Bab 11

SELESAI shif di hospital pada hari ini, dia sampai ke rumah selepas jam 11 malam. Rumah Husna dah gelap. Mungkin anak beranak itu dah tidur. Rumah dikunci kemudian.

Tudung ditanggalkan. Rambut panjangnya digosok-gosok, membuang rasa semak. Panjang sangat dah rambutnya, mungkin perlu digunting. Tapi sayangnya. Dahlah Egann suka menyikat dan mengikat tocang dekat rambutnya. Entah apa reaksi Egann kalau dia gunting.

Vivo yang dah mati sejak Maghrib tadi dicucuk pada pengecas. Dibiarkan seketika sementara dia pergi mandi. Dia kembali ke bilik dalam keadaan segar. Sambil berkemban, tubuh dan rambut yang basah dilap. Vivo dibuka semula. Notification WhatsApp menunjukkan ada mesej dari sang suami.

2038. Egann: <Babe>

2038. Egann: <I got the job>

2101. Egann: <Babe>

2101. Egann: <Babe>

2101. Egann: <Babe>

2101. Egann: <Babe>

2102. Egann: <Babe>

2130. Egann: <Babe.>

2131. Egann: <I frickin hate long distance relationship>

"Gilo orang tua ni..." Ayen melepas ketawa halus. Tubuh dibaringkan pada katil agar selesa membalas.

2340. Ayen: <Baru balik shif>

2340. Ayen: <Fon mati. Baru cas>

2340. Ayen: <Congrates>

2341. Ayen: <Told'ya you'll get it>

2343. Egann: <Wyd>

2344. Ayen: <Laying in bed crying>

2344. Ayen: <Chilling*>

2344. Ayen: <Itu autocorrect. Sumpah!>

2345. Ayen: <AKU TAKKAN ANGKAT CALL KAU. WE'RE NOT DOING THIS AGAIN!>

2345. Egann: <Sure u're okay?>

2345. Ayen: <I know so>

2345. Ayen: <Kalau tak okay, aku datang cari kau mintak peluk *kiss* >

2346. Egann: <Omg>

2346. Egann: <Diabetic aku macam ni>

2346. Egann: <When r u free? Lets meet up>

2346. Egann: <Kita celebrate>

2346. Ayen: <Aku dah start shif 8-11 untuk bulan ni>

2346. Egann: <Really? Aku start my job next two weeks.>

2346. Egann: <Damn, dating a doctor is hard>

2347. Egann: <I miss the old time masa kau ada kat rumah setiap kali aku balik>

2347. Egann: < (hint hint hint) >

2347. Ayen: <Hahaha. Aku masih boleh commit dengan kerja kat hospital dan cari masa untuk kau>

2347. Ayen: <Bur ermm... aku try cari masa free, eh?>

2347. Egann: <Okay... :( >

2347. Ayen: <Hahaha takya la merajuk>

Egann tak menjawab. Merajuk sangat ke? Tapi masih online.

2348. Ayen: <Baby?>

2348. Egann: <Here>

2348. Ayen: <I still love you>

2349. Egann: <Okay, aku dah pulih balik>

Ayen tergelak hingga terbaring ke katil. Rindu benar dengan suaminya di rumah mereka di sana.

Tapi persoalan kerjaya versus kehidupan personal tak pernah berhenti sejak zaman dulu kala. Kalau dia tahu bahagikan masa, sememangnya tiada masalah nak habiskan masa dengan suaminya. Yang jadi masalah ialah mereka duduk berasingan!

Masa ni lah rasa bodoh sangat nak menangkan ego.


JUMAAT pada minggu seterusnya, Ayen berjaya curi masa free dengan menukar shif dengan rakan sekerja. Setelah Egann dimaklumkan, lelaki itu terus memuncul depan rumah Husna dengan bungkusan plastik di tangan. Tetapi kali ini, dah ada orang lain yang menumpang rutin tersebut iaitu Saif.

"Kau pun ada sekali?" desis Husna bila melihat Saif di belakang Egann.

"Abang masak sedap. Kau buatkan dia masak untuk kau setiap Jumaat, apa salahnya aku join sekali." Sambil mengangkut plastik berisi makanan basah, dia menapak masuk. Terlihat Ilyas dan Yunus di ruang tamu, sedang menonton TV bersama-sama ayah mereka.

"Abang!" jerit Ilyas tiba-tiba, mengejutkan Husna dan Doug. Budak lelaki 4 tahun itu memecut berlari ke arah Saif.

"Kepala! Kepala! Jaga kepa—urgh!" Terunduk bila Ilyas menerpa memeluk pinggangnya. Senak pada kangkang, ditahan. "Hey Ilyas, abang rindu kau jugak..." luahnya bersama rasa pedih yang tertahan. Lalu wanita yang menahan tawa melihatnya, ditoleh. Kepala diisyaratkan pada Ilyas yang masih memeluk pinggangnya, meminta diambil.

Wanita itu masih mengekek sebelum menggelengkan kepala. Dia dah maklum Ilyas ada attachment pada Saif, lagi-lagi bila menyedari Saif ada kekuatan otot yang jauh lebih kuat berbanding ibunya, maka boleh mengangkatnya dengan lebih mudah. Husna tertawa lagi bila  melihat Ilyas memanjat badan Saif macam memanjat pokok dan terus memautkan tangannya di tengkuk lelaki gah tinggi itu.

"Aku takleh bernafas... Husnaaa!"

"Bak sini barang-barang ni aku ambik..." Berbanding mengalihkan anaknya, plastik berisi makanan basah yang dicapai dan dipindahkan ke dapur di mana Egann dah menunggu. "Masak apa hari ni?"

"Tomyam merah."

"Yum yum." Sengih. "Nak aku panggilkan Ayen? Dia tengah menyorok dalam bilik sebab dia malas nak pakai seluar sebab Doug ada."

Tersenyum dibuatnya. "Takpe. Nanti dia keluar sendiri." Kepala dipanjangkan pada Saif yang tengah melayan Ilyas di sana. Adiknya itu cakap nak tolong memasak, tetapi melayan diri pula dia. Perasan Ayen memunculkan diri dari bilik tidur, berpakaian penuh.

"Amboi engkau. Tau aje laki kau datang," tegur Husna terus.

"First of all, hari ni hari jumaat. Second of all, kitorang ada vibe macam alien."

"Cakap je la rindu. Mengada masuk pasal alien apa jadah," sampuk Doug di ruang tamu.

"Haa-ha."

Ayen mencemik. "Third of all... aku mintak dia datang hari ni sebab nak celebrate dia dah dapat kerja..."

"Yep. Aku ajak celebrate berdua, tapi dia ajak korang semua sekali. Splendid..." Dengan penuh sarkastik, plastik berisi makanan basah diletakkan ke atas singki. Ayen dah selesa sangat dengan kumpulan kawan-kawan dia sampai dia pun kena bersabar sama.

Automatik Husna, Saif dan Doug menghentikan apa-apa yang mereka tengah buat ketika itu.

"Abang dah dapat kerja?"

"Huh. Asal senang sangat? Aku cari kerja sampai sekarang tak dapat," getus Husna tak puas hati.

"Sebab kau tak awesome macam aku."

"Kah! Apa dia yang awesome sangat pasal kau?!" Mata dicerlang.

"Husna Husna, sorry." Ayen lekas mencelah antara keduanya. "Husband aku bukan nak sindir kau atau apa, tapi dia bercakap benar. Dia memang awesome, literally at everything," ujarnya serius sambil menyentuh lengan Egann. Lelaki itu tersenyum luas. Percuma ciuman dijatuhkan atas kepala Ayen.

Husna pula merenung keduanya sambil menggulung lidah pada lelangit. Dengan muka penuh menyampah, lalu dia beralih menjauhi dapur, meninggalkan Egann dan Ayen bertukar sengih menang serta Saif yang memerhati bersama ketawa nipis.

"Abang jangan masak banyak sangat tau. Saif nak pergi beli pizza," sengih si adik pula. Ilyas diturunkan ke lantai hingga terkial-kial budak itu.

"You and your pizza celebration," juih Husna sambil menjulingkan mata.

"Ah, engkau tak payah makan." Baru saja nak melangkah pergi, Ilyas mengejar dan memeluk kaki Saif. Enggan melepaskan. "Ilyas... abang nak keluar beli pizza je..."

"Nak ikut!!" Dengan mata bersinar, dia meminta sepenuh hati.

"Nak ikut! Nak ikut!" Yunus pula berlari sama dan mengikut jejak abangnya, memanjat batang tubuh sasa itu.

Saif mengeluh perlahan. "Husna?"

"Dorang nak ikut, bawak je la. Tanya aku kenapa?"

"Betul ke takpe ni?" Yunus yang melekat di belakang bajunya macam kucing, ditarik kuat dan diangkat ke muka. Kenapa nakal sangat ni? Hidung itu dijentik ringan, dan disambut tawa oleh Yunus.

Husna dan Doug sama-sama tersenyum.

"Kau nak insecure dah kenapa. Dorang dah pandang kau sebagai the big superhero yang kuat dan boleh terbang dan boleh belasah orang jahat. Macam Batman," balas Doug pula, akhirnya boleh relaks dan menonton TV macam orang bujang yang bebas dari komitmen. "Sooner or later, title abang tu mungkin bertukar jadi abah."

Husna menjungkit sebelah kening, memandang dudanya. Saif pula mengelengkan kepala sambil menarik pintu keluar.

"That's too far-fetched. Aku dah ada girlfriend."

Automatik kepala mereka semua memanjang ke pintu, pada Saif yang dah pun keluar dari rumah. Kemudian masing-masing memandang Husna di belakang sofa.

"Wh-what? Tengok aku kenapa?!" Geram.

"Semua orang nak tau kalau girlfriend Saif tu bermaksud engkau..." komen Ayen.

"Aku taknak kat dia! Berapa kali aku nak cakap, baru korang dengar?"

"Ala, kecewa la tu. Hari tu kemain lagi gelak ketawa bergembira masa blind date," sampuk Doug lagi hingga disambut ketawa oleh Ayen. Sama-sama naik tanduk mengusik si janda.

Egann yang masih mencuri dengar, lalu mengerut dahi. Saif menyambung blind date dengan Husna? Mulut bukan main cakap tak suka, tapi bila di belakang, masing-masing masih sudi habiskan masa bersama, ye?


MEREKA berkumpul sehingga malam. Tomyam dah lama licin, maka syukur kerana Saif membelanjakan pizza hingga masih ada yang berbaki di atas meja kopi. Di ruang tamu, Saif dan Egann bermain video game – bertanding siapa boleh menang dalam FIFA. Ayen yang duduk di sebelah Saif sambil bersandar pada lengan sofa, melayan diri dengan iPad.

Husna keluar dari bilik air sambil mengendong Yunus yang baru selesai mandi.

"Ayah tolong pakaikan baju adik, eh." Diserahkan si anak pada Doug. "Ilyas! Pergi mandi. Dah busuk dah tu."

"Taknak."

"Ah, mengada. Belajar dari mana melawan mak macam ni. Bapak kau yang ajar, eh," tegurnya hingga membuat Doug menjeling geram. Tuala dicapai. "Jom. Mandi sekali dengan mak."

Saif terpejam kelip memandang skrin TV. Ronaldo yang berlari mengejar bola dah tak nampak. Di ekor mata, dia mengerling Husna yang menarik Ilyas masuk ke dalam bilik mandi. Wah, entah macammana keadaan di dalam bilik mandi itu. Kepala dah mula terbayang macam-macam.

"Semaknya ada anak..." ujar Egann tiba-tiba, mengejutkan Saif dari lamunan.

"Kata someone yang dah usaha kembangkan keluarga dia sampai kematian empat anak," sahut si adik.

"Abang cakap anak tu semak, bukannya abang taknak. Yang semak tu la yang buat life seronok."

Saif menjuling mata ke langit. Pandai nak twist ayat sendiri.

"Jangan nak menafi kalau kau tak sejuk hati bila kena peluk Ilyas dengan Yunus," tambah si abang lagi.

"Well... budak-budak memang boleh beri bahagia yang lain macam..."

"Try je la janda aku tu, Saif. Nampak sangat kau tengok dia macam nak buat anak kau sendiri. Budak-budak aku ni pun sukakan kau. Aku tak berkenan tengok Husna dengan lelaki lain, tapi kalau kau, aku restu," celah Doug pula setelah selesai mengenakan pampers pada Yunus. Tinggal nak pakaikan baju tidurnya.

"Berbanding kacau aku, apa kata kau belajar disiplinkan hati kau dan jaga bini kau baik-baik macam abang buat kat Ayen," cemik Saif pada permainannya. Hampir kalah kerana fokus yang berkali-kali teralih.

Doug tak menjawab. Pada Yunus, dia mengajar perkataan.

"Ba—"

"Ba—"

"Ba—"

"Ba—"

"Babah—" Telunjuk dituding pada Saif.

"HOI!!"

Egann dan Doug serentak melepas dekah ke langit hingga mengejutkan Ayen.

"Yunus, seronok tak mandi dengan mak?" tambah Doug lagi sambil melambung anaknya ke udara. Sengaja mendera minda lelaki Saif.

"Bodoh..." Game dimatikan. Dah tak boleh fokus langsung bahana imej perempuan mandi dalam kepala.

"Eh eh engkau. Abang masih nak main, kau tutup dah kenapa?"

"Kepala dia dah terbayang badan perempuan la tu," sambut Ayen pula. Sekepala dengan kedua-dua lelaki yang giat mengusik.

Ruang tamu itu pecah lagi dengan gelak. Bersambung-sambung usikan mereka hingga kepala Saif berasap macam kereta api stim. Inilah yang jadi bila hanya dia seorang yang masih bachelor dalam kalangan mereka yang dah berkahwin belaka.

Ketawa diperlahankan bila Husna keluar bersama Ilyas. Wanita itu lengkap berpakaian penuh serta tuala membaluti rambutnya, tetapi harum syampu dan sabun menusuk ke hidung masing-masing. Segar sekali. Tiada kesan pada Egann dan Doug tetapi 180 darjah bezanya pada Saif pula. Mukanya bertukar panas tanpa dapat dikawal. Dan merah telinga si adik cukup ketara pada mata si abang.

Saif benar-benar ada perasaan kat Husna ke? Atau sekadar nafsu serakah?

"Husna Husna Husna," panggil Egann sebelum wanita itu menghilang ke bilik tidur bersama anak-anaknya.

"Panggil sekali dah la. Kau nak apa?"

"Aku ada proposal. Memandangkan kau dengan Saif sama-sama main tarik tali, apa kata korang bertaruh siapa yang akan jumpa pasangan dan kahwin dulu. Yang kalah kena admit yang menang yang the winner is far better than the loser."

Saif, Ayen dan Doug sama-sama mengerut dahi. Husna pula melepas ketawa berupa sedakan. "Kenapa aku nak buat macam tu?"

"Just to define who's better than the other. Bukan sekadar cuba nak one-up one another macam dalam court 7 tahun lepas, tapi in real life juga since korang sama-sama single dan takda love interest."

"Excuse me. Saif ada girlfriend."

"Bukan girlfriend namanya kalau kau break up dengan dia seminggu dari sekarang."

Saif mencerun.

Husna pula mengangguk, mengiakan sindiran itu. "Abang kau cakap betul. Sejak kau move on dari obsession dekat adik-adik angkat kau, kau punya purata tempoh bercinta tak pernah lebih 3 bulan. First girlfriend, break up 2 bulan 3 hari. Second girlfriend, 29 hari. Based on the rate of progression, your next date maybe tak sampai 2 minggu."

"And you know all of his histories?" Si janda dipandang dengan renungan menduga. Husna menjungkit bahu.

Saif menjilat gigi. "Okay, you wanna battle, binti Hasni?" Dia bangkit, bersedia menyerang balas.

"I'll battle, anak Ian." Cabaran diterima.

"Kau hilang saham sejak jadi janda sampai tak jumpa-jumpa jodoh sampai sekarang. Every woman has their expiration date and you've hit yours years ago!"

Husna ternganga luas. "How dare you! Aku masih ada saham dan aku masih boleh dapatkan lelaki kalau aku nak!"

"Tapi kau masih single mingle sampai sekarang. Get real, takda orang nakkan janda yang dah longgar macam kau."

Ayen menjungkit kening pada Candy Crush. Berdesing pula telinganya mendengar premis yang kasar itu.

Seperti yang dijangka, Husna mengetap bibir, menahan marah yang melambung-lambung sampai boleh hangus terbakar. "Kau masih macam dulu... main kotor hanya sebab nak menang!" jeritnya.

"Sebab kau yang start!" Suara lelaki itu juga dah naik satu oktaf hingga bahu Ayen terloncat kerana terkejut.

"Korang take on the bet and shut up, boleh tak?" celah Egann sambil terus bermain FIFA.

Ayen dan Doug merenung lelaki itu, manakala Husna dan Saif bertukar renung tajam.

"Fine. Aku akan buktikan yang aku masih boleh dapatkan the best men for my kids." Mata dicerlang. Terpandang Doug, lalu dia menambah. "Maybe aku akan goda duda aku supaya kami bersama semula."

"Jangan tarik aku dalam fight korang..." desis si duda.

"Senang la kau, petik the guy yang confirm-confirm bole dapat. Macam main tennis takda net!"

"Rude..." desis Doug di bawah nafas.

Husna meniup lidah sampai terpercik air liur. Dia terus masuk ke bilik tidur dengan muka masam. Saif mendengus, lalu beralih dari sofa panjang dan terus bergerak ke pintu rumah.

"Eh, kau nak kemana?" tegur Ayen.

"Merokok!"

"Sejak bila pula dia merokok..." keluh si doktor. Memandangkan ruang yang ditinggalkan Saif membuatkan tiada halangan antara dia dengan Egann, lalu kakinya dipanjangkan pada suaminya. Paha Egann ditunjal-tunjal dengan jari kaki. "Kau pula, kenapa sengaja buat mereka bergaduh?"

"To hurt them."

"Egann..."

Si lelaki menjeling kerut di dahi isterinya. Ayen benar-benar serius terhadap Husna dan Saif. Lidah ringan sekali nak menggelar bininya penyibuk, tetapi disebabkan perangai menyibuk itulah isterinya ada fokus lain yang boleh diberi perhatian selain rasa sakit yang dia beri. Lagipun, dia sendiri baru menyibuk dalam hal Saif dan Husna, malah jauh lebih teruk dari Ayen sendiri.

Pergelangan kaki Ayen dipegang. Sekali tarik, wanita itu terus diheret ke sebelahnya. Kaki si isteri direhatkan atas riba, manakala dia menyambung FIFA yang terhenti tadi.

"Permainan tarik tali dorang bangang, so aku buatkan dorang deal with their feeling dengan lebih drastik. The purpose of the bet ialah satu, untuk buatkan Saif dan Husna sedar yang mereka takkan boleh terima orang lain dalam hidup mereka selain masing-masing. Dua, kalau tekaan pertama salah, the bet itu juga boleh buatkan mereka jumpa jodoh sendiri dan slow down dalam game tug of war yang bodoh tu.

"Bukan ke dorang akan sengsara kalau betul dorang ada feeling on one another?"

"Itu alasan ketiga, to hurt them. Sometimes, pain teach better than sugar." Dan itu ialah pengajaran hidupnya pada tahun ini.

Ayen menggeleng kepala. Kaki dialihkan dari riba Egann dan tubuh disandarkan. "You're a bad person. Nanti karma balas balik, padan muka." Pada skrin TV, dia mengomel.

"Relaks. Sometimes you gotta give the right push even if its wrong." Kontroller dihulur pada isterinya. "Meh, teman aku main."

"Eh." Bulat matanya melihat controller di tangan.

"Kau nak team mana?" soal Egann sambil memilih pasukan.

"Err... Kaka main team mana?"

"Kaka mana ni?"

"Alah, yang handsome tu..."

Egann menoleh pelik.

Doug yang mencuri dengar, lalu menyampuk. "Real Madrid. By the way, Kaka dah lama pencen la pandai."

"Ohh... tak kisah la. Nak Real Madrid."

"Minat pemain bola sebab handsome. Bukan nak tengok skil. Perempuan." Kepala digeleng.

Ayen menjelir lidah. Egann pernah ajarkan dia fungsi-fungsi pada butang controller jika nak main FIFA, tetapi dia ingat-ingat lupa. Ah, redah.

Sepanjang game, dia terpekik setiap kali pemainnya berlari ke sana ke sini manakala bola terpelanting entah kemana. Controller terangkat bila nak menendang. Bola ditendang tetapi dirampas pihak lawan. Egann pula ketawa tak berhenti kerana seronok membuli isterinya.

"Dah! Taknak main!!" Kontroller dihempas ke ruang kosong di sebelah, lalu dia bangun. Baik tidur!

"Hahahha! Sayang sayang sayang!" Ayen ditarik supaya duduk kembali. Terus dipeluk si bini itu supaya tak cuba nak melarikan diri lagi. Tangan Ayen diletakkan pada controllernya, kemudian dia memegang tangan halus si isteri. "Kita start dengan tutorial balik la eh."

"Beribu kali entah kau suruh aku main tutorial..." muncungnya.

"Noob macam kau memang la kena tutorial. Takkan nak terus bagi main league."

"Kau yang bagi aku main league..."

"Anak murid jangan melawan." Pinggang itu dicengkam.

Mereka terus menikmati masa bersama hingga Husna dan Saif muncul semula.

"Eh, mana Doug?" soal Husna sambil mengelap rambut dengan tuala.

Pasangan suami isteri itu menoleh. Kepala dipusing-pusing di seluruh ruang. Baru perasan rupanya mereka hanya berdua.

"Dia balik dah. Lama tadi," jawab Saif pula, merapat.

Ayen dan Egann berpandangan, lalu sama-sama mendiam. Seakan-akan memahami kemesraan mereka telah menjentik perasaan cemburu di hati duda itu. Egann menghempas nafas panjang, manakala Ayen cuba fokus pada tutorial di TV.

"Abang jom balik. Malam dah ni," ujar Saif, lalu mendapatkan kunci keretanya di atas meja kopi.

"Kau merokok?" tegur Husna bila terhidu bau pahit yang sangat dikenali.

"Ye."

"Aku tak kisah kalau kau nak mati awal, tapi jangan merokok kat rumah aku."

"Excuse me madam."

Bertekak lagi.

"Gaduh teruk..."

"Gaduh-gaduh, lama-lama sayang..."

"Kompang dipalu, pengantin baru~~"

Usikan itu menyapa telinga Saif. Kunci kereta diatas meja dicapai geram. "You guys had fun mocking dan judging orang sedangkan korang yang bergaduh teruk sampai duduk berpisah berbulan-bulan. Apa kata macam ni. Selain Saif dengan Husna betting on each other, why not abang pun bet dengan Ayen siapa boleh pujuk siapa."

"Egann la kena pujuk aku. Kenapa aku nak kena pujuk dia pulak?"

Saif mencekak pinggang pada Egann yang merenung isterinya. "Abang nak biar je Ayen berlagak macam dia ialah puteri Disney yang perlu dikejar-kejar? You're her frickin husband. It's about time you let Ayen yang datang kejar abang."

Kening Egann terjungkit tinggi. Seolah-olah baru menyedari apa yang disebut adiknya. Langsung tak terfikir! "Betul juga."

Mata Ayen membulat luas. "Kejap kejap! Aku yang sepatutnya tengah merajuk –"

Saif masih tak habis menghasut. "Abang dah habiskan masa dan minyak dan duit untuk pujuk dia macam-macam tapi dia masih berdegil. Won't hurt nak tengok how far she will go merayu kat abang mintak pulang ke rumah abang."

"Kau Saif! Zip!!" Tangan dilarikan pada bibir sendiri sebagai tanda mengezip mulut. 

Saif pula mencerlangkan mata, suka hati berjaya membalas dendam. "Abang, jom. Biar je bini abang tu layan rindu dia dekat sini sampai tua." Hidung mancungnya dijungkit pada Ayen sambil berjalan ke muka pintu semula.

Egann bangkit. "Saif cakap betul. Kenapa aku tak pernah terfikir selama ni? Aku saje yang bersusah, tapi kau pula buat apa? Seksa aku, hukum aku, sedangkan aku dah minta maaf... aku tak sepatutnya bersungguh pujuk kau. Kau sendiri patut tahu bila nak balik rumah on your own time." Mata bulat itu direnung. "Tapi kali ni aku nak kau datang merayu kat aku dulu sebelum kau balik rumah."

Si wanita menjungkit sebelah kening. "Sekarang ni, the bet ialah samada kau boleh pujuk aku balik rumah atau tidak... ataupun aku yang kena merayu dekat kau supaya aku boleh balik rumah??"

Egann mengangguk. "Thats the gist of it."

"Isn't that stupid? In the end, result dia aku tetap kena balik rumah."

"Tapi aku tak perlu datang pujuk kau."

"Tapi kau nak aku balik rumah."

"Yes."

"Tapi kau taknak pujuk aku."

"Yes."

"Lepas tu, kau nak aku merayu kat kau untuk benarkan aku balik rumah."

"Yes."

"Pernahkah kau terfikir yang aku mungkin taknak merayu langsung?"

"Kalau macam tu duduk la sini sampai tua!" Mata dicerlang.

"On...!!" Ayen turut mencerlangkan matanya, pantang dicabar.

Lalu mereka berpandangan. Kelam seketika, berfikir semula cabaran yang baru dibuat.

"Aku rasa macam kita misunderstood something..." tutur Ayen dahulu, memikirkan logik cabaran itu. Sepatutnya motif ialah buatkan dia balik ke rumah, jadi kenapa dia dan Egann akhirnya betul-betul berpisah?

"Yea..." Si lelaki menggaru tengkuk, menelaah semula permainan itu. Jadi, risiko cabaran ini ialah dia dan isterinya akan berpisah betul-betul? Takkan sampai macam tu sekali? Ayen kemudian dipandang. "Kalau kau taknak merayu kat aku, aku kena buat kau merayu dekat aku supaya kau boleh balik, kan? Itu game dia, kan?"

Muka Ayen kini dah macam budak kelas belakang cuba memahami formula E=MC2.

Egann tersenyum kelakar. "Aku rasa aku akan menang. Oh ya, untuk penalti, the one yang kalah kena cium aku seratus kali," tambahnya bersama senyum meleret. Ada sinar teruja pada mata biru kilat itu. Seperti budak yang menemui benda menarik dibuat main. Ayen memandang bingung. Lelaki itu pula terus meloncat dari sofa bila terdengar enjin kereta dihidupkan di luar rumah. "Saif!! Tunggu abang!!" jeritnya, selajur menghilang di muka pintu.

"Teloq..." desis si perempuan. Tak pasal-pasal dia terlibat dalam permainan hati macam ni. Ingat kisah cinta zaman sekolah sesama budak sekolah yang tak tahu bezakan cinta dengan crush ke apa sampai mengada nak buat eksperimen. Kalau Saif mungkin benar masih keliru dengan perasaannya, tapi dah kenapa Egann nak ikut jejak adiknya? Backward evolution namanya ni. Jadi orang dewasa normal, tak boleh ke?

"Eh, geram aku..." rungutnya sambil menggaru dada. Kotak-kotak pizza yang dibiarkan di atas meja kopi lalu dikemaskan

Lengannya tiba-tiba ditarik ke belakang. Sepasang tangan gagah menekup sisi wajahnya supaya berpusing. Mata Ayen membulat luas bila melihat muka Egann melekap pada wajah.

"Ninety-nine..." bisik si lelaki setelah bibir mereka berpisah.

Berdebar dadanya bila diterkam mata biru itu. Game belum start tapi dia dah berlagak macam dah menang. "You're an idiot..."

Gelak. Muka tersayang itu dicium lagi bagi melepaskan geram. "Ninety-eight." Dan lagi. "Ninety-seven." Lagi. "Ninety-six." Lagi. "Ninety-five..."

Lebih lama kali ini.

Ruang rumah setingkat itu hening sekali. Hanya diisi bunyi enjin kereta yang masih tidak dipandu pergi. Kedua-dua mereka dirangkul nafsu yang membuak. Ayen mencengkam T-shirt suaminya. Pautan di belakang lehernya juga mengetat. Rasa hangat membaluti seluruh tubuh hingga ke tulang hitam.

"Ninety..."

"Kita kat rumah orang..." Lekas wanita mencelah sebelum mereka sama-sama tenggelam lebih dalam dalam lautan nafsu yang tak bertepi.

Seperti memetik suis, waras Egann kembali. Dahinya disandarkan pada dahi isterinya bersama gelak nipis. Ada nada terkilan yang terselit. "Cukuplah buat bekal sebulan..." Pasrah.

Sambil mengemam bibir yang terasa bergetar, langkah Egann ke pintu diekori. "S-sebulan??"

Lelaki itu mengangguk sambil menggosok belakang lehernya. "Ye. Aku dah dapat kerja, kan? Aku maybe akan jarang datang jumpa kau lepas ni, tambah-tambah jadual kau pun penuh. The team would expect my full commitment nak bantu cari fund untuk company. Aku pun dah rangka fundamental draf untuk bulan pertama ni sampai tiga bulan kemudian." Kasut dipasangkan pada kaki.

Ayen ternganga luas di muka pintu. Kenangan suaminya bekerja siang dan malam di depan laptop, travel ke sana sini hingga meninggalkan dia 6 bulan berturut-turut terbayang semula. Lelaki itu gila kerja, dan yang menambah masalah ialah dia juga sama. Penangan LDR mungkin akan buatkan rentak hubungan mereka berubah. Perasaan risau mula menimbul dalam hati.

"Kalau rindu, just come to me."

Lamunannya pecah bila hidung dicuit. Ayen melangut semula. Egann kini dipandang bersama debar yang menggila.

"I will..." Bawah sedar, dia membalas. Spontan juga mulut ditutup dengan tangan, terkejut dengan apa yang baru disebut.

Sengih. "I'm so gonna win..." lalu dia berlari ke arah adiknya yang masih menunggu.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh