Bab 35

PERBUALAN itu didengari. Ayen membuka matanya perlahan-lahan, melihat TV yang sedang menyiarkan Didi and Friends di depan sofa. Sebelah kiri, Yunus tengah berbaring di pahanya manakala di sebelah kanan pula, Ilyas berehat di bawah ketiaknya. Perasaan Ayen menghangat bila merasa kehangatan tubuh-tubuh kecil di rangkulan.

Datangnya dia ke sini sebab nak cari ketenangan, serta nak melarikan diri.

Solace and escapism.

Tetapi kawan barunya itu mengkhianatinya pula. Belakang kepala Doug yang sedang menentang tingkap, direnung. Dan bila lelaki itu selesai berbual, terus mukanya dipasang cerun supaya Doug tahu dia marah.

“Lah, kau dah bangun?” tegur Doug.

“Kenapa kau report kat dia? Pengkhianat.”

“Just because aku support kau yang kurang bernasib baik, that doesn’t mean aku berkenan tengok perangai kau yang masuk rumah aku lepas tu peluk anak-anak aku sedangkan laki kau sendiri tak tahu.” Iphone dilontar ke atas meja. Terketak bunyinya bila bertembung dengan permukaan kayu jati. Kemudian si prempuan bertudung pula ditentang. “Kau okay ke tidak sebenarnya ni?”

“Bila pula aku tak okay…”

Hanya kening kiri yang membalas penafian itu. Ayen mengeluh lalu. Kepala disandarkan.

“Just trying to adjust to life after the honeymoon period is over. Give me a break.”

“A break from your own husband?”

“Kau juga yang dah ramal awal-awal yang aku dengan Egann akan alami masalah selepas honeymoon period over… mixed-oriented relationship takkan berlayar dengan mudah… bak kata kau…” Dengan muka berkerut, mata cuba dipejamkan. Mahu tidur. Mahu melarikan diri walau sekejap. Mahu bertenang walau palsu.

Lelaki duda anak dua itu pula mendiam seketika, mengingati kata-katanya sendiri yang entah zaman bila disebut. “Aku ada sebut tu ke?”

“Ha’ah. Zaman kau masih dengki dengan aku sebab Egann pilih aku…”

“Naturally…” Punggung dilabuh di sofa di sebelah si perempuan. Dagu diusap, mengingati kenangan lama. “Dulu aku yakin gila Egann pilih kau sebab nak terus tipu adik dia… atau tipu masyarakat. That guy punya kesungguhan nak diterima masyarakat Melayu memang high level…”

Ayen spontan tersenyum. “Macam Mat Dan versi KL.”

“Tapi dia juga cuba nak bunuh aku bila aku cakap aku nak rampas kau dari dia.”

Mata Ayen terbuka spontan, lalu dia menoleh. Doug sedang menjeling padanya sambil mengusap dagu licin.

“Dia tengah hadap KLCC, stress sebab kena manage dua perempuan walaupun dia yang cari masalah tu sendiri… tapi perasaan dia dekat kau tulen, Ayen… that husband of yours diam-diam jahat orangnya, penipu sikapnya, tapi perasaan dia dekat kau… even aku sendiri tak boleh nak nafi…”

“Kau nak rampas aku??” Nganga. Terjawab sangatlah dengan perangai agresif Egann yang terlalu tiba-tiba setiap kali nama Doug disebut.

Mata Doug membulat. “That’s your takeaway? Aku nak bagitau husband kau cintakan kau, ni!”

“Aku memang tahu dia cintakan aku. Tapi aku lebih terkejut bila orang macam kau nak rampas aku dari laki aku.” Lalu dia menyengih. “Pheromone aku melimpah-limpah sampai boleh tarik perhatian kau, eh? Segan la macam ni…” Belakang kepala digaru. Malu-malu.

Geram dibuatnya. “It’s just a joke! Aku cuma nak Egann tengok apa kesan yang boleh berlaku kalau dia masih nak layan Naadia tanpa pedulikan perasaan bini dia!”

Ayen terus tersengih-sengih. Diam seketika, merenung lantai. Kemudian sengih memudar. “Aku takda intention nak keluar dari life dia, tau… aku fully intended nak stay dan bertahan…” Bila Ilyas bergerak, lekas ditepuk paha si anak kecil supaya tidur semula. Dicium kepalanya lembut. “Aku tetap sayang dia…”

Doug mengeluh. Jadi bukannya masalah dari segi hati dan perasaan yang goyah kerana Naadia. “Dah tu, apa yang jadi sampai kau nak berehat dari dia? Sampai lari ke sini…? Sampai minta aku berkomplot untuk sembunyikan kau?”

Ayen tidak menjawab. Doug turut senyap, tidak memaksa soalannya berbalas. Mereka terus melayan diri dalam hening hingga Ayen tiba-tiba melepas tawa kecil.

Si lelaki menjeling. “Gila kau dah sampai?”

“Kinda…” Belakang telinga digaru. “Aku ialah villain dalam kisah cinta kami, Doug…. Aku lari sebab aku baru sedar pasal tu…”

“Laki kau pun sama.”

“Em?” Ayen menoleh.

“Laki kau pun sama. He is also villainous as much as you. You guys punya marital problem bukan berpunca dari kau seorang, tapi sebab dia juga.”

Terkaku. Terlalu gamam hingga tak tahu nak berkata apa.

Bila perbualan itu termati sekali lagi, Doug menukar topik lagi. “Kau berdua dah decide apa yang nak dibuat dengan Naadia?” Ingin tahu, kerana perempuan itulah punca rumah tangga rakannya itu bergolak hingga sekarang.

“Egann cakap dia akan putuskan hubungan dengan Naadia lepas Erik lahir…”

“Naadia akan lepaskan Egann lepas Erik lahir?” Soalan menduga.

Ayen menelan liur. “Aku tak tahu…”

“Bila due?”

“Pun... aku tak tahu…” Menggeleng kini.

Nafas kecewa terhembus. “I have a feeling Egann frust sebab kau tak ambil tahu hal baby yang sepatutnya kau berdua akan terima nanti...”

Spontan tersenyum. “He did, ya. He really did…” Mengingati rentetan pergaduhan selama berbulan-bulan selama ini, tangisnya pecah. Yang menghairankan, senyumannya melebar. Kelakar. Kerana terasa sadis! Semua benda yang berlaku itu sebab Egann nakkan anaknya. Tapi bila dia mengandung, dia pula melarikan diri.

Apa benda kau buat ni Ayen?? Aku tak faham....

Lalu mulut ditutup dengan sebelah tangan, kali ini membiarkan rawan merasuk hati. Satu persatu air matanya jatuh ke pipi. Lebat sekali. Macam membuka pintu empangan. Air bah melimpah sehabisnya hingga membanjiri kawasan rendah.

Si lelaki menelan nafas bila melihat tangis itu. Senyap sekali sifatnya. Langsung tidak menjangka tangisan sebegitu walhal tengah tersenyum dan berbual santai sebegini. Retak dalam hubungan suami isteri itu mungkin jauh tersembunyi dari apa yang ternampak oleh mereka.

“Ayen…”

Si wanita yang tengah mengelap air mata dengan tudung, menyahut dengan deheman.

“Egann tahu ke tidak… yang hati kau terluka?”

Senyap.

“That guy ada impression yang kau perempuan yang lain dari yang lain… yang hati kuat, kental, besi macam robot… yang kau jenis tak beremosi, yang boleh berfikir rasional… macam lelaki… tapi dia sedar ke tidak yang kau masih ialah perempuan yang mudah terluka walaupun dengan sedikit sentuhan?”

“Pergh ayat kau. Puitis.”

“Aku tengah serius, Ayen.”

Senyum lagi walaupun pahit sifatnya. “Aku nak berehat, Doug…” pintanya bersama tangis yang keluar lagi. “Jangan tanya aku semua soalan ni… aku taknak fikir pasal Egann sekarang ni… aku boleh jadi perempuan berhati jantan macam yang dia nak, tapi aku perlu berehat kejap… give me my space, please…”

Si kawan kini mendiam. Gagal membalas.


“AYEN kat rumah Doug?” soal Saif di kepala katil. Terkejut dengan berita itu. Husna yang baru menutup panggilan, mengangguk. Si lelaki menoleh pada jam dinding. Hampir 12 malam. “Waktu macam ni?”

Si isteri tidak menjawab. iPhone diletakkan di atas cabinet sebelum merangkak ke bawah ketiak suaminya. Muram sekali mukanya, menarik perhatian Saif untuk menegur.

“Doug ada bagitau kenapa Ayen buat perangai?"

"She wanted space."

"Space? Angkasa lepas?"

Percuma perut dicubit. Saif meraung, manakala Husna membaringkan tubuhnya. “Ayen nak berehat dari Egann…” luahnya sambil merangkul tubuh si suami kemas-kemas.

Melopong. Spontan kepala dipalingkan ke pintu bilik tetamu. Entah apa perasaan abangnya bila dapat tahu hal sebegini.

“Abang…” panggil Husna dengan suara menggumam.

“Ye sayang…”

“Semoga rumah tangga kita berlayar dengan lancar…” pintanya sesungguh hati. Tak mungkin akan berjalan lancar sebab lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Tapi kalau boleh, dia taknak terlalu teruk hingga dia perlu merasa apa yang Ayen rasa sampai tidur dekat rumah orang lain semata-mata nak berehat dengan suami sendiri.

Saif mengemaskan rangkulan pada tubuh isterinya. Diciumi wajah itu penuh sayang. Terfikir juga apa yang dia akan buat jika Husna buat perangai pelik macam Ayen.

Abangnya pula macammana….

Setelah Husna tidur, barulah lelaki itu bangun dari katil. Tanpa berbaju, dia keluar dari bilik tetamu dan terus ke dapur. Seperti yang dijangka, si abang itu ada di situ. Egann pula menyambut kehadirannya dengan renungan tak berkelip.

“Berhenti,” arah Egann.

Saif berhenti berjalan.

“Kau mandi hadas dulu sebelum berdiri tiga langkah dari abang.” Tangan diawang, menghalau.

Bodo. “Kami tak buat la. Husna cuti... masa Maghrib tadi... dasar perempuan...” desisnya dengan rasa sebal sebelum merapati meja makan. Si abang tengah mengisi bekas M&M dengan beberapa plastik baru. Beberapa M&M merah diasingkan di pinggan lain sebelum memasukkan selebihnya ke dalam bekas. Itu benda yang sama yang Ayen pernah buat suatu pagi dahulu. “Abang asingkan yang merah sebab abang nak makan asing ke?”

“Eh, tak… abang perasan Ayen selalu asingkan yang merah walaupun abang tak tahu kenapa. Abang buat je supaya dia happy.”

Jatuh rahang. “Dia asingkan sebab dia ingat abang suka makan warna merah, jadi dia nak makan yang merah depan abang supaya abang jealous!”

Egann menoleh terkejut. “Lah. Ye ke? Mana kau tau?”

“Sebab Saif tanya!”

Nganga lagi, lalu pinggan berisi M&M merah dipandang. “Abang ingat dia suka merah sampai taknak kongsi… sebab tu dia asingkan awal-awal…”

Mereka berpandangan.

“Misunderstanding macam ni cute and harmless, tapi we can see the gist of your communication pattern with her…” komen si adik, mencapai M&M biru dan dimasukkan ke mulut.

Si abang tersenyum. Kemudian yang berwarna biru dikeluarkan satu persatu dan diasingkan ke satu tempat untuk diberi pada si adik. Tiada kata yang diberi, melainkan terus mengasingkan merah dan biru dari M&M yang lain. Renungan Egann meredup. Bibirnya melukis segaris senyuman hambar. Tiada kerut di wajahnya tetapi memberi rias lelaki yang sedang berperang antara hati dan akal.

Egann sedang terganggu dengan sesuatu, dan Saif merasakan dia perlu menegur.

“Ayen tidur rumah Doug, abang tau kan?”

Si abang menjeling. Tenang sekali. Dia tahu la tu.

“Ayen nak berehat dari abang… tu je…” M&M digenggam dengan sebelah tangan dan dimasukkan ke dalam bekas.

“Doug bagitau?”

Geleng. “She always does that bila dia penat dengan abang. Dari dulu lagi…” Terus menyauk. “Mixed oriented marriage is not easy, Saif… abang perlu beri ruang dekat Ayen untuk bernafas juga…”

“Tapi kali ni Doug dan naluri abang dah bukan cabaran terbesar dia. Tapi Naadia.”

“Relationship in general is also not easy Saif… lagi-lagi Ayen kena hadap abang sebagai partner dia…” Ayat ditukar.

Nak tergelak dibuatnya. “Some self awareness dari suami yang mencabar syariat Allah sampai bini dia hampir give up.”

Senyum lagi. Kali ini sinar pedih ternampak di matanya. M&M juga sekadar disentuh berbanding diasing-asing macamlah pengasingan suku kaum. “Abang tak berubah langsung dari dulu, don’t I?” soalnya perlahan.

“Hah! Abang dah berubah… abang dah berubah a heck lot…” Nak gelak kalau nak bandingkan Egann yang dulu dengan Egann yang sekarang. Seratus lapan puluh berbeza!

“Good change, I hope?”

“Of course! Sampai Saif boleh mengaku yang Saif bangga—”

“Then why is she running away from me?!” getusnya terus sambil menoleh deras. Mata itu nampak berkaca kini. Malah serius sekali mukanya hingga membuat Saif tergamam. Emosi abangnya tengah bergolak.

“Why are you asking me this?” tanya si adik kembali dengan muka berkerut seribu, membuat Egann pula gamam. Liur yang terasa keras lalu ditelan. Kepala turut tertunduk, seakan mengelak dari terus direnung mata yang cuba membaca itu. Saif mengawal pernafasannya, cuba bertenang. “Is it possible abang tahu silap abang… tapi abang taknak mengaku… dan abang lebih selesa salahkan Ayen?”

“Abang tak—”

“Sebab tu abang merenyam dekat sini, instead of pergi kejar Ayen like you always do… you’re lamenting about yourself, don’t you? Abang tengah question whether ini ialah limit yang Ayen dah tak boleh nak tolerate dan betul-betul tinggalkan abang…”

Senyap terus.

Saif turut senyap.

Jam di dinding berketik, sekaligus menegur mereka yang masa tengah berjalan, malah takkan kembali.

“Abang…” panggil Saif, memecahkan sunyi itu dulu. Egann menyahut dengan deheman. “How far worse the damage done kali ini sebenarnya?”

Kepalanya tertunduk. “That baby bukan Ayen… that baby is mine and Naadia’s…” Rahangnya mengetat. Kedua belah tangan turut bergenggaman seeratnya. “Ini hukuman dengan abang sebab pakai jalan backdoor… sebab desperate… sampai pekakkan telinga dari teguran Ayen…” Kata-kata terhenti bagi memberi ruang untuk tengkuk menelan liur. “Abang buatkan dia menangis, Saif… abang marah Ayen sampai dia menangis sebab benda ni… all those months bergaduh dengan dia… sia-sia…” Muka diraup ke muka. “I’m so frustrated with myself right now…”

Benar-benar menangis.

Saif diam lagi, membiarkan abangnya melepaskan perasaan. “Ayen tahu dari awal lagi kan…” luahnya perlahan. “Rasanya dia dah deal dengan kekecewaan ni lebih awal dari abang, cuma dia tak tahu macammana nak bagitau abang…” Bibir spontan digigit bila Egann memandang ke arahnya. Muka abangnya basah dan merah! Mak datuk. Malu tengok lelaki dewasa maskulin jantan ini menangis begitu. “I mean… haha… you’re quite the impulsive and emotional type.”

Hingus cair ditarik. “Ya…” Telinga digaru, mengingati kata-kata Ayen suatu masa dulu. “Rasanya dia pernah cakap… cuma abang dah penat nak gaduh sampai taknak dengar…”

“See? Ayen should be okay.”

Nafas terhembus. “I see… Good then… but why the haircut and running away from me?” Masih dengan soalan yang sama hingga Saif membatu.

“Husna cuma cakap solidarity… tapi dia taknak share lebih-lebih.”

“Kalau macam tu kau cuba korek dari dia. Abang nak pergi jumpa Ayen.” Dia bangun.

“Eh? Sekarang?” Jam ditoleh. Hampir 12.30 pagi.

“Ya. Kalau dia dah tahu, mudahlah untuk kami berbincang.” Dia berjalan terus ke tangga, nak mendapatkan kunci kereta dan barang-barang asas yang lain.

“Abang, Ayen jauhkan diri sebab she needs her space!!” Saif bangun.

Egann menoleh spontan. “So?”

“Give her her space, dammit.” 

Diam lalu. “Habis, abang kena buat apa sekarang…”

“Bersabar… maybe tengok balik hati abang, baiki apa yang salah dan silap. You guys dah lalui tsunami-level punya dugaan rumah tangga. Give your wife space to breath… dia masih manusia normal. Dia bukan robot…” Benar-benar meminta.

Diam lagi.

“Maybe… during this time… abang patut belajar mengaji ke, belajar agama balik ke… she falls for you bila dia tengok abang mengaji, kan?”

Merah mukanya lalu. “Mana ada. Dia marah abang macamlah abang budak sekolah belakang tak pandai baca ABC… abang segan nak mengaji depan dia.”

Saif tergelak. Dia tahu cerita itu. Abangnya tidak tahu tapi itu juga titik tolak Ayen mula membuka hati pada si abang ketika itu. “Do better, then," cadangnya pula, masih memberi sokongan padu.

Angguk. Namun masih ragu-ragu. Benar-benar nak mengejar si bini itu sekarang. Lutut digoyangkan laku dan kepala dilangut ke biliknya.

Mengesan bahasa tubuh si abang, Saif merapat lekas. “Sabar… she will come back to you. Abang jenis trouble yang dia tak boleh nak biar…” Leher si abang dirangkul.

“You think so?”

“Ya. Sabar.” Lagi sekali disebut, kerana benda ringkas tetapi super susah untuk dibuat itulah yang boleh menjadi penyelesaian masalah bagi bermacam-macam perkara. “Saif pun dah undergo extensive discussion dengan Ayen. Dia happy kalau abang hadap sejadah balik macam abang hadap stock index Bloomberg. Merangkak pun takpa. Masalah abang datang sebab abang pandang kepentingan agama macam batu kat tepi jalan.” Belakang tubuh sasa itu ditepuk sekuatnya, melepaskan geram. “Kalau abang dengar cakap Ayen, semua masalah ni takkan terjadi.”

“Kalau abang dengar cakap Ayen, abang takkan dapat Erik…” Spontan menjawab.

Terkedu Saif dibuatnya. “Did you say that to her?”

Untuk seketika, si lelaki tidak bereaksi. Perlahan-lahan maklumat diserap masuk ke dalam kepala, sekaligus membuatkan matanya membulat dan mulutnya terbuka. Kepala turut terlangut, menyedari silapnya.

Saif pula menghembus keluh panjang. “Maybe the reason dia lari bukan sebab Naadia… tapi sebab abang sendiri…”

“Ffff…” Ringan benar nak menyumpah sekarang ni. Sebal benar kini.

Si adik tersenyum kecil. Abangnya dah membantu dia melalui zaman gelap dan bangkit semula, sekarang pula peranannya untuk berbuat benda yang sama. “Sabar… abang dah buat salah tapi ada kebaikannya kalau abang bersabar dan baiki silap abang. She will come back. Time ni abang tak boleh nak buat apa melainkan mintak Allah lapangkan hati abang dan permudahkan urusan abang.”

Egann mengangguk. “To have faith…”

“Is to believe with The Higher Power,” sambut Saif.

Diam lagi, menghadam kata-kata itu. Lambat-lambat kepala diangguk lagi. “Well said,” luah Egann bersama senyum. Barulah dia benar-benar bertenang, seperti enjin kereta lumba yang baru sahaja dimatikan.


0645. Egann: < Babe>

0647. Egann: < Dah subuh?>

0721. Ayen: < Rare soalan kau>

0732. Egann: < *Emoticonsenyum*>

0732. Egann: < Masih kat rumahDoug?>

0733. Ayen: < Tak… aku duduk hotel.>

0733. Ayen: < Takkan nak bermalamkat rumah duda orang>

0733. Ayen: < Gilo>

0734. Egann: < How long do youneed?>

0735. Ayen: < Of?>

0735. Egann: < Your space tobreath… to get away from me… sampai bila?>

0735. Ayen: < Ni reversepsychology atau soalan nak tanya level derhaka aku?>

0740. Egann: < Naadia bagitauErik bukan yours.>

Ayen calling…


EGANN terkaku melihat nama itu terpapar di skrin iPhone. Lalu diangkat.

“Yes darling?”

“Naadia cakap tu bila?” soal Ayen terus.

“Malam tadi…” Nafas dihembus panjang sebelum melontarkan tubuhnya ke katil. “Aku dah tak tahu apa nak buat dah… aku sanggup langgar hukum agama sebab nakkan anak dengan kau… sekali the Heaven balas balik dengan nasib perit macam ni.” Muka diraup dengan sebelah tangan. “Aku tak tahu apa nak buat, Yen… aku betul-betul tak tahu…”

Ayen diam.

Egann menjeling pada handset. “You there?”

“Still.” Dan senyap seketika. “Aku nak suggest kau nikahi dia, tapi dia bukan jenis perempuan yang aku nak husband aku miliki sebagai bini kedua…” luahnya pula, membuat Egann tertawa perlahan. “Kau pula… h-how do you take it?”

“Tercalar ego, sebab aku dah buatkan kau menangis kaw-kaw sebelum ni.”

“Hahahaha baru tau aku cakap betul!!”

Nyaringnya suara itu membuat Egann mengalihkan kepala. Telinga dikorek. “Tapi Saif was there when I needed someone. Mujur. And now aku dah boleh bercakap dengan kau tak perlu nak emosi-emosi.”

“I see… its good that we keep good people into our lives.”

“Ya.”

“Aku la. Your circle semua level hantu jananam.”

Egann nak marah, tapi dia tergelak. Kerana benar. “Ya… aku pun dah resign from that company…”

“Really?”

Egann mengangguk, macamlah Ayen boleh melihatnya. Dia bangun bersila. “And I think I can do something good too with my wealth. Bagi biasiswa dekat budak miskin cemerlang would fit my purpose more…”

“You’re awfully in a good mood pagi ni…” Suara Ayen kedengaran tenang dan ringan menegur.

“Aku nak buatkan wife aku berbangga dengan aku dan jatuh cinta setiap hari dengan aku. Dia tak makan berlian dan trip ke Hawai, jadi aku kena umpan dengan benda yang dia paling lemah. Helping the unfortunate people.”

“Hahaha…”

Terasa berbunga hatinya mendengar tawa si cinta hati. Egann tertunduk, menahan rasa yang menggigit-gigit. “Ayen… come back…”

Ketawa memperlahan, berganti senyap. Sebuah reaksi yang memberi rasa pahit di anak tekak suaminya. Lalu dia menukar soalan.

“Can I trust you to come back to me?”

“Yes.”

Lega terus rasa hati bila mendengar pengesahan itu. “How long?”

“I don’t know…” Keluh berat terhembus. “Aku traumatize, Egann…”

“Sebab kes pukul dulu tu ke?” Dengan cuak, dia bertanya.

“No, sayang, no… not that… tapi aku sendiri… my imperfection… my own unfortunate tale of being a failed wife…”

“Ayen, kau bukan failed wife…”

“I killed your kids. 3 orang, kalau kau lupa.”

Bila kata-kata itu dipatah balik padanya, Egann terasa hatinya dilibas cemati. Berbirat pedih. Ayen pula menyambung kata.

“Sekali, mungkin incident yang tak disengajakan. Dua kali, I’m the stupid one. Tiga kali… dia dah jadi siren amaran, Egann…. Bukan kau seorang yang sedar, tapi aku juga. Bukan kau seorang merasa pedih tu Egann, aku pun sama. And its harder on my part sebab aku yang sepatutnya jaga diri aku… lebih berhati-hati…”

“We can solve that together, sayang… maybe pergi terapi?”

“Good idea, but at this moment, I need my time alone nak woman up. I’m sorry… tapi aku akan balik lepas aku boleh bertenang sikit?”

“I don’t want another LDR session…” Semasa berpisah lapan bulan dahulu sengsara gila rasanya.

Gelak lagi, namun kedengaran nipis kali ini. “It won’t be long macam dulu, insyaAllah. Kau pula, apa kau nak buat dengan Naadia?”

Nafas dihembus. “Biar the kid lahir ke dunia dulu. I still want my kid. Tentang dia, aku tunggu kau balik supaya kita boleh discuss properly face to face.”

Ayen terdiam di talian sebelah. Tiba-tiba teringat kata-kata Saif bahawasanya Egann akan datang padanya untuk meminta pendapat. Tak perlu memaksa-maksa. Egann lebih tahu macammana nak selesaikan masalah, cuma perlu ditegur dari segi halal haram sahaja.

“I see…”

Perbualan mereka berganti senyap. Masing-masing tak tahu apa nak cakap.

“Babe—” Serentak juga bersuara hingga sama-sama tertawa.

“Ada apa sayang?” soal Egann, meminta isterinya memulai.

“I’m sorry aku keluar rumah tak bagitau…”

Senyum. “I’m sorry aku melayan Naadia tak pedulikan perasaan kau…”

Tertawa lagi. Mereka terus berbual hingga hampir sejam. Perbualan terpaksa dimatikan Egann kerana lelaki itu berlari ke tingkat bawah kerana terhidu bau hangit dari dapur. Husna cuba masakkan sarapan tapi tak pandai memakai dapurnya!

Pada masa yang sama, Ayen terbaring di hotel sambil memegang rambut pendeknya. Jujurnya, dia tak berani nak menunjukkan rambutnya ini pada Egann. Dan takut yang kedua, ialah sesuatu yang kian membesar saban hari di dalam perut.

Tangan dibawa ke perut. Mata dipejam, meneliti hati sendiri.

Macammana aku nak pastikan yang kau takkan sabotaj plan aku lagi!!

Tersentak hati dibuatnya. Lekas bantal dicapai dan terus ditekup ke muka sendiri. 

Allah... Allah.... Allah....


Previous: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh