HATING HER OR SUPPORTING HER?!! STOP CONFUSING ME!"

Letupan suara Egann membuat Ayen tertelan jeritannya sendiri. Untuk seketika, mereka bertentangan pandang. Nafas cukup sesak di dada. Semak. Ayen hampir menangis. Egann masih cuba mengawal emosi dari meletup hingga tak terkawal.

"I'm asking you... to be happy with me... now that kita dah ada harapan baru yang Erik akan lahir. Are you with on this or not?" soal Egann bersama suara tenggelam di anak tekak. Bergetar dengan sabar.

Getaran itu benar-benar dirasai. Seperti empangan yang hampir pecah sebelum air melimpah dan membunuh terus saki baki cinta yang bersisa. Namun Ayen tak peduli. Lelaki itu yang mula mencedok di air yang keruh, dia tak merancang nak menyerah.

"You're on your own. I don't want any part on your shenanigan kali ni."

Hampir pecah tangisnya mendengar keputusan itu. "Its official. Kau secara rasminya isteri nusyuz."

"Whaa...?!"

"Mulai hari ni kau tidur seorang sampai kau minta maaf kat aku." Selajur dia berkalih. Kunci kereta dicapai, lalu dia keluar dari rumah.

BAM!! Pintu ditutup kasar. Gegaran pada impak tersebut membuatkan jam di dinding terjatuh ke lantai. Pecah. Ayen di anak tangga, menahan asakan emosi. Dadanya turun naik. Hati menjerit-jerit jangan menangis. Jangan menangis. Jangan menangis. Tapi air mata pecah juga ke pipi.

Lekas diseka dengan belakang tangan.

Derhaka tak derhaka. Egann sendiri menjemput masalah ini sejak lelaki itu buat membuat keputusan bersama Naadia di belakangnya. Ayen takkan berkompromi. Benang merah yang menghubungkan jodoh mereka akan dibiarkan terputus kali ini.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh