Bab 32

PENTHOUSE dua tingkat lima bilik itu semakin meriah dengan kehadiran Husna, sesuatu yang menambah sengal Egann. 

Mulanya Saif dibenarkan menumpang di rumahnya atas saranan si abang itu sendiri selepas memusnahkan isi rumah si adik bagi melepaskan Saif dari rantaian masa silam, tetapi kini bertambah dengan Husna kerana—

"Rumah dia terbakar?" soal Egann pada Saif di hujung talian.

Ayen yang sedang bermain game di dalam Vivo, menoleh pada suaminya. "Rumah siapa terbakar?"

Soalan si bini tidak dijawab kerana Egann masih fokus perbualannya dengan Saif. "Kau pergi la call bomba. Call persatuan mak tunggal or whatever. Apa relevan nak angkut kekasih gelap kau masuk rumah abang. Who cares kalau dia takda family lain kat sini. Suruh dia balik Kedah dan duduk dengan mak dengan kakak dia."

Ayen terpejam kelip. Lagi-lagi bila kerut di muka Egann sama macam bila lelaki itu tengah stress bekerja. Betul-betul tengah semak otak tu. 

Anak mata biru si suami tiba-tiba berpusat padanya.

"Nope. Kau tak boleh bercakap dengan Ayen. Kau bercakap dengan abang sorang."

"Kenapa? Saif nak bercakap dengan aku kenapa?" Makin curious.

Egann tidak menjawab, melainkan mengalih iPhone dari telinga bila panggilan dimatikan. "Bastard cut the line..."

Mereka berpandangan buat seketika sebelum sama-sama menoleh bila Vivo Ayen pula berdering. Saif di talian. Ayen lekas menyambut panggilan tersebut manakala suaminya menyandarkan tubuh bersama deraman tak puas hati. Dia mengagak, kejap lagi, datanglah mode manja Ayen nak meminta sesuatu.

"Babe~"

Ha, itu dia.

"No!" getus Egann sambil memicit kepala. "Rumah kita bukan rumah tumpangan mangsa kebakaran! Suruh dia balik Kedah macam yang mak dia suruh!" Tegas ditutur, menunjukkan autoritinya sebagai ketua keluarga.

Ayen menjuih. Tanpa mengalihkan renung pada Egann, dia menyambung kata. "Saif, kau tunggu jap. Aku kena dapatkan approval bos besar." Vivo ditutup. Dia lalu bersimpuh di sebelah suaminya. Paha Egann diusap lembut sebagai pujukan awal. "Sayang..."

Pujukan yang menggunakan taktik suara lembut serta sentuhan jari jemari halus itu, Egann kalah.

Lalu rumah itu bertambah meriah dengan kehadiran seorang lagi tetamu.

"Kau seorang je rupanya? Habis Ilyas dengan Yunus duduk dengan Doug ke?"

"Ha'ah. Cantik la rumah ni."

"Kan. Aku yang hias. Nak harap design Egann, sekian."

"It's called kontemporari and minimalist."

"More like, design dalam kepala Voldemort."

"Kau, setiap kali Husna ada, makin berani melawan eh."

"What... kau cakap kau suka kalau aku feisty..."

"Aku maksudkan atas katil..."

"Hey, guys. Korang ada tetamu. Beringat sikit kat mana nak miang."

"Dalam rumah abang sendiri! Sebab tu abang taknak bagi—"

"Dah... dah... hahaha. Aku takkan stay lama pun. By the way, aku dapat tau kau dua bergaduh teruk. Sejak bila berbaik semula sampai tahap miang macam tak pernah gaduh? Kira Ayen dah tak peduli yang Egann masih couple dengan Naadia?"

Meja makan itu hening seketika. Masing-masing memandang Husna macam melihat bayi tengah mengira satu hingga sepuluh. Si kawan pula menghadam kejanggalan itu dengan muka keliru.

"Apa? Kenapa? Aku salah soalan ke? Betullah laki kau tengah couple dengan Naadia, kan?" soalnya pada Ayen yang tengah panas punggung. 

Egann pula menghembus nafas panjang, membuang sekali haba bahang dari baran yang terbakar bahana pertuduhan itu. "Aku tak couple dengan Naadia..." Kemudian isterinya dipandang. "Kau umpat apa dekat si penyibuk ni??"

Lalu si bini menjuih. Tak pasal-pasal dia yang kena marah. Dengan bibir dimuncung, dia mempertahankan diri. "Husna tau sendiri dari Instagram girlfriend kau tu la.... Aku sendiri tak follow IG Nadia—"

"Naadia," celah ketiga-tiganya serentak. Kemudian mereka berpandangan.

Ayen mengeluh pendek. "—sebab aku taknak sakit hati percuma. Kalau apa-apa pasal rumah tangga kita bocor kat public, semuanya berpunca dari girlfriend kau." Cucur udang dimasukkan ke dalam mulut.

Si suami masih dengan kerut serius. Dia menoleh lagi bila Husna masih nak menyumbangkan maklumat.

"Ayen cakap betul. Mula-mula dia tak tau kau dengan Naadia start dating. Tapi aku yang cakap."

Egann menekan geraham hingga bergerak rahangnya. Sakit hati bertambah pada tetamunya ini. "Berapa kali aku nak ulang, aku dengan Naadia bukan couple!"

"Ah, sudah la kau. Saksi ada banyak dan tangkap gambar korang berdua kat mana-mana. Mall, apartment dia, hotel, restoran... dia ada ramai follower yang dah boleh jadi paparazzi dan buat rantaian cerita. Fan account dia bukan satu atau dua, tapi boleh cecah dua digit. Kau boleh cari hashtag Negan kat Twitter atau IG. Best couple untuk buat gossip lepas Lofattah and the others. Naadia sendiri encourage follower dia sebarkan seberapa banyak gossip pasal dia. Cheap publicity. Sekarang ni, netizen kat platform internet Malaysia ingat kau either tengah duakan bini kau... atau dah ceraikan Ayen dan tengah hangat bercinta dengan Naadia sekarang. Naadia siap bagi hint yang kau berdua dah kahwin sebab Naadia tengah sarat mengandung!"  Senafas disebut.

Saif dan Ayen sama-sama menelan cucur udang yang terasa payau. Egann pula melopong luas. Dia tak menjangka keadaan seteruk itu. "Wait really? Serious??" Isterinya dipandang. Langsung tidak memandangnya. "Betul ke? Saif?!" Adik si peminat Naadia pula dipandang. Pun tengah buat muka tak tahu. Haram jadah betullah! "Ini benda serius!! Ini dah jadi fitnah, bukan gosip semata!! Kenapa aku tak tahu langsung benda ni!!"

"Sebab abang hanya ada LinkedIn dengan Twitter..." tutur Saif selamba. "Your cluster of friends pun dalam kalangan entrepreneur dengan businessman. Kalau benda trending pasal gosip selebriti, lagi-lagi selebriti internet yang tak pakai saluran TV, mana ada lalu dekat timeline abang."

Spontan Egann memicing. Sedap je si adik mengutuk. "Abang ada Instagram la! Kau jangan ingat abang noob sangat."

"Oh really? Kenapa Saif tak tau."

"Of course kau tak tau sebab kau duk like gambar seksi semua model instagram sampai algorithm Google kau tak pick up lane abang. Abang ada dua akaun. Satu ialah kelas investing, satu lagi—"

"Babe." Lekas Ayen mencapai tangan Egann, sekaligus mematikan kata-kata suaminya. Egann menoleh padanya. "Aku sarankan kau berhenti bercakap kalau taknak malu sepuluh tahun."

Spontan si lelaki memekam bibir. Tersedar emosi hampir membuatnya mengantoikan sesuatu yang boleh memalukan diri, lalu kata-kata ditelan. Saif yang memandangnya depan penuh minat, dan kini ditemani Husna, diberi muka seposen. "Cukup la kau tau situ."

"Menarik..." sengih Husna, mula berniat nak mencari akaun Egann.

Dipedulikan mereka, si lelaki berpaling pada isterinya lagi. "Kau pun tahu pasal fitnah yang Naadia sebarkan?"

Angguk.

"Ya Allah Ayen... kenapa tak cakap?" soalnya, lirih sekali. Tangan turut dipanjangkan bagi mencapai jemari halus isterinya. Selama ini pemberontakan Ayen hanya dibaca sebagai berpunca dari paranoia kosong. Walhal sebenarnya puncanya lebih teruk dari itu.

