Bab 1

VOLKWAGEN Scirocco merah menyala dipandu laju memasuki sebuah kawasan lot perumahan, sebuah penempatan bagi mereka yang mempunyai middle income. Langit masih cerah di langit. Keadaan trafik juga lancar.

Setiba di destinasi, kereta sport tersebut diparkir di tepi longkang. Egann, pemuda keturunan Scotland tanpa setitik pun darah melayu dalam urat darahnya, keluar dari bahagian pemandu. Walaupun berdarah British tulen yang dibuktikan dengan mata biru kilat serta kulit kemerahan yang dimiliki, Egann dibesarkan di Tanah Melayu sejak zaman tak ingat, malah pemuda itu tak pernah malu mengaku sebagai orang Melayu memandangkan perutnya terbiasa dengan masakan melayu, lidahnya pekat dengan bahasa melayu baik bahasa skema DBP atau bahasa pasar, serta hatinya setia dengan pengalaman hidup bersama orang Melayu selama 30 tahun, malah telah mengahwini seorang wanita melayu tulen.

Secepatnya mungkin dia beralih ke bahagian penumpang, memimpin seorang wanita mengandung keluar dari kereta. Itulah isterinya, dikenali dengan nama Ayen oleh insan yang mengenali. Ayen mudah dikenali dengan parut bergaris pada tulang pipi kanan yang memanjang ke ekor matanya.

"Ini rumah Husna?" soal Ayen pada diri sendiri sambil melangut pada rumah lot di hadapannya.

Husna ialah rakannya, seorang ibu tunggal yang memiliki dua anak lelaki yang berumur 4 tahun dan 3 tahun sekaligus. Husna masih gigih mencari kerja sejak dipecat tujuh bulan lepas. Jadi macammana dia masih boleh menyewa rumah lot setingkat malah menyara dua orang anak pula?

"Aku search bitch dalam Waze lepas tu kita sampai ke sini. So aku rasa ya." Beberapa barang di seat belakang, dikeluarkan.

Ayen menjeling geram. "Kenapa kau jahat sangat dengan Husna..."

Egann tersenyum. "Gurau je sayang. Jom. Kau boleh jalan tak?" Pintu kereta ditutup dan dikunci.

"Kasar no guraunya. Kawan orang tau..." muncungnya, terus melintas jalan.

"Ye... ye..." Sebelah tangan mengendong tiga kontena berisi ayam dan ikan yang diperam dalam pelbagai jenis sos. Sebelah lagi memegang lengan isterinya, berjaga-jaga demi memastikan permpuan dengan perut memboyot itu tidak terjatuh atau tersadung kaki.

"Aku boleh jalan sendiri la..." Lengan cuba ditarik, tetapi ditahan si lelaki.

"History suggest that kau boleh tiba-tiba terjatuh, jalan terhuyung hayang, atau kadang-kadang macam tak nampak jalan..." Ditarik lagi si bini bila hampir memijak lubang. "That baby of ours better be cute sebab susahkan mak dia sampai macam ni."

Ayen tersenyum haru.

Pintu diketuk. Egann dan Ayen sama-sama dalam mood relaks hinggalah pintu terbuka, sekaligus menghubungkan semula jodoh dengan seorang lelaki yang dah sekian lama tidak dilihat.

"Doug? Kau buat apa kat sini?" tegur Egann. Dah berbulan-bulan rakannya ini tidak dilihat, tiba-tiba muncul di tempat yang tak dijangka?

Ayen lekas berdiri di hadapan suaminya, defensif bila berdepan dengan mamat gay itu. Doug pernah ada sejarah dengan Egann, dan berkali-kali juga Ayen tertangkap lelaki ini cuba menggoda si suami.

Nyata si lelaki turut terkebil. Kedua-dua tetamu dipandang silih berganti, kemudian kepala dipalingkan ke dalam rumah. "Tetamu Husna?"

"Ya."

"Aha... and err... congrates?" Mata diturunkan pada perut si perempuan. Perut itu merupakan berita yang lebih mengejutkan dari kehadiran kedua-duanya. Lalu si mata biru dipandang. "Baby kau?"

"Of course." Hidung ditinggikan ke langit. Bangga.

Pandangan Doug meredup sedikit. Antara terkilan dan tumpang gembira. "Tapi aku dengar korang keguguran."

Ayen menelan nafas. Egann refleks merangkul bahu isterinya dan digosok lengan itu, memberi rileks.

"Itu dulu. Ini yang baru."

"Laju juga."

"Aku efisyen." Perut menerima siku dari si isteri. Mujur perempuannya ini lemah sifatnya.

"Berapa bulan?"

"Enam... tujuh bulan... aku tak ingat... tapi sekarang ni, Ayen dah tak tahan dengan bunyi aku bernafas hahaha," balas si lelaki bersama tawa nipis. Kepala bertudung itu siap dicium geram.

Doug menghembus nafas pendek. Muka tegang Ayen dibuat-buat tak nampak, lalu pintu dibuka luas. "Husna ada cakap yang kawan-kawan dia nak datang tolong, tapi aku langsung tak terfikir kawan-kawan dia ialah kau berdua... Masuklah."

Ruang rumah yang dah dihias dengan belon dan ucapan selamat hari jadi di dinding. Husna si kawan, sedang menyusun makanan di atas meja.

"Wah. Lambat korang sampai. Aku sure korang dah bersusah payah usahakan yang terbaik untuk redah trafik sampai ke sini yang aku kira, setakat 10 minit dari rumah korang, so aku berterima kasih." Pinggang dicekak dua belah.

Tetapi Ayen dan Egann sama-sama tak mendengar. Leka memandang Doug melayan anak-anak Husna yang tengah bermain di tengah ruang. Persoalan kenapa lelaki itu ada sekali dalam majlis hari ini masih tidak berjawab.

"Egann," panggil Husna sambil mendekati tetamunya. "Kau boleh letakkan ayam perap tu kat dapur."

"Oohh okay. Tapi macammana kau kenal Doug?"

"Siapa Doug?"

Mereka sama-sama berpandangan. Keliru benar kali ini.

Ayen menuding ke arah Doug yang duduk membelakangi mereka. Masih pekak badak sambil bermain Ultraman dengan kedua-dua budak lelaki tersebut.

Husna menoleh pada insan yang dimaksudkan. "Ooh. Dolah. Dia duda aku."

Kali ini muka pasangan suami isteri itu berubah mendadak. Itu tidak dijangka!

"D-Duda?" ulang Ayen, benar-benar gagal menghadam. "Dia ialah duda yang kau pernah cerita, yang duakan kau dekat awek jual burger ke?"

"Ha'ah. Aku contact dia balik lepas aku tengok korang dua bersusah nak kekalkan marriage walaupun... you know... Egann kategori special. So, I thought, setakat kes aku dengan laki aku, apalah sangat berbaik demi anak kitorang." Kepala dipalingkan pada keluarga kecilnya. Ada sedikit rasa berkat yang timbul di hati. Sesungguhnya pemandangan itu dirindui. Dan bersyukur jua kerana anak-anaknya dah ada ayah mereka kembali.

"Em. Em. Em." Kepala diangguk berkali-kali. "Kau sure dia duakan kau dengan awek burger... bukan abang burger?"

"Sayang..." panggil Egann dalam nada menegur. Perlahan sekali. Lengan isterinya turut dipicit ringan.

Ayen menelan kata, mengerti amaran itu yang memintanya diam.

Husna pula memandang mereka kembali. "Abang burger?"

"Duda kau handsome. So aku rasa, dia bukan saja attract awek burger, tapi abang burger sekali," ujarnya pula, cuba nak membuat nada gurau. Senyum protokol diberi, siap dengan thumbs up.

"Hahaha. Kau ingat dia laki kau?"

Fuh, dia makan umpan. Ayen bertukar pandangan lega dengan suaminya.

"Tapi first time korang jumpa, kan? Tapi aku tak tau pulak dia dipanggil dengan nama Doug. Korang pun kenal dari awal ke rupanya?" soal si wanita pula.

Ayen tercungap. Egann kemudian dipandang, namun si suami tetap memilih diam. Ketika ini, buat bodoh ialah jalan yang paling selamat. Lalu dia bergerak terus ke dapur, demi membakar ayam yang dibawa bersama.

Husna menghantar pemuda itu pergi denan pandangan mata. Perasan kejanggalan itu. "Kenapa dengan laki kau?"

"Hahaha. Biarkan dia. Ada kerja tak untuk aku buat?"

"Kerja kau duduk je. Layan anak aku. Alang-alang praktis jadi emak."

"Rightio..." Ayen mendekati ruang tamu.

"Dolah. Kau tolong Egann memanggang kat dapur, boleh?" pinta Husna pula.

Ayen yang baru nak melabuh duduk, terus tak jadi. Tangan ditongkat pada siku dan tulang belakang ditegakkan semula dengan sekuat tenaga. "On second thought... biar aku tolong laki aku. Doug... Dolah... biar dia je la entertain anak kau. Since dia ialah duda dan bapak yang soleh..."

Wanita berambut pendek paras bahu itu terkedu seketika. Ayen dihantar ke dapur dengan renungan membaca. Kejangalan itu benar-benar menduga rasa ingin tahu, lalu dudanya dipandang.

"Am I missing something?"

"Macam tempoh tujuh tahun kau kenal aku sampai kita cerai yang kau sesalkan sangat dalam life kau? Yes," balas Doug sambil mencapai remote TV.

"Tak payah la deep sangat..." keluhnya.

"Aku tak tahu kau berkawan dengan Egann." Persoalan yang berlegar di dalam kepalanya tadi, ditanyakan terus.

"Aku takkan label aku dengan Egann sebagai kawan... tapi dia ialah pakej yang datang sekali sebab aku berkawan dengan bini dia. Aku, kalau boleh memang taknak rapat dengan dia..." Kenangan menjadi anak buah lelaki itu bukannya sesuatu yang dia nak ingat. Egann, sebagai bos, menakutkan!

"Huh. Jodoh." Kepala digeleng. Sememangnya dia juga tak menjangka. Didi and Friends tengah menyanyi di TV, disusuli nyanyian anak sulungnya – Ilyas.

"Kau pula?"

Sambil mengangkat Yunus si budak 3 tahun ke riba, dia menoleh sekilas pada si janda. "Its best kau tak tahu apa. Sesetengah benda lebih baik didiamkan." Lalu dia ikut sama menyanyikan lagu Sleepy Mummy.

Husna mengerut dahi. "Dah kenapa jawapan ala-ala misteri nusantara..." Namun akhirnya dibiarkan soalannya tidak berjawab bila ketiga-tiga anak beranak itu dah berkaraoke depan TV. Dia masih ada majlis hari jadi yang dia perlu persiapkan. Alang-alang Egann dan Ayen dah datang sebagai skuad tambahan, moga-moga majlis hari jadi kedua-dua anaknya sukses.


HARI jadi Ilyas dan Yunus berlaku pada bulan yang sama, jadi jimat bagi Husna untuk meraikan sekaligus. Meriah, kerana rakan-rakan tadika anak-anaknya semua hadir, termasuklah penjaga mereka. Husna gigih melayan tetamu. Ayen bermain dengan kanak-kanak yang hadir serta dimanjakan dengan makanan ringan serta gula-gula, manakala Egann dan Doug bermain FIFA di TV.

Tetamu kian bersurai. Yang berbaki cuma seorang dua, malah sedang berbual dengan Ayen di pintu. Bersama tetamu itu adalah seorang bayi, yang menjadi bahan kepada bakal ibu itu untuk bertanya banyak benda.

Husna mencekak pinggang sambil merapati Egann dan Doug.

"Egann, adik kau mana? Janji nak datang, tapi majlis nak habis pun tak nampak lubang hidung."

"Mana la aku tahu. Call la dia."

"Adik kau yang handsome tu?" soal Doug pula.

"Hey, jangan kacau adik aku – shoot!!" Konsol diangkat ke langit bahana gigihnya dia nak menendang bola depan skrin. Doug melepas ketawa ke langit bila dia berjaya menghalang bola itu masuk ke tiang golnya, disambut oleh ketawa Ilyas dan Yunus sekali, menyokong si ayah.

Si ibu tunggal mengeluh pendek. Perhatian teralih bila terpandang si jejaka bertubuh tinggi memasuki pintu rumahnya. Gaya macam baru balik kerja, dengan beg Lenovo bertali satu yang disilangkan pada tubuh sasa berkemeja maroon. Butang kolar dilonggarkan, serta lengan kemeja turut dilipat ke siku. Cermin mata bingkai tebalnya juga dah melurut jatuh. Beg kertas berbunga kecil dipegang di tangan kiri.

"Sorry. Aku lambat ke," tegur Saif pada si tuan rumah.

"Majlis dah habis dah pun," balasnya, tak jadi nak marah bila menyedari komitmen si lelaki di tempat kerja.

"Kau lambat kenapa, Saif? Busy sangat ke?" soal Egann pula, masih fokus pada permainan di TV.

"Takde la busy sangat pun. Saif malas nak datang, sebab tu lepak-lepak kat luar kejap."

Husna menarik muka. Saif kemudian memanggil kedua-dua budak lelaki itu. "Hey budak-budak! Abang ada bawak hadiah untuk korang!" ujarnya sambil mengangkat beg kertas yang dibawa bersama.

"Husna. Kau ada gula-gula lebih tak? Aku nak bagi kat anak Kak Nana," soal Ayen sambil merapat. Bercahaya sekali mukanya.

"Lah. Kau yang jagakan jajan. Mana la aku tau ada lagi ke tak. Tadi macam ada banyak lagi aku tengok..."

"Oh. Tadi ada seorang budak ni cute gila hahahha... dia cakap dia sukakan aku. So aku bagi semua dekat dia." Sengih.

Doug tergelak. "Patutlah kau pregnant."

Egann menjeling sekilas bersama muka berkerut. "Yang buat dia pregnant, aku."

"Sure."

Ayen kembali pada Puan Nana yang berbual bersamanya tadi, meminta maaf kerana makanan ringan dah habis, dihantar wanita itu dengan kedua-dua anaknya dengan lambaian tangan, dan dia kembali semula ke ruang tamu. Punggung dilabuh di sebelah Egann.

"Berbulan tak jumpa, aku ingatkan kau dah move on. Tapi kau masih dengki Egann pilih aku berbanding kau?"

Datang-datang, terus nak menyindir. Hidup baru je senang lenang berhibur dengan Egann semasa perempuan ini tengan sibuk dengan benda lain. Doug menoleh dengan muka geram, dah hilang fokus pada video game di depan.

"Tak payah nak berlagak just because kau boleh bukak kangkang kau dan beri dia baby."

"Berbanding kau yang berpotensi beri dia HIV." Enak membalas.

"Sayang..." keluh si suami, lalu Ayen memeluk kepala lelaki kesayangannya itu, sengaja nak membuat bekas skandal itu cemburu.

"Aku boleh beri dia lebih dari baby. Tapi honestly aku terkejut kau dah pun ada dua anak yang sihat cergas sedangkan aku mati-mati ingat kau pengamal tegar gaya hidup tak boleh beranak."

"At least aku dah ada dua orang yang korang pun tak pasti dah keluar ke tak. Aku masih curiga kalau betul dalam perut kau tu Egann yang punya. Entah-entah kau redah ambik sperma lelaki lain lepas tu menipu Egann semata-mata nak genggam dia dalam genggaman jari bertulang kuku besi engkau."

"Dah! Dah! Jangan gaduh!" Egann naik angin terlebih dahulu sebelum sempat Ayen nak menghembus api. Lelaki bermata biru itu mencerlang pada si rakan. "Kau Doug, jangan biadab dengan bini aku boleh tak? Anak kau tengah tengok tu."

"Aku cuma cakap kemungkinan yang boleh berlaku, sebab aku masih tak percaya kau lupa kau punya asal usul kejadian..."

"Kau yang lupa asal usul kejadian kau..." desis Ayen.

Doug mengerling rendah. "Kau berdua masih dalam fasa honeymoon, sebab tu aku taknak kacau. Dunia korang sekarang ni taman bunga dengan pelangi berlapis sampai tujuh lapis dekat langit. Angin sepoi-sepoi menyanyi lagu cinta. Apa-apa yang orang cakap, korang tepis sebab cinta membuta. Sampai kentut jadi wangi. Sampai muntah jadi cotton candy. Tapi bila habis honeymoon period... tengoklah nanti. Mixed-oriented marriage takkan berlayar dengan mudah sebab korang melawan arus sambil redah ribut tengah laut."

Amaran yang penuh dramatik. Ayen dan Egann sama-sama mencerun.

Saif yang sekadar mendengar pertelingkahan itu macam angin berdesir di sebelah telinga, lalu merapati Husna yang tengah mengemas meja di dapur. "Aku datang lambat so aku tak sure... drama apa tengah jadi kat tengah tu?" Beg dialihkan dari meja dan diletakkan di atas kerusi.

Husna mengeluh berat. "Aku pun tak tahu dan aku tak sempat nak ambik tau. Eloklah kau pun tak terlibat sekali dengan dorang. Tolong aku kemas dapur."

"Ala, aku nak makan je."

Husna melangut pada si mata biru. "Kau patahkan janji nak datang majlis anak aku sebab malas lepas tu datang hanya sebab nak makan?"

"Ala, mana ada orang yang sudi datang nak bantu sebab ikhlas nak bantu. Semua orang datang majlis hari jadi sebab nak makan."

"Ayen dengan Egann datang tolong."

"Ayen je yang nak tolong kau. Abang terpaksa ikut sebab sayang bini."

Husna mengeluh. "Kecik hati. Makan la kau!" Besen berisi pinggan-pinggan kotor diangkat ke dapur dengan muncung.

"Heheh. Memang itu tujuan aku pun..." Kerusi ditarik. Tiga ketul ayam, seekor ikan dan mihun goreng dimasukkan ke dalam pinggan kosong. Dia berpaling ke ruang tamu semula, melihat ketiga-tiga mereka masih bertelingkah, entah berkenaan apa. Anak matanya merenung Doug yang bermasam muka. Lelaki itu dicam, kerana pertama kali dan kali terakhir dilihat, ialah di rumah abangnya tahun lepas. Lelaki itu memakai baju Egann ketika itu, Ayen kantoi menangis, manakala mood di antara Egann dan Ayen cukup tegang dan dingin. Lelaki itu ialah duri dalam rumah tangga abangnya.

Bila Husna muncul balik dari dapur, terus si tuan rumah disoal. "By the way, kenapa skandal abang ada sekali kat sini?"

"Ha?"

"Skandal abang." Wanita berambut ikal mayang itu dipandang. "Yang duduk sebelah abang tu... yang Yunus tengah duduk atas riba dia... dia ialah skandal abang aku sebelum dia kahwin dengan Ayen. Kenapa dia ada sekali hari ni. Dia kejar abang lagi ke sampai crash party?"

Soalan yang benar-benar jujur. Mata Husna membulat seluasnya. Persoalan kenapa mood di antara Doug, Egann dan Ayen terlalu dingin dan janggal malah mudah terbakar akhirnya terjawab dengan satu jawapan itu. Dengan mata terjengil luas, dudanya dipandang.

"KAU GAY?!" Meletup terus suaranya ke langit.

Ketiga-tiga mereka di ruang tamu serentak menoleh ke dapur.

"Gay tu apa?" soal si anak 3 tahun.

"Erk... nah." Permainan yang dibawa oleh Saif tadi dihulur semula pada si anak. Ilyas si abang dipinta membawa Yunus ke bilik tidur mereka supaya orang dewasa boleh berbincang dalam suasana yang lebih tenang tanpa ada kanak-kanak yang mencuri dengar benda sensitif.

Husna yang meluru ke arahnya dipandang dengan senyum hambar. "Lain kali control sikit suara tu boleh?"

"Seriously, kau-kau-kau..." Hilang kata, kerana terlalu terkejut. "Kau pernah dengan dia?!" Telunjuk dituding pada Egann.

Masing-masing diam. Taknak menjawab. Egann mengensot sedikit demi sedikit, cuba mengelakkan diri dari terlibat dalam masalah janda duda itu. Ayen yang baru nak mengekori jejak suaminya, lalu dipandang oleh Husna dengan mata yang macam nak terbojol keluar.

"Ayen. Kau tau?!"

"Eemm... aku tak tahu dia ialah duda kau..."

"Kenapa kau tak cakap awal-awal?!!" Makin nyaring nyalakannya.

"Sebab dia tahu kau akan freaked out macam ni..." bidas Doug pula, dengan suara yang disendatkan. Dia turut bangun dari duduk. Husna dirapati.

"Of course aku freak out! Sebab laki aku—"

Lekas Doug menekup mulut itu dengan tangannya. "Look. Aku sendiri tak expect aku jadi macam ni, dan sebab tu jugak aku sembunyikan hal ni dari kau! So apa kata kau simpan terkejut kau hari lain berbanding marahkan aku depan dorang..." Kedua-dua anak lelaki yang masih memerhati kerenah mereka dari jauh, dikerling.

Husna mendesis. Tangan Doug dilepaskan dari mulut. "Macammana dengan awek burger..."

"Itu sekadar alasan supaya kau mintak cerai dengan aku. Lebih baik diduakan dengan perempuan berbanding dengan lelaki, wasn't it," jawabnya rendah.

Husna menelan liur. Keras sekali. "Lelaki itu ialah dia?" Ibu jari ditunjuk pada Egann yang merampas ayam dari pinggang Saif. Si adik menampar tangan abangnya hngga ayam terjatuh. Egann bengang, merampas lagi ayam lain. Dan akhirnya saling bertampar tangan hingga terpaksa dileraikan Ayen.

Doug melepas nafas nipis, nak tergelak melihat telatah mereka. Si janda yang masih menunggu jawapan, dikerling.

"Yes." Akhirnya dia berterus terang.

Terasa realiti menampar mukanya menggunakan papan plywood. Pedih dan perit sekali. Argh. Perasaan berat apa yang tengah melanda hatinya kini? Ayen dah tahu dari awal lagi, bukan? Jadi macammana si kawan berdepan dengan bala seperti ini setiap hari selama ini? Nak menangis rasanya. Lalu muka diraup dengan kedua belah tangan.

"At this point, aku tak tahu dah mana yang lebih sakit..."

Doug mengeluh berat. "Maybe lebih baik aku keluar rumah sekarang..."

"Yea... itu idea yang bijak..." Ilyas dan Yunus yang masih mengintai di sebalik pintu bilik tidur mereka, dikerling dari ekor mata. Sekali lagi rasa bersalah menjuntai di hati. "On second thought... maybe kau patut cium peluk budak berdua tu dulu..."

"Aku nak je, tapi takkan aku nak buat depan kau."

Husna mengerut dahi. "Cium peluk Ilyas dengan Yunus..." Telunjuk dituding ke arah anak mereka.

Doug berpaling dengan mata membulat. "Oh. Ha'ah. Sure." Lalu dia berpusing arah.

"Tadi kau maksudkan siapa?" soalnya, hampir menderam, kerana hakikatnya dia tahu siapa. Bila Doug buat tak dengar, Husna mengeluh lagi sambil menoleh pada Saif dan Egann yang kini melahap makanan yang berbaki di atas meja. Memang tak risau makanan tak habis, sebab dua beradik gergasi itu memang tukang perabis makanan.

"Egann, boleh tak kau balik sekarang?"

"Eh? Kau halau aku ke? Sopan pulak tu." Dengan mulut yang masih tak berhenti mengunyah, dia menegur terkejut.

"Aku baru dapat tau kau skandal duda aku, so... aku taknak tengok muka kau buat masa ni."

"Benda tu lama dulu la... aku pun dah dapat balasan yang secukupnya. Sekarang aku dah ubah life aku. Aku ada wife yang cute dan garang macam naga betina yang bakal lahirkan Erik, the cutest baby in the world. Even Saif dah terima aku jadi abang dia balik sedangkan dialah yang paling nak bunuh aku, macam yang kau sendiri tahu." Mata dicerlang pada si wanita.

Husna mengeluh. Ya, dia tahu.

"Tapi dulu abang kantoi dengan Ayen sebab berdua-duaan dekat rumah abang masa Ayen kerja... lelaki tu ialah dia, kan?" sampuk Saif.

Egann berhenti mengunyah demi memberi renung maut pada si adik. "Stop talking and just inhale your damn food whole," deramnya. Husna dipandang lagi. "Kami tak buat apa-apa masa tu."

Saif menoleh. "Dorang kantoi kissing."

"For the love of God, why?!" Penumbuk dihentak ke atas meja.

Saif mengekek nakal. "At least sekarang Husna tau every dirty secret yang kita ada." Dengan muka tak bersalah, mihun dihabiskan dan pinggan diangkat. Pada si wanita yang masih memuram, dia merapatkan wajahnya. "Welcome to the group." Double jerk.

Lalu si kacak itu dihantar ke dapur dengan pandangan mata. Egann dilihatnya tersandar sambil meneguk air kosong. Pinggan yang berbaki separuh, ditolak. Gaya macam dah tak lalu nak makan. Mungkin kerana masa silam yang dipalit kembali.

"Ayen react macammana masa tu?" soalnya, melabuh duduk di sebelah si lelaki. Ayam yang berbaki di atas pinggan itu dibawa masuk ke mulut.

"Dia menangis."

Angguk. "Logik."

"You should know how much she suffered masa aku dalam proses transition... dia banyak datang meluah dekat kau, kan?" Rakan isterinya itu dikerling. Dia tak rapat dengan Husna, dan tak tergerak nak berkenalan dengan lebih dalam, tapi dihargai kehadiran wanita ini di dalam circle of friend isterinya. Melalui cerita Ayen, Husna ialah seorang kawan yang baik... dan kini, mungkin akan rapat dengan Saif pula.

"Dia banyak kali cuba berkongsi masalah... walaupun kebanyakan masa, dia cuba pujuk diri sendiri overwork herself kat hospital tu..."

Egann tergelak. "Yea... that's my wife. Workaholic. Banyak bersabar dengan aku.... Tahu macammana nak cope with problem macam manusia bertamadun. I'm one lucky man." Sengih lalu.

Husna turut tersenyum. Tanpa dapat ditahan, keluh dalam terhembus. Mengalah yang apa yang jadi antara Egann dan Doug ialah satu masa silam yang dah lama berlalu. Dia juga sebenarnya bertuah kerana baru dapat tau sekarang. Kalau dulu, entah apa yang dia akan buat agaknya.

"Aku harap korang dua berkekalan..."

Ketika ini, waima seorang pun tidak tahu, sesungguhnya Ayen ada satu rahsia besar yang dia tak kongsikan pada sesiapa kecuali Allah s.w.t.. Satu rahsia yang akan menjadi titik tolak pergolakan masalah rumah tangganya bersama Egann, seterusnya mencabar hubungan mereka dalam tempoh yang mendatang.

Kerana pada suatu tahap dalam mendepani cabaran hidup sebagai isteri seorang lelaki songsang, selain menyibukkan diri dengan kerja dan meluahkan masalah pada Husna, Ayen mula menjinakkan diri dengan pain-killer. Sebelum mengandung, dia menelan pain-killer dalam bentuk tablet sekali sekala apabila stress melampau. Setelah mengandung, Ayen cuba berhenti tetapi mula alami withdrawal syndrome. Bila ditegur Egann, Ayen sekadar memberitahu itu ialah simtom mengandung. Lalu bagi mengurangkan sengsara withdrawal syndrome, Ayen mula memakai pain-killer patches.

Saif muncul semula dari dapur sambil mengelap tangan yang basah pada baju sendiri. "Aku baru perasan... mana Ayen, eh?"

Egann terkedu, lalu turut melilau. Baru perasan isterinya tiada. Sejak bila pula menghilang.

"Dapur?" soal Husna.

"Takda."

"Toilet kut. Orang mengandung kuat kencing."

"Korang nak tau siapa lagi yang kuat kencing? Politician."

"Patutlah majoriti perut kedepan macam mengandung."

"Hahahah."

Pintu tandas dilihat bertutup. Tetapi tiada bunyi di dalamnya. Egann menolak pintu tandas. Berkunci.

"Ayen?" panggilnya.

Tidak bersahut.

Hati dah mula rasa tak sedap. Pintu diketuk lebih kuat. Isterinya dipanggil berkali-kali, tapi masih tiada respon. Saif dan Husna kian risau. Doug turut menyertai kekecohan itu selepas menidurkan anak-anaknya.

"Ada apa ni?"

Tak sempat Husna menjawab, Egann menendang pintu tandasnya. Seperti yang ditakuti, Ayen ada di dalam. Terlantar pengsan. Jubah di bahagian punggungnya basah, semakin lama semakin berlopak.

"Ketuban dia pecah!" Husna terpekik, lekas memasuki tandas.

"Wait? Seriously? Lama lagi nak due, kan?"

"Egann, jangan tercegat situ! Call ambulans!"

"Abang! Abang!"

"Egann! Wake up!!"

Previous: UNTITLE
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh