HARI ini Saif menerima tetamu yang jarang-jarang diterima. Kakak iparnya terus datang melawat selepas selesai shifnya di hospital.
"Kenapa tiba-tiba datang?" soal si kaca mata pada si doktor tanpa membuka pintu gril yang memisahkan status tuan rumah dan tetamu yang tak diundang.
Ayen menyengih. "I miss my little in-law."
Saif merenung datar, lalu pintu ditutup.
Bulat mata Ayen dibuatnya. "Aku ada bawak pizza!!" jeritnya lekas sebelum pintu tertutup rapat.
Pintu itu terbuka kembali.
"What kind?"
"Hawaiian chicken."
"Lagi?"
"L-lagi? Aku beli satu jenis je..."
Pintu nak ditutup lagi.
"Stuffed crust!!" jerit Ayen lagi. Sengal la ada adik ipar macam ni!
Saif memandang plastik pizza di tangan kakak iparnya, barulah pintu hati turut terbuka. "You should've lead with that," tuturnya, masih monotone.
Ayen memekam bibir, menahan gentar melihat gaya dingin itu. Egann sangat ceria dan mampu memberi rasa gembira dan selesa kepada orang seperti matahari yang memancar sinar. Saif pula macam waktu malam selepas hujan. Sejuk, dingin, hingga kadnag-kadnag boleh meresap ke tulang hitam. Misteri beradik.
Rumah dua bilik itu lalu dimasuki. Dia datang ke sini hanya bila Egann mengajak atau bila raya. Sebetulnya ini pertama kali dia datang sendirian. Berbanding sebelum ini, perhiasan rumah ini nampaknya dah berubah sedikit.
Saif membawa pizza ke ruang tamu. "Untung housemate aku takda. Kalau tak, aku maybe tak bagi masuk."
"Kenapa?"
"Senang cakap, bukan burung abang saje yang kau akan nampak sepanjang hidup kau."
Ayen mengangguk, masih melilau di ruang rumah. "Sepanjang aku jadi doktor, aku dah tengok macam-macam jenis burung selain Egann punya." Senada. "Interestingly, that's one of the many reasons why we continue to interact masa mula-mula berkenalan sebab dia offer nak tunjuk burung dia dan aku just cakap, show me."
Saif menoleh dengan muka beku. "Statement kau terlalu banyak maklumat yang tak perlu sampai aku tak tahu nak react macammana..."
"Kau boleh start dengan komen yang abang kau punya level gila sampai offer nak tunjuk burung dia dekat perempuan yang dia baru jumpa."
"Kau pula tak segila dia?"
"Dia cabar aku. Aku kena respon macammana lagi?"
Nganga. Rasanya dia baru nampak macammana Ayen boleh survive dalam perkahwinan bersama abangnya. Abangnya juga mungkin sedar hal ini, sebab itulah dia bertegas nakkan Ayen sebagai isterinya.
"You are one tough woman..." Ini ialah pujian.
"Abang kau yang terlalu childish... dia ingat semua perempuan sama," bidasnya sambil mendekati sebuah gitar merah yang tergantung. Baru saja nak disentuh, dia menerima teguran dingin.
"Jangan sentuh gitar tu."
"Eh. Sorry." Lekas tangan ditarik semula. Warna merah pada gitar itu menarik perhatiannya, manakala ada satu gitar bass hitam di sebelah gitar merah yang fancy itu. Yang paling kanan pula gitar akustik. "Tapi sepanjang aku datang sini, aku tak pernah tengok gitar ni. Macam baru lagi. Housemate kau punya ke?"
"Abang punya."
"Eh?" Menoleh lagi dia. "Egann mana ada main gitar."
"Dia main sebelum dia jumpa kau. Dia main sebelum dia terbang ke US dan jadi gay. Dia main sama-sama dengan aku dalam band kitorang masa kami masih budak nak kenal dunia," sambil berkata-kata, siaran How To Get Away With Murder di Netflix ditonton. Pizza pula dikunyah. Em, sedap.
"T-tapi... baru lagi ni."
"Aku lap dan letakkan kat situ. Takkan tu pun tak boleh fikir?"
"Tak payah la snarky sangat..." juih Ayen, barulah melabuh duduk. Adik iparnya yang masih fokus menonton TV, direnung redup. "So erm... apa khabar?"
Mata biru itu menjeling lagi. Tidak menjawab. Ayen kemudian menyandarkan tubuhnya.
"I was worried about you... sebab tu aku datang melawat.... Lepas aunty Yana meninggal... kau sangat distant dengan kitorang berbanding masa first time kita bertemu. Kau hanya nampak happy bila depan abang kau tu."
"No I'm not. Aku ceria dan gembira dan happy dan playful sepanjang masa."
"Kau boleh senaraikan semua sinonim ceria tapi muka kau tetap masam."
Saif menjungkit sebelah kening, masih merenung si kakak ipar itu. "Aunty Yana meninggal sekitar 4 tahun lepas tapi baru sekarang kau nak tegur perubahan emosi aku? Really? Baik kau cakap betul-betul. Kenapa sebenarnya kau datang."
Lalu memuncung lagi dia. Punggung diheret dari sofa hingga turun ke lantai. D ipanjangkan tangan bagi mencapai pizza. Digigit sekali. "Aku rindu abang kau..."
Itu dia. Saif menjuling mata ke langit. "Jadi kenapa datang kat aku?"
"Muka korang nak dekat sama. Kecuali dia lebih handsome, obviously. Dan mata dia sentiasa ceria berbanding mata kau yang macam dah mati... dan dia selalu senyum berbanding engkau yang – seriously, kau tengah mentally distressed or something?" Bertanya lagi. Benar-benar ingin tahu.
"Sedap je kau cakap aku mentally distressed."
"Dah tu pergi tengok cerita yang equally distressed macam ni!" Tangan ditunjuk pada drama jenayah barat itu. "Cer carik cerita yang kelakar yang boleh buat kau gelak. Then, aku percaya."
Mencemik lagi Saif, namun menurut. remote dicapai. How To Get Away With Murder dipadam, dan senarai movie di dalam akaunnya dicari-cari.
Ayen beralih duduk dari kaki sofa sebelah Saif, ke arah kaki sofa yang diduduki si adik ipar itu. Betul-betul di sebelah kakinya. "Tu, Jumanji. Citer ni kelakar, hahaha."
Kelakar untuk kau ke, kelakar untuk aku sebenarnya ni? Desis hatinya. Tetapi dituruti permintaan kakak iparnya supaya dia tak kena bebel lagi.
"Kali terakhir aku jumpa kau kira-kira lima bulan lepas..."
"Kau kira?"
"Ye. Malam kita berkumpul tu ialah pertaruhan dengan Egann start sebab kau instigate."
Saif terkerlip-kerlip, berfikir. "Pertaruhan apa?"
Ayen menoleh pelik. Lalu diceritakan semula apa yang berlaku, yang membuatkan Saif merenung si kakak ipar dengan muka tak percaya.
"So, since the first time kau keluar rumah abang... sampailah sekarang disebabkan oleh bet tu... dah lapan bulan kau dengan abang berpisah?!" Terkejut beruk. "Sampai sekarang?! Sebab bet tu saje?! How stupid are you?!"
Rasa macam budak sekolah kena marah guru besar. Spontan bahu Ayen memendek di antara bahu. "K-kau tak payah la marah. Kau jugak yang letak idea tu dekat kepala abang kau..."
"Ohohoho nak salahkan aku sedangkan korang yang bersungguh nak menangkan diri masing-masing sampai rosakkan rumah tangga sendiri!" Mata dicerlang.
"Hey, rumah tangga kitorang masih tak rosak!"
"Aha... so kat mana abang sekarang dan kau kat mana sekarang?" Hidung dijungkit, mencabar.
Ayen memuncung lagi. "Dia outstation kat PD sekarang, dan aku..." Nafas lalu ditarik kasar macam menarik hingus cair walaupun hakikatnya tiada. "Ni dah berapa kali entah dia outstation... kalau dia tak outstation, we have our way nak jumpa atau text atau whatever... tapi company baru dia ni tak bagi masa free langsung kat dia!!" luahnya ke langit sebelum direbahkan muka ke meja. "Its almost eight months now and I'm losing my mind... bila aku nak menang ni... aku nak balik ke pangkuan dia... nak peluk-peluk dia... nak masak untuk dia... dengar dia meluah kebangangan admin dan aku share kebangangan admin hospital aku..." Lalu muka digelek-gelek kiri dan kanan. Rungutannya juga tenggelam di anak tekak kerana hiba yang dirasai.
Saif mengeluh panjang. "Kau sepatutnya pergi balik rumah abang dan buat surprise dekat dia bila dia balik outstation berbanding datang kat rumah aku semata-mata nak merungut." Benda mudah macam ni pun perlu diberitahu ke?
Pipi kiri direhatkan pada meja supaya mudah memandang pemuda berkaca mata itu. "Kau bersimpati sikit, tak boleh ke? Semua peguam memang macam ni, eh?"
Dan Saif mengesan kerasnya ego Ayen ketika ini. Apa yang dia nak menangkan sangat sebenarnya? "Kau nak aku bersimpati macammana? Kau sendiri sengaja nak susahkan diri sedangkan kau sendiri tahu—nope, let me rephrase that. Sedangkan kau dengan abang sama-sama tahu yang pertaruhan tu benda bodoh. Just ignore it dan balik rumah macam perempuan normal yang boleh berfikir waras, la!"
Lalu Ayen menegakkan tulang belakangnya, naik geram. "Kalau aku balik, aku kalah, tau tak?! Dia yang kena datang pujuk aku!"
Laju sekali tangan Saif memicit pipi kanan kakak iparnya. Memekik si kakak itu lalu.
"Aku dah cakap the bet is stupid, you stupido!!" Dilepaskan pipi itu selepas geramnya dihabiskan secubit, manakala wanita itu menggosok pipinya berkali-kali. "Better dari berpisah sampai 8 bulan lepas tu kau terpaksa habiskan masa dengan aku manakala dia pula habiskan masa dengan siapa entah?"
Wanita itu terkedu. Tanpa dapat ditahan, keluh terhembus lagi hingga dah jadi macam Baymax yang kempis.
"What should I do..." soalnya bersama keluh yang terhembus panjang. Kepala dilangut pada siling manakala bahunya jatuh. Rendah sekali.
Akhirnya si adik ipar memandang haru. "Kenapa kau nak menang sangat sebenarnya?" soalnya akhirnya, barulah nak menyelidik berbanding terus menghakimi.
"Supaya aku tak kalah and then having him rub it off on my face sampai 10 tahun akan datang! You know how suck that is? Dia macam... macam kau kalah bet dengan Husna!"
Mata Saif membulat. Perubahan pada air muka itu menarik perhatian Ayen sekaligus. Wow. Sebut nama Husna, barulah muncul emosi pada muka zombie itu. Menarik.
"Yea... kalau aku, aku pun taknak macam tu." Dagu yang licin dari jambang, digosok. "Husna tak komen apa-apa ke kau duduk menginap free kat rumah dia?"
"Egann bayar dia hourly wage sebab teman aku sepanjang kami duduk berpisah. So dia sebenarnya sangat happy. Boleh duduk rumah, dapat duit, jaga anak dia, dan fokus dengan online business dia. Tapi baru-baru ni, aku rasa macam jadi pihak ketiga kat rumah tu sebab dia makin rapat dengan Doug. Doug pulak datang setiap hari sampai aku kena pakai tudung dalam rumah sepanjang masa."
Dia mengangguk lagi. "Good for them..." ujarnya pada lantai. Ada sedikit senyum yang lahir di bibir yang nipis tersebut. Berisi rasa pahit, tetapi tumpang gembira sekaligus.
Ayen masih meneliti riak muka adik iparnya. Egann cakap Saif mungkin ada perasaan pada Husna tetapi dah kena reject sebelum sempat dia mengambil tindakan, jadi benarkah? Macammana nak tahu?
"Kau suka Husna tak?"
Membulat lagi mata Saif. "That woman dah ada family. Dan aku sendiri tengah cari bakal wifey aku sekarang, so back off dari life story aku," cemiknya.
"Saif."
"What?!" Dah kembali nak menyalak semula.
"Aku nampak macam tak peduli, tapi sebagai kakak ipar, aku sebenarnya sayangkan kau."
Saif tergamam. Hati terasa dihentak penukul mendengar kata-kata itu. Semua wayar-wayar dalam kepala terputus terus.
Ayen pula masih serius. "Kau satu-satunya family Egann yang berbaki kat Malaysia ni. And God knows apa yang kau rasa bila kau pula ditinggalkan sengsorang lepas Egann nikahi aku. You must've been so lonely selama 4 tahun ni... to the point lap balik gitar lama Egann—" Kepala dipaling pada gitar merah itu. "—dan gitar bass tu yang aku kira, mungkin kau punya. Mengingati memori lama untuk kekal sedar. Cuba hidupkan balik memori yang berbaki..." Saif dipandang kembali. Wajah itu dah bertukar merah kini, membuatkan Ayen yakin dia tengah menyebut ayat yang betul. "—lepas tu perempuan yang rampas abang kau dari kau mengada datang ke rumah nak tunjuk pandai."
Tanpa dapat ditahan, ketawa Saif akhirnya terlepas jua. Halus sekali. Bersifat pedih, seperti luka segar yang dilumur garam. Mentertawakan luka di hati. Kepala dijatuhkan dan air mata cuba ditahan dari memenuhi kolam mata. Tak guna. Si doktor itu benar-benar berjaya membedah hatinya walaupun baru datang ke rumahnya sekali, dan mengorek keluar rahsia terdalam dalam hati.
Ayen kemudian menyentuh lutut Saif, mengejutkan lelaki itu lagi.
"Aku minta maaf sebab tak pernah perasan kesunyian kau selama ni. Abang kau pun mungkin tak perasan sebab kau nampak macam you've had your life together."
Nafas pendek dihembus. "Abang was right."
"Kau nampak macam kau hampir-hampir menangis, so yea, maybe dia betul..." sindirnya, membuat Saif memasang muka geram. "Hey, aku ada idea!" ujar Ayen tiba-tiba dengan kening yang terjungkit tinggi. Tangan turut ditepuk sekali. "Apa kata aku buatkan kunci pendua dekat kau, lepas tu kau boleh datang ke rumah kami anytime kau nak."
"What the.... Kau tak pernah dengar term privacy breach?"
"Aku jemput masuk rumah, bukan pecah masuk bilik tidur kitorang!" Mata dicerlangkan. "Since problem kau ialah your loneliness... and your family issue, so aku boleh suggest untuk kau rapatkan distance kau dengan abang kau. The rest of your pain should go away. Unless ada underlying condition macam kau tak kahwin-kahwin sampai sekarang."
Senyum Saif tercuit lagi, lalu dia tergelak kecil. "You're a pretty damn good diagnostician...." Belakang tengkuk digaru. Ringan pula hatinya bila boleh menyembang begini. Seolah-olah sel kanser yang menyebabkan segala jenis simtom dan kesakitan yang dialami selama ini baru saja dibedah keluar oleh kakak iparnya. Sesungguhnya, dia kagum!
Ayen tersenyum sama. Sejuk hati akhirnya boleh melihat senyum itu. Berbanding Egann, Saif rupanya ada lesung pipit di pipi. Pertama kali dia nampak.
"So, kau masih cuba cari jodoh, eh?" Tubuh kembali disandarkan pada kaki sofa. Jumanji yang dah tak dilayan, kembali ditonton.
"Ye. For some reason, sorang pun tak fit dengan aku."
"Maybe sebab kau bitter sangat."
"Hey, aku tak mintak sesi bedah siasat masalah jodoh aku."
Ayen menjelir lidah sambil mencapai pizza kembali. "Aku suka tengok kau dengan Husna, tapi kalau dia patah balik dengan Doug pun aku happy. Nampaknya takda apa yang kita boleh buat kat situ, kan?"
Diam-diam, Saif mengiakan. Dah nak buat macammana. Tapi tak apa. Bunga bukan sekuntum.
2210. Saif: <Weh>
2219. Husna: <Amboi bahasa!>
2219. Husna: <Lama tak dengar berita kau :D!>
2220. Husna: <Hidup lagi rupanya :D>
2220. Saif: <Aku busy, tak macam kau>
2220. Saif: <Pasal abang dengan Ayen... I kinda worried>
2220. Saif: <Dorang terlalu degil nak menangkan diri memasing>
2220. Saif: <They need external factor to enforce win-win>
2220. Saif: <So, aku nak kau sebagai tuan rumah halau Ayen keluar bila kau jumpa peluang yang sesuai>
2221. Husna: <Kau hilang berbulan, ignore call dan wasap aku, tapi akhirnya muncul semula sebab risaukan relationship abang dengan kakak ipar kau?>
2221. Husna: <First of all, mereka masih okay>
2221. Husna: <Secondly, so sweet <3 >
2221. Saif: <Shut up>
2222. Saif: <Kirim salam dekat the rest of your family>
2222. Husna: <Will do ^_^ >
2225. Husna: <I miss you tho. Bila free, jenguk la rumah>
2226. Saif: <Tengok la kalau rajin>
KETIKA itu, Egann sedang menghadiri majlis makan malam bersama seluruh warga staf syarikatnya. Majlis makan malam itu dilangsungkan bersempena acara Team Building bagi mengeratkan ukhwah mereka disamping sama-sama mengajak seluruh staf samada yang lama atau yang baru untuk bergerak seiring demi mengejar misi dan visi syarikat.
Memandangkan tema makan malam ialah Retro, Egann mengenakan pakaian ala-ala pendekar Mastur Pinang Sebatang. Seluar senteng di atas buku lali, kain pelekat senget di paras lutut, serta kemeja lusuh yang tidak dibutangkan hingga mendedahkan bahagian dada hingga ke perut. Dua parut besar yang serong siap dilukis pada dada bidang itu, umpama pernah terlibat dalam perang.
"Bro, nama dia Pendekar Mustar, bukan Mastur. Lagipun, aku rasa kau confuse Retro dengan era P. Ramlee," tegur Isam, rakan sekerja Egann merangkap Ketua Jabatan Audit. "Lastly, Pendekar Mustar ialah legend silat, bukan main keris." Keris yang diselit di pinggang lelaki itu ditariknya.
Egann merampas kembali keris tersebut. "Kau betul-betul berjiwa audit. Tak payah la peduli all the small details."
"Oh really? Parut tu pulak kenapa?"
"Oh, aku baru balik dari berperang dengan Bintang Tiga sebab nak pertahankan Melaka dari dijajah."
Automatik si kawan memicit dahi. Ni dah bukan sekadar confuse Retro dengan era P.Ramlee, tapi si kawan berdarah negara Atas Angin itu campur adukkan timeline sejarah melayu dalam satu identiti. Stress. Egann yang mengemaskan kedudukan keris di pinggang, dipandang.
"Muka dah la British, nak jadi pendekar melayu konon."
"Ohohohoh? Lebih baik dari kau yang pakai afro? Sejak bila Hang Tuah pakai afro?"
"Sejak bila pulak aku nak jadi Hang Tuah?" Mata dicerlangkan. Salah masuk committee meeting, mamat ni!
"Hey, Isam. Jangan la kacau dia. Egann tengah semangat kut," tegur Naadia, menyampuk perbualan dua pemuda itu.
Kedua-dua mereka menoleh. Masing-masing terpegun melihat penampilan CEO mereka. Menyerlah dan ekstravaganza! Pakaiannya bertemakan polka dot hitam putih. Paplom yang ketat di tubuh hingga menampakkan batang tubuh yang ramping, kemeja jarang di dalam, dipadankan mula dengan aksesori sarung tangan kain jarang berwarna hitam, ear loop earring, cermin mata hitam serta topi kecil di atas rambut yang diikat siput.
"Dayummn..." Isam melakar senyum lebar dari telinga kanan hingga telinga kiri. "Normally I rated you as a ten. Tapi sekarang you dah over the chart. Mengungguli carta box office 10 minggu berturut-turut!"
"Thank you..." Naadia melentik pinggang ke kanan. Egann pula dipandang, mengharap pujian dari Pendekar Mustar celup itu pula. "So, what do you think?"
"I harap you boleh melihat dengan normal since you pakai cermin mata hitam dalam dewan gelap macam ni," sengihnya.
Isam dan Naadia merenung datar.
"Sometimes aku confuse kau gay atau normal. Sign tu ada dah," getus Isam.
Egann menjeling. Naadia pula melepas ketawa nipis.
"Its okay. I pun sebenarnya bukan nampak sangat dari tadi..." Cermin mata hitam ditanggalkan.
"Habis tu macammana boleh sampai dekat kitorang?"
"I dengar suara you yang seksi tu..." Sengih.
"Thank you. I've been working out," gurau si lelaki kembali bersama senyum meleret.
Naadia ketawa. Kuat sekali hingga membuat kedua-dua lelaki tersenyum bersama kerut keliru di dahi. Sambil berbual, sekali sekala, mata Naadia jatuh pada tubuh sasa separuh bogel di depan matanya. Sebagai perempuan, dia tak segan silu memberi siul 'wow!'. Enggan fokusnya berpusat pada badan suami orang, lalu dia pergi berbual dengan orang lain. Isam dan Egann bergerak mendapatkan makanan buffet di belakang dewan.
"Bro, aku rasa Naadia sukakan kau. Gila untung..." Belakang rakannya ditepuk.
"Just because dia cakap suara aku seksi?"
"Kau seriously tak perasan? Bila dia bercakap dengan kau, suara dia jadi lembut, dia duk lentik-lentik badan dia sebab nak tunjuk figure dia, dia gelak kat lawak hambar kau, dia bermain dengan rambut dia... Dia maybe tahan godaan tengok badan kau ni." Perut Egann ditepuk dengan belakang tangan.
Si lelaki mengerut dahi, memikirkan semua bahasa tubuh itu. Ya, Naadia mudah benar ketawa bila dia berkata-kata. Bila tak buat lawak pun wanita itu gelak. Hint yang paling ketara ialah bila Naadia kerap kali mencuri pandang ke arahnya. Tapi selalunya dia buat-buat tak nampak.
"Tapi aku dah ada wife..." ujarnya sambil mencapai pinggan kosong.
Isam yang menyauk fish fillet ke dalam pinggan, menoleh. "Kau macam tak biasa disukai perempuan."
Egann mengelat. Susah nak membidas.
"Normal la ada crush kat mamat handsome macam kau. Tinggi, buff, pandai, ada duit. Bodo sejarah Melayu je masalahnya."
"Words can hurt, you know..."
Makan malam berterusan hingga lewat malam. Keadaan dewan juga meriah, tetapi dalam kalangan mereka yang bersuka ria, Egann tenang di mejanya. Cukup sekadar memerhati. Jika dulu dia boleh berhibur di kelab malam sehingga lewat pagi, tapi sekarang dia hanya mampu melihat dan berkongsi keterujaan mereka berhibur melepaskan stress.
iPhone tiba-tiba bercahaya dalam gelap. Bila dibuka, ada WhatsApp dari Ayen. Dunia Egann lalu terbuka khusus untuk si isteri.
Dia bergerak ke luar dewan. Suasana meriah terus bertukar senyap dan tenang. Langkah diteruskan ke balkoni. Kedua belah siku direhatkan pada pagar balkoni, manakala matanya tak lepas melihat gambar yang isterinya hantar.
Itu gambar Ayen bergambar dengan Fender Mustang merah menyala yang dimiliki semasa remaja dahulu. Ayen melawat Saif ke? Dia tak tahu Fender itu masih ada lagi... jadi Saif jagakan gitarnya sepanjang tahun ini? Ah, dia rasa nak balik sekarang dan memetik gitar itu pula. Mungkin boleh berlagak depan Ayen memandangkan isterinya pernah meminta dia bermain muzik di depannya.
"Entah-entah skil aku dah berkarat.... Kena study balik sebelum tunjuk depan dia..." tuturnya pada diri sendiri sambil merenung ke luar, pada laut yang gelap di depan sana.
"Layan jiwang ke?"
Terperanjat, lalu dia menoleh. Naadia berdiri di belakangnya bersama senyum.
"You tak karaoke dengan dorang?"
Kepala digeleng. "Spent time dengan you lagi seronok," ujarnya bersama senyum kecil. Mahu Egann menangkap hint-nya, tetapi lelaki itu walaupun pandai, tahap bangang dalam soal digoda terlalu lembap! Lalu Naadia berdiri di sebelah si lelaki, sama-sama memandang pantai di hadapan. "Panas pula malam ni..."
"Hahah. Kalau you masuk dalam laut, lagi panas sebab angin tolak udara dari darat ke sana..."
"You nak ajak I pergi pantai ke ni?"
Mata Egann membulat. Bila masa pula dia mengajak? "Err... tak... I sekadar cakap teori tekanan udara..."
"Don't quick to deflect. Jom jalan-jalan kat pantai alang-alang masih ramai orang," sengihnya lalu menarik tangan Egann. Lelaki itu terkedu namun menurut. iPhone disimpan kembali ke dalam poket.