"Kita cuba limitkan topik pasal Naadia dalam rumah ni seberapa limit yang boleh, kan? Aku pendam je la... walaupun kadang-kadang terlepas jugak.... Tapi tiap kali terlepas, kau sendiri tau mood antara kita jadi macammana..."

Nafas Egann spontan terhembus. "Damn. No wonder kau grumpy gila..." Bibir yang terasa kering, dibasahkan dengan lidah. Tangan isterinya digenggam erat. "Apapun, aku bersyukur antara kita dah clear. Aku dengan Naadia is nothing. My love hanya untuk kau and kau only, you know that right?" soalnya, meminta klarifikasi. Bila si tersayang itu mengangguk, Egann spontan melepas keluh lega. "Lepas kita dapat baby kita dari dia, aku akan cut off semua pertalian dengan dia, okay baby?"

Ayen melukis senyum. Kepala diangguk lagi.

Telinga Husna pula menangkap topik asing yang pertama kali didengari, seperti telinga arnab yang terdengar bunyi ganjil di tengah tanah rumput lapang. Peka dengan gosip.

"Sorry... kau dapat baby apa dari dia?" 

Egann mencerun. "Back off, Joyah!"

"Alaaa... kedekut ilmu!"

Saif menahan senyum kelakar.


DEAN of Medicine yang baru sahaja dilantik sedang melawat wad ICU bagi melihat staf yang bekerja atau mana-mana pesakit yang perlukan rawatan kecemasan. Obviously untuk memantau sebarang negligence yang tertangkap di matanya untuk diberikan hukum.

Subjek perhatian pertama ialah Doktor Pakar Sakit Puan yang sedang berbual dengan jururawat di kaunter jururawat.

"Doktor Hafiz, saya risau dengan awak. "Kalau awak ada masa nak flirt dengan nurse, apa kata awak habiskan masa membaca Pavlov dan fahamkan macammana dia mendisiplinkan monyet dia. Dalam konteks ini, monyet itu ialah nafsu awak sendiri."

Doktor Hafiz memandang jururawat lelaki yang tengah menghulur keputusan makmal padanya. "Dude's a guy," ujarnya dengan muka keliru.

"And I am the most powerful person in this building."

"Apa relevan??" 

"I thought we're in a Stating-The-Obvious game." 

Mereka semua di kaunter itu ternganga. Kemudian masing-masing bertukar pandangan membunuh setelah Dean of Medicine itu beralih pergi kerana menemui fokus yang seterusnya.

Subjek kedua, doktor Internal Medicine yang tengah bersokong tangan di dinding.

"Doktor Ayen. Awak kenapa?" tegurnya dengan suara manis.

"Oohh... takda apa... saya rasa macam mual sikit."

"Hurmm... saya tak boleh biar doktor yang sakit dalam hospital saya. Awak patut tahu macammana nak jaga kesihatan sendiri atau awak sendiri tak layak nak jadi dok—"

"BUAARGHHH!!" Ayen termuntah terus ke kasut tumit tinggi bosnya. Bos baru itu terkedu. Yang lain ternganga luas, termasuklah cleaner yang kebetulan tengah membersihkan lantai. Ayen menghabiskan makan tengah hari pada kasut hijau tersebut sebelum bangun kembali. "I-I'm sorry... saya betul-betul tak tahan bila tengok yo-your face... and your perfume..." Udara dikipas. Selajur, dia mengheret kaki ke tandas. Sambung muntah di dalam sana.

Ruang lobi masih hening.


BAHANA simtom sakit yang semakin tak mengizinkan, Ayen terus meminta cuti kecemasan dan berehat di rumah. Tetapi walau dah mengisi tubuh dengan air kosong, makan panadol dan cuba tidur, tetapi mual dan pening tetap datang. Hampir sejam dia menghabiskan masa di tandas semata.

Ya Allah... apa benda yang teruk sangat ni... food poisoning ke apa....

Ayen menyumbat branula ke tangan dan terus disambung dengan satu pint air. Malas nak minum dan makan. Biarlah dia lunch macam ni semata. Baru sahaja nak menyambung tidur, Vivonya berbunyi tanda ada panggilan masuk.

"HAHAHAH!! I swear, selagi kau masih kat hospital ni, aku takkan pindah ke hospital lain. Ev-ver!! You're the best thing that ever happen in my career! Dan dia basically tak boleh nak buat apa-apa dekat kau sebab your husband is one of the Board member!" luah Doktor Hafiz di dalam talian, melihat Ayen sebagai kabel terbesar yang boleh menyelamatkan mereka semua dari ditindas pemerintahan cengkaman kuku besi.

Ayen mengukir senyum segaris pada suara teruja di telefonnya. Terlalu lemah rasanya nak melayan.

"By the way, kau okay ke?"

"Okay je... aku tak sarapan. Badan masuk angin," ujarnya pula. Santai sekali sambil mengurut kepala yang terasa pening.

"I see I see... harap kau okaylah. Aku perasan juga simtom kau lately. Maybe its a good news, kita tak tahu..."

"Simtom mual sebab tak makan ialah good news? Baru kena tuduh gay sekejap terus jadi bebal ke bro..."

Dia yang tengah bebal, boleh tuduh orang bebal. Hafiz mendiam seketika, menghadam status otak Ayen ketika ini. Rakan sekerjanya ini selalunya sharp bila cuba membaca masalah kesihatan pesakit, tetapi menjadi bebal bila melibatkan diri sendiri? Atau ada benda lain yang berlaku yang membuatkan matanya buta pada anomali yang disampaikan setiap anggota tubuh.

"Kau dengan Egann masih expecting, I hope?"

Satu soalan itu cukup untuk membuatkan Ayen terbangun duduk dengan deras macam Frankenstein disambar petir.  

Dengan penuh kelam kabut, branula dicabut kasar, dia meloncat ke kabinet, mencari kit mengandung yang masih berbaki, dan terus masuk ke tandas. Hatinya cuak. Kepalanya terasa kosong. Peluh dingin keluar dari seluruh liang roma. Sementara menunggu keputusan itu keluar, dia berjalan ke sana ke mari demi menenangkan sekeping hati yang tengah retak menunggu pecah. Perut terasa menolak-nolak angin lagi, lalu ditekup terus mulut dengan sebelah tangan. 

Kau bunuh anak kita!

Ayen terperanjat sedikit mendengar jeritan suara Egann di dalam kepalanya. Itu suara yang memarahinya sebulan lepas. Jantung mula berdenyut kuat. Menjadi takut.

"Janganlah... janganlah ya Allah, janganlah..." Nak menangis rasanya.

Looking at everything yang dah jadi... macammana aku nak pastikan yang kau takkan sabotaj plan aku lagi?

"Ya Allah..." Spontan nama yang Berkuasa disebut, terlupa yang kini dia tengah berseorangan di dalam tandas. Air mata terus menitis ke pipi. Lebat sekali turun bahana takut semata. Lututnya menggigil. Tangannya turut menggigil, lalu digenggam sekuatnya dan disumbat ke bawah ketiak. Tempoh seminit terasa macam sedekad lamanya kerana tekanan perasaannya sekarang ini. 

Masa dah sampai. Terlebih dahulu, Ayen menarik nafas dalam. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Banyak kali supaya benar-benar boleh bertenang. Macam kadet laut yang tengah melalui ujian terjun berenang tapi takut tinggi. Jangan risau wahai kadet. Bawah itu cuma air. Kau takkan mati lemas juga sebab jurulatih tengah menjaga dari tepi. 

Terjun, Ayen. This is a leaped of faith. Believe, with all your heart, yang garisan itu hanyalah satu. Kau dengan Egann will be okay... Everything will remain the same and will be o—

Tapi realiti ialah master of dark humor kerana seterusnya,  Ayen dihadiahkan dua garisan.


TOMBOL pintu bilik tetamu dipusing. Terus dibuka pintunya tanpa diketuk.

"Husna, kau free tak. Boleh tak aku nak cakap–OOH MY GOD!!" Bulat matanya melihat apa yang berlaku di atas katil. Selajur pintu ditutup kasar. Tangan diketis-ketis melibas udara seolah-olah cuba membuang kuman yang baru disentuh di tombol.

Ayen berjalan laju menjauhi bilik tetamu itu sejauh mungkin. Gila gila gila gila... Kenapa Saif dan Husna buat macam tu? Takkan tak ingat iman, gila?!

"Ayen!" Saif lekas mengejar sambil membetulkan pakaiannya. Butang baju kemejanya dah tertanggal separuh, mendedahkan batang tubuh sasa yang dimiliki.

Ayen menderam sambil memicit matanya. Cuba membuang apa yang baru dilihat. Ah, pandangan itu terlalu segar. Ingatannya terlalu segar.

"Sorry! Aku tak tau kau ada kat rumah!"

"Itu yang kau sorry-kan?! Kau baru je..." Tiada ayat. Ayen mengetap gigi. "KAU BARU JE DEKAT HUSNA!!" pekiknya sekeras hati sambil menuding ke arah pintu bilik tetamu.

Si adik ipar menoleh ke belakang, pada Husna yang turut memuncul dan diselubungi selimut.

"Aaargh..." Kepala terdongak ke langit, melepas geli yang semakin lama semakin membukit.

"Sorry... ermm... bila masa kau balik?" soal Husna pula.

"THAT'S NOT A PROBLEM! RUMAH AKU, AKU BOLEH BALIK ANYTIME AKU NAK! Tapi korang—"

Saif menggosok belakang kepala. "Jabatan Agama Islam Selangor baru je approve akad kami dari segi undang-undang. Aku tak sabar nak bagitau Husna. And then, its just happen..." Si isteri dikerling.

Ayen mengeras kembali. Macam robot rosak. "JAIS baru approve what?"

"Akad. Kami dah kahwin." Cincin di jari kiri dtunjuk.

Ternganga. Itu legit.

"Lah. Abang tak bagitau?"

Melopong! "No, he did not... sorry, aku masih blank. Bila masa korang kahwin?"

"Thailand..." tambah Husna pula.

Kening Ayen terjungkit. "Thailand? Korang yang duk bergaduh dan lontar insult yang boleh rosakkan self-esteem dan Husna baru lari dari majlis nikah dia... pergi kahwin lari dengan Saif dekat Thailand?"

"Yes and no... kami tak kahwin lari. Aku kejar dan pujuk dia macam yang korang suruh, and then ermm..." Wanita itu dipandang lagi. Bila Husna menentang pandangannya, hati Saif menghangat dengan rasa cinta. "And then it happened..."

"What? What happen?"

"Aku ajak nikah. She agrees." Kulit muka vanila itu kini bercampur rona merah serta sinar pada mata. Sebuah rias lelaki yang menemui bahagianya.

Ayen memicing lagi. Senyuman itu direnung, kemudian pada Husna yang turut blushing. Masa orang tengah semak ni la kau berdua boleh happy-happy! Geram pula rasa. Nafas kemudian ditarik dalam, menenangkan malu, berang dan saki baki terkejutnya tadi. Ada baiknya Saif dan Husna memberinya kejutan teruk sebegini sampai rasa takut dan terkejut kerana dilempang dua garisan tadi bertenang dengan sendiri. 

Nafas berat spontan dihembus. "I'm gonna need a minute..." luahnya, lalu berkalih ke meja makan.

Husna mengangguk. "Aku nak pakai baju... kau cakap ada benda nak bincang tadi, kan?"

"Ergh..."

Husna beralih. Menyedari Saif mengekori rapat di belakang, lekas ditolak dada suaminya. Disuruh menemani Ayen yang berseorangan di meja makan. Bersama keluh berat serta rasa terkilan, Saif menurut.

"Kau okay?" soalnya, terus mengambil tempat duduk di hadapan si doktor itu.

"No, I'm not. Aku baru tengok kau.... argh. Clearly aku tak boleh nak tengok kau dan panggil kau little bro lagi dah..."

"Hahaha."

"Itu bukan lawak!" getus Ayen, lalu menggosok lengannya, membuang janggal yang masih menggigit kuat. "Aku rasa nak mandi..."

"Tak payah nak dramatik sangat. Pun bukannya kau tengok banyak pun. Kalau kau masuk lambat sikit, mungkin kau akan dapat view yang lebih menarik. Full frontal." 

Tahik.

Ayen mencapai bekas M&M di atas meja. Dibuka kepalanya, digenggam isinya, kemudian dibaling ke muka Saif. Adik iparnya mengelak spontan, kemudian tergelak.

"Seriously, kenapa kau balik awal sangat sebenarnya sampai kacau kitorang."

"You know what, aku setuju husband aku. Apa kata korang blah je dari sini!"

"Ala kemon, rumah aku tengah renovate. Rumah Husna hangus. Bersimpati la sikit..." Kedua belah lengan direhatkan atas meja, merenung kakak iparnya yang nyata tengah kusut. "Walk me through. What is it?"

Ayen mendiam seketika. Lambat-lambat, keluh terhembus. "Apa kata kau betulkan butang baju kau sebab aku tak boleh nak bercakap dengan serius bila tengok kau macam tu."

Setelah Husna menyertai mereka, barulah Ayen meluahkan apa yang berbuku di dada. Bukan tentang keputusan ujian mengandungnya, tapi pada status bayi yang dikandung Naadia, dan niat wanita itu nak merampas Egann darinya.

"Huh." Hanya itu yang Husna mampu respon. Kedua belah tangan dilipat berpeluk tubuh kemudian tubuh disandarkan. Berfikir. "Aku tahu dia sukakan laki kau, tapi sampai tahap macam ni sekali..." Tangan kanan ditongkat ke dagu. Berfikir lagi. Lebih keras hingga berkerut mukanya. "Betul ke dia desperate sampai macam tu sekali..."

"Ye, aku tau. Aku yang nampak paranoid sekarang ni. Semua orang yang aku share cakap macam tu..."

Husna mengerling lalu. "Aku percayakan kau, Yen."

Mata Ayen membulat luas. "Eh? Really?"

"Kau percayakan aku masa aku cakap ada orang stalk aku berbanding orang lain..." Saif menoleh dibuatnya, terasa. "So, aku akan buat yang sama dengan kau. Kalau Naadia ialah orang jahat dalam life kau, aku akan lihat dia sebagai orang jahat. Walaupun aku masih susah nak telan benda ni..."

Terharu si rakan dibuatnya. "Babe... kalau tak pasal kau masih fresh kongsi peluh dengan Saif, aku dah peluk kau sekarang..."

"Kau tak perlu la mention pasal peluh..." Haru.

Saif meleret senyum. "Apa pula plan kau? Biar je abang salah faham?"

"Aku melawan dia sejak mula-mula dia perkenal Naadia. He won't listen to me anymore. The best aku boleh buat sekarang ialah... terus support dia sampai Erik lahir..."

"And then, what?"

"Play my role sebagai emak macam yang dia nak."

"And Naadia akan biarkan je kau jadi mak anak dia?"

"Dah tu kau nak aku buat apa...!!" Bengangnya!

"Kau boleh saman dia. Dia langgar contract afterall."

Ayen spontan melepaskan keluh. "Kau seriously rasa itu akan selesaikan masalah? Kau rasa dia akan berhenti kejar suami aku hanya sebab disaman? She should understand the risk better semasa mula-mula dia nak sign kontrak tu semata-mata nak langgar kontrak tu... Aku minta maaf, tapi manusia moden lebih takut undang-undang manusia berbanding hukum Allah, dan bila dia berani langgar perjanjian, clearly dia sangat-sangat desperate nakkan suami aku by any means possible."

Saif mendiam lalu, sekaligus membayangkan muka cantik wanita itu di belakang fikiran.  Dulu tuntut fasakh dan alimoni sampai abang hampir bankrap. Sekarang nak rebut abang semula sampai rumah tangga abang hampir roboh. Desperado... eh.... Saif menelan liur yang terasa kelat, tiba-tiba menyesali rasa kagum dan minat pada Naadia selama ini. Kakak iparnya dipandang lagi.

"You're right, aku minta maaf. Tapi kau sure masalah akan ternoktah hanya dengan kau jadi emak dekat anak mereka?"

Husna menyentuh lengan suaminya, meminta diam. Ayen pula memekam bibir, gagal menjawab, kerana dia sendiri masih tiada jawapan bagi persoalan itu dari awal lagi.

"Aku sure kau dah pun tahan sakit sejak kau setuju dengan abang untuk berhenti 'paranoid' dan terima tanggungjawab emak Erik macam yang abang suruh... tapi kau seriously plan nak terus butakan emosi sampai Erik tu lahir? Sampai dia membesar? Sampai dia confuse kenapa emak orang lain tapi mukanya ikut genetik perempuan lain?" soal Saif lagi, tak peduli dengan penangan soalan-soalannya hingga mengasak emosi Ayen.  

Wanita itu pula tertunduk. Makin memuram. 

"Dia ialah suami aku. Tugas aku... ialah untuk buatkan dia rasa damai... bukan sakit...."

"Aku mungkin melampau sedikit nak bagi ayat ni tapi, hobi kau ialah buli dia sampai dia marah."

Lalu paha Saif dicubit. Mengaduh si lelaki dibuatnya.

Ayen tergelak nipis. Air mata dikesat. Mata dilarikan ke tepi, pada dinding, merenung mata Egann yang merah berair kerana kata-kata kasarnya dahulu. Nafas ditarik dalam, lalu dihela panjang. "Aku tak tahu apa lagi nak buat..." Kepala ditunduk. "Dia takkan percaya baby tu bukan kami punya... selagi baby tu tak lahir.... Dan kalau dah lahir, aku tak tahu apa pula Naadia nak buat...." Mata dipejam. "I don't know how to protect my man from that..."

"Cara kau berfikir salah, Yen."

Kedua-dua wanita itu menoleh. "Salah?"

"Kau tahu dari awal lagi apa yang abang nak. Keluarga bahagia. Happy wife creates a happy marriage. Dia duk ulang-ulang moto tu dari mula lagi... even bila korang mula-mula menikah for the sake of public deception... he tried his best making you happy... That's all. Kau ialah kunci bahagia dia. Tiang rumah tangga. So, kau tak perlu rasa nak protect dia. Just trust him. Abang boleh protect diri dia sendiri."

"Awak sure? Macammana kalau dia nak kahwin dengan Naadia pulak?" soal Husna.

"Kita tak tahu kalau abang memang nak kahwin dengan Naadia, sebab setahu abang, dia tak sukakan perempuan lain selain bini dia semata... iaitu kawan awak." Ayen dipandang. "The only perempuan yang dia boleh tolerate ialah kau, Yen...." Anak mata yang mula berkaca itu direnung tepat ke dasar, mahu kakak iparnya terus percayakan perasaan abangnya. "Tapi kalau betul hipotesis bini comel aku ni boleh diguna pakai, kalau dilihat pada perangai abang, dia akan datang tanya pendapat kau. That's how you guys always operate... Abang aku cintakan kau... he really do. Dia jahat, tapi dia takkan anaktirikan kau..."

"Hahaha..." Spontan tergelak. 

Senyuman Saif meleret spontan. Lega bila akhirnya wajah di hadapannya melakar senyum.

"Disebabkan dia anaktirikan aku dalam keputusan dia sebelum ni lah kami terperangkap dalam lumpur masalah ni..." sambung Ayen.

"I see. Dia tamak sangat nakkan anak dia sampai langgar hukum Allah, kan? Takpa, nanti aku bawa dia pergi masjid..." Pandangan mata dialihkan pada M&M merah, membayangkan wajah abangnya di situ. "Honestly, concern aku bukan pada abang tapi pada Naadia... aku tak boleh fikir macammana Naadia nak rampas abang pakai baby  siap langgar integriti contract sebab yang dapat damage dari plan tu ialah dia sendiri. Rasanya jauh lebih senang kalau pakai minyak dagu atau nasi kangkang atau whatever black magic available. Jadi mungkin ada benda lain yang dia akan buat..." Muka diraup dengan sebelah tangan sambil berfikir panjang.

"Macam tangkap basah?" sampuk Husna.

"Atau buatkan Egann amnesia," celah Ayen.

"Kau berdua tengok terlalu banyak drama melayu," desis Saif sambil menentang kakak iparnya semula. "The thing is Ayen, benda yang peling penting untuk kau buat sekarang ni ialah jadi diri kau macam biasa dekat dia. Makan M&M merah dia, curi baju dia, buat Little Egan versi ketiga, the whole routine. The you he fell in love with... be that woman. Abang will be alright, as long as you're with him."

Sebuah kata-kata yang penuh bermotivasi. Ayen terasa hatinya melapang, malah rasa percaya pada suaminya turut terisi semula.

Naadia, dia boleh serahkan pada suaminya untuk diselesaikan. Tetapi, hadiah dari langit di dalam perutnya pula macammana.... Tangan kembali merayap ke perut sendiri. Liur turut bertukar kelat.


Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